Monday, October 5, 2009

Untitled!

Aku cuba tidur, tapi gagal. Kandung kafein lagi menguasai badan. Metabolisme badan lagi kuat. Badan terasa penat. Jiwa yang kecil ini juga merusuh. Mengingat tugasan, suara-suara yang memaksa bekerja seperti yang pernah aku berkata.

Tapi…Argghhh, alasan sekadar kata-kata. Bertangguh kerja, tanggungjawab seorang pencuri masa. Tapi, mereka baru sekerat yang ada. Arahan aku berkata, “minggu depan harus bermula!” Sedangkan agenda sudah direncana sejak mula. Betapa mudahnya mereka terlupa! Mungkinkah kerana Syawal mulia masih terasa?! Alasan murahan mereka yang tiada idea. Penipu masa yang murahan.

Mata kupaksa untuk dipejam. Gagal lagi.

Jari mengengsot, mengatur rentak dipapan kekunci. Mengurangkan rusuhan jiwa. Malam ini sunyi. Sahabat diluar kamar mungkin tertidur sudah keletihan. Aku masih memaksa jari dipemuka kekunci lap top mini. Dunia mungkin masih terkejut gegaran dunia beberapa kali. Huluran bantuan dipinta. Kita masih menghulur, kita lihat mereka melarat di sana. Disini, ada juga. Tapi, tuan-tuan puan-puan harap berdoa pada pilihanraya yang berulang kali. Heh! Aku merapu lagi.

Mata, tutuplah. Masih gagal.

Idea panas. Jiwa yang kecil lagilah merusuh. Tidur tak dapat, badan letih. Sedangkan, seharian aku hanya turun naik kolej. Pergi ke Billion, membeli peralatan. Apa yang aku letihkan…. Dunia masih berputar pada paksinya. Mata ku tertancap pada indahnya hari ini. Mungkin, pada cuti sebulan yang lalu masih lagi mempengaruhi agar bersenang dulu. Padahal, tanggungjawab telah menanti.

Jiwa yang kecil, sudahlah merusuh.

Perbincangan dengan sahabat di waktu senggang tadi. Fenomena suasana pembelajaran masih menghantui. Positif yang tidak pasti. Aku cuba memberi harapan. Sedangkan mungkin semuanya tidak diduga. Harapnya tidak…

Mata ku, cubalah kau berehat. Gagal berulang kali!

Jiwa ini masih melayan rasa. Hilang yang pergi untuk selamanya, masih menghantui jiwa. Fobia yang tidak pernah aku minta. Aku cuba berdiri, dan menghilangkan segalanya pada tempat yang sama. Pasrah aku nantikan masih tak kunjung tiba. Gagalkah aku kerana mengalirkan airmata kala sendiri ini? Mata merah menahan…. Arghh, tak perlu kau tahu!!!!

Mata ku. Aku atau engkau yang paranoid pada mimpi semalam?! (masih gagal)

Mimpi yang masih berhantu. Roh datang bagaikan ke sisi. Aku tak minta kau kembali kerna kenangan kita masih hidup. Aku tak pernah berdoa ingatan aku dibawa pergi. Sesekali, dalam mimpi; tak mengapa. Meskipun, aku akan jadi pada fobia cinta. Heh!

Jiwa kecil, pujuklah hati. Pejamkan mata, tidurlah dengan lena.

Jangan dikenang pada yang telah pergi. Seharian ini, aku hanya di sini. Meskipun, pemikiran merewang menjengah waktu bersama. Sesekali, titisan tergores mengalir dicelah-celah mata. Rokok berbahasa, “aku menghiburkan mu!” Sial! Duit habis terbakar, jadi abu! Arghh, ianya teman setiaku… Berkarya bersama, nyalaannya. Mengisi masa, juga masih ditangan.

Tak mengapa. Mungkin satu masa, aku akan berhenti juga. Mungkin, pada saat yang peparu terlebih hitam dakwatnya. Tidak!!!!

Jiwa ini, mata ini meski kecil tapi bisa pengaruhi seluruh metabolisme badan. Aku gagal. Gagal pejamkan mata. Gagal tidur dengan lena. Sedang, jiwa ini masih merusuh…

Gagal. Gagal. Gagal. Gagal.

Aku prejudis kepada diri sendiri

Kurang yakin dengan kekuatan aku

Masih tidak pasrah apa yang berlaku!

*2 kali kemaskini blog dalam tempoh kurang 24jam.

Sunday, October 4, 2009

Hanya ALLAH Yang Akan Tahu (H.A.Y.A.T)

H hanya

A allah

Y yang

A akan

T tahu

Pagi, dalam perjalanan ke pusat ilmu terlihat sepasang tua. Bermesra dan bersenda bersama pasangannya. Bergelak ketawa, aku lihat. Mungkin ada sesuatu yang lucu, atau juga bercerita tentang kisah lalu mereka. Garis-garis tua jelas terlihat pada mereka. Begitu juga ceria wajahnya seolah berkata, “kami telah lama menanggung hayat”.

Pasangan tua itu, mungkin bercerita kelucuan cucu-cucu mereka. Hiburan dan anugerah kesenangan hari tua. Tiada lagi yang dikejar, bukan lagi keringat yang harus diperah. Derita lalu mereka mungkin sudah dibalas jasa. Mungkin, mereka berkata, “inilah nikmat hayat kami”.

Aku perhati lagi si tua. Begitupun dijamah usia, mungkin mereka sudah separuh abad bersama. Tiada lagi yang tertinggal, tiada apa yang melarat. Usia tua, “bonus untuk mengejar nikmat hayat”. Arghhh, betapa bahagia hidup mereka sedangkan diusia muda, kebarangkalian hidup penuh melarat.

Si tua itu masih berdua. Sesekali bertepuk-tampar mesra. Nikmat dunia, nikmat hayat untuk mereka. Kejayaan si anak-anak sebahagian cerita dunia mereka. Mungkin berharap, yang budi dulunya disubur penuh ritual agama masih menjadi nadi anak mereka. Sama seperti yang dirasa mereka, sebagai orang tua.

Aku masih memerhati dan berfikir.

Apakah dihari yang mendatang, aku juga akan seperti mereka. Duduk diatas tangga, bercerita berdua bersama tercinta. Atau, aku hanya berbicara pada pohon-pohon sepi, daun-daun dunia, yang speenuhnya tidak mengerti hati manusia tua.

Atau, masa itu mungkin tiada lagi daya bersuara, sekadar merengek, meminta simpati mereka?! Apakah hayat saat ini, tiada siapa akan bercerita betapa manisnya hayat tatkala hidup berdua di usia tua?

Atau, aku hanya mampu bersendu dalam bicara yang berkata, “tiada makna berkat HAYAT, andai aku hidup selamanya!?”

Hanya ALLAH yang akan tahu=H.A.Y.A.T.

Friday, October 2, 2009

Satu Rasa: Mengenangmu. Sepi. Sendiri.

pergi,

jangan biarkan sepi berteman hati.

pergi,

waktu masih menunggu.

pergi,

jangan biar aku tertunggu.

pergi,

satu rasa yang membelenggu.

pergi….

bila kau pergi, aku sendiri…

bila kau pergi, aku sepi…

sepi saat menyendiri…

kaki punya bicara:

sepi.

sendiri.

ini sama seperti rasa.

Thursday, October 1, 2009

Coretan Aidilfitri: Masih Dalam Mood Raya....

Salam Semua.
Raya ada beberapa minggu lagi, tu yang pasti... Aidilfitri kali ni, memang menyeronokkan bagi aku, sungguh tak tipu... Sedih ada dalam 50%. Raya kat Labuan masih seperti dulu, meriah! By the way, aku malas nak menulis panjang sebab kolej aku da start open 27hb aritue. So, sekarang ni aku fokuskan kembali minda kepada study dan perancangan seterusnya.. (nantikan!) So, check the pictures showed below! ;p Selamat Beraya, Jangan Perlakuan, Jaga Emosi! Jangan pisahkan akhlak dan agama sepanjang meraikan Aidilfitri!
My Siblings The Other Half Of Us! Rumah Hisyam Open House Rumah Lyana.
p/s: malas nak uplod gambar banyak2...