Thursday, January 31, 2013

#BukanJalanPilihan

hentian.
langkah, jalan lurus belum tentu tenang tanpa halangan.

hentian,
bukan comfort zone idaman.
walau terkadang perlu jua berhenti seketika
untuk lihat pada kenangan zaman tumbesaran.

hentian,
biar aku peluk tiap baris yang namanya kenangan.
mesti kadang-kadang perit untuk kita lepaskan.
tarik nafas-lepas perlahan.
kedengaran berat, dan inilah namanya KEHIDUPAN.

Monday, January 14, 2013

Sharifah Zohra Jabeen, Shasha Mendoza & Seekor Babi.



Kalau akak-akak yang bijak pandai tu tanya depan aku, "binatang apa lagi yang bermasalah?"

Aku akan jawab,
"binatang BABI la puan. binatang babi ni bermasalah sebab dia ada otak tapi takde akal. babi ni kalau boleh dia nak pinjam akal dan otak puan, simpan buat dia pakai. otak dia bagi kat puan; sebab dia tengok puan dah berperangai serupa BABI."

heh.

#DejavuDiKinabalu 2.0


Permulaan kepada journey aku. Bagi orang Labuan The Great, pergi ke K.Kinabalu ada perkara yang biasa-biasa. Tidak bagi aku. Setelah beberapa lama tidak berkunjung ke kota sejuta kenangan ni, it will be surprise and exciting. Serious. Bagi yang mengikuti perkembangan blog ni since establishment, they'll understand why it's relates to sentimental attachment. Heh. 


Pengembaraan a.k.a honeymoon a.k.a vacation aku bermula dengan kucar-kacir. Ticket tak beli, no proper planning. Kat sana kau orang dapat capture apa jadik dengan diri aku. Kelam kabut ke TM nak report pasal internet tak boleh guna, phone rumah barai. Last sekali, aku berjalan dengan tenang. Chill kata orang putih. Perjalanan dari Labuan-Menumbok memang steady. Dia sumbat aku sekali dengan rombongan Myanmar. Jadi, kau orang faham sajalah apa jadik dalam speedboat tu macamana. No security alertness. Life jacket tak kena issued, brader speedboat memang STEADY! Mujur ilmu kelautan aku masih dalam otak. In case of emergency, aku dah berjaga-jaga. kah kah kah!



Sebelah petang lepas arrived at area Bandaraya, lepas check in bagai, aku terus ke Kompleks Karamunsing. Aku repeat, kompleks ni merupakan tapak bekas pengajian aku, Tower A; 9th Floor kalau tak silap. kah kah kah! Ini, main entrance kompleks beli-belah ni. Kat tepi tu bangunan SESB, pembekal electricity bagi kawasan Sabah dan Labuan. Dekat bangunan ni, dekat tingkat 4 kalau tak silap ada surau. Open for public (sekitar 2007-2009) sekarang ni aku tak pasti. Surau tu, agak-agak dulu kalau tak sempat balik rumah dekat Country Heights Apartment aku solat kat sini. Selalu tu aku azan Zohor, paling tidak selalu jugak jadik imam kepada pengunjung dan staf-staf SESB. Ini real. Aku tak tipu. Masa tu siap kamceng dengan brader-brader, akak-akak SESB. Jumpa dekat Bilal, rilek je main salam sauk ala PEKIDA. Bilal ni legend bagi aku dan kawan-kawan sepengajian. Dekat Bilal ni dulu, bebudak Twintech je rare pegi hisap rokok dalam restaurant diorang. Budak Kolej Multimedia TM? Makanan je tu, jepp. 


Rumah Terbalik, Tuaran. Perjalanan ke Kundasang. Speechless. Yang ni, saja singgah amek gambar atas cadangan Bro Eddie bakal guru juga kawan sekolah, kawan PLKN juga kawan bermaki aku. Eddie jugak berperanan sebagai Tourist Guide aku sepanjang vacation ni. Lepas dia jadik guru ni, mungkin jadik mangsa saman aku kot. kah kah kah!


Rumah Terbalik ni aku tak faham sangat, aku tengok serupa rumah biasa-biasa jugak. Tu pun aku usha dari luar je, nak masuk mahal sangat. So, sebelum pengusaha tu jadi bahan makian kapitalis aku; elok lah rasa aku amek gambar dari luar je. Gila kau nak maki terus, padahal knowledge aku pasal benda ni pun takat dengar citer orang je pun. Dah nama pun, saja-saja amek gambar. ;)


Sayup-sayup dari kejauhan, puncak Kinabalu nampak sehingga ke puncak. Sambil hati aku berbisik, "aku ikut kamu sayang, biar sampai ke puncak Akinablu." Hehehe... Aku tak romantik, jenis tak reti cakap I Love You depan-depan. Main ayat je pandai. kah kah kah! 


Sampai di Lembah Pergunungan Kundasang. Membangkitkan kenangan. Aku dah lama tak rasa sejuk yang real punya cool. Sumpah! Sejuk dia tak boleh lawan dekat Fraser's Hills ataupun Genting. Dia punya sejuk kategori abang-abang orang kabor. Belah tepi aku tu, Eddie. Co-Pilot merangkap Tourist Guide aku. kah kah kah! Gua macho lagi dak? ;) 

Actually, aku tak larat menulis panjang. Writer's block. Dekat lembah pergunungan Kundasang, aku dah luahkan segalanya; dari hati. Edisi cerita cinta lama, ilmu penulisan aku bercambah dekat sini, cerita tentang kawan-kawan, cerita pasal termakan babi, cerita pasal orang Sabah bagi direction yang agak-agak lucu. Speechless, seriously. Kalau boleh aku taknak cerita pasal benda-benda lama ni. Dah malas, lemau nak ingat. Tapi tu lah, look into the back will make you remembering something that you always forget = spirit. Aku cakap dekat cik puan, benda-benda semua ni membentuk siapa aku sekarang. Aku dah cuba jadi cool sehabis mungkin. Cool tahap bapak-bapak. At the end, aku diam-diam. Tengok semua benda dari sudut pandangan bernama kenangan. Memang gampang dia punya feeling

Okey, next pictures!


Pelangi petang di Pekan Ranau. Selepas hujan renyai, pelangi ni timbul. Siap double line habaq hang! Aku dah lama tak tengok pelangi petang. Serious. Aku terlalu sibuk dengan pekerjaan sekarang, selain beberapa paper work yang aku buat tolong bisnes orang lain. Aku gigih carik duit lately. Ada banyak lagi benda pending dalam worklist aku. Nak sambung belajar lagi. Nak itu ini. Nafsu bekerja keras makin menjadi. Lagi keras dari kerja aku dekat Kota Zina, KL dulu-dulu. Selepas usaha setahun, lepak-lepak dekat sini, aku ada chill sikit. Tengok kebesaran Allah sambil tenangkan hati. Layan hati yang tersayang lagi. Macam-macam hal.


Kinabalu Pine Resort. Sejuk. Kenangan. Pahit. Manis. Ini gambar dari pondok paling depan nearest to reception building. Pondok ini simpan cerita lama. Ilham yang aku mendorong aku menulis puisi "Hijau Bumi Kundasang" yang berjaya dideklamasikan menjadi lagu puisi semasa penutup Perkampungan Penulis Muda tahun 2005 masa aku berumur 16 tahun. 16 tahun bak hang! "Hijau Bumi Kundasang" merupakan masterpiece aku yang pertama. Masa yang buat aku realize untuk terus menulis, menulis dan terus menulis. 

Menipu lah aku cakap, kalau aku tak tenggelam dengan layaran kenangan. Kenangan pasal "berapa banyak awak sayang saya?" dan dijawab, "setinggi puncak Kinabalu tu honey." Mitos tentang perhubungan cinta silam, pahit. Benda-benda macam ni buat aku rasa tak larat nak ingat. Tapi tulah, masa-masa belakang dah ceritakan siapa aku pada 2013. Yang bentuk aku jadi manusia paling kental dalam adik beradik aku. Tapi paling tak kental bila mengadap kenangan. Aku akan jadik manusia paling pendiam. Ini , serius. Celaka. kah kah kah!

Alright, alright. Ni gambar last, dah nak Subuh ni. Dengan gambar ni, aku harap hero Dejavu Di Kinabalu tak rasa tercabar. kah kah kah!

"ini bukan cerita tentang pencuri hati. ini cerita tentang penjual kasih sayang dan pembelinya sudah di dapati."


"Lembah pergunungan Kundasang yang sudah sedikit maju ini juga menyimpan cerita cinta lama. Dan, di hujung layaran kenangan; saya berdoa semoga cerita cinta lama ini akan tenggelam bersama lipatan mitos pergunungan ulung, Akinabalu."


Heh. 




ps I:
kalau dah tau nak jalan jauh dan tak bawak camera canggih ala brader DSLR, make sure smartphone korang ada portable charger!

ps II:
semua gambar serupa dalam Instagram aku. reason sila rujuk kenyataan di atas.

Friday, January 11, 2013

#DejavuDiKinabalu 1.0

Suasana gelap diiringi kabus tebal dan dingin udara malam mengiringi perjalanan balik dari lembah pergunungan, Kundasang. Ini, mengingatkan saya kembali kepada puisi Sepanjang Perjalanan Ke K.Kinabalu karya Prof. Madya Datuk Dr. Lim Swee Tin.

Di lembah pergunungan Kundasang inilah saya belajar ilmu penulisan. Karya pertama saya "Hijau Bumi Kundasang" dengan cemerlangnya di deklamasikan pada malam penutup Perkampungan Penulis Muda tahun 2005,Kinabalu Pine Resort semasa berusia 16tahun.

Lembah pergunungan Kundasang yang sudah sedikit maju ini juga menyimpan cerita cinta lama. Dan, di hujung layaran kenangan; saya berdoa semoga cerita cinta lama ini akan tenggelam bersama lipatan mitos pergunungan ulung, Akinabalu.

Heh.

Sunday, January 6, 2013

Edisi Menjenguk Kenangan : Tanah Pusaka Rebel.

Edisi Kali ni disekalikan dengan honeymoon + vacation, menjenguk kenangan.

Kota Kinabalu. Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan aku since 2008, akan faham kenapa aku ada sentimental attachment dengan district ni.

Aku membesar dengan pemberontakan disini. Benih-benih dan spirit-spirit aku bercambah di sini. Gagal, aku tak boleh nafi. Jadi, tiada apa yang perlu dibanggakan atau dicatat sebagai sejarah moden mahasiswa.

Palat-palat kapitalis dan perogol modenisasi. Jamban-jamban kehinaan. Aku mahu pergi menjenguknya dengan kegembiraan dan rasa kasih sayang.

Biar rasa ini, sama seperti rasa kali pertama aku bergelar mahasiswa. Gembira dan excited.

Tuhan, permudahkan perjalanan sebab aku tak beli lagi tiket ke K.Kinabalu.


Heh.

Friday, January 4, 2013

Maxis Bapak Kapitalis!

Aku tengah lunch tadi. Sambil aku lunch pekena Fried Mee Mamak Style dekat Deens Restaurant, aku dapat text. Text dari Maxis,
"Dear Customer, Your accumulated charges of RM 148.90 have exceeded 80 percent of your credit limit of RM 150.00 for account 1452956970."

Ya, RM 148.90! Aku letak sudu garfu, selera makan tersekat. Darah menyirap naik atas kepala. Called to 1(23). Machine gampang mentioning about accumulated charges of RM 260.00. Aku dah berkira-kira nak mencarut. Tapi, aku tahan; telan je satu-satu makian dengan istighfar kepada Tuhan.

Conversation start,
"alright, sir. Now, I got a problem with my bill. How come my bill accumulated as RM260? At the same time, your sent a text about RM 140 something? Can you explain about it, sir?


"Can I get your IC No?" Gua bagi takdak banyak hal. 

"Baik, encik. Jumlah yang saya nyatakan tadi adalah jumlah terkumpul dari bulan lepas. So, encik kena jelaskan jumlah terkumpul untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang."

"What?!!! For your information, I pay RM 150 every month. I repeat, EVERY MONTH. I went to your center, asking them for the actual amount they said, WE CANT CHECK, SERVICE DOWN. So that, I willing to pay RM 150 as my credit limit. Instead, you never stated the actual amount in my monthly bill. One more thing, I baru je settle my bill with amount as RM 150 two days ago".

Encik operator berhujah panjang. Telling me that, benda tu kena ikut recycle bill. Means, bill aku about 10th to 10th every month. Tapi, aku stick dengan hujah takkan within 1st to 10th, bill aku dah makan sampai RM 140 something. Gila! I admit that beberapa bulan lepas aku ada pending bill makan sebulan lebih. Dah settle, bayar sekali total amount, RM 60++. Ada rekod.

Ini dah kira nasib baik, aku berhujah pakai ayat cukup professional. Sumpah, professional. Brader operator ni duk sibuk pung, pang, pung pang repeat benda serupa macam machine yang mula-mula jawab call aku. Beberapa belas minit before end of conversation, aku tanya dia macamni,

"brada, sampai bila you nak backup kapitalis serupa ananda ni?"


dia jawab,
"sir, perbualan ni dirakamkan."

"kau pegi tepek tape rakaman ni kat telinga ananda sekarang."


Nampak aku punya geram tak? Aku tak kira dah time tu. Marah memang. Aku banyak dapat feedback. Kawan-kawan PM aku through Facebook. Yang tulis, yang pesan dekat aku serupa ni, "tu la, berlagak sangat pakai bill", "bill melambung pun nak kecoh", "pakai public phone la shid", "kau buat hutang, bayar je lah. duit bukan bawak mati" aku nak pesan dekat kau orang semua,


Ini cerita bukan kecik anak punya hal, bukan hal duit bawak mati, bukan cerita hutang tak reti bayar bagai. Ni cerita pasal PENINDASAN, SALAHGUNA. Kau paham tak? Serupa lah macam bila kau kena tuduh merogol budak, padahal kau tak rogol budak tu; jentik pun tidak. Dan kau mati-mati upah lawyer supaya kau terlepas dari hukuman dari kesalahan yang tak pernah kau buat. 

Nampak contoh tu?

Untuk TS Ananda Krishnan,

Ya, mungkin aku berdosa sebab aku doa kau masuk neraka, NERAKA PALING DALAM. Aku bukan dengki dengan kekayaan kau, atau kesah dengan berapa banyak bisnes yang kau dah sauk dekat negara ni; aku jugak tak kesah kau keling or melayu or cina. Aku menyirap sebab bisnes kau ni, bapak punya kapitalis! Kapitalis, tahu tak? Kau ada review monthly complaint tak? Aku dah rate servis kau dari 5 pegi ke level 1. Tak payah tanya sebab kenapa.

Kau buat bisnes telekomunikasi sebab ihsan kerajaan. Mahathir bagi kau peluang supaya negara kita ni berdiri sama tinggi dengan negara maju lain. Pak Lah bagi kau peluang expend kau punya bisnes ke hal-hal pembangunan telekomunikasi serupa ni. Takkan billion ringgit keuntungan tu tak cukup buat kau kaya?! Kenapa mesti kau aniaya orang, pengguna macam aku ni; yang percaya kau satu-satu telecommunication service yang bagi harga paling tip-top then kau pau duit aku cukup-cukup. Kenapa?!

Aku rasa sebagai Maxis user, atau mungkin pengguna lain pernah rasa; satu perkara yang gila bila service provider suruh bayar bill within 2 days lepas kau dah bayar bill dengan jumlah credit limit, without knowing about actual amount. Aku berani tulis, sebab aku ada bukti yang aku dah bayar semua. Dan, aku ketengahkan semua benda ni masa sembang dengan brader operator tadi. 

Untuk pengetahuan semua orang yang condemn aku tadi. Aku tak cari populariti pasal benda ni, atau mintak Ananda Krishnan menangis depan rakyat mintak simpati. Tak, dan tak akan! Aku kecoh sebab nakkan keadilan. Supaya takde lagi syarikat-syarikat telekomunikasi buat perangai gampang serupa yang MAXIS kenakan ke atas pengguna-pengguna yang dah gunapakai dia punya perkhidmatan bertahun-tahun. MAXIS, kau kena ingat; jangan sebab benda ni kau hilang berjuta user lain. Customer kau tak jaga, kau charge benda bukan-bukan. Kau ingat kami orang ni bodoh tak sekolah ke?

Dah la, aku dah muak dengan benda ni. Suruh aku buat official complaint la, menda la. Abes, yang sebelum-sebelum ni aku complaint ada ke CEO kau buat tindakan? Masuk neraka lah korang nanti!

Kat bawah ni, aku attached sedikit bukti. Kau orang nilai lah sendiri.


Tadi punya text.


Latest 3 months payments.


Bill Summary.


Notification on 30th Dec 2012.


Service Rating on 1st. January 2013.


Kalau dah ada bukti macamni, apa pulak bukti yang MAXIS nak kata aku ni berhutang dengan dia? Aku tunggu kau punya feedback macamana.

TERIMA KASIH MAXIS, BAPAK SEGALA KAPITALIS!

Wednesday, January 2, 2013

Dua Ribu Tiga Belas II - Perutusan Khas Persekolahan.

Dik, platform persekolahan adalah permulaan untuk korang kenal dunia. Tentang sepak terajang kehidupan, tentang siapa sekeliling korang.

Supaya, bila kau besar nanti dah memadai kau tanam cita-cita untuk jadi orang; bukan orang-orang yang hanya tahu menulis, "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".

Kau binalah click yang sihat antara sahabat dan guru-guru. Mereka ni sumber ilmu kehidupan. Mereka ini, akan ajar kau makna peradaban dan kebiadapan orang-orang.

Ingat, kalian masih ada jutaan hari untuk tahu tentang pemerintahan. Ubah sekarang atau kalian akan warisi kebodohan zaman-berzaman.

Heh.

Tuesday, January 1, 2013

Dua Ribu Tiga Belas.

Hari ni, dah masuk 1.1.13. Aku nampak macam serupa pelik bila angka 3 duduk dekat hujung. Iya, serius pelik. Sebab, semalam aku agak risau jugak kot-kot tekaan Mayan pasal kiamat dunia tu jadik real. HAHAHA. Tak, tak; aku bergurau.

Aku ingat nak imbas sikit, benda-benda setahun lepas. Kalau dalam Facebook, namanya "2012 In Review". 

Setahun lalu, January 2012; aku masih berkhidmat untuk Baskin Robbins Malaysia sebelum berkhidmat ke satu independent company dalam perkhidmatan restaurant and lounge. Dan, dipertengahan 2012 aku kembali ke bidang perhotelan di tanah kelahiran; Labuan The Great.

Setahun sudah berlalu, benda-benda gampang; segala haram jadah memang banyak aku tempuh. Serius, dalam usia yang masih muda macam-macam benda aku dah hadap. Sepak terajang kapitalis, golongan korporat, ahli-ahli politik, pemuzik-pemuzik jalanan juga mainstream. Semua aku hadap. Demi kerjaya, demi minat dan cita-cita. Kiranya, lepas aku ingat-ingat balik benda-benda lama; aku rasa macam; ya, this is adult's life. Ada benda-benda yang kau rancang, yang kau plan baik punya, ada orang sokong, ada yang bangkang, ada pulak yang mencantas. Aku redha, pasrah. Sebab, aku tau Allahuakbar tak bagi ujian lebih dari kemampuan manusia tu sendiri. 

Setahun yang lepas jugak banyak mengajar aku jadi seorang yang ada pendirian. Yang cuba membangkitkan kesedaran realistik dan optimis untuk benda yang aku sendiri buat. Payah, memang. Itu aku tak boleh nafikan. But, at the end of the story bila aku nampak benda tu sendiri move on and excellence; tiba-tiba aku rasa puas. Puas, sampai rasa kalau Allah nak amek nyawa time tu aku memang bagi mudah je. Bila fikir balik yang banyak benda yang aku nak achieve beyond expectation; aku doa mintak panjang umur. hehehehe...

Cerita-cerita rabak yang aku tempuh, rasanya Allah dah bayar sekarang. Biarpun aku tak berkongsi gambar mahupun exposed to media; but you should know guys; bukan semua benda kita boleh sembang through Facebook or whatever social network nowadays. Rasanya aku dah selesa untuk hidup secara low-profile. Biasa-biasa. Lagi pulak, setahun yang lepas banyak benda rebel aku dah buat. Rebel ke hal politik, rebel ke hal organisasi, rebel ke hal perkhidmatan kerajaan. Pendek kata, jiwa aku memberontak dengan sistem yang kita ada sekarang. Capitalism, penindasan, kekuasaan, pangkat dan harta kekayaan dan aku cenderung untuk melawan arus kebiadapan manusia terhadap tamadun kemanusiaan dan peradaban social satu-satu masyarakat.

Dan, aku percaya yang rata-rata kita sekarang akan menempuh satu pasca zaman penjajahan minda yang mana kita percaya medium penulisan di media-media elektronik mahupun bertulis adalah platform untuk menentang segala ketidakadilan, prasangka atas nama KEADILAN dan KESAKSAMAAN. Sama macam zaman dulu-dulu era Ahmad Boestamam, A.Samad Ismail, Burhanuddin Al-Helmy. Mereka ini inspirasi penulisan aku.


Okay, sekarang aku nak tanya; MANA PEGI CERITA PASAL FLASHBACK 2012 AKU NI????!!! Gampang betul bila dah out from story ni!