Thursday, December 22, 2011

Selamat UlangTahun Kelahiran Mama.


mama,
kalau usia 57 tahun mu itu dapat aku tintakan
maka kaulah heroin paling mahal dalam dunia.
engkaulah permaisuri teragung yang Allah cipta.


mama,
jika usia 57 tahun itu adalah emas
engkau lah dinar yang sentiasa berkembang
dari nilai yang tak pernah turun.


mama,
dalam setahun singkat kejayaan dunia ku ini
engkau adalah pendukungnya
engkau adalah pembimbingnya
kekentalan jiwa mu membesarkan anak sedegil aku
menjadi inspirasi anak yang berjiwa besar dalam diri sendiri.


mama,
jika sepanjang hidup mu membesarkan kami kau kerap dicaci
dewasa ini, aku bangkit memberi sedikit puji.


mama,
jikalau kau mahu tahu
sepanjang kedewasaan ini juga, aku tak pernah salahkan kamu mahupun masa lalu.
jiwa aku takkan sebesar ini jika hidup selalu dipuji
aku takkan mampu berdikari jika selalu dimanjai.


mama,
jikalau  ahli firasat mampu membaca hati ini
engkaulah ahli firasat itu.
jikalau sang pencinta itu memberi cinta setulus hati
engkaulah sang pencinta itu.


mama,
jika aku disamping mu, jarang aku kucup pipi mu
di kejauhan seperti ini saat-saat jiwa sedang kejatuhan, terasa benar ingin dipelukkan mu.


mama,
di saat ini, di ulang tahun kelahiran kamu
aku cuma mahu kamu tahu, jikalau ALLAH beri MUHAMMAD sebagai rahmat teragung
maka, kamu juga teragung dalam diri dan hati aku.


aku mungkin anak mu yang tidak punya apa-apa, cuma mampu menulis puisi selamat ulangtahun kelahiran mama....
SELAMAT HARI JADI MAMA......




p/s:
"jika Santa itu benar-benar wujud, ingin sekali aku pinjam tunggangannya dan membawa mama bersiar di angkasa raya....kalau mampu, sehingga LANGIT KE TUJUH, pasti."






Thursday, December 15, 2011

tentang cinta lagi.


  1. Ini mungkin bukan masanya berjiwang atau bermadah cara celaka. Bagi aku setelah lama tidak menulis panjang untuk blog ni, rasanya semacam penting untuk aku sendiri meluahkan pengalaman, bercerita tentang apa yang kau panggil CINTA. Kebiasaan yang sememangnya normal.
  2. Mungkin, kita selalu dengar orang cakap, "ah cinta-cinta.macam celaka je kau", "benda mengarut lagi kau nak sembang kencang". Adat. Itu cakap-cakap orang yang tak pernah mendapat. Tapi, hari-hari aku tengok kau up status cinta kat Facebook serabut jugak otak aku. HAHAHA
  3. Dalam menyelusuri cinta, banyak perkara aku dah belajar. Pernah dulu aku sendiri; adakalanya rasa puas hati kerana tidak perlu menjaga hati sesiapa dan kebanyakkannya aku rasakan SEPI. macam celaka betul rasa masa tu. Hal-hal cinta ini, bagi aku bila kau melihat KECANTIKKAN lebih dari segalanya, maknanya kau buta. Senang cerita, kecantikkan akan hilang bila sel-sel di muka mula mati, sama macam matinya perasaan sayang kau sendiri. "kecantikkan itu palsu", kata seorang sahabat aku. 
  4. Adakalanya aku sendiri kelu macamana seorang "aku" ni gagal tunjukkan kasih sayang walaupun aku dah dapat seorang yang boleh jaga dan sayang aku macam yang mak aku buat. Kasih sayang dalam percintaan ni biasalah macam saham. Ada masa-masa dia punya untung buat kau bahagia bertahun-tahun tapi sekali dia jatuh, memang buat kau melarat.
  5. Walaupun, ramai yang melihat LELAKI harus berperanan sebagai main love player tapi dalam kebanyakkan perkara, aku lebih melihat kawan-kawan lelaki aku HIDUP SEBAGAI BONEKA CINTA. Bunyinya semacam pelik, seolah-olahnya tiada konek. Realiti. Bagaimana aku melihat kehidupan kawan-kawan; makanan dihantar, bila sakit makanminum disuap, bila belajar dihantar ke muka pintu tapi hakikatnya 'sakit' yang dipendam sendiri. Korang faham kan makna tu? Aku pernah rasa sebab tu aku berani tulis. Meletakkan hati sendiri kepada orang lain dengan harapan; kau dibalas benda yang sama, adalah KHAYALAN paling celaka dalam hidup lelaki. Percayalah, kau boleh campak harapan tu sekarang. Nak sayang berpada-pada, kawan. Cukup dengan kau realisasikan benda yang tak kau rancang, jangan ikut sangat kehendak hatinya.
  6. Ramai antara kawan aku ungkapkan, "untung la, ada orang jaga", "ye la, member dah ada yang punya.mana nak ingat member kan?" Come on, dude. Bila lagi kau nak cari bahagia sendiri? Berdiri relaks dengan harapan Tuhan bagi sorang cinta depan-depan kat kau memang tak la kan? Kalau Tuhan jenis senang-senang nak membagi macam tu je tanpa perlu manusia berusaha, dah lama Al Quran tu turun sebijik complete kat depan Nabi tanpa perlu berdakwah selama 23 tahun. See?
  7. Ini hakikat. Macamanapun kau pernah jatuh terpuruk kerana kecewa, life must go on. Nak melupakan tu memang sakit. Nak ubati hati sendiri tu, bukan senang. Itu, aku pernah rasa dulu. Umpamanya, kau nak tidur tapi tak boleh tidur.Tapi bila kau dah tidur kau rasa macam tak nak bangun lagi. Gampang.
  8. Untuk kawan-kawan yang percaya bahagia cinta tu perlu kau korbankan wang, masa, dan sebagai kau perlu percaya, "cinta memang satu pelaburan.untung lebih, rugi sakit.cuma terpulang pada cara atau skim yang macamana kau main."


 "it's unplanned but it's true."
"Cinta itu percuma. Percuma untuk semua. Tuhan tak cas enam persen pun untuk cinta yang manusia ni terima. Buatlah apa pun dengan cinta asalkan ke jalan kebaikkan. Carilah cinta. Usaha cari cinta untuk dapatkan pasangan. Atau lebih tepat, the right partner. Ni bukan kisah Adam dan Hawa mahupun kisah Nur Kasih. Siti Khadijah tu walaupun dah menjanda, masih mencari cinta, rezeki dan takdir dia cintanya itu ada pada Rasulullah SAW. "
- Aqram, LensaRosak.

Thursday, November 24, 2011

kita hidup hanya sekali.


  1. Satu benda yang aku realize masa kini, ramai antara kawan-kawan aku kerap bertanya dan mengadu tentang soal hati mereka terhadap orang yang mereka sayang. Ya,, adakalanya masalah perhubungan buat kita jadi kelu, empty. Ye lah, benda-benda ceria yang biasa kau hadap hari-hari, akhirnya hilang satu demi satu sebab perhubungan tu retak. Tak kisah la sebab ada orang ke-3 ke, dah tak percaya, dan paling gampang sebab kau takda harta.
  2. Ok, fine. Bagi aku benda-benda semua ni memang bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi, bila orang yang kau sayang tu bahagia dan kau hidup merana. Soal hati dan perasaan bro, mat rempit pun boleh menangis apatah lagi manusia yang biasa-biasa macam kita kan?
  3. Aku tak nafikan, aku sendiri pernah lalui benda semua ni. Kalau tak, aku tak berani tulis dan bercakap benda yang tak pernah aku alami. Perkongsian pengalaman. Bodohnya aku masa tu, aku kembali cari benda-benda yang takda faedah dan bawak mudarat kat diri sendiri. Rokok, rokok, rokok... Bila dengan rokok aku rasa feel tu hilang. Sedih dah ke laut. Damn. Pada akhirnya, aku jadi tegar sama rokok.
  4. Real love is not easy to find. Macam aku aku cakap, benda-benda yang ceria, si bunga yang kerap SMS kau ayat-ayat cinta buat kau rasa lebih perfect, semangat!!! Setiap hari, kau rasa macam taknak tidur, asyik nak bergayut, SMS, webcam bagai suma tuh. Once, its broken; forever effect to your recent life. Cinta, bila hanya kau ikut perasaan treat them like, you know cinta kau letak lebih dari Tuhan memang tak ke mana. Kalau kau kahwin pun mungkin tak bahagia. Mungkin la.
  5. Bagi aku once hubungan tu dah tak boleh blah, kau perlu move on. Ia mungkin ambik masa yang lama. Mungkin 3 bulan, mungkin setahun. Mustahil jugak untuk selamanya kan? Buat apa kau merana sorang, padahal si bunga tu dah hidup bahagia. Wake up la kan? Yang penting, mak bapak kau masih ada. Kawan-kawan yang supportive ada. Try la benda-benda baru yang mungkin boleh bagi kau bahagia lebih dari masa kau ber-couple tu.
  6. Ada baiknya kau putus saat kau belum ada official relationship. Bertunang, contohnya. Mungkin tu sakitnya lebih dalam. Benda-benda soal jodoh, soal hati perasaan ni bukan boleh kau expect exactly 100% jadi macam kau nak. Qada' dan Qadar Allah bro. Mungkin masa kau bercinta sakan tu kau dah sia-siakan peluang baik depan mata, lupa tuhan, lupa hukum. Once kau break, kau dah boleh kembali mencari Tuhan. Semua tu adat dunia. Tuhan tempat kita mengadu.
  7. Untuk aku sendiri, aku ambil masa dalam beberapa bulan untuk lupa 'orang' tu dalam hidup aku. Sehingga sekarang, aku tak boleh hidu perfume yang dia pakai. Memorable places yang pernah aku pegi datingfavorite song etc. Gampang kan? Sampai sekarang aku still rasa sakit. Tengok kereta brand HONDA jangan cakap lah. Rasa nak calar-calar pun ada. kihkihkih
  8. Kita hidup hanya sekali. Meratap sampai keluar airmata darah sekalipun kalau Tuhan kata hubungan tu setakat tu saja, kau perlu pasrah. Bila aku cakap KITA HIDUP HANYA SEKALI tu maknanya perlu  move on. Make a new life. Tak perlu nak meracau  macam dah hilang nyawa. Buat dosa kita tak pernah menangis, kenapa bila putus cinta; hilang orang yang kau sayang perlu meratap sebegitu rupa? Ini muhasabah.
  9. Untuk kawan-kawan yang aku sayang, ini pesan yang aku quote dari official Facebook "TERFAKTAB".
"Sebelum mau jatuh cinta, hargai diri sendiri itu yang pertama. Kalau sudah siap jatuh cinta, siap untuk toleransi, jatuh ego. Dan saat jatuh ego, kalau tak dihargai, siap buat move on. Sakit memang, tapi diri siapa lebih berharga, diri kita sendiri atau dia?" 
-Terfaktab.

Saturday, October 29, 2011

kenapa gua sayang kolej gua?


  1. Ya, yang ini adalah logo kolej yang gua sayang. Stand for "INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY TWINTECH". I was study here, since 2007-2010. Starting at IUCTT Sabah Branch, end at Kota Bharu Campus.
  2. Kenapa gua sayang Twintech ni adalah pokok persoalan yang perlu gua jawap selepas setahun gua meninggalkan alam kampus. "Campus life" is a real life where me, and my friend live our life as student, survivor, and founder.
  3. Twintech Sabah - August 2007, permulaan kepada kesedaran gua bilamana gua lihat sistem pendidikan swasta 'menekan' golongan marhein yang biasa-biasa seperti gua. Saat itulah yang menukar persepsi gua, budak UiTM juga biasa-biasa. Hatta, budak UTP, UKM, UM dan lain-lain universiti awam. Ya, biasa-biasa.
  4. August 2007, Q6-1, Country Heights; menjadi markas gua berkenalan dengan rakan-rakan lain. Manakan gua bisa lupakan, EDWIN, KEVIN, RAFI, FRED. Senior yang mula menyapa, gua sambut dengan senyum mesra. Fourtin, Azie, Man dll. Auntie Dora dengan si uncle jauh sekali gua tak pernah lupa.
  5. Q6-1, masihkah seperti dulu? Life kat sini, sungguh gua hargai. Cuba tanyakan kepada mereka yang gua sebut di atas, apa nostalgiknya Q6-1 kepada kami semua. Pada masa-masa gua mula 'bencikan' Twintech kerana sikap sambil lewa dalam kebajikan student, Q6-1 nilah markasnya. Buat kali pertama dalam sejarah IUCTT Sabah Branch, himpunan pertama beramai-ramai gua kumpulkan kekuatan. Gua ulang, KEKUATAN! Bukan demonstrasi tak puas hati. Bukan kerana sokongan politik. Bagi gua masa tu, sikap menunggu dan lepas tangan admin memang kurang ajar. Lu orang bayang, lusa tamat kontrak asrama tamat dengan pemilik, esok lu kena bagi balik kunci hostel  in addition, carik rumah sendiri! Babi, celaka punya manusia. 
  6. Gua taip surat, mintak tandatangan sokongan student asrama kolej sekitar Country Heights. Alhamdulillah, kekuatan ada. Sayang, ada yang masih bacul menyokong ketidakadilan. Untuk pengetahuan, masa tu gua baru umur 18 tahun. 18 tahun! Senior gua tua 2,3 tahun macamtu. Surat minta penjelasan + campurtangan pihak atasan gua serah kepada Dr. Jurin Gunsalam. Thanks, Dr. Jurin, I appreciate you all the time.
  7. Saat pada masa tu,gua sudah pasrah. Kolej nak buang gua, nak burukkan reputasi gua; gua tawakal. Allah ada. Saat masa gua dicemuh sebagai pelajar bodoh oleh seorang lecturer lelaki ni, gua masih mampu tergelak. Saat ada penyokong beliau berkata gua susahkan pelajar lain; gua masih senyum. Siapa goyang sebenarnya? Gua bukan mengaku gua gagah. Tak! Masa tu gua fikir, hak dan keadilan sebagai pelajar.
  8. Siapa tau, gua pernah diugut di shopping complex bernama "Centre Point" oleh sorang pelajar senior lelaki. Bangang tu sumpah gua lupa nama. At the end, gua dengar dia antara kumpulan senior pertama yang quit sebab tak percaya dengan kebolehan admin dalam mengendalikan kebajikan pelajar. kah kah kah! fucking people!
  9. Siapa tau, apa perasaan gua bila digelar bodoh oleh seorang lecturer yang bermuka-muka. Yang pada akhirnya, si lecturer tu pun quit jugak sebab kononnya takde masa depan bersama Twintech. kah kah kah! another fucking people.
  10. Siapa tau, sebenarnya ramai yang memuji tindakan gua masa tu. Tapi tak berani ke depan bersama bimbang kepada "kuasa besar". Bila gua jumpa sorang-demi-sorang; masing-masing mereka memuji keberanian gua. Frankly speaking, gua tak harap pujian. Sumpah, demi Allah. Dalam setiap langkah kehidupan gua; gua tak mintak dijunjung, lillah. Masa tu gua melihat local Sabah, hanya mampu tunduk dengan 'gula-gula manis'. Gua harap, local sabah masa tu mampu mencorak sendiri tanpa tunduk kepada orang-orang berpangkat. Ketakutan yang menjadi nightmare dalam hidup diorang, gua cuba pecahkan menjadi serpihan KEBERANIAN yang perlu diolah semula. *celake, power ayat gua.
  11. Masa tu, perlu diingatkan sekalian mereka, macamana gua dicerca, di cemuh,dikeji oleh sebilangan mereka gua tak pernah walau sepatah berkata "nak pindah kolej". Sumpah, lillah tak pernah. Yang pernah gua luahkan cuma satu "jangan jadikan Twintech ni sebagai one-stop station, there's our future. masa depan kita kat tangan kita".
  12. Kepada yang pernah mencaci, mengeji, mengejek tindakan gua masa kat Sabah Branch dulu; harap lu orang fikir, tengok balik diri sendiri. Gua bermula dan tamat di IUCTT. Gua ulang, IUCTT! Bukan UiTM, bukan Politeknik, bukan KYS, bukan Cosmopoint.... Fikir lah.
  13. Jun 2008 - gua mengorak langkah ke Pantai Timur. Yup, IUCTT Campus Kelantan. The first student  transferred from Sabah Branch to Campus Kelantan. Sampai kat sana, orang pertama sambut gua, Sir Ibrahim. The oldest lecturer. Masalah timbul bila benda-benda yang sepatutnya disediakan/faxed oleh Sabah Branch takde kat gua. Masa tu gua pasrah lagi. Sapa suruh gatal sangat rebel kan? keh keh keh
  14. I study a lot of things here. Cultural, life style. Sikit demi sikit, gua berubah. Tak lanyak lagi life yang huru-hara. Great people was here, lecturers; admin, staff and the whole warga Twintech.
  15. Rakan-rakan yang banyak menyokong program/aktiviti yang dianjurkan, team kepimpinan MPP; walaupun hanya sedikit yang bekerja.Ya, sedikit. Perlu juga dicatatkan, di sini gua dilantik Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.
  16. Masa tu sikit huru-hara, sebab gua 'ditinggalkan' tanpa misi yang jelas untuk memacu satu badan induk pelajar yang dipandang tinggi. Berprestij kata modennya. Bermodalkan ketidakpuas hati golongan majoriti gua cuba mengorak satu demi satu program. Penekanan utama gua masa tu ramai yang tak tau. Gua melihat masalah penyatuan dan perpaduan. Mereka hanya bersatu bilamana membicarakan soal-soal pengurusan sediaada, seperti yang 'sedia maklum'. Tapi masih sama pokok pangkal masalahnya, iaitu tiada yang mahu kedepan bersuara.
  17. Grand project dalam kepala gua cuma satu, Annual Dinner. Gua teringat, ada suara yang berkata "mustahil, mustahil dan mustahil" Ada lagi punya suara, "nak buat dalam kolej kumpul student pun susah lagi nak buat kat luar dengan kos yang besar. memang tak harap la"
  18. Gua adalah gua. Saying "yes" for impossible thing others perception. Kolaborasi masa tu memang gagal, dari belasan yang dilantik, cuma 2,3 orang bekerja. Memula gua give-up jugak dengan sikap sambil lewa. They know how I done my work, passion and effort kena ada. Satu demi satu masalah gua atasi. Dari A sampai ke Z. I really appreciate for those people yang sanggup sama-sama bekerja walaupun ada yang bukan committee member. Cheker, Kak Afifah, Mustaqim, En. Suhaimi; thank you guys.
  19. Dalam masa kesibukan gua tu, mula tersebar cerita gua ambil duit hasil kutipan 'table fee'. Malaun mana start punya cerita gua lupa. Sumpah lillah, jangan kan kata RM1, seposen pun gua tak claim. Gua tau mana batas gua sebagai seorang penggerak. Gua tau apa kelebihan gua masa tu. Gua ingat lagi Duan cakap kat gua, "gila kau, tak claim?!" Gua reply, "gua claim ke, tak claim ke tetap timbul citer pasal duit ni" Dalam pengurusan sebegitu, dengan takde specific account bank gua terpaksa bawak ke hulu, ke hilir cash money berjumlah ribuan ringgit tu. Sumpah, gua goyang bawak amanah tu.
  20. Tapi still jugak ada mulut celaka, kutuk gua makan duit. Yang gua ingat, citer-citer kedai kopi. keh keh keh. Ada cerita pasal isu duit, tapi gua malas nak kecoh-kecoh. Cuma gua pasti, bebudak rumah sewa gua ingat siapa datang jumpa gua tanya pasal collection tu. 
  21. Alhamdulillah, passion and effort suma pihak banyak membantu. Hampir separuh kita berkumpul di Ballroom Renaissance Hotel Kota Bharu. Masalah banyak timbul, dan kita belajar memperbaiki daripadanya. Perbincangan, team work sangat perlu dalam menjayakan satu-satu usaha yang membawa kepada penyatuan.
  22. Gua akui, gua bukan hebat. Gua bukan local Kelantan yang selayaknya menerajui kepimpinan student yang rata-ratanya adalah local Kelantan. Gua tau, ada yang persoalkan kenapa bukan local Kelantan yang pegang jawatan Presiden. Gua ingat lagi, bila ada suara berkata "sebenarnya orang kelantan ni tak jahat, yang banyak jadi jahat kat kelantan ni orang luar" sambil mata menjeling gua. Itu cuma persepsi yang biasa-biasa tapi bangang untuk kematangan seorang manusia seperti gua. Isu ni gua pernah jawap sikit masa dulu.
  23. Masa mula-mula dilantik, selesai Mesyuarat Pertama gua secara berdepan meluahkan kepincangan, berbincang dengan COO, En Ashaari Mohd Salleh. Bagi gua, cakap belakang takde guna. Bak kata pepatah lama, "cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi". Face-to-face. Banyak persoalan, banyak masalah gua ungkapkan. Macam biasalah, gua manusia biasa. Ada benda yang mampu gua buat, gua laksanakan. Sesetengah perkara tidak.
  24. Tapi, inilah bukti yang kenapa gua sayang kolej gua. Misi, visi gua masa tu melaksanakan kesedaran. Alhamdulillah, gua tengok sekarang  banyak program luar dalam masa sama pasti dapat melakukan sedikit promosi untuk kolej kesayangan ni.
  25. Gua manusia biasa, sepanjang masa-masa ni (2007-2010) mungkin gua ada tersalah kata, terkasar, termaki. Gua mintak maaf. Jujur dari hati, gua tau ada sebilangan lecturer terasa hati dengan gua, rakan-rakan taulan, rakan-rakan kepimpinan. Sumpah lillah, gua tak mintak disanjung. Lu orang nak maki gua, makilah. Lu orang nak cakap gua tak layak jadi Presiden, cakap lah gua tak amek hati dah. 
  26. Suma tu dah berlalu. Gua tau; ada yang dulunya ke hulu ke hilir ikut gua sebenarnya just want to take some advantage. Nak nama. Gua tak heran, manusia macamni. Biasalah, adat dunia. Ada masa-masa kita kena sokong, ada masa-masa kita di jatuhkan. Tapi, sumpah lillah gua tak amek hati. Tak doakan yang jahat-jahat untuk kawan-kawan yang gua sayang. Gua doa yang terbaik untuk kita semua.
  27. Untuk suma pihak dari Sabah Branch( team Q6-1, Major, Dr. Jurin, Ms Sarina dll) ke Twintech Kota Bharu( En. Suhaimi, Pn. Razana, En Zakymin, admin, staf, rakan MPP) ; thank you very much. Tanpa kalian mungkin gua jadi orang yang takde prinsip, takde hala tuju. Dan, tanpa kalian mungkin sampai sekarang gua tak tau makna "kenapa gua harus sayang kolej gua!"

p/s:
aritue Ain Amatikah ada tanya kenapa gua always keep update with IUCTT, tulisan ni adalah jawapan nya.

Thursday, October 27, 2011

climax keTuhanan

bila aku tersedar
berdiri aku hari ini
adalah doa bertahun dahulu.

bila aku rasakan
Tuhan tidak mendengar
hari ini aku tersedar
rupanya doa itu, hari ini ALLAH makbulkan.

Tuhan,
aku tahu kau penyayang
aku tahu kau pemurah
tatkala 
aku lupa itu semua
kau ingatkan aku tentang qada' dan qadar
takdir-takdir yang tergantung
supaya aku sedar hidup sebagai ahli dunia bukan mudah.

Tuhan
aku tahu aku pelupa
lalai, lantaran sibuknya mengejar kesibukan dunia
bantu aku. tolong aku
aku tak ingin menjejak neraka MU.

Sunday, October 9, 2011

bahagia aku dapat karma yang kau terima.

luka di dada masih terasa sakitnya
jangan kau tanya kenapa
biar, biar aku selusuri semua kenangan
sendirian.

tak nak lagi nampakk kau disisi tirai hidup
aku tak nak celakakan perasaan sendiri untuk pastikan kau bahagia.

tolong,
bahagia yang aku dapat, itu KARMA yang kau terima
selayaknya untuk pendusta cinta seperti kau!


p/s:
aku reply SMS kau
"bila bercinta makan masa yg panjang, hati dan body jgn bagi 100%.yg sakit kemudian hari awak jugak,bukan org lain...dlu awak benci sy sbb xde rupa/harta, harinie saya boleh berbangga walaupn sy xde harta/rupa; masih ada wanita sudi pimpin tangan saya bila kami berganding bersama..."


KARMA bai, KARMA!

Monday, October 3, 2011

kenal tuhan.

aku cuba mencari dan kenal Tuhan
tapi tak jumpa.
sebab hati dan diri penuh dosa.

di pelosok sudut perjalanan
selalu sangat aku jumpa sang hamba bersama sebotol beer, pengubat duka.
apa aku perlu jadi lagi seperti mereka?

tolong aku tuhan
jangan biarkan setan dan nafsu kuasai akal.

please.