Wednesday, September 29, 2010

Menulis Panjang, Aku Rindu.

Salam. Lama aku tak menulis panjang.(ayat macam dulu-dulu). Aku cuma download puisi-puisi pendek kegemaran aku sendiri. Ya, yang aku suka. Yang menggambarkan hasrat, dan apa yang aku lalui dalam usia pendek tapi berpanjangan. Banyak yang aku lalui, tiada kesempatan untuk kalian tatap dengan ayat puisi. Ada sesetengah puisi, telah mengubah aku. Dalam kebanyakkan manusia gilakan dunia, aku menulis puisi bersendiri, dalam dunia yang aku duduk sebagai penulis picisan. "kenapa ko tak hantar sebahagian puisi ini untuk tatapan umum?", tanya seorang sahabat. "aku tidak gila nama. apa guna kalau kau tulis, tetapi sekadar picisan untuk popularkan diri. aku tak nak popular sebab orang popular ni, hidupnya melarat," jawab aku. Ringkas. Dalam masa yang sama aku cuba fahami makna melarat. Aku ambil contoh A.Samad Said. Namanya terkenal. Tapi, jiwanya masih lara. Sebab apa, puisi-puisinya cuma diambil untuk tatapan orang tertentu. Bahasa yang ditegakkannya sekadar pelengkap manifiesto parti tertentu. Aku tidak rindukan popular. Biar aku sebagai penulis picisan dalam dunia blog yang kadang-kadang sepi kerana kesibukan.Tetapi, masih ada yang sudi bertanya, "lama tak update blog". Terima kasih perhatian kalian. Tapi, jangan mengharap aku sempurna seperti mana yang kalian anggap dalam dunia picisan aku. Dalam kesibukan ini, Tuhan gerakkan hati untuk menulis kembali. Meski, ada satu ketika tergerak untuk menutup blog ini. Mungkin dalam masa tertentu, blog ini akan sekadar nama. Tangan ini masih gatal, otak masih ligat untuk menulis. Cuma, mengikut rasa. Oh ya! Sudah panjang kan aku menulis? heh! Bacalah, kalau rindukan tulisan panjang aku. XD

Monday, September 27, 2010

Tabahlah Manusia Kerana Kehidupan

Lama berhabuk, kerana aku manusia. Ada kehidupan. Adakala kesibukan penghalang kegembiraan hidup. Tapi, aku gembira kerana kesibukan. Sekurangnya, aku punya kehidupan. Sekurangnya laparkan ilmu kehidupan. Aku bukan seorang yang punya motivasi tinggi. Aku sering gagal. Gagal buat aku bangkit. Gagal itu figura hidup. Sampai mana kau mampu bertahan. Aku perlu tabah. Tanggungjawab sudah bertambah. Tabah kerana kehidupan belum mati. Tiada penghujung, malah semakin panjang. Tabahlah manusia, kerana ini semua kehidupan.

Thursday, September 16, 2010

Kata Bercinta II

Kata bercinta.

Indah, sekali lagi aku di awangan.

Situasi yang dibuai konklusi halalnya perhubungan.

Sayang dan di sayangi.

Hari terisi bersama nikmatnya perkenalan anugerah Tuhan.

Kata bercinta.

Dari rusuk kiri, supaya dia dekat dihati.

Dari hati, gundah gulana meluah lafaz percintaan.

Jawapannya, YA!

Sekali lagi. Senyum.

Nyata gundah cuma seketika.

Insyaallah, nikmat ini ku jaga hingga hujung nyawa.

Kata bercinta.

Tegur aku andai tersilap. Bantu aku dalam bahtera cinta.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Nyata perkenalan itu tidak sia-sia.

“terang lagi bersuluh, rusuk kiri ini duduknya nama kamu. noktah.”

Monday, September 13, 2010

Sampai Hujung Nyawa.

tergerak aku dalam sepi seorang. cuba menutup pintu sepi masa lalu. ajaibnya, terhalang kerana pintu masa lalu membawa aku ke sini, berdiri dengan hati baru. tidak mudah untuk ku tutup masa lalu serapatnya. agak keraguan, bimbang tiada kesempatan utntuk keampunan. tarik nafas kelegaan. tenang datang berbisik. terima kasih Tuhan. (membiar pintu masa lalu terbuka renggang) terima kasih sayang. (hadir beri ketenangan)
P/S: gua tak jiwang dalam puisi ni. XD

Wednesday, September 1, 2010

Aku cuma penulis picisan.Sape yg nk peduli kan?

Tulisannya kadang merapu.
Tersasar dari landasan realiti.
Fantasi yang sekadar palsu.
Terlalu ramai mencaci, terlalu ramai yang sinis.
Penulis macam aku, siapa peduli.
Mungkin yang ditulis tidak sama macam realiti.
Kata-kata mungkin dusta. Kiasan yang dicipta mengikut rasa.
Arghh, picisan macam aku, siapa peduli.
Lainm cerita kalau aku menjunjung pemimpin politik. Memuji mereka seluas langit.
Mencaci lawannya ke lubang najis.
Nasib, nasib...
Aku cuma penulis picisan.Sape yg nk peduli kan?