Saturday, January 17, 2009

Four Things- Tagg From Mdm. Azimah

Salam semua... Erm, tagg ni aku dapatdari Mdm. Azimah(my English teacher) , nak tak nak aku kene jawab gak. Lagipun, aku da janji nak jawab. Tak baik plak kalau mungkir janji, ye dak?? So, ni dye jawapan: Four jobs I have had in my life : 1. Waiter- Since aku Form 2 g, aku da keje kat Pagayaman Pit Stop. Memang kire "otai" kat situ. Actually, Pagayaman ni owned by my uncle a.k.a. my mama's cousin. 2. Pelajar- Ni pon kire keje ke??? Hehehee.. Tak kisah ar kan, janji aku ade 4 jawapan!!! Hahaha!! 3. Motivator "Bebas"- Keje ni takder sape pon iktiraf aku.. Hahahaha!!! Aku kan suke membebel, so mane-mane orang kenal aku deeply memang tau ar; motivasi "bergerak" a.k.a. ceramah percume kat diorang ni. Abes, da diorang pon suke mintak nasihat kat aku, so ilmu yang sedikit tu aku share ngan diorang. Mane tau dapat pahala, kalau diorang amalkan. 4. Catering Supervisor- Post ni aku duduk tak lame sebelum aku sambung study kat KK and now Kelantan(Dis '06, Feb '08-Jun '08). Position ni memang meletihkan, especially nak set up barang. Peel staf satu hal, jumpe yang keras kepala plak; time tu ar aku nak "meletup". Anyway, aku tetap ketua yang baik. Aku tak ar bebankan diorang ngan tekanan tempat keje. Erm, position ni still kat Pagayaman Pit Stop. Four Movies/TV Series I would watch over and over: 1. Buletin Utama TV3- Rancangan ni memang slot kewajipan untuk ditonton. Memang tak jemu, sebab penyampaian berita yang bertenaga. Especially Mr. Karam buat liputan. Perghh, antara pengacara/penyampai wadah yang aku kagumi. Sebab, Mr. Karam ni gunekan pepatah/bidalan Melayu yang budak Melayu sendiri "terhegeh-hegeh" akan maksudnya. 2. CSI- Drama bersiri yang aku tak lepas nak tengok. Tpy, sekarang ni da tak boleh tengok sebabnye takder Astro, satu hal lagi CSI, ade menyentuh sensitiviti keIslaman. Kire, boikot sekarang ni... Naseb ko ar... 3. Gerak Khas- Satu lagi TV series yang aku selalu nak tengok/takkan lepaskan peluang menonton kalau punye kesempatan!!! Tpy, da berape minggu aku miss siri ni sebab busy ngan aktiviti/assignment/test/kuiz!! huhuhuhu. 4. Zombie Kampung Pisang!!!!- Movie lawak seram yang aku tak pernah bosan menontonnya berulang kali!!! Movie ni, punyai kekuatan elemen "kekampungan" yang buat aku rindu kepada suasana "kampung sebenar kampung". Movie karya Mamat Khalid ni memang lawak walaupun ade elemen "logik" yang menjadi persoalan. Tapi, korang fikir ar kalau western film korang boleh bagi 4,5 bintang; kenape tak filem tempatan???!!! Four places I've lived: 1. Kampung Nagalang- Tempat sebenar aku dibesarkan dengan elemen kampung yang masih tebal. huhuhuh... Tapi, family aku tepakse pindah sebab government tak boleh jamin keselamatan penduduk di situ sebab dekat sangat ngan landasan lapangan terbang lame Labuan. 2. Bandar Baru Uda, J.Bahru- Tempat aku membesar, setelah bapa aku dipindahkan ke Johor(bapa I tentera darat). huh, banyak kenangan situ. Cuti CNY ni, Insyaallah aku balik situ. 3. Kg. Penajis, Rembau- Yang ni, umah Wan belah bapa aku. Tempat yang membentuk jiwe aku supaye cintai kedamaian, ketenangan, memahami alami sebagai satu elemen untuk relax!!! Baru je aku balik situ, last year lepas raye aji. Erm, da buruk benor umah Wan aku tu... 4. Air Base, Labuan- Hahahaha!!!! Labuan jugak!!!! Tempat ni cukup simbolik kepada minat aku dalam military... Time tinggal kat sini, my father dipinjamkan ke TUDM. Lame gak ar... p/s: Sebenarnye banyak tempat g, da mintak 4 bagi 4 je eak?? Four places I've been: 1. KK, Sabah- It's about 6 months there. Taht time, aku bergelar student(sekarang ni student gak) kat Sabah Branch. 2. Brunei- Family my mama most of them came from Brunei. 3. Merapoh, Pahang - Tempat ni, selalunya jadik tempat rehat semasa perjalanan balik ke K.L. hahaahaha!!! 4. Wakaf Aik- Kelantan. Aku tulis nama tempat ni, sebab keunikan namanye. Unik?? Heran kan??? Cara nak sebut tempat ni, "ik" bukan a'ik. Tu yang uniknye tu... heheheheh People who e-mail me(regularly): 1. Myspace- Remain about the messages, comment or whatever about myspace. 2. PPC- Inform me about latest news about Islam and political issues. 3. Friendster- Remain about the messages, comment or whatever about friendster. hehehehe.. copy paste je ni.. 4. My friend- sape eak yang selalu e-mail aku?? nanti aku check balik..(aku lupe tau, bukan lupean korang!!!) Four of my favorite food: 1. Malay Food- Especially masak lomak cili api!!! Pergh, memang korang tak bley agak da: "Betul ke Rashid makan sampai tambah banyak kali???" Hahhahah!!! 2. Cake - Letak ar jenis ape sekalipun, memang selamat "dikorbankan". 3. Sambal- Yang ni, kalau takder sekali dalam sehari memang perut rase cam "terencat" ckit. hehehehe... 4. Chinese Fried Rice- Nasik goreng ni aku selalu enjoy kat Pagayaman. Kalau aku makan kat situ, bebudak tu da faham ape yaang aku nak!!! Bukan ape, kat situ diorang bukan gune rempah cam yang kat bandar. Pastu, charge plak murah, kat bandar kalau tak RM5, jangan harap ar!!! huhuhuh Four places I would be right now: 1. Labuan- Hampir setengah tahun lebih tak balik!!! Rindu mama, Atul, Ct Ana, Luqman, Ain!!! Especially, my twin. Lame tak wat lawak ngan dye ni!!! 2. N.Sembilan, Kg. Penajis- Tempat yang sesuai untuk aku relakskan otak dari kesibukan kota/masalah pengajian dsb!!!! 3. Brunei- Lame tak balik, nak lawat saudara. At least, bley gak menambahkan satu lagi catatan kembara aku... 4. Kolej- Banyak keje tak siap g!!! hahahaa!!! Tempat yang aku boleh berkongsi idea/pengalaman/pandangan bersama reman pengajian!!! Who should I tag? 1. Cikgu Sahar - Bekas pengetuaku ni memang jadik sasaran utama!!! Just to release the tension sir!!! Hahahaha!! 2. Sir Naiman- Errr, Sir Naiman ade blog ke Mdm??? Hentam saja la!! 3. Safwan- update ckit blog tu!!!(p/s: sape2 yang tebace ni, inform kat sofwan ek??) 4. Rakan2 blogger- Sape2 yang rajin boley ar jawab tag ni...
MeeT uNcLe sHaH:
Erm, tag ni boleh release tension rupenye.. Tenang, ketenangan.. Lega, kelegaan.. Hutang kat Mdm, tinggal satu je lagi tau... hehehhehehe... Suka, kesukaan Gembira, kegembiraan.. Ntah ape-ape ar yang aku tulis ni.. ;p

Thursday, January 15, 2009

EKSPERIMEN: Bila Hati Kecil Merusuh

Di Subuh 15 Januari.....
rusuh, hatinya merusuh. resah, tetap juga resah. seperti juga obama apakah satu perubahan diterima seperti juga bush nasib baik tidak mengena!!! pilu, mendayu lagu pilu. syahdu, seperti juga di sana??? apakah sama seperti dunianya??? aku, begitukah dunia??? aku, inikah mahu mu??? tenang, bilakah akan datang??? damai, datang kah kembali??? datang, datang lah. pergi, jangan tinggalkan pedih sengsara jangan tinggalkan derita pilu damai, datang, datanglah hadir, hadirlah!!! tidak lama, biar sebentar!!!
Tengahari 15 Januari....
masih seperti tadi. dunia, takkan pernah berubah. janji Tuhanku, DIA Maha Agung. Muhammad, sumber perjuangan diri. Al-Quran, pembimbing kala hati sunyi!!!
Petang 15 Januari...
ada sedikit tenang. tenang, ada secalit kekecewaan. ????? ??????
MeeT uNcLe sHaH: satu luahan hati aku, Ssusah gak bile hati "merusuh" bukan pasal cinta bukan pasal politik pasal Islam pasal bangsa. gaduh memang Melayu!! bunuh Melayu!!! rompak Melayu!!! dadah sah-sah Melayu!!! Islam ramai salah anggap boikot??? da pasti!!! tapi, akal anak muda yang panas baran memang pendek aku dikatakan cakap tak serupa bikin erm, persepsi korang aku terima idea korang kite betulkan sama2 pelajar??? erm, hidup kene belajar sampai liang lahad kate Nabi menuntut ilmu sunat muakkad. perbincangan dengan sahabat tadi, ke mana hala tuju kami??? dewasa yang mengejar, melemaskan pemikiran. betapa propaganda melingkari kehidupan. ALLAH selamatkan kami... AMIN

Wednesday, January 14, 2009

Pencarian Ke-26: Dunia Baru Cinta Ku

This is about my slot life known as Pencarian Ke-26: Dunia Baru Cinta Ku. hehehehehe ;p Pasti ramai akan berkata aku ni terlalu jiwang sehingga mencoretkan satu perkara yang "merepek" bagi kebanyakkan lelaki. "Merepek" ke??? It's norm for men to falling in love!!! Isn't it??? ( p/s: jangan difikirkan secara serius, aku nak ianya difikirkan secara relax dan confidence also rational) Jatuh cinta sememangnya bukan aku letakkan sebagai satu matlamat untuk di capai pada tahun ini. Apatah lagi dalam masa terdekat ini. Aku pernah berkata kepada sahabat-sahabat aku, "Study first, ignoring about love!!!". Tapi, siapa aku nak halang 'bahagian' yang ALLAH anugerahkan kepada aku??? Apatah lagi pasal cinta!!! Memang aku sebagai lelaki, mengungkapkan cinta umpama diluah mati emak, ditelan mati bapa; sukarnya!!! Aku rase, tu ar perasaan tiap lelaki kat Malaysia ni. Namun, berbaloikah perasaan itu, jika kita(lelaki) hanya berdiam diri???!!! Berdiam diri buat jiwe makin parah, bro!!! ;p Tu, realiti the people around me, yang memalu meluahkan chenta... Seriously, cinta memang patut diluahkan. Ditolak/diterima adalah stage kedua, dimana permulaan sebuah harapan. Ini lebih baik dari terus mendiamkan diri. Bagi lelaki diluar sana, "ketakutan" adalah perasaan yang harus "dikorbankan" jika mahu mencapai bahagia. Pergh, da melalut plak aku ni... heheheheh ;p Berbalik kepada Pencarian Ke-26: Dunia Baru Cinta Ku ni... Tajuk kat atas pon da gempaq!!! hehehehe ;p Dalam menyusuri kehidupan baru ni, aku harap tiada lagi kekecewaan yang aku akan alami. Gadoh-gadoh tu biasa ar, ye dak??? Maksud aku, aku cuba mengatur rentak seiring dengan kematangan diri, especially this year im coming to 20!!! huhuhuhuh ;( Dia yang aku kenali 1November tahun lalu,(aku ingati tarikh ini dengan cermat, ingat ladies je ke appriaciate tarikh keramat camni???) buat aku bertambah semangat mengharungi hari-hari berlalu dengan tenang. Alhamdullillah.... Memang, time tu aku tak berharap sangat... Mane ar tau, dye da berpunye ke, ape ke... Memang naya ar kan???? Alhamdullillah, rezeki berpihak kepada aku. Sebelum ni, aku akui memang susah benor nak tackle pompuan(sebab aku pemalu???) tak tau plak ngan dye ni. Tetiba plak semangat inquiri tu reached to maximum degree!!! Hahahahaha!!! Ingat palk time tu, memasing blur ngan setiap persoalan yang kluar!!!! Pasti korang tertanya, kat mane aku jumpe ngan dye ni, kan??? Lokasi: Nikko Hotel, KL. That time aku keje part time kat banquet hall dennu!!!! (kecek kelate pulok!!!) Apapun, menyorot cerita cinta lalu buat aku bersyukur dengan pemberian Illahi yang tak pernah aku fikirkan sebelum ni. Banyak benar kata-kata, mengatakan cinta itu buta. Bagi aku,cinta tak pernah buta; cuma manusia yang "membutakan" hati dengan membelakangkan agama juga keluarga!!! Cinta juga bukan untuk dinodai dengan perlakuan tapi ia lebih kepada kayu ukur dalam diri; betapa besar anugerah/rahmat Ilahi yang dianugerahkan kepada kita. Kalau sebelum ni, aku lebih tenggelam bersama emosi/perasaan; sekarang aku lebih mengutamakan masa depan atau future planning(kata P.Ramlee). Apatah lagi, usia aku aku menjejak ke angka puluh(bahaye ni...huhuhu) 15 Mac akan datang. Terakhirnya, aku berdoa semoga Pencarian ke-26 ini akan berkekalan, Insyaallah.... Buat sahabat diluar sana yang pernah terluka; jangan sesekali pasrah dengan takdir yang menimpa. Berusaha mencari yang terbaik dari yang pernah anda miliki merupakan pengalaman terindah/bermakna buat hayat anda!!! Selaamt menempuh cinta Baru!!!
MeeT uNcLe sHaH: Slot ini dirakamkan dengan penuh makna kepada sahabat-sahabat sekolej/sepermainan/seperjuangan aku yang mahu mengetahui cerita dunia baru ku. Hehehehe.. Juga sebagai motivasi kepada beberapa orang sahabat aku yang putus cinta di tahun baru lalu. Hadiah tahun baru korang kot!!!! Hahahaha… Mentakrifkan aku sebagai love motivator memang tidak padan ngan diri aku!!! Aku cuma berkongsi ‘kepedihan’ yang pernah aku rasai bahkan lagi perit dari yang pernah korang lalui!!! Dan, semua tu mengajar aku supaya menghargai setiap apa yang aku lalui sambil berfikir mengenai keagungan setiap bahagian yang ALLAH anugerah kepada kehidupan aku. Aku amat berharap korang takkan tunduk kepada kekecewaan tu. Kat dunia luar, banyak lagi wanita mulia yang layak dimiliki. Korang bukan takder pakej pon, nak tak nak je… Sememangya, mencintai/dicintai sesuatu yang indah pernah aku coretkan. Sekadar berkongsi pengalaman, mana tau yang baik dapat aku pelajari, buruk plak boleh menjadi sempadan diri, insyaallah. Brother-brother di luar sana, mana best men always win!!!! Terima kasih cinta Illahi. Bahagian kita, anugerah ALLAH, jangan sesekali dipertikaikan!!! Wassalam…
p/s: Mdm Azimah, tagg to next week will be published. Already found out.. nantikan.. ;p

Sunday, January 11, 2009

Eksperimen: Bila Namaku, Agama Mu

semalam, aku cuba hayati sirah perjalanan kesengsaraan saudara ku. suci bumi mu seperti dijanjikan Ilahi biar ada menyangkal kebenaran itu hakikatnya, Al-Quran tetap sama tiada perubahan tiada kesangsian bagi ku bila nama ku sebenarnya agama mu kita sememangnya bersaudara!!! darah??? bukan!!! sebapa?? bukan!!! seibu?? juga bukan!!! agama ku agama mu adalah satu adalah baiah hingga akhir zaman dunia ku dunia mu sememangnya berbeza tumpahan darah hingga akhir zaman dunia ku??? politik/politikus yang melingkari kesusahan yang tidak patut dirintih kesenangan yang jadi persoalan bila nama ku, agama mu tiada lain dihati melainkan satu kepiluan yang entah bilakah akan berakhir bila ku tahu nama ku adalah agama mu baru ku tahu aku juga pernah mengkhianati mu!!! MeeT uNcLe sHaH: Satu persoalan yang buat umat Islam bingung/keliru dengan situasi sekarang ialah boikot barangan pro-Israel. Cuba kita kaji dari perspektif, kita membeli barangan itu sebagai barang kelengkapan untuk isi rumah; keuntungan barangan pula adalah milik tuan punya jenama tersebut. Pemilik jenama tersebut, adalah Yahudi!!! Nah, apa yang perlu dipersoalkan lagi??!!! Memang benar, bukan semua Yahudi berfahaman Zionis, namun harus difikir jua implikasinya kepada siapa?? Kebaikan atau keburukan??? Eksperimen ini adalah hasil pemerhatian aku sekitar Kempen Sukarela di Kota Bharu bersama beberapa orang sahabat Sabtu yang lalu. Umumnya, semua mengetahui KFC, Pizza, McD adalah dalang sebalik dana yang disumbang sebagai sumber penyelidikan/pembangunan senjata Israel. Pelik tak pelik, majoriti pengunjung 'Rumah Hantu' ini adalah Melayu!!! Di mana sebenarnya kesedaran kita?? Cukupkah sekadar berkata-kata?? Atau sekadar bersimpati?? Menangis???!!!! Amat mustahil untuk aku percayai kerana mereka masih juga mengunjungi sambil 'bersedekah'!!! Bakar patung Bush, selepas Solat Jumaat??? Cukup kah sekadar itu???!! Bila nama ku, agama mu bermakna kita saudara seIslam!!! Fikirkan lah....

Thursday, January 8, 2009

Kempen Boikot Israel/Amerika Kolej Twintech

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

08/01/2009 3:50pm

KUALA LUMPUR 8 Jan. - manakala pihak Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Meet uNcLe sHaH:

Alhamdullillah, ada hikmah di sebalik pindaan AUKU yang dikatakan mengongkong pergerakan pelajar seperti sebelum ini. Bersamaan itu, saya dengan warga Twintech Kota Bharu, Kelantan akan melaksanakan satu program amal mengedarkan risalah mengenai pemboikotan barangan buatan Amerika yang kita pasti keuntungannya disalurkan sebagai dana ketenteraan Israel yang menyerang saudara Islam kita di Palestin.

Insyaallah, sebagaimana yang dirancang ianya akan berlangsung pada:

Hari: Sabtu(10 Januari 2009)

Tempat: Berkumpul Di Hadapan Kolej Twintech, Kota Bharu, Kelantan( Bersebelahan Pasaraya Billion)

Masa: 9.00 pagi

Sehubungan itu, saya menyeru kepada Warga Twintech Kota Bharu(pelajar, pensyarah, staf, pentadbir) akan bersama-sama menjayakan kempen amal ini sebagai satu usaha kita membantah tindakan biadap Israel dan Amerika laknatullah ini.

Ya ALLAH,

Tuhan Maha Pemurah

Tuhan Yang Mengasihani.

Kau permudahkanlah usaha kami

Janganlah Engkau pesongkan hati kami

dari

mengkhianati saudara Islam kami

Janganlah Engkau jadikan kami

sebagai

pemusnah kepada agama kami

Ya ALLAH

bukan kami ingin membangga diri

Kau jauhkan kami

dari sifat mazmumah yang Engkau keji

Kau peliharalah kami dari bencana

sesama kami

dan

kau redhai lah perjuangan ini

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

"Dan perangilah di jalan Allah orang - orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang melampaui batas." (Al Baqarah: 190)

Tuesday, January 6, 2009

Selamatkan Palestin!!! Di Mana Mereka....

Serangan pertama Israel tempoh hari, sudah cukup buat aku resah, marah juga membayangkan siapa, apa dan kenapa mesti kita berdiam diri??? Memang benar aku sedikit terlewat mencoretkan simpati itu di sini. Namun, sepanjang tempoh itu sebenarnya aku ingin melihat sendiri reaksi dalam juga persepsi masyarakat dunia dalam konteks yang cukup luas serta bermakna!!! 'Bermakna'??? Aku cukup tertanya-tanya di mana mereka tatkala saudara seagama dianiaya??? Siapa mereka??? Liga Arab, pemimpin Islam, ulamak, juga orang paling popular tahun 2008, Barrack Obama!!! Di mana dia, yakni mereka yang sering melaungkan memperjuangkan prinsip kemanusiaan??? Tidak perlu menanti sokongan pertubuhan bukan Islam, sekat sahaja sumber-sumber ekonomi umat Islam yang kita salurkan ke negara-negara yang menyokong usaha JAHANAM ini. Maaf, jika bahasa yang digunakan kali ini terlalu kasar, biadap!!! Kerana aku juga hampir-hampir kehilangan tatasusila diri menahan kemarahan yang kian membuak setiap hari!!! Merujuk kembali komen yang aku berikan di dalam blog http://ustazsaid.blogspot.com :
Assalamualaikum Ustaz Said, Sebagai seorang Islam/belia, saya sendiri pelik dengan pemimpin2 dunia lebih-lebih lagi Kesatuan Arab. Apakah tiada lagi cara, selain membuat resolusi yang entah ke mana tuju nya???!!! Sama juga golongan ulamak, cukupkah sekadar mengutuk serangan itu dengan menghabiskan air liur??? Atau, melakukan demonstrasi????? Sama-sama kita fikirkan kerelevanannya... Niat saya, bukan mahu menunjuk pandai atau menunjukkan ketinggian ilmu. Nauzubillah, mintak dijauhkan dari sifat mazmumah itu. Atau mengambil jalan peperangan??? Mungkin juga itu jalan terbaik, namun harus juga difikirkan implikasinya. Setiap lafaz komen golongan pemimpin dunia/ulamak mahupun sesiapa sahaja bagi saya harus dikuatkan dengan ayat AL-QURAN, bagi tujuan menakutkan golongan laknatullah ini!!! Mana tahu, sampai hidayah kepada mereka dan kita dapat juga menyebarkan ajaran Islam secara halus, INSYAALLAH... Hanya itu yang ingin saya katakan. Yang baik datang daripada ALLAh, kekhilafan datang dari diri saya sendiri. Wassalam.
KATAKAN: ke mana hala tuju saudara seagama di Palestin kita??? di mana usaha kita??? di mana mereka pejuang hak-hak kemanusiaan??? di mana mereka kononnya, memegang puncak kuasa dunia??? APAKAH: hanya bisa bicara mengenai politik dusta??? hanya bisa menuding jari kepada Amerika??? hanya mampu membuat resolusi tanpa tindakan drastik??? hanya berkebolehan berdemonstrasi??? hanya mengomel membuang waktu??? ATAU: teruskan menanti... teruskan resolusi... teruskan berdemonstrasi... teruskan berdiam diri... teruskan bicara politik dusta... teruskan dengan hal kita... sekadar bersimpati????!!! KATAKAN, APAKAH, ATAU; sama-sama kita berfikir!!! Fikir, bertindak!!! ini yang kita perhatikan....
sedih... inilah nasib saudara seagama ku... sayu... mereka kehilangan ibu... mereka kehilangan bapa... mereka kehilangan keluarga!!! KITA, lengkap segalanya NAMUN, kita terlupa kita terleka kita alpa DUNIA, kau pejamkan mata!!! kau pasung anggota tubuh!!! KERANA, kau berbangga KITA selamilah rasa hulurkan tenaga sediakan bala doa di tadah, ALLAH kita sembah!! mohon kemenangan dunia akhirat milik kita!!!
MeeT uNcLe sHaH :
sakit hati marah kecewa sedih pelik obama??? keadilan??? kemanusiaan??? di mana mereka???!!!
Ikuti satu artikel yang aku petik dari http://che-moq.blogspot.com yang besar ertinya jika kita hayati atas nama saudara sesama Islam juga nama ALLAH yang menjadikan dan mematikan:
Kepada Anda,

Salam kepada pelawat semua, moga anda sihat sentiasa. Ini bukan surat terbuka buat sesiapa namun hanya warkah yang pastinya majoriti yang membaca tak semuanya akan melakukannya kerana kita hanya manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Namun secebis harapan dan kasih sesama umat islam dapat menguatkan akal kita agar mencuba membantu saudara kita yang menderita di sana.
Selamat Pagi Malaysia, waktu menunjukkan jam 2:38 pagi waktu tempatan. Che Moq baru sahaja selesai membuat kerja-kerja urusan pejabat untuk hari esok. Terlintas di hati mengenai berita saudara kita di bumi Anbia yang dibedil tanpa henti dan belas ehsan. Namun di Gaza angka rasmi berita sudah lebih 600 orang dilaporkan maut dibedil askar zionist yang sudah pun menggunakan bom kimia. Adakah itu jumlahnya? Pastinya angka rasmi di mata rakyat Gaza sudah beribu-ribu yang dilihat maut dilibas mortar israel. Rata-rata yang maut adalah bayi, kanak-kanak dan remaja yang merupakan sasaran utama mereka kerana inilah bakal pejuang dan pemimpin Hamas di masa hadapan. Di Malaysia kisah beratus-ratus sekolah Tabika Kemas yang hendak ditutup oleh kerajaan perak hangat diperkatakan. Namun sebentar tadi takdir kanak-kanak palestin di sebuah sekolah di kem pelarian Jabaliya yang bernama Al-Fakhura telah pun dibedil mortar zionist yang menyebabkan lebih 30 nyawa syahid dan lebih 50 yang lain parah. Alasan yang sama diberi adalah ianya disyaki menjadi tempat persembunyian pejuang Hamas. Namun lokasi sekolah dan tempat tumpuan dan permainan kanak-kanak juga yang dibedilnya. Jam sudah masuk pukul 2:55 pagi. Sebenarnya itu adalah serangan balas yang dibuat atas kematian 10 orang tentera israel yang mati terkena perangkap bom. Boleh balas-balas pulak. baru 10 ekor mampus dah balas triple. Itu tak termasuk beratus-ratus yang dah dibunuh. Adakah anda mahukan Mahmood Abbas, Presiden Palestin dan Fatah, mencari penyelesaian? Simpan harapan kita kepadanya kerana sebagai ahli illuminati Freemason, Abbas juga 2 X 5. Dendamnya pada Hamas berbuku dihati akibat kemenangan besar Hamas di Gaza dalam pilihanraya. Jam sudah masuk pukul 3:06 pagi. Terkenang kisah pementasan drama amerika syarikat yang menjadi pengarah pentas kekejaman dunia. Kejatuhan mendadak dan misteri beberapa bulan lepas gergasi konglomerat kewangan Lehman Brother, Merrill Lynch, Goldman Sachs dan banyak lagi syarikat asing berstatus mega yang begitu gah selama lebih satu setengah abad tiba-tiba dikatakan muflis dan longlai serentak terjawab. Adegan bailout dana untuk membantu syarikat-syarikat ini oleh kerajaan Amerika hanyalah lakonan. Hasilnya kini jelas telah pun dizahirkan dengan operasi ketenteraan terhadap semenanjung Gaza di Awal Muharam. Yang paling ketara adalah pengumuman kerugian besar Starbuck di Amerika yang digembar gemburkan amat teruk sehingga mengakibatkan penutupan beratus-ratus cawangan di sana walhal perniagaannya amat baik di Amerika dan seantero dunia malah situasi Starbuck di Malaysia langsung nampak tiada kesan pelanggan kosong pun! kafe Starbuck amat laris tidak kira di mana jua negara. Pedulikan alasan bear economy, krisis kewangan global, bahang kegawatan dunia atau apa sahaja kerana itu semua percaturan mereka! Persetan! Petanda awal peperangan zionist terhadap bumi palestin telahpun dikesan setelah pengumuman kenaikan dana tambahan ketenteraan yang puncanya "misteri" oleh kabinet Israel sejurus pengumuman kebangkrapan konglomerat-konglomerat itu. Itu tidak termasuk dana-dana tambahan (keuntungan semasa) yang akan disalurkan oleh syarikat-syarikat ternama lain dalam masa terdekat. Contoh penyumbang terbaik israel adalah Intel, KFC, Pizza Hut, McDonald, Colgate, Nestle, Starbuck dan banyak lagi. Oleh itu lakukan yang terdaya, setiap wang dari titik peluh anda jangan dilaburkan pada syarikat-syarikat perantara zionist untuk disumbangkan bagi menumpahkan titik darah warga palestin di sana. Kita tidak mampu untuk pergi berjuang disana. Dengan lakukan sedikit usaha memboikot barangan ini mudah-mudahan dapat membantu anak-anak palestin yang hidup sengsara dibedil peluru durjana. Jam sudah menunjukkan pukul 3:20 pagi. Arghh..ngantuknya, esok perlu bangun awal pagi. Terpaksa tidur di pejabat pagi ini, nak balik pun dah lewat. Tiada sarapan pagi air tangan ibu bila celik bangun dari tidur nanti seperti kebiasaan. Oh, apa kisah ibu-ibu di bumi yang dibedil? Ibu-ibu di palestin melahirkan ramai anak bukan kerana mahukan keluarga yang besar namun mereka sebenarnya tidak pasti mana diantara anak-anaknya itu yang dapat dihidup bagi menjaga dan mendoakannya kelak. Ya Allah, kau telah janjikan bumi palestin ini sebagai medan syahid sehingga kiamat dan rasullullah juga berkata pertempuran di bumi anbiya ini tidak akan terhenti selagi berdiri Masjid Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblah pertama golongan mukmin. Mohon semua mangsa kekejaman zionist tabahkan hati teguhkan iman menghadapi dugaan suratan illahi bagi merebut gugusan syahid yang dijanjikan. Berjuanglah selagi terdaya. Janji Allah swt dan Rasullullah menanti kamu di syurga bersama darah-darahmu seharum kasturi. Tidak dinafikan aku sendiri memakai barangan yang dinyatakan milik pemodal zionist. Namun apa kan daya,kesilapan lalu takkan diulang. Selepas ini jangan harap akan ku ulang untuk terus melanggan barangan yang membayangi nyawa saudaraku di Palestin. Barangan alternatif juga banyak. Makanan halal ada banyak di dunia. Takkan kebuluran aku jika tidak menjamah sepotong Haiwaian pizza di Pizza Hut, Takkan ku lecurkan tekak menjamah resepi Grand Master 'Freemason' Colonel Sanders Kentucky Fried Chicken kerana Radix Fried Chicken sudah ada terbukti kesuciannya bersama Radix Cola. Takkan dahaga jika aku tidak meminum Coca Cola sejuta tahun. Ubat gigi? Sudah lama rumahku menggunakan Ubat gigi berjenama mukmin dan juga Halagel..Colgate? Sudah lama tak singgah di gigi aku. Jam sudah 3:48 pagi....Huarghhhhhhhhh...Lamanya Che Moq menulis..dari pukul dua lebih ni baru habis.. Nak boikot ke tak nak? ikut suka la. Bagi Che Moq azam Maal Hijrah ini adalah untuk menjadi muslim yang lebih baik. Insyallah Che Moq akan boikot. Sorang-sorang pun tak apa la asalkan dengan harapan tiada keraguan wang yang digunakan akan menembusi dada saudaraku disana. Sampai bila? Moga Allah swt kuatkan akal ini untuk sentiasa mengingati. Israel kata serangan Gaza tak akan berhenti selagi Hamas tidak dilumpuhkan dan serangan roket hamas ke daerah israel dihentikan. Tapi, sebenarnya sapa yang perlu berhenti dan tak pernah henti-henti? Moga Allah rahmati para syuhada di kalangan orang yang beriman. Amin! Isi Hatiku, Utusan Che Moq@3:58 a.m ( Satu Suara, Satu Arah, Satu Akidah )

Sunday, January 4, 2009

Back to School!!! Selamat Berjaya Guru, Pelajar M'sia!!

Hari ini(4hb Januari) juga esok, bermula kembali sesi persekolahan di Malaysia setelah hampir 2 bulan bercuti. Di Pantai Timur, sesi persekolahan/pendaftaran bermula hari ini, negeri-negeri lain akan bermula esok hari. Bermakna, episod 'memalaskan' diri juga telah tamat!!! Buat adik-adik ku, baik yang mengenali aku/tidak; cuba bentuk kembali motivasi diri dengan mengingati kembali harapan kedua ibubapa yang meletakkan sepenuh harapan mereka kepada adik-adik. Juga, rebutlah setiap peluang yang adik-adik peroleh ketika di alam persekolahan ni; kerana setiap peluang yang baik ianya tidak datang dengan sendiri. Begitu juga dengan kejayaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!!! Manfaatkan setiap waktu di sekolah dengan membentuk peribadi mulia baik ketika bersama sahabat mahupun guru-guru. Pengalaman itu, pasti akan mengajar adik-adik sesuatu yang bernama menikmati hidup secara positif!!! Memuliakan guru, sama juga seperti memuliakan kedua ibubapa. Kalau boleh, janganlah lagi timbul episod 'membelasah' guru seperti yang terjadi di Perlis tahun 2008 lalu. Guru tempat kita bersandar, guru juga similar to your family member, isn't it??? Kepada adik-adik ku yang akan menjadi calon peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM; jangan sesekali tewas sebelum memulakan 'peperangan'!!! Peperiksaan umpama juga peperangan meneruskan kelangsungan hidup!!! Jangan sesekali mengaku kalah kepada musuh dalam diri anda sendiri... Remember, when your fail to plan; you plan to fail!!! Kepada guru-guru Malaysia, Anda umpama lilin yang menerangi hidup pelajar-pelajar!!! Tanpa kalian, kami tidak akan memperoleh ilmu. Semulia guru adalah mereka yang sanggup 'menjual'; masa demi kejayaan anak bangsa!!! Seringkala, terdengar jua luahan hati seorang pendidik, namun apabila kami(pelajar) menempah kejayaan; sering itu juga nama-nama kalian meniti di bibir kami!!! Apatah lagi, ketika bertemu sahabat-sahabat lama, nama-nama kalian yang menabur jasa kepada kami pasti tidak dilupakan!!! Guru-guru Malaysia, anda adalah pemangkin kepada kejayaan anak bangsa!!! Terima kasih atas jasa kalian!!! Dan, selamat meneruskan sesi P&P 2009!!! MeeT uNcLe sHaH: erm, teringat zaman sekolah dulu hari pertama semua nampak 'smart', tak serabai sangat. hehee tu blum kira dengan pertanyaan azam baru dari rakan-rakan/pengetua/guru kelas hahahaha teringat kepada satu jawapan classmate yang bosan dengan soalan streotype seperti itu, memebri jawapn ini: "NAK JADIK KASANOVA BERJAYA TAHUN NI" p/s:jgn tiru jwapan ini, setiap apa yang kita lafazkan ia adalah doa!!!
KEMASKINI!!!!
TULISAN 4HB JANUARI(ISU SEKOLAH TADIKA): DISINI!!!