Thursday, July 9, 2009

Semalam Yang Hangat!!!

Salam Semua.
Lama aku tak update blog ni, bermula dari pertengahan bulan lalu sehingga ke awal bulan ini. Cuma 1 entri dimasukkan beberapa hari lalu. Kesibukan dengan pelbagai tugasan dan perkara rasmi sebagai seorang pelajar. Alhmadullillah, biarpun kesihatan aku ditahap yang agak "kurang" tetapi the people around always give moral support. And, I still can survive; Alhamdullillah. Beberapa hari ni, cukup tenang. heh! Class pon tak berapa peak, so aku boleh duduk dan menelaah internet sepanjang malam. Jadual waktu untuk tido malam pon semakin teratur. Aku semakin terbiasa dengan situasi relax, relax.. but, still can thinking! Semakin aku relax, semakin cepat plak masa berlalu. Sedar tak sedar da kat bulan Rejab. Bulan penuh rahmat. Patut la hati aku semakin sejuk. Oh, Syaaban ni aku akan sambut harijadi mengikut tahun Islam. "Kesejukan" ni la yang membimbing ketenangan aku. Hahahaha!!! Ramadhan kali ni, insyaallah aku akan sambut di Labuan setelah 2 tahun aku tak berpuasa di sana. Alhamdullillah, perjalanan ini dan Ramadhan kali ini cukup, cukup bermakna. Disambut bersama family!!! Insyaallah, aku akan terbang ke balik ke Labuan bulan depan 28hb Ogos selepas selesai dengan final exam. Cuti sebulan tu, bai!!! Sehingga minggu ke-2 Syawal. Anyway, masa yang sedikit ni aku gunakan untuk menulis melepaskan segala yang terpendam!! Semalam yang hangat kini telah dingin. Seiring dengan kedatang bulan-bulan rahmat......
kaki punya bicara: ramadhan datang lagi sejuta rahmat, penuh berkat penuh rahsia nikmat....

Tuesday, July 7, 2009

Kisah Klasik Kini Di Masa Depan!

Salam semua.

Kisah klasik sesuatu yang semestinya senantiasa bermain diingatan dan sering menggamit tatkala bersendirian. Tak tau nape plak, aku nak remind balik momori waktu kat SEMELA buat kali ketiga. Satu kenangan yang takkan terhapus selagi aku diberi kekuatan ingatan oleh ALLAH.

Di masa depan ini, memerhati adik-adik berjalan, menaiki bas ke sekolah saat tu kenangan pergi sekolah, memerhati mereka yang bergaduh dijalanan macam wayang, dimainkan dan mereka “berlakon” lagi. Menghidupkan kembali watak-watak mereka yang pernah menjadi pelakon utama pentas SEMELA.

Kini, kisah klasik itu kembali lagi. Bermula di Facebook. Bertemu kembali dengan Cikgu Maths aku. Walaupun, aku memang tak pandai Maths tapi hubungan kami; warga SEMELA macam satu family. Sehingga kini, biarpun terpisah antara waktu, masa, dan perjuangan jurang ni masih terjalin; dengan teknologi. Dan, saat ini rasanya aku masih mahu menikmati alam itu, alam persekolahan di SEMELA. Tersenyum kepada guru, mengetuai ucapan salam dan terima kasih berdiri dihadapan dan berdebat di pentas perdebatan. Paling aku rindui, kelantangan suara dilapangan kawad.

Namun, keupayaan manusia terbatas untuk menebus masa lalu yang hanya hidup melalui khayalan dan kenangan. Antara kami, terpisah masa, jarak dan perjuangan. Ada masa, aku tersenyum sendiri, kadangkala sedih apabila ada sahabat yang memilih jalan sendiri sedangkan jalan perjuangan telah jauh direntas. Adalanya, aku cuba menghubungi melalui panggilan telefon mahupun SMS. Namun tidak berbalas. Apakah mereka masih ada, atau cuma kenangan mematikan mereka dari mengutus salam perkhabaran.

Kisah klasik ini, cerita kenangan untuk masa depan. Cerita untuk dikenang oleh mereka yang mengenali kita. Cerita yang bukan sedikit nilainya untuk aku. Di masa ini, aku masih berharap yang persahabatan, perkenalan yang dulunya pernah menyuburkan setiap detik kenangan akan tersambung kembali. Biarlah apa cara sekalipun, melalui kunjungan ke blog ini mahupun SMS, juga lain perkara agar semua ini mampu kita kenang sahabat, guru sebagai insan yang pernah mewarnai sejarah perjuangan ilmu kita.

Kepada sahabat diluar sana; benar ada antara ucapan guru yang pernah buat kita marah, terhina tapi kuburkanlah amarah itu. Masa akan terlalu singkat untuk kita simpan dendam itu. Biarlah, tatkala kita bertemu nanti cerita yang dulunya menyakitkan hati akan buat kita tersenyum, dan tergelak senang kerana kata-kata itu dibuktikan dengan kejayaan kita. Kejayaan bersama! Kepada guru-guru ku, andai hari semalam, anda terluka kerana kami, halalkan setiap ilmu yang kalian beri agar perjalanan ilmu kami sentiasa beroleh kejaayaan. Sepertimana yang pernah kami ikrarkan dalam lagu juga ikrar sekolah. Insyaallah, selagi bumi ini masih kami pijak, selagi udara nikmat ini masih kami hirup, kenangan bersama kalian akan bersama sentiasa di hati!!!

Syahdu wangi SMK Lajau

Di persada tanah tumpah darahku

Ku ikrar dan berjanji mengharumkan nama mu

Berwibawa jiwa SMK Lajau

Melahirkan tunas-tunas bangsa

Berdisiplin dan berilmu menuju cita-cita jaya

Berdisiplin, berilmu dan berwawasan

Akan ku ukir di sanubari

Jadi pedoman dalam hidup ku

Bakti, jiwa dan ragaku

Kan ku persembahkan nanti

Terpujilah peribadi mu SMK Lajau tercinta!

Kaki punya bicara:

Seucap kata guru

Seindah bicara mereka

Doa keindahan setiap masa.

Tuesday, June 30, 2009

Antalogi Sebuah Kenangan: "Setahun Kembara Ini"

Salam Semua.
Hari ini, genap setahun usia pada kembara ini. Kembara yang memungkinkan segala makna tentang hari depan aku. Berdepan segala ranjau, segala dugaan, segala cabaran menjadikan aku "kuat" untuk menghadapi hari esok. 365 hari yang penuh makna, segalanya bermakna! Hari-hari menjelang kepada ulangtahun ini, aku banyak berfikir, apa; kenapa; dan selama mana aku harus bertahan. Berjuang dan berdepan dengan karenah dunia yang diisi dengan pelbagai macam karenah. Aku cuba mengkronologi pelbagai peristiwa di mana aku jadikan ia sebagai satu percubaan, satu cerita antologi kepada sebuah kembara. Aku bersyukur, diberi peluang serupa ini oleh Ilahi. Berjalan, dan menjengah kepada sesuatu yang mungkin adakalanya melampaui sebuah pemikiran. Aku mencongak setiap minit anugerah Ilahi yang selalu aku salah gunakan, yang kerap aku lakukan. Satu muhasabah diri, yang aku pelajari dari pembacaan buku-buku, ceramah oleh Dr. Fadzillah Kamsah. Tokoh motivator Malaysia. Mengenal kepada diri, mencari, dan memahami makna hidup dari persepsi agama suci. Kembara ini, cerita peribadi. Cerita yang mungkin aku kongsikan satu masa yang benar-benar aku rasa aku sudah berada di kemuncak sebuah kejayaan. Insyaallah, saat ini cuma impian dan cita-cita menjadi angan dan inspirasi. Antara sedar, aku kini melonjak ke "puncak" yang mana aku sedari tak pasti mana pucuknya. Dan, mana pangkalnya. Aku cuba berjalan kembali ke garis-garis masa lalu. Di situlah aku! Berdiri seorang anak kembara, yang berada ditengah-tengah keramaian warga Malaysia. Atas anugerah dan simpati Ilahi sebenarnya. Juga, iringan doa kudus kasih seorang ibu. Di saat ini, aku masih teringin untuk berada disampingnya dan berharap kejayaan ini aku kongsi bersama. Sungguh, aku kata perjalanan kembara kali ini memang bermakna. Dalam meniti pahit getir semua ini; aku cuba menoktahkan setiap ayat yang bernama; "TIDAK". Aku cuba dan memotivasikan diri biar semangat ini tidak akan mati, Insyaallah. Hari ini, juga pada tarikh yang sama tahun lalu; suasana ini masih sama. Hari yang tenang, damai dan terasa indah. Ada secalit warna sepi, dan warna yang aku tak mampu tafsirkan ertinya bertandang ke hati! Inilah, hidup. Kembara dan hijarah, untuk kebaikan sesuatu yang dituntut oleh agama. Mengharapkan yang terbaik meskipun bukan selamanya kita bergelar wira! Perjuangan ini menuntut kesabaran, menuntut sebuah erti kehidupan dalam kembara memakna diri atas belas ihsan kasih ILAHI!
kaki punya bicara, biarkan malam terus bersinar biarkan mentari terus memancar bersama doa diiringkan atas makna sebuah kehidupan!

Sunday, June 28, 2009

Antalogi Sebuah Kenangan: "Kehilangan"

Salam Semua.
"Kenangan"- sesuatu yang menghidupkan aku, kamu, mereka dan semua. Kenangan juga mampu membawa kita menoleh kepada asal-usul diri. Begitulah hidup, yang datang pasti akan pergi. Yang pasti, kenangan akan ditinggalkan. Aku tulis ni sebab aku rasa kehilangan, one of my best lecture. Someone, who lead me, teach me a value of life.No words can describe as what we feel now.Hampir 365 hari ni, semuanya berlalu dengan penuh makna. Meskipun, aku masih tidak mamppu mentafsir jalanan dihadapan tapi aku tahu setiap yang hadir dalam hidup ni penuh dengan makna tersendiri. Begitupun, tatkala menerima berita ni sebentar tadi, aku tetiba je rasa sedih. Antara percaya dan tidak. Hakikatnya, inilah situasi kolej aku. Pensyarah datang dan pergi, at anytime. Anyway, I wish U; Ms. Salimah good luck and happy always! We will miss u!
Ms Salima(2 from Right)

Saturday, June 27, 2009

Eksperimen: Bicara Fikiran Kosong!

~Kosong~

Tiada terfikir tentang sesuatu

Aku rasakan hidup macam tiada.

~Kosong~

Satu persoalan mati

Yang membawa sejuta erti.

~Kosong~

Seperti tiada yang bernyawa

Arghhh!!!!

Dunia masih menghembus udaranya

Manusia terus dengan kesibukkannya

~Kosong~

Membawa aku ke persoalan diri.

Bicara yang aku soal kepada hati.

~Kosong~

Masih mengharap sesuatu yang mengisi

Meski, disebelah sana

Kepelikan manusia memerhati aku

Yang bicara pada relung-relung sepi!

Kaki punya bicara:

Kosong yang mendamaikan

Sepi yang mengisi

Membawa aku mengenal diri

Yang sudah tersasar jauh memahami nikmat ILAHI

K.L

Jun 2009.

Friday, June 19, 2009

Di Bawah Lembayung Kasih Ilahi

Tuhan,

Aku bersyukur

Nikmat sakit ini menundukkan

Hati ini kepada Mu.

Telah berjuta nikmat Mu

Aku nikmati

Sedikit demi sedikit

Nikmat itu hilang

Kerana kejahilan diri.

Terasa kecil diri

Diuji seperti ini.

Betapa diri dulu gagah berdiri

Tegap mengorak langkah peribadi

Layunya, kini

Tetap yakin Engkau masih bersama di hati.

Tuhan,

Seandainya nyawa aku sampai disini

Izinkan agar aku bisa hidup

Bersama mereka yang aku sayangi

Izinkan, agar aku bisa membahagiakan mereka.

Tuhan,

Sakit ini, menginsafkan diri

Terasa bahagia bila aku sedari

Hidup aku

Ihsan dari lembayung kasih MU!

Thursday, June 18, 2009

Antara Peluang & Harapan!

Salam Semua.
Semalam, waktu aku menghubungi family aku di Labuan aku dapat berita yang cukup menggembirakan. A thousand congratulations to my lovely cousin Azeema, Nina and they friends winning in Robotik Competition peringkat WP Labuan. Ini, rasanya kali pertama SEMELA menduduki tempat kedua setelah beberapa kali gagal dalam percubaan sebelum ini. Sebenarnya, ada cerita indah disebalik cerita kemenangan mereka especially for Nina. I was told her before this, "SEMELA adalah tempat terbaik untuk menonjolkan diri". My expectition exactly true! Now, diorang betul appreaciate SEMELA sebagai hub kejayaan diorang. My lovely cousin ni, sebelum ni study kat SMK Pantai. Masa kat SMK Pantai ni, dia ni selalu sebut yang susah nak bersaing sebab her teachers always spot to top students, yang famous. So, dia ni rasa macam dipinggirkan. Thats why, after PMR aku suggested to her, hijrah ke SEMELA. Dengan harapan, perasaan rendah diri beliau tu akan terhapus. Alhamdullillah, 2 tahun hampir berlalu dan kejayaan beliau telah bersinar. From my deep heart, kemenangan ni bukan lagi satu penghormatan kepada mereka tetapi satu penghargaan kepada SEMELA. SEMELA yang bagi mereka peluang dan harapan! Sungguh, kalau bukan di SEMELA, aku tak pasti tempat mana aku harus meletakkan diri ni. Begitu juga mereka yang pernah bergelar keluarga SEMELA. Emosi ni pasti hampir sama. Especially, bila kini SEMELA diterajui oleh Cikgu Sahar. Seorang komited, dihormati, penuh misi untuk membangunkan SEMELA since he came into SMELA. I still remember that! Meskipun, waktu tuh Cikgu Sahar dibayangi sebagai bekas Ketua Sektor di JPN Labuan. Tapi, ketegasan dan kelembutan beliau sebagai seorang ketua sebenarnya memacu kecemerlangan SEMELA sehingga kini. Serius, sebagai seorang yang pernah duduk bersembang dan bercerita masalah pengajian kepada beliau aku cukup hormat kepada "Ketua Kampung SEMELA" ni. 3 tahun menerajui SEMELA; banyak pembangunan infrastruktur dibangunkan, yang telah siap dan masih dalam pembinaan. Dalam blog beliau sendiri, apabila dinamakan sebagai pengetua SEMELA 3 tahun lalu, satu penghormatan yang cukup bermakna kepada beliau. Sehingga kini, aku masih dibayangi akan ketegasan beliau, baik semasa berada di dalam SEMELA mahupun di luar SEMELa kini. A thousand congratulation to him and SEMELA especially! To Nina, tonjolkan diri tapi jangan sampai terleka. Kemenangan korang tu, kemenangan semua! Anyway, dont forget to say "THANK YOU SEMELA!"