Wednesday, March 17, 2010

???!!!!!

apa nak jadi dunia harinie ko buang anak semalam kes hilang anak. apa nak jadi dunia politik diutamakan, kebajikan tunggu pilihanraya dewan rakyat tempat berkubang, bukan tempat menyumbang. apa nak jadi dunia orang lain salah, kau sorang yang betul. adeiih, apa yg aku nak sampaikan ni?!

Friday, March 12, 2010

punggah barang, pindah rumah - menjelang usia 21 tahun!

Fuhhhh, da seminggu melilau carik umah baru. Letih, tu je yang mampu aku cakap. Ape korang ingat senang ke nak carik umah sewa are Kota Bharu ni. Alhamdullillah, the last choice already chosen. Sekarang ni dalam proses pemunggahan barang-barang. Harap-harap boleh selesai sebelum usia 21 tahun aku. Isnin, seiring peningkatan tahun; umur aku pun meningkat ke usia 21 tahun. Umur terlalu subjektif kan? Rasa tua, semangat berubah and so on. Semuanya bersatu dalam satu rasa. Nak berubah, jangan tidak-tidak kata Dr. HM Tuah. Dulu, masa takde identiti diri; masing-masing mahu kelihatan matang dari umur sebenar. Sebenarnya umur tak mempengaruhi kehidupan kita. Yang paling berpengaruh, cuma keinginan. Kalau keinginan cuma separuh jalan, tak seronok rasanya kehidupan ni. Dalam hidup ni kita semua mahukan perubahan bukan? Malang bagi manusia kalau tidak mahu berubah. Sebagai orang muda, perubahan tu kita mahukan secara agresif, pantas dan tidak terlalu dikongkong oleh peraturan. Idea-idea macamni sebenarnya sesuatu yang segar dan perlu dalam menetukan halatuju kehidupan kita. Tapi, apa matlamatnya? Nama? Status? Kekuasaan? Atau mewarisi kepimpinan keluarga? Aku banyak dirujuk mengenai persoalan ni. Bukan nak kata aku ni bijak pandai, tapi pengalaman aku banyak mengajar dan membantu manusia sekeliling aku. Peliknya, aku banyak membantu mereka yang diluar tanah kelahiran sendiri. Sedih kan? Semangat kenegerian sebenarnya tak bawa aku pergi mana-mana. Kalau aku kuat semangat kelahiran negeri mungkin aku tak keluar. Matlamat aku, satu: "pengalaman ada diluar aku nak gunakan merombak kesedaran orang dalam" Tak salah kalau kita meniru sesuatu yang baik untuk negeri kelahiran. Insyaallah, perancangan akan dilakukan selesai tamat pengajian nanti. Sepanjang aku berada di Kelantan ni, banyak semangat kejiranan yang boleh aku jadikan contoh. Biarpun, ada sesetengah perkara aku cuma membantah dalam hati. Jujur, kalau nak ikutkan aku nak berhijrah lagi lama di sini. Bukan apa, kat sini aku tak nampak apa tu perbezaan taraf. Kalau adapun, cuma sesetengah mereka yang taksub kepada kehidupan politik berparti. Selebihnya, positif. So, dalam usia yang makin bertambah ni. Terlalu banyak dalam masuk dalam otak dan mencorak setiap tingkahlaku dan perbuatan yang perlu aku bertanggungjawab. Pelik kan? Rupanya macamni rasa kalau umur da makin meningkat. hehehehe.... Apapun, tirai hidup ke-21 kali ni rasanya da bawak satu perubahan dalam hidup aku. Lain kali aku akan ceritakan! Wassalam.

Wednesday, March 10, 2010

MAC 2010 - dinding kuning, punggah barang, umur '12 tahun' yang pelik

~ Bicara dinding kuning – bisu. Masing-masing layan perasaan sendiri. Gua cakap ngan lap top je. Letih time cuti tak hilang lagi. Seminggu ni penat usha rumah baru.

~ Punggah barang – pindah umah. Hampir 2 tahun berjalan atas misi pendidikan, kena pindah lagi. Nak tak nak, pasrah je….

~ Umur 12 tahun yang pelik. Next week punya penangan…. Harap-harap, gua tak kena ‘sunat’ wat kali ke dua. Hahahahaha! Gua tunggu hadiah paling menarik tahun ni!

tahun lepas, time umur ‘2 tahun’ gua wat puisi. tahun ni buat catatan pendek je!

Friday, March 5, 2010

Kembali Pulang, Senyum, Termenung, Sedih & Kecewa

Perghhh, esok aku da nak balik Kota Bharu plak. Sunyi la idup gua pasni, takde jerit tangis budak-budak dumex advance! Beberapa hari, ati gua rasa tak sedap, cam sedih pon ada gak. Susah tul, kalau selalu camni. Semalam tengok berita tak? Jangan layan dulu pra AF bingai tu. Karut! Malaysia sekarang ni da penuh dengan cerita dera tau?!. Dari wanita di dera, anak di dera. Kemudian yang terbaru, bayi di dera. Alahai abang, kakak bayi tu baru je umur 18 bulan yang didera buat apa? Korang manusia ke haiwan? akai ada ka?! Tu yang buat aku sedih giler tu. Aku geleng kepala, insaf. Aku suka budak-budak. Kalau tak nak budak kecik tu, bagi kat aku takpe. Ingat orang lelaki tak bley jaga anak ke? Tengok orang bai! Yang buat aku termenung plak, kenapa seorang ibu sanggup bagi kat boyfriend untuk jaga anak. Buat atas dasar percaya atau sekadar melepaskan tanggungjawab? Come on la, u penat mengandungkan 9 bulan. Tak sampai seminggu anak u kena jaga boyfriend da meninggal telentang! Tak kesian ke? Da tu, menangis meraung! Terpekik, melolong! Takde guna dah. Cuma doa la banyak-banyak, supaya anak tu tak lupa doakan kesejahteraan korang time kat akhirat nanti. Insyaallah. So, kat luar sana jadikan ini pengajaran. Bakal-bakal ibu, bakal-bakal bapak. Jangan nak seronok kawen je tau. Gagal sebuah perkahwinan abad ni sebabnya kekurang ilmu rumahtangga, ilmu keibubapaan. Ada paham?! Ok, selamat menjadi ibu-ibu, bapak-bapak buat kita semua! Wassalam.

Monday, March 1, 2010

Cerita Awal Bulan Mac!

Lama, aku tercongak sendiri di depan lap top ni. Kebelakangan ni, aku amat sibuk dengan pelbagai pekerjaan. Heh! Ditambah, kebekuan idea aku untuk menulis. Sampaikan satu ketika, aku menerima email dari somebody yang mungkin silent reader blog aku. Thanks bro! Kalau tak, memang da macam-macam benda yang tumbuh melata kat blog aku ni.

Ok, sekarang kita da sampai ke bulan Mac 2010. Sekejap je kan? Pejam celik, bangun, duduk. So, ada beberapa minggu lagi aku akan berusia tua dari tahun lepas. Usia puluhan ni buat aku rasa ‘muda’ ckit dari tahun lalu. Hampeh! Hahahaha! Subjek umur buat aku tertekan la. Amacam? Nak terus buat perangai… atau forward je jadik ‘abang’ baik? Hahahaha!

Sebulan cuti kat Labuan ni macam tak terasa. Keluar bersama beberapa sahabat lama. 3 tahun lebih tak jumpa bai! So, macam-macam benda la. Yang di ungkit, yang di ungkap, tersingkap dan jadi lipatan sejarah cerita waktu persekolahan kami. Yang jadi inspirasi kami untuk berjaya. Irwan Saini – seorang pengurus di Mc Donald cawangan Labuan. Satu pencapaian buatnya, walaupun keputusan SPM nya tidak cemerlang seperti sahabat lain. Ada kata-katanya yang buat aku jadi terinspirasi. Impian dan hasratnya. Ranniey – menyambung pelajaran di seberang laut dalam jurusan pendidikan fizik. Perghhhh, mamat ni betul-betul canggih! Dari pertemuan beberapa minggu lalu, ada beberapa perkara yang dibualkan. Sosial – hiburan – kesenangan – itu yang menenggelamkan impian anak muda Labuan kini. Rata-rata kami tidak menyalahkan takdir, cuma sedikit pengalaman yang akan kami adun dalam lipatan kehidupan anak muda Labuan masa kini.

Tu sedikit cerita tentang pertemuan. Macam-macam kan?

Semalam, aku menjejakkan kaki ke Penutupan Hari Wilayah. Hebat! Serius aku cakap! Lagi hebat bila korang tengok, budak umur 14 tahun usung tangan pasangan ‘chenta’ masing-masing! Perghhh, bila budak sekolah berbahasa; ko tengok pun terdiam! Aku cuma tersengih! Sinis. Tak nak komen lagi. Nanti orang cakap aku terlalu menongkah ‘peraturan dunia’ – cinta!

Depan lap top ni ni pun, bibir aku menghadiahkan senyuman sinis. Sungguh! Apa pun, malam tu terima kasih la Bahagian Pencegah Maksiat JAWI Labuan yang nampak berfungsi dengan beberapa buah van yang standby mencari mangsa untuk ditarbiah. Sekurangnya, gejala tu dapat dibendung.

Masa berlalu, hujung minggu ni aku da nak balik Kota Bharu, kota ilmu aku. Apa-apapun, tunggu cerita aku dari sana! Insyaallah.

“aku nak bagi cap muka kat budak sekolah yang panggil aku abang pasni! Hahahaa!”

Wednesday, February 10, 2010

Aku Bercerita Dari WP Labuan!

Aku sudah selamat sampai. Satu kesyukuran melihat wajah tercinta menemani aku selama sebulan di sini.

Tiada lagi yang indah melainkan: pagi – aku dengar burung berkicau. Tengahari – desir daun ditup bayu. Petang – melihat merah mentari di ufuk. Malam – sunyi. Ini ketenangan. Jauh dari kesibukan materialistik. Jauh dari semua wajah-wajah manusia yang pentingkan kerjaya mahupun harta.

Aku lihat ketenangan dalam hari ku. Aku lakukan kerja dengan senyuman. Tiada tekanan dari manusia yang sekadar tahu berkata-kata. Sesuatu yang aku rindukan sudah aku genggam.

Aku sudah jauh dari manusia-manusia yang hari-harinya bercerita tentang wanita-wanita yang mencintai mereka. Jauh dari manusia yang hari-hari selalu bercerita tentang kebosanan. Sedangkan aku lagi bosan menghadap, menadah telinga kepada ceritanya.

Sekarang, aku sedang merelakan kenyataan dari terus menidakkan kebenaran. Perasaan tu lagi pedih dari terus lari dari realiti. Aku takkan rebut sesuatu yang bukan lagi milik aku. Aku lepaskan semua perasaan perlahan-lahan. Lagi senang. Dari terus terdera dengan perasaan sendiri. Selamat….

Kalau boleh, aku tak nak dilemaskan oleh masa lalu yang terus mengejar aku dengan daki-daki dosa silam. Kini, aku boleh bersyukur. Tak banyak, masih ada ruang untuk aku mencari rezeki. Terima kasih buat sekalian family aku. Tanpa korang, mungkin aku akan terus hidup tanpa arah tujuan yang sebenar. Juga, berterima kasih kepada suara-suara yang mengeji sebelum ini. Tanpa cacian kalian, mungkin aku tidak berubah. Dan, terus di takuk lama. Terima kasih banyak-banyak!

Terakhirnya, masa aku kini banyak dihabiskan bersama keluarga dari di luar. Bukan tidak mahu bersosial, aku telah lama tinggalkan keluarga. Sedikit sebanyak memori waktu kecil bersama mereka mempengaruhi aku agar berdiri bersama mereka. Aku sudah lihat banyak kejatuhan dan kedukaan. Perjalanan ini banyak menyedarkan aku. Di usia 21 tahun ini, ilmu kehidupan banyak mengajar aku! Terima kasih juga kepada kehidupan!

Salam cuti, selamat jiwa untuk ketenangan!

Meet Uncle Shah,

WP Labuan.

“jangan ubah buku kehidupan sendiri”

Thursday, February 4, 2010

Punggah Barang, Balik Bercuti!

sedang 1Malaysia sibuk mengikuti prosiding kes liwat bersiri aku senyum, punggah barang masuk flight. sedang 1Malaysia buat andaian sendiri aku masih senyum, lapang dada. sedang 1Malaysia kecoh lagi di mahkamah sana-sini aku tersenyum. lantak korang. nak tangguh-tangguh hakim pun banyak kerja lagi Datuk Seri! sedang Saiful Bahri mengulangi "can I F**k u today?" aku loya tekak. tapi, aku senyum lagi. cuba berdoa pada kebenaran. sedang 1kolej gua sudah lengang, member rumah masih terdampar mengisi masa aku senyum, sebab aku blah dulu! selamat bercuti kawan-kawan! *ini destinasi aku...........