Monday, March 30, 2009

Diari Langkawi Rashid!

Salam Semua.
Akhirnya, berlalu satu part yang paling menarik dalam semester ni. Langkawi! Satu percutian yang menyeronokkan bersama sahabat satu fakulti juga penglibatan beberapa sahabat lain dari fakulti of business and finanace. Thank you for supporting this activity! Kepenatan masih terasa so, aku ringkaskan momen ini dalam bentuk diari Langkawi Rashid! ;p Check it out! Support Malaysia Product! 26hb Mac.(Kota Bharu)
Lepak Kat Qistina- Tunggu Bas Datang.
Sembang-sembang Depan Kolej. L-R: Koceng, Aku, Udin, Cheker. Tangkap-tangkap Gambar. L-R: Dik Ja, Ira, Kak Ida, Otai, Aku Belakang: Amin Barisan Pensyarah Faculty of Hospitality & Applied Management (except Amin) L-R: Amin, Ms. Salimah, Pn. Ida. Anak Pn Ida.
Dalam Bus Rakyat Travel (Sewa Khas!)
27hb Mac (Kuala Perlis)
Jeti Kuala Perlis. L-R: Amin, Padil, Aku, Koceng. Baru sampai di Jeti K.Perlis. "Blurr, sebab baru bangun tidur!" Yes, time is running out! "Langkawi, here we were!" Cuti, cuti gak tapi isu semasa perlu diketahui! "Yes, he is reading!" Pulau Lagenda Di hadapan Mata! Awan kelabu menyambut kedatangan kami! Posing Sebelum Perjalanan Bermula! Pose Dalam Motel Mawanza! "get ready untuk sesi lawatan" Tunggu Bas Mahsuri Travel. Destinasi Pertama: Tempat Pemprosesan Gamat! Nampak cam t**k je kan??? hahahahaah! Amin nak wat dajal kat member-member la tu! gila-gila anak glamour! hahahaahahah! Sesi Beli-Belah Gamat( Minyak je, bukan yang asli) L-R: Pn. Ain's Husband, Zailey, Pn. Ain Khusyuk benor sek-sek ni! It's me! Gamat Promoter. Rokok Resdung. Khasiat: Berjaya menyakitkan kerongkong mereka yang menghisap benda alah ni! Tahap kemujaraban: Terlebih mujarab! Kepulan asap rokok resdung tadi! pergh, pedih giler idung wa cakap lu!!!! p/s: udin tengok asap dari idung Alim dengan muka cuak! Time to pilih-pilih barang! Amin ni suka tul menyibuk time aku nak amek gambar! Kota Mahsuri: Destinasi Kedua. Dari laman hadapan ni, aku ada coretkan sajak! huh, what a wonderful view bro! Amek gambar dulu! Tak letih ke korang ni asyik posing je dari tadi??! Pemandu pelancong(baju oren): "sape yang nak dengar penerangan boleh datang dekat ckit!" Aku pon dengan selamber yaya menghampiri. so time dia explain tetiba kuar ayat "KAP, KAP!!" Perggh, aku punye bengang ! Da tau i'm malaysian ko cakap siam wat ape??!!! Aku berkata: "Abes kap la ko ni kan??!!" hahahahaha blah, and jerit: "Lari, lari aku dah salah kubu!!!" mamat pemandu pelancong ni pon blurr! hahaahahahahahaa ;p Suasana yang mencetus ilham. Menggamit kembali sejarah duka mahsuri! Masih ada unsur khurafat kat kawasan perigi mahsuri! P/s: Terpaksa gantung episod Diari Langkawi ni! Time's up! Flight petang ni, balik KL. Barang-barang tak kemas g! Check out! Sajak: Mengenang Mahsuri: Sumpah Wanita Suci

dari laman luas ini,

ku sebut nama wanita ini dalam hati.

menghayati, mendalami

setiap makna petaka yang menimpanya.

betapa manusia penuh hasad dengki

wanita suci menjadi korban iri.

mahsuri,

petaka 7 keturunan

menjadi sumpahan peribadi.

langkawi,

padang jarak padang tekukur

7 keturunan

masihkah terus diingati?

antara sumpah, antara peribadi

juga maruah

menjadi ukuran menilai kebenaran

antara cerita, juga mitos.

darah putih jadi persoalan mati.

dari hujung pertemuan laman ini,

ku kenang mahsuri

menduga dengan persepsi sendiri

yang melaknat tanah bumi langkawi

dengan sumpah suci

7 keturunan, menjadi realliti!

dari kota mahsuri,

27hb Mac 2009

lawatan bersama pelajar twintech kb

pulau langkawi.

Thursday, March 26, 2009

Berlalu Dengan Kebosanan!

Salam Semua.
Hari ini, beberapa jam sebelum bergerak ke Langkawi berlalu dengan kebosanan! Nak keluar pun malas! hahahahahahahah Rasanya, episod memalaskan diri mungkin akan bermula. Ye la, sebelum ni nak tidur pun ala kadar. Erm, tapai tidur secara melambuapau boleh melumpuhkan ketajaman akal fikiran plak! Huh, rasanya aku perlu menulis sedikit catatan sebelum masa untuk bermalas-malas tiba! Keibukan minggu ini, buat aku terlupa yang beberapa orang housemates aku masih berdepan dengan kertas peperiksaan hingga ke hari ini. Eh, aku sorang je kat rumah ni yang abes 24 hb aritue ea? haahahahaha! Kiranya aku ni bernasib baik, so peluang untuk menghidap darah tinggi tu memang kurang berbanding ngan senior aku ni! hahahahaahahah Minggu ini, rasanya peluang untuk menghela nafas lega terlalu luas! Relax! Kesibukan dalam minggu ini buat aku terlupa untuk menghubungi ibu tersayang! Wah, mama pn seakan tidak sabar bertemu anak teruna beliau ni! hahahahaahah! Be patient, ma. Malah, ada pesananan ringkas yang tidak sempat aku balas, exen calling from my friend! Im so sorry, friends! See you in Labuan, next week! Sebulan bercuti selepas ni, mungkin terasa berlalu dengan pantas! Mungkin ya, mungkin tidak! Oh ya, sebelum terlupa ada satu video yang aku nukilkan khas buat sahabat pengajian ku beberapa hari lalu. Bertemakan "Gemuruh" nyanyian Faizal Tahir, semga ianya akan mengemuruhkan lagi hati dan perasaan kita untuk berperang dengan teori-teori study! Hahahahaha! Biarpun, pembikinan video ini hanya sebagai satu percubaan baru, aku harap ia akan kita hargai, sebab gambar dalam video ini mengandungi aktiviti kita sepanjang semester ini. Keep in tuch, friends! Erm, no words anymore! Just check out the picture as followed! Happy holiday to all Hospitality Student! Koleksi gambar dibawah adalah suasana sempena meraikan hari jadi KDYMM Sultan Kelantan. Check it out!
Memandang Dengan Penuh Harapan! The 3 Man Hoping To Loving?! Amen Dengan Gaya Poyo Bakar Meriam! Suasana Malam Di Hadapan Pintu Istana Negeri Kelip-Kelip Kilauan Lampau..... Salah Satu Pintu Gerbang Kayu Yang Dinyalakan Laluan Jogging! Dalam Kegelapan Ada Sinar! Sisi Yang Sama!
Susur Masuk Ke Pintu Gerbang Istana Negeri Kelantan

Tuesday, March 24, 2009

Misi Sulit: Langkawi, Here We Coming!

Salam Semua.
Senang betul rasa hati bila semua paper aku selesai hari ni. Sekurang-kurangnya, terlepas satu dilema biasa yang dialami semua mereka yang pernah bergelar pelajar!! Haahahahha! Result this semester, harapnya lebih cemerlang better than the past result!! Good willing.
Langkawi, Here We Coming!
Macam yang aku khabarkan sebelum ni, aktiviti sebelum aku balik bercuti ke Labuan ialah study trip to Langkawi.Biarpun, aktiviti ni macam tak dapat sambutan dalam kalangan pelajar, at least penglibatan pelajar hospitality harus aku berikan pujian!! Thank you for your supporting, friends! Biarpun, banyak masalah sepanjang program ini sebelum dan seterusnya, as a hotelier, we have to face with this problem. We are practical people, rember that!!! So, hopefully this program will be followed as our planning. We can enjoy, release our tension, sharing every moments there!! Oh ya, selesai je program kat Langkawi tu, aku akan balik KL dulu. The next day, baru balik Labuan. Pergh, satu demi satu kerinduan akan terubat!! Betapa diri seakan bermimpi!! Wakakakkaa!! Time's up, got to go! Jumpa lagi, di lain entri!!!
aku yang terlupa pada luka lama masih akan ingat kembali kenangan waktu cinta bersemi! langkawi, mungkinkah kenangan menautkan kami kembali?

Saturday, March 21, 2009

Sorotan Aktiviti Seminggu!

Salam Semua. Huh, lega rasanya bila separuh dari paper exam da abes. Another 3 paper! Post kali ni, takder citer, cuma nak upload gambar sepanjang minggu ni. Ada gak rehat-rehat, main bowling. Jalan-jalan beli barang. Most popular during last week; main bowling. Release tension!! Throw the ball, hit the pin!!! You can try!!! Santapan Wajib Buat Ilham Ketika Dibelenggu Kekusutan Teori Belajar! ~Don't try this at home~ ~Stop smoking while you can!~ Mak Dia Mesti Terharu Tengok Anak Tidur Bersama Nota Belajar! ~Da letih memahami konsep teori ekonomi, so tidur!~ ~Gambar ni terpaksa digelapkan, demi memastikan identiti beliau tidak dikenalpasti!~ Erm, Mail Happy Sebab Takder Paper! ~ Mencari ilham disebalik pemahaman teori ekonomi!~ Amacam, Ada Smart Ka? ~Angan-angan nak jadik navy officer tak tercapai, just take pic ala officer!~ Gambar Paling Gampang, Penah Aku Amek! ~ni pun ntah brape kali dah tergelak, baru jadik gambar!~ ~serabut guna rambut panjang!~ ~ntah camane mat rock dulu2 idup ngan rambut panjang!~ ~mat rock: comment ckit!~ Main Bowling Time Takder Paper! ~aku ngan Dik Ja!~ Time Yang Sama, Nurul Pon Ade Gak! ~nama dye Nurul, tapi bebudak lain panggil dye Otai!~ Malam: Main Bowling Gak, Tapi Ngan Team Lain ~L-R: arul. raimie, aku~ ~amek gambar depan umah awek arul!~ Rainnasance KB ~otw datang, aku interested to take this view!~ ~bangunan in berkembar ngan Kota Sri Mutiara/Billion Supermarket~ Saja-saja amek gambar! ~time ni, bowling centre tu black out!~ ~diorang repair wiring system~ Bebudak Ni Main Panjat Eskalator! ~best tul bebudak ni, eskalator cam wat permainan kat umah je~ ~sek-sek Amerika!~ Team Pompuan Main Bowling ~L-R: dik ja, kak fisha, kak ida~ Performance Malam Tu Kurang Mantap ~Boss(aku): 88, Arul 157, Abe Mie: 97 Pemandangan Awal Pagi- Dekat Subuh! ~pasu bunga mak su~ Gambar Yang Mengundang Seribu Ilham, Emosi, Rasa dll! ~lokasi: nasi kukus belakang kolej aku~ Versi Warna! ~erm, nilaikan sendiri estitika sekeping gambar!~

Tuesday, March 17, 2009

SAJAK: BILA SEPI BERBAHASA

bila sepi berbahasa otak bisu pemikiran tepu alasan yang mana mungkin boleh bicara. sepi ini sepi yang ungkap makna kematian seketika hanya bicara pada hati pada telinga pada jasad yang menghela nyawa. bila sepi ini berbahasa bicaralah, tiada siapa tadahkan telinga berkatalah, tiada apa yang bicara. sepi yang berbahasa cuma seketika kembalilah pada syurga pada angin pada rindu pada bicara pada mereka yang punya kata-kata.
MeeT uNcLe sHaH: im trying to stop writing, but my idea still running so, don't kill your idea!! ;p
masa amat suntuk pada bicara lama sepi pada angin aku bicara pada jasad aku berkata

Monday, March 16, 2009

Examination Week!!!

Salam Semua.
Tiada apa yang paling bermakna dalam meniti usia dewasa, melainkan sebuah pertanyaan, persoalan yang mungkin aku terjawab pabila berhadapan dengan kemungkinan-kemungkinan yang tidak dijangka. Erm, istimewanya sambutan ulang tahun kali ini aku raikan bersama dengan kesibukan menghadapi peperiksaan akhir di IUCTT Kota Bharu. Sibuk menelaah pelajaran sekalipun, masih ada sahabat mengingati tarikh ulang tahun kelahiran ku. Begitu juga pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat lama SEMELA, teman seperjuangan dari Twintech Sabah Branch, dan beberapa email dari kenalan lama sewaktu program KPM dulu. Tidak lupa beberapa orang sahabat blogger. Thank you so much everybody!!! 326 ucapan hari lahir!!! Wah, meriah sungguh. Biarpun hanya ucapan diterima ia cukup bermakna kerana masih diingati. Back to the title. Minggu ini, aku akan berehat untuk mengemaskini blog ini buat beberapa ketika. Insyaallah, semuanya akan kembali kepada keadaan asal apabila aku mengakhiri kertas terakhir 24 Mac ini. Kemudian, aku akan disibukkan kembali dengan persediaan study trip ke Langkawi. Insyaallah, seperti yang dijadualkan; study trip ke Langkawi ini akan melibatkan kesemua hampir Hospitality Student dan juga beberapa orang pelajar dari fakulti lain. Aku akan berada di Langkawi sepanjang 26-29 Mac. Oh ya!!! 30 Mac ini, aku akan kembali ke Labuan untuk menghabiskan cuti semester selama sebulan. Wah, tak sabar!!!! Final kali ini, aku mengharapkan keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Insyaallah!!! Doakan kejayaan aku sahabat-sahabat ku!!! Wassalam.

Saturday, March 14, 2009

SAJAK: Persembahan Hari Jadi Ku

petang tadi memerhati dari jendela rumah kelabu awan bertiup bersama lembut bayu membawa kenangan usia waktu kecil ku. pantas masa berlalu kenangan hanya kenangan usia menambah cerita usia menambah derita usia menambah bahagia. awan kelabu menambah sayu hati kecil ku betapa besar pengorbanan mama dalam membesarkan ku pengorbanan yang tidak terhitung!!! perit pedih ceritanya aku kongsi bersama. 20 tahun usia ku dewasa yang mengejar benar-benar melemaskan pemikiran menyelit, menyelinap dalam kezaliman insan terperangkap, terkurung dalam ihsan sebuah pemikiran. petang tadi memerhati anak kecil bermain betapa indah dunia mereka argh, masa takkan pernah kembali bermain, suka, ketawa tiada masalah dalam hidup mereka persaingan yang ada hanya pada kemungkinan yang tiba. suratan atau kebetulan cuma satu persoalan peribadi hidup perlu diteruskan biar merangkak biar tergagap biar membisu. bicaralah atas apa makna sekalipun dewasa pastikan mengejar berkatalah pada bicara mana mereka mendengar usia pastikan mengajar. antara dewasa dan kedewasaan semuanya bukan menyesakkan fikiran antara peribadi dan pembawakan pastikan aku disenangi!!!