Saturday, January 31, 2009
Catatan Perjalanan: Dari Misi Sulit Jan '09
Saturday, January 24, 2009
Misi Sulit: Bercuti Ke Johor Bharu!!!
Thursday, January 22, 2009
Misi Sulit: Menjejak Sejarah Kelantan
Saturday, January 17, 2009
Jika Aku Jatuh Hati- Sebuah Lagu Puisi
Four Things- Tagg From Mdm. Azimah
Thursday, January 15, 2009
EKSPERIMEN: Bila Hati Kecil Merusuh
Wednesday, January 14, 2009
Pencarian Ke-26: Dunia Baru Cinta Ku
Apapun, menyorot cerita cinta lalu buat aku bersyukur dengan pemberian Illahi yang tak pernah aku fikirkan sebelum ni. Banyak benar kata-kata, mengatakan cinta itu buta. Bagi aku,cinta tak pernah buta; cuma manusia yang "membutakan" hati dengan membelakangkan agama juga keluarga!!! Cinta juga bukan untuk dinodai dengan perlakuan tapi ia lebih kepada kayu ukur dalam diri; betapa besar anugerah/rahmat Ilahi yang dianugerahkan kepada kita.
Kalau sebelum ni, aku lebih tenggelam bersama emosi/perasaan; sekarang aku lebih mengutamakan masa depan atau future planning(kata P.Ramlee). Apatah lagi, usia aku aku menjejak ke angka puluh(bahaye ni...huhuhu) 15 Mac akan datang.
Terakhirnya, aku berdoa semoga Pencarian ke-26 ini akan berkekalan, Insyaallah.... Buat sahabat diluar sana yang pernah terluka; jangan sesekali pasrah dengan takdir yang menimpa. Berusaha mencari yang terbaik dari yang pernah anda miliki merupakan pengalaman terindah/bermakna buat hayat anda!!! Selaamt menempuh cinta Baru!!!
Sunday, January 11, 2009
Eksperimen: Bila Namaku, Agama Mu
Thursday, January 8, 2009
Kempen Boikot Israel/Amerika Kolej Twintech
Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel
KUALA LUMPUR 8 Jan. - manakala pihak Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.
“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.
“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA
Meet uNcLe sHaH:
Alhamdullillah, ada hikmah di sebalik pindaan AUKU yang dikatakan mengongkong pergerakan pelajar seperti sebelum ini. Bersamaan itu, saya dengan warga Twintech Kota Bharu, Kelantan akan melaksanakan satu program amal mengedarkan risalah mengenai pemboikotan barangan buatan Amerika yang kita pasti keuntungannya disalurkan sebagai dana ketenteraan Israel yang menyerang saudara Islam kita di Palestin.
Insyaallah, sebagaimana yang dirancang ianya akan berlangsung pada:
Hari: Sabtu(10 Januari 2009)
Tempat: Berkumpul Di Hadapan Kolej Twintech, Kota Bharu, Kelantan( Bersebelahan Pasaraya Billion)
Masa: 9.00 pagi
Sehubungan itu, saya menyeru kepada Warga Twintech Kota Bharu(pelajar, pensyarah, staf, pentadbir) akan bersama-sama menjayakan kempen amal ini sebagai satu usaha kita membantah tindakan biadap Israel dan Amerika laknatullah ini.
Ya ALLAH,
Tuhan Maha Pemurah
Tuhan Yang Mengasihani.
Kau permudahkanlah usaha kami
Janganlah Engkau pesongkan hati kami
dari
mengkhianati saudara Islam kami
Janganlah Engkau jadikan kami
sebagai
pemusnah kepada agama kami
Ya ALLAH
bukan kami ingin membangga diri
Kau jauhkan kami
dari sifat mazmumah yang Engkau keji
Kau peliharalah kami dari bencana
sesama kami
dan
kau redhai lah perjuangan ini
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
"Dan perangilah di jalan Allah orang - orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang melampaui batas." (Al Baqarah: 190)
Tuesday, January 6, 2009
Selamatkan Palestin!!! Di Mana Mereka....
Serangan pertama Israel tempoh hari, sudah cukup buat aku resah, marah juga membayangkan siapa, apa dan kenapa mesti kita berdiam diri??? Memang benar aku sedikit terlewat mencoretkan simpati itu di sini. Namun, sepanjang tempoh itu sebenarnya aku ingin melihat sendiri reaksi dalam juga persepsi masyarakat dunia dalam konteks yang cukup luas serta bermakna!!! 'Bermakna'???
Aku cukup tertanya-tanya di mana mereka tatkala saudara seagama dianiaya??? Siapa mereka??? Liga Arab, pemimpin Islam, ulamak, juga orang paling popular tahun 2008, Barrack Obama!!! Di mana dia, yakni mereka yang sering melaungkan memperjuangkan prinsip kemanusiaan??? Tidak perlu menanti sokongan pertubuhan bukan Islam, sekat sahaja sumber-sumber ekonomi umat Islam yang kita salurkan ke negara-negara yang menyokong usaha JAHANAM ini. Maaf, jika bahasa yang digunakan kali ini terlalu kasar, biadap!!! Kerana aku juga hampir-hampir kehilangan tatasusila diri menahan kemarahan yang kian membuak setiap hari!!! Merujuk kembali komen yang aku berikan di dalam blog http://ustazsaid.blogspot.com :
Sunday, January 4, 2009
Back to School!!! Selamat Berjaya Guru, Pelajar M'sia!!
Hari ini(4hb Januari) juga esok, bermula kembali sesi persekolahan di Malaysia setelah hampir 2 bulan bercuti. Di Pantai Timur, sesi persekolahan/pendaftaran bermula hari ini, negeri-negeri lain akan bermula esok hari.
Bermakna, episod 'memalaskan' diri juga telah tamat!!! Buat adik-adik ku, baik yang mengenali aku/tidak; cuba bentuk kembali motivasi diri dengan mengingati kembali harapan kedua ibubapa yang meletakkan sepenuh harapan mereka kepada adik-adik. Juga, rebutlah setiap peluang yang adik-adik peroleh ketika di alam persekolahan ni; kerana setiap peluang yang baik ianya tidak datang dengan sendiri. Begitu juga dengan kejayaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!!!
Manfaatkan setiap waktu di sekolah dengan membentuk peribadi mulia baik ketika bersama sahabat mahupun guru-guru. Pengalaman itu, pasti akan mengajar adik-adik sesuatu yang bernama menikmati hidup secara positif!!! Memuliakan guru, sama juga seperti memuliakan kedua ibubapa. Kalau boleh, janganlah lagi timbul episod 'membelasah' guru seperti yang terjadi di Perlis tahun 2008 lalu. Guru tempat kita bersandar, guru juga similar to your family member, isn't it???
Kepada adik-adik ku yang akan menjadi calon peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM; jangan sesekali tewas sebelum memulakan 'peperangan'!!! Peperiksaan umpama juga peperangan meneruskan kelangsungan hidup!!! Jangan sesekali mengaku kalah kepada musuh dalam diri anda sendiri... Remember, when your fail to plan; you plan to fail!!!
Kepada guru-guru Malaysia,
Anda umpama lilin yang menerangi hidup pelajar-pelajar!!! Tanpa kalian, kami tidak akan memperoleh ilmu. Semulia guru adalah mereka yang sanggup 'menjual'; masa demi kejayaan anak bangsa!!! Seringkala, terdengar jua luahan hati seorang pendidik, namun apabila kami(pelajar) menempah kejayaan; sering itu juga nama-nama kalian meniti di bibir kami!!! Apatah lagi, ketika bertemu sahabat-sahabat lama, nama-nama kalian yang menabur jasa kepada kami pasti tidak dilupakan!!!
Guru-guru Malaysia, anda adalah pemangkin kepada kejayaan anak bangsa!!! Terima kasih atas jasa kalian!!! Dan, selamat meneruskan sesi P&P 2009!!!
MeeT uNcLe sHaH:
erm, teringat zaman sekolah dulu
hari pertama semua nampak 'smart', tak serabai sangat. hehee
tu blum kira dengan pertanyaan azam baru dari rakan-rakan/pengetua/guru kelas
hahahaha
teringat kepada satu jawapan classmate yang bosan dengan soalan streotype seperti itu, memebri jawapn ini: "NAK JADIK KASANOVA BERJAYA TAHUN NI"
p/s:jgn tiru jwapan ini, setiap apa yang kita lafazkan ia adalah doa!!!

