Sunday, October 4, 2009

Hanya ALLAH Yang Akan Tahu (H.A.Y.A.T)

H hanya

A allah

Y yang

A akan

T tahu

Pagi, dalam perjalanan ke pusat ilmu terlihat sepasang tua. Bermesra dan bersenda bersama pasangannya. Bergelak ketawa, aku lihat. Mungkin ada sesuatu yang lucu, atau juga bercerita tentang kisah lalu mereka. Garis-garis tua jelas terlihat pada mereka. Begitu juga ceria wajahnya seolah berkata, “kami telah lama menanggung hayat”.

Pasangan tua itu, mungkin bercerita kelucuan cucu-cucu mereka. Hiburan dan anugerah kesenangan hari tua. Tiada lagi yang dikejar, bukan lagi keringat yang harus diperah. Derita lalu mereka mungkin sudah dibalas jasa. Mungkin, mereka berkata, “inilah nikmat hayat kami”.

Aku perhati lagi si tua. Begitupun dijamah usia, mungkin mereka sudah separuh abad bersama. Tiada lagi yang tertinggal, tiada apa yang melarat. Usia tua, “bonus untuk mengejar nikmat hayat”. Arghhh, betapa bahagia hidup mereka sedangkan diusia muda, kebarangkalian hidup penuh melarat.

Si tua itu masih berdua. Sesekali bertepuk-tampar mesra. Nikmat dunia, nikmat hayat untuk mereka. Kejayaan si anak-anak sebahagian cerita dunia mereka. Mungkin berharap, yang budi dulunya disubur penuh ritual agama masih menjadi nadi anak mereka. Sama seperti yang dirasa mereka, sebagai orang tua.

Aku masih memerhati dan berfikir.

Apakah dihari yang mendatang, aku juga akan seperti mereka. Duduk diatas tangga, bercerita berdua bersama tercinta. Atau, aku hanya berbicara pada pohon-pohon sepi, daun-daun dunia, yang speenuhnya tidak mengerti hati manusia tua.

Atau, masa itu mungkin tiada lagi daya bersuara, sekadar merengek, meminta simpati mereka?! Apakah hayat saat ini, tiada siapa akan bercerita betapa manisnya hayat tatkala hidup berdua di usia tua?

Atau, aku hanya mampu bersendu dalam bicara yang berkata, “tiada makna berkat HAYAT, andai aku hidup selamanya!?”

Hanya ALLAH yang akan tahu=H.A.Y.A.T.

Friday, October 2, 2009

Satu Rasa: Mengenangmu. Sepi. Sendiri.

pergi,

jangan biarkan sepi berteman hati.

pergi,

waktu masih menunggu.

pergi,

jangan biar aku tertunggu.

pergi,

satu rasa yang membelenggu.

pergi….

bila kau pergi, aku sendiri…

bila kau pergi, aku sepi…

sepi saat menyendiri…

kaki punya bicara:

sepi.

sendiri.

ini sama seperti rasa.

Thursday, October 1, 2009

Coretan Aidilfitri: Masih Dalam Mood Raya....

Salam Semua.
Raya ada beberapa minggu lagi, tu yang pasti... Aidilfitri kali ni, memang menyeronokkan bagi aku, sungguh tak tipu... Sedih ada dalam 50%. Raya kat Labuan masih seperti dulu, meriah! By the way, aku malas nak menulis panjang sebab kolej aku da start open 27hb aritue. So, sekarang ni aku fokuskan kembali minda kepada study dan perancangan seterusnya.. (nantikan!) So, check the pictures showed below! ;p Selamat Beraya, Jangan Perlakuan, Jaga Emosi! Jangan pisahkan akhlak dan agama sepanjang meraikan Aidilfitri!
My Siblings The Other Half Of Us! Rumah Hisyam Open House Rumah Lyana.
p/s: malas nak uplod gambar banyak2...

Friday, September 18, 2009

Perutusan Khas Aidilfitiri 1430H- Lintas Langsung Dari WP Labuan

Salam Semua. Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi. Menjadi kebiasaan kepada kita semua supaya saling mengingatkan akan kehadiran Syawal dan sama-sama meraikannya sebagai sebuah perayaan masyarakat majmuk. Alhamdullillah, kehadiran Syawal sebenarnya lebih membawa erti jika kita dapat berkumpul bersama sanak-saudara yang tercinta. Dalam keseronokkan kita menyambut ketibaannya, jangan pula kita melupakan mereka yang pernah bersama kita. Doa kasih kita panjatkan menharapkan yang terbaik bagi mereka di dunia sana. Dan, jangan pula kita terlupa pada mereka yang menyambutnya dengan penuh kekurangan. Kekurangan itu sebenarnya harus kita bantu. Berkongsi rezeki bersama mereka yang ditimpa kesusahan adalah satu daripada suruhan agama. Di kesempatan ini, mewakili seluruh ahli keluarga, sekalung ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada mereka yang mengenali kami samaada di dunia nyata mahupun di dunia maya dengan ucapan Maaf Zahir Batin. Kepada mereka yang akan beraya dan akan kembali ke kampung halaman masing-masing, pastikan keselamatan diri, keluarga dan kenderaan anda berada ditahap yang memuaskankan. Semoga kehadiran Syawal kali ini tidak mencatatkan warna duka dalam kehidupan anda! Kepada sahabt perjuangan di Twintech KB, pensyarah-pensyarah diucapkan Salam Aidilfitri. Salah dan silap harap dimaafkan. p/s: raya ni jangan lupa datang rumah! ;p Salam Hormat, Salam Syawal, Salam 1Malaysia!

Saturday, September 12, 2009

Hikayat Mencari Ilmu- Perjalanan Ke III

“SUASANA I”

ku kira disini noda tidak menggila

di sini insan tidak mengganas haloba

memanah, menghirup segala kepuasan kesenangan

merangkak, memanjat, menjilat segala kemewahan.

Hikayat mencari ilmu ini masih aku teruskan. Ini, destinasi yang aku pilih untuk masa depan. Tak sangka, antara ramai mereka; aku je yang tercampak di sini. Kenapa? Kerana, aku yakin ada sesuatu yang terindah akan aku lakarkan… Meskipun masa masih akan menjadi penentu.

Begitupun, diri ini masih cuba mencelah dalam sinar masa depan yang masih terlalu jauh untuk aku jalani. Dalam situasi macam ni, kekuatan mental mempengaruhi pemikiran menjadi pemangkin kekuatan. Macam yang pernah aku tulis sebelum ni, “peluang datang tanpa henti, begitu juga dengan cabaran”. Dan, aku tahu apa yang aku mahukan. Keinginan datang dari dalam diri aku, hadir bersama dorongan mereka yang sekeliling aku.

Perjalanan ini… erm, sudah terlalu jauh aku “berjalan” rupanya… adunan masa lalu, mencambah keyakinan untuk aku meraih kejayaan meskipun bukan mencapai tahap maksima. Aku cuba menjadi se-realistik yang mungkin. Berharap, yang kegagalan lalu tidak akan mengongkong aku mencuba sesuatu yagn baru.

“SUASANA II”

apakah impian ku hanya bayangan

mengejar setiap lintasan

bertaburan dilanda taufan kepalsuan

yang terperangkap, terjerat

di antara cinta dan noda

di antara mulia dan durjana

mengadu tenaga menggadai sukma

untuk menampung hidup yang sementara

Harapan dan cita-cita…. Bukan semudah menciraknya di atas kertas putih dan menarik ramai khalayak untuk menatapnya. Pengorbanan, berkorban sudah cukup untuk melengkapkan sebuah cerita. Mungkin terpaksa melukakan hati-hati mereka yang berada di luar sana. Cukup sekali dengan leka… Seringkali aku cuba ikrarkan… hidup bukan seperti perahu. Andai terlajak boleh diundur semula. Hidup adalah ketetapan. Terlepas peluang bukan sesuatu yang baik untuk masa depan. Doakan aku agar merebut peluang yang ada didepan mata ini. Hikayat mencari ilmu ini takkan terhenti dijalanan ini, Insyaallah.

“HIDUP INI”

hidup ini sebuah cerita

hidup ini satu lakonan

mencari kepada kepastian

mengenal kepada kezahiran

berputarnya hidup ini bagai diadakan

pulangnya hidup ini andaikan keraguan.

*Sajak SUASANA I-II karya M.Kelana 12/1/1999

Kaki punya bicara:

disini,

hanya ada AKU

mungkin ada KAMU

mungkin bersama MEREKA

dan SEMUA.