tergerak aku dalam sepi seorang. cuba menutup pintu sepi masa lalu.
ajaibnya, terhalang kerana pintu masa lalu membawa aku ke sini, berdiri dengan hati baru.
tidak mudah untuk ku tutup masa lalu serapatnya.
agak keraguan, bimbang tiada kesempatan utntuk keampunan.
tarik nafas kelegaan.
tenang datang berbisik.
terima kasih Tuhan. (membiar pintu masa lalu terbuka renggang)
terima kasih sayang. (hadir beri ketenangan)
Dengan nama Allah, aku update blog neh setelah lama bersawang dan penuhi parasit kehidupan yang aku lalui sekarang ni. Da lama tak menulis, otak rasa kebekuan, jemari kelu melahirkan apa kehendak rasa.
Dengan nama Allah juga, hampir berminggu Ramadhan bersama kita. Antara persiapan Aidilfitri dan kemerdekaan yang dirayakan. Bercampur-baur, bersama kesibukan dunia yang kita kejar. Dalam kesibukan tu, jangan kita lupa pada kesederhanaan. Baik waktu berbuka, mahupun merayakan Aidilfitri. Kalau hari ini, kita berlebihan jangan hairan satu hari nanti kesenangan itu semakin berkurang.
Aku sudah beku idea. Bahan penulisan kurang menarik. Terima kasih kepada yang mengingatkan aku untuk bersama di blog ini.
Sapu-sapu sikit. Blog sudah lama berhabuk. Debu-debu rasa bangga. Heh! Kita menulis soal kebenaran. So, what about you?
Semuanya gara-gara kalau aku bercakap, manusia berkata mulut aku takde insuran, main cakap lepas. Pasal tu, I’m so sorry. I just tell the truth.Kebenaran yang selalu manusia takut nak sebut.Mungkin nak jaga kedudukan, jaga periuk nasi masing-masing. Atau takut kena condemn kemudian hari. Dunia ni macam-macam.
Soal aku merendahkan kredibiliti, kebolehan atau jasa mereka yang pernah wujud around me, itu satu isu yang lain. Apa yang aku ketengahkan dulu pernah di dengar, di persetujui untuk di perbaiki. Aku tak pernah mengangkat diri ke satu tahap ‘super’ seperti mana yang pernah ada katakan. I don’t care about the people around called me as ‘si keding’, ‘si hitam’. Yang pada akhirnya, mereka-mereka ini hidup disekeliling aku supaya sama di pandang. Supaya ada tempat melindungi bila mereka kesusahan.
Terima kebenaran. Aku jarang melenting bila di tegur, bila di kritik. Aku akui, realiti dikritik tu memang pedih. Tapi, biasalah kehidupan. Di kritik, untuk aku perbaiki. Di tegur untuk perkara yang sama, KEBAIKAN. Aku sudah tinggalkan stage yang seringkali aku di kritik sebagai tidak professional, di kritik sebagai seseorang yang suka menulis isu yang pernah dibawa ke dalam blog. Sekarang aku sudah di luar stage tu, masih ada suara-suara yang menjengkelkan. Shame you!
Hakikat dan kebenaran. Tak lama kita harus sembunyikan. aku sudah bersungguh di penghujung ni. Sudah berusaha sehabis boleh laksanakan perubahan. TERIMA KASIH.
Di satu pagi, di mana 2 sahabat teruja untuk menghadiri ceramah KPP yang 5 jam tu. Lambat bangun 2 sahabat itu, Samad dan Wok Yoh.
Dalam kelam-kabut, Wok Yoh masih teringat untuk mengisi minyak. Wok Yoh masih waras untuk berfikir.
Wok Yoh: Mad, nak ikut jalan mana neh? aku tak ingat jalan...
Samad: Ntah. (muka rabak)
Wok Yoh: Cepat la Mad, da lambat ni. Nak ikut mana?!
Samad: Ikut hati. (selamba)
Wok Yoh: _)(#$$@!#@#^^&*(