Saturday, November 27, 2010

Omelan Meracau.


1. Da nak abes praktikal industry.
2. Concentrate 200% untuk future life.
3. Terpinga-pinga arah kehidupan.
4. Gurauan makin sasau.
5. Berat badan naik. (alhamdullillah)
6. Dapat tawaran baik. Tapi, dah tak nak keja dengan orang lain.
7. Harap-harap dapat jadi calon Parlimen untuk Pilihanraya Ke-13. (mustahil)

~aku sekarang~

Thursday, November 18, 2010

Pemikiran Aidiladha 2010.


aku bukanlah bajet bijak agama,tapi kalau dah tau hari ni raya haji;janganlah letak status korang as "wah,penatnya sembelih korban!" or "loya tekak tengok binatang kena sembelih" or "agak penat tolong sembelih binatang tadi". ibrahim a.s. tak pernah mengeluh bla ismail a.s. rela di jadikn korban...


p/s:
jangan komen status aku klu korang xsetuju dgn pendapat ni!

Tuesday, November 16, 2010

Monolog Khas Aidiladha 2010

"alah, raya haji je pun. tak payah la nak kecoh," lenting sorang member.
"agaknya, ko dah lupa pengorbanan Ismail A.S. kepada Islam, simbolik keabadian kepada Ilahi, "balas aku.

p/s:
Salam Aidiladha.



Saturday, November 6, 2010

Sibuk.

Bismillahhirrahmannirrahim.

menyebut nama tuhan, untuk kesejahteraan.
mencari keberkatan.
lama tidak mencari tuhan.
tersesat dalam sibuk mengejar dunia.

aku manusia yang terlupa.
tuhan hanya satu, dalam dunia terlalu banyak mengejar kebendaan.
yang hakikatnya, kalau tidak terizinkan pasti jua kecundang.
memilih, kononnya jalan luas terbentang.

arghh, sibuk untuk masa depan.
jangan lupa kesibukan itu tanda kemodenan.
lupa apa itu simpati. lupa membawa empati.
sebenarnya kosong.
sibuk yang tidak bermakna, ketuhanan dilupakan,

sampai disini tinta berbicara, ada lagi perlu aku kejar,
sibuk.



p/s:
sibuk, hingga terlupa aspek Ketuhanan.




Thursday, November 4, 2010


Allah berfirman:"...boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.dan,boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu"

p/s:
sebab tu org tua-tua selalu pesan,"berpada-pada dalam kehidupan"

Friday, October 29, 2010

Puaka Politik Malaysia


Lama aku terdiam.
Melihat kepada kerakusan yang menjadi puaka berpuluh tahun lamanya.
Mungkin sama seperti usianya. Mungkin lebih lama dari kewujudannya.

Terpegun.
Apakah ini yang kami warisi; kerakusan dan ketamakkan.
Puaka politik ini entah bilakah akan terhapus.
“Ibarat menarik rambut di dalam tepung”- rambut tak putus, tepung tak berterabur.
Itu sebahagian hasrat perjuangan sebilangan mereka.

Kerakusan dan ketamakkan ini mungkin jadi warisan.
Menjadi puaka yang menghantui anak muda kini.
Berteraburan liur puaka, menaikkan orang tertentu.
Tidak salah, kalau kena caranya.

Entah di mana silapnya, ada yang menjadi kambing hitam.
Dijatuhkan tanpa musabab yang nyata. Kasihan, politik sebegini.

Sepi, dalam hujan hati tertanya
“sampai bila puaka ini berterusan? atau, waris baru menjadi penerus puaka politik yang sebegini?”

Saturday, October 23, 2010

Sekitar Persidangan Agung UMNO


terpana seketika mendengar ucapan PM Datuk Seri Najib tentang Melayu. Katanya tidak ada kelemahan Melayu kerana melayu itu gagah, terbilang=Melayu Glokal. Satu perkara yg tidak disebut beliau ialah kelemahan org Melayu yg paling ketara= MELAYU MUDAH LUPA.

p/s:
sebab telupa kot, PM tersasul tidak menyebut kelemahan org melayu. XD