- Baru terbaca perihal pasangan Malaysia yang dipenjarakan di Sweden atas dakwaan mendera empat orang anak mereka semenjak 3 tahun lalu.
- Terfikir jugak saya, apa agaknya nasib mak saya jika saya juga dibesarkan di Sweden; 25 tahun lalu. Alamat, mak saya jugak meringkuk dalam penjara gamaknya. Iyalah, kids around 80’s mungkin merasai pengalaman sama. Atau, hampir-hampir sama. Siapa yang tak merasa disebat pakai talipinggang? Dikejar dengan rotan? Ahh, pengalaman itu sakit dan mendewasakan.
- Sakit. Tapi, dunia sekarang lagi sakit. Memberi perlindungan atas nama hak dan asasi hingga makbapak tak lagi berfungsi sebagai Prime Minister dan First Lady keatas zuriat sendiri. Apalah sangat thrill-nya, jika makbapak hanya mampu mengekang anak dengan menyorokkan remote ASTRO? Atau, paling ‘kejam’ sorok Tab dan Ipad anak. Kesian.
- Lewat pengalaman saya membesar dan sebagai generasi akhir 80’s, saya bersyukur kerana dididik untuk menjadi manusia. Bukan dididik untuk jadi ‘tuan’ kepada makbapak sendiri. 19 tahun lampau, saya merasai pengalaman yang tak akan saya lihat atau rasai lagi pada generasi selepasnya. Berkebun, bertukang, atau istilah orang putihnya; DIY (Do it yourself) amat saya rindukan. Ya, saya bukanlah pakar dalam segenap ilmu kehidupan; sedikit sebanyak kesusahan zaman lampau dan dididik dengan unsur alam banyak membentuk saya supaya tidak ‘berharap lebih’ pada orang lain.
- Generasi hari ini buat saya marah dengan keadaan. Guru tidak boleh denda murid, murid boleh pulak saman guru. Kegilaan apa ni? Makbapak tak boleh rotan anak. Makbapak dipenjarakan. Anak jadi tuan? Tanda akhir zaman kah ni? Dunia apa yang kita duduk ni?
- Persoalan. Kata-kata peguam handalan mungkin bersandarkan pada ‘hak asasi’ seorang anak. Kita, walaupun membesar dengan paip getah, talipinggang merasakan bahawa itu sebahagian daripada cebisan kehidupan. Hak makbapak untuk bagi pengajaran. Sesuai dengan nas dan hadith Rasulullah SAW. Ya, zaman waktu kecil sebagai generasi 80-an bukanlah seronok sangat. Ia zaman kekurangan, zaman yang kita berkongsi rasa; kekurangan dan kelebihan, pengalaman dan cerita kehidupan. Tapi, siapa tau yang kita merasakan manisnya ‘kuasa’makbapak; merasai sendiri telapak mereka mengajar kita mana betul; mana salah. Makbapak punya ego kadangkala kita tak boleh nak digest. Kasih sayang, terluhur dan terserlah bila kita sudah mula membesar. I can feel it, seriously.
- Tulisan ini tak ada lah deep sangat. Ianya lebih kepada sorotan pemikiran dan kenangan waktu kecil. Saya pun taknak deep sangat. Cuma mahu berpesan pada yang terlupa, “sayangkan anak, tangan-tangankan!”
Blog Kehidupan Al-Rashid™
Monday, February 10, 2014
80's: Bayangkan Jika Kita Dibesarkan Di Sweden.
Friday, January 31, 2014
Anak Muda Bukan Tunggangan Politikus.
- Saya tergelak kecil bilamana di dalam bual bicara di medan Whatsapp dimaklumkan YB Rafizi Ramli, selaku Strategist PKR menangis meminta maaf (Program Bual Bicara LIVE Radio Bangsar Utama) berkata; “Kita ambil risiko yang besar dengan memulangkan pilihan kepada rakyat di Kajang.”, “Kalau anda rasa ini permainan PKR yang perlu di tolak, tolaklah kami! Kami sedia dihukum!”
- Selaku strategist parti, saya percaya YB Rafizi lebih arif tentang taktikal peperangan di dalam medan politik. Yang saya mahu sentuh, bukan taktikal secara amnya; ini soal kepercayaan. Kepercayaan dan janji yang ditabur semasa pilihanraya lalu. Pokok pangkalnya, kenapa Ketua Umum jadi pilihan?
- Disaat barisan kepimpinan mereka sibuk melaungkan hal keadilan, kuasa rakyat, perihal ekonomi dan pemerasan wang rakyat tiba-tiba seorang wakil parti menarik diri demi melorongkan ketua umum konon-konon acting as “care-taker” di dalam isu MB Selangor.
- Pelik dan ajaib, pada awal ketua umum menyangkal, kemudian mengiyakan. Ya, sebagai strategist we can put all the blame into Rafizi. Ya, beliau bertanggungjawab. Ketua Umum? Kenapa beliau tidak tolak saja tawaran?
- Mahu atau tidak, kita terpaksa bersetuju apabila Saudara Arul dari PSM mengkritik; “kita mengkelakarkan demokrasi. Jangan buat begini.” Sesuatu yang kelakar. Shame on you, Datuk Seri. Ratusan pemimpin muda dari PR tiba-tiba senyap. Cuma, kepimpinan muda PAS gah bersuara. Tabik.DAP menyokong tindakan Ketua Umum. Kegilaan apa yang mereka suruh kita hadam ni? Kesepakatan apa yang dicapai? Mana pergi prinsip-prinsip ‘dari rakyat untuk rakyat’ yang kerapkali dilaungkan?
- AMK, dibawah YB Sam pula; seolah membuat lelucon lagi lucu dari MLM; tidak ada yang layak selain Anwar. Anak muda, kita ini apa? Anjing tunggangan politikus sialan kah? Kuda tunggangan bilamana diperlukan untuk turun ke jalanan kah?
- Suka saya memetik petikan daripada Edward Said, “Representation Of The Intellectual” yang bermaksud; “seorang intelektual itu haruslah seorang amateur, pengganggu status quo, serta sentiasa mencabar nasionalisme yang patriotic, pemikiran korporat, dan hak hak jantina, ras dan kelas.” Manakala, mendiang Bob Marley menuliskan; “Bangunlah, berdirilah, berdirilah untuk hak hak anda! Bangunlah berdirilah; jangan pernah putus asa dalam berjuang!”
- Apabila saya mengkritik hal ini, maka jatuhlah hukum manusia untuk saya melihat kebelakang sejarah lampau Mahathirism. Saya disuruh meneliti perihal kepincangan jalan belakang insiden di Sabah tahun 1994, Kelantan lewat 80-an, dan Perak pasca-pilihanraya ke 12 lalu.
- Suka atau tidak; mereka akan memperkata tentang sejarah. Tapi, apalah gunanya pengajaran jika sejarah itu diulang tayang? Bodohkah umat Malaysia zaman sekarang ni? Tidak bukan? Jadi, mana pergi suara anak muda di dalam Pakatan? Tidakkah pemimpin kalian pun sama seperti pemimpin BN yang kalian benci? Buka mata. Fikir dengan mata hati.
- Saudara YB Rafizi sendiri maklum; kadangkala peperangan undi bukan pilihan terbaik. Bahkan, pilihanraya baik yang umum atau kecil takkan mendatangkan kebaikkan. Mungkin membangkit dendam dan emosi. Amarah dan benci. Harus kita fikirkan, sampai bila kebencian didalam politik parti yang melampau perlu kita semai? Sampai bila? Sampai yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang?
- YB Datuk Seri Anwar, cukup cukuplah. Untuk mengembalikan demokrasi dan keadilan; saling cabar mencabar bukan jawapan. Cuba Datuk Seri letak jawatan; duduk diam-diam. Dan kita lihat demokrasi akan subur dengan sendirinya. Percayalah, dendam lama DS takkan hendak diwaris sampai ke seluruh umat Malaysia. Ya, mungkin perjuangan PR terlalu relevan pada masa kini. Tetapi tidak pada perilaku politikus itu sendiri.
- Cukup-cukuplah. Anak muda memang tidak gentar, anak muda memang tak mengalah. Kami pun mahu mewarisi kepimpinan yang telus. Tetapi bukan melahirkan kebencian. Dan, anak muda juga mudah bosan jika dihidang hiburan politik yang tak ada kesudahan.
- Sebagai anak muda, bukan sosok tubuh yang kami tagih untuk menampung perjuangan. Sosok tubuh mungkin jadi pemangkin, tetapi asas perjuangan adalah ideology. Dan, ideology itu harus selari dengan perilaku pemilik tubuh. Akan tiba satu masa, anak muda akan bosan dengan sosok tua. Percayalah.
- Untuk penutup; saya memetik posting Sdr. Zul Fikri Zamir penulis buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang; “orang tua, yang nak hidup selapis itu kamu. Yang kamu buat hari ini, akan kami tanggung sehingga tiga lapis generasi dan zaman nanti.”
Sunday, December 29, 2013
Anak Kecil Dan Persekolahan.
SOLDADU KECIL.
Hari itu adik
Kau kembali ke dataran pendidikan.
Kau kembali kenal medan persekolahan.
Apabila ‘padang’ milik kau diambil alih
Kau patut marah.
Itu keseronokkan kau mengejar pendidikan.
Benar, di padang itu kau akan terjatuh dan tergolek.
Kesakitan itu sementara.
Benar,
Kau akan gagal matapelajaran
Kau akan dicaci. Kau akan diketawakan.
Jangan menangis.
Sistem itu
Kau patut ambil tahu.
Kau tak akan kecapi zaman yang kami nikmati.
Ibu ibu, bapak bapak, guru guru
Bimbing anak anak kecil ini jadi soldadu
Biar mereka kenal dan ambil tahu
Mana benar, mana dusta
Ajar mereka pendidikan dan jadi berpelajaran.
Supaya,
Satu masa dewasa mendaki mereka
Palit palit dosa hina kapitalis pendidikan mereka dapat
sungkurkan.
Agar,
Mereka mengerti menjadi berpendidikan dan berpelajaran bukan
pada markah kertas peperiksaan semata-mata.
Kembalikan haq pada kebenaran,
Kembalikan pendidikan pada roh yang asal.
Monday, December 16, 2013
SUASANA.
apakah kerinduan cuma menjerat perasaan?
antara sepi dan perpisahan
apakah impian sekadar harapan?
antara masa dan kekalutan hidup.
apakah hidup cuma kosong impian?
antara kekusutan dan jutaan persoalan.
apakah akan ketemu sebuah jawapan?
baik sesudah derita untuk ketemu bahagia.
untuk merasa sedikit ketenangan
lepas dosa dan noda
bergelut dalam metropolitan kota dunia.
di balik liuk-liuk suasana kehidupan
mencari sedikit bayang kebaikkan.
dengan sedikit keimanan.
mungkin disinilah
akan ketemu kematangan
buang segala kemarahan.
memupuk diri dengan iman kesabaran.
tinggal semua dendam pada masa belakang.
biar kesibukkan jadi pedang.
membelah bilah-bilah kerinduan palsu
dalam selusur kalut umat metropolitan.
jika itu kemahuan;
segala suasana harus jadi kerelaan.
KOTA KINABALU,
DISEMBER 2013.
Tuesday, November 12, 2013
Kalau Satu Hari Nanti.
Kalau satu hari nanti
Kau atau aku pergi dulu
Relakan saja siapa-siapa yang mahu isi.
Relakan.
Kalau satu hari nanti
Mimpi mimpi semua jadi palsu
Jadi ilusi,
Redha-lah ianya ketentuan Tuhan.
Kalau satu hari nanti
Mentari merah yang selalu kita nantikan
Tak lagi menceriakan
Kenanglah pada momen indahnya saat kita berpimpin tangan.
Kalau satu hari nanti
Yang satu hari pun takkan datang,
Percayalah, tiap detik takkan diulang titip untuk kehidupan.
Kalau pun "satu hari nanti" tu tak wujud
Izinkan ia berlalu jadi angan.
Cukuplah.
Kau atau aku pergi dulu
Relakan saja siapa-siapa yang mahu isi.
Relakan.
Kalau satu hari nanti
Mimpi mimpi semua jadi palsu
Jadi ilusi,
Redha-lah ianya ketentuan Tuhan.
Kalau satu hari nanti
Mentari merah yang selalu kita nantikan
Tak lagi menceriakan
Kenanglah pada momen indahnya saat kita berpimpin tangan.
Kalau satu hari nanti
Yang satu hari pun takkan datang,
Percayalah, tiap detik takkan diulang titip untuk kehidupan.
Kalau pun "satu hari nanti" tu tak wujud
Izinkan ia berlalu jadi angan.
Cukuplah.
Sekurangnya, hidup ini bahagia.
Dan, sifatnya sementara.
"Rahmay yang Maha Agung"
Friday, November 1, 2013
Khabar Dari Tuhan.
1:08am.
Kadangkala kau tak tau apa khabaran yang Tuhan ilhamkan pada mu. Bertelagah, berdebat, tentang itu ini; demi satu kelangsungan hidup. Supaya kita rasa 'smooth', berjalan lancar. Tidak mahu sompek sini sana. Tak larat nak tampal mana sompek. Takut tak terkejarkan apa yang diinginkan.Persoalan kehidupan. Mahukan kesempurnaan. Cliche sebuah kehidupan.
Kalau boleh tak ada sebarang lahanat yang menghalang. Bila terjadi, terlepas kata caci, tiada lagi puji. Kebaikkan takkan jadi sebutan. Bukankah memuaskan hati semua orang tu perkara rumit?
Kata seorang kawan, kalau kau belajar bersyukur; rezeki secupak rasanya segantang. Belajar bersyukur. Lawan segala lahanat celaka dengan senyuman. Latih diri. Kerana tabiat lama sudah jauh tertinggalkan di belakang. Tapi, lidah setajam pisau tu takkan pernah tumpul meski senja memanjat usia.
Mahukan kesempurnaan dari sekalian. Tidakkah terlihat, yang batang tubuh cuma punya dua tangan? Belajar berfikir guna akal; jangan sampai kepala lutut jadi jawapan.
Tindakan. Ilham Tuhan untuk manusia cuba menyempurnakan tanggungjawab dan harapan. Letakkan harapan terlalu tinggi; lori juga punya had muatan; apatah lagi sekujur tubuh bernama insan.
Rehat.
Semoga Tuhan melorongkan kepada jalan kesenangan. Allahurrabi.
didikan kasih sayang, ia milik Tuhan.
Saturday, October 12, 2013
#LaparNiNatang
Pemberontakan.
Kelesuan.
Kelesuan.
Kejantanan.
Kebinatangan.
Kerinduan.
Kebinatangan.
Kerinduan.
Dan kemalasan.
Semuanya bermula dari kelaparan.
Cerita #LaparNiNatang kau dan aku berbeza. Aku lapar nasik "homemade", mungkin kau lapar kasih sayang housewife. Berbeza.
Hantar dan kongsikan karya kreatif pusi/cerpen pendek ke alrashidzulkefli@yahoo.com
Tarikh tutup: 20/10/13 (mungkin aku panjangkan sikit.)
Mohon kalian kongsikan.
Semuanya bermula dari kelaparan.
Cerita #LaparNiNatang kau dan aku berbeza. Aku lapar nasik "homemade", mungkin kau lapar kasih sayang housewife. Berbeza.
Hantar dan kongsikan karya kreatif pusi/cerpen pendek ke alrashidzulkefli@yahoo.com
Tarikh tutup: 20/10/13 (mungkin aku panjangkan sikit.)
Mohon kalian kongsikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)