Sunday, March 21, 2010

sayangkan anak, tangan-tangankan; sayangkan isteri?

"sayangkn anak tangan2kan,sayangkn bini madu2kan!ada setuju?"

Itu yang aku bincangkan dalam FB aku beberapa hari lepas. Rata-rata wanita membangkang usaha untuk dimadukan. Ye la kan, kalau aku jadi isteri pun tak nak hidup bermadu. Dengan isteri nombor satu pun hidup tunggang langgang, lagi nak gatal kawen 4. Malah dalam nada gurauan ada wanita yang mengambil pendekatan drastik untuk bercerai sekiranya dimadukan. Isu ini mungkin nampak stereotype dalam kalangan masyarakat kita. Tetapi, kebelakangan ini pelbagai isu yang berkaitan telah membuka mata aku untuk mengetengahkan kembali isu ini. Samada kita sedari, kes-kes pembuangan bayi semakin berleluasa. Bukan mahu mengetengahkan kebejatan moral dalam kalangan muda kini, tetapi puncanya adalah perkahwinan.(jangan sampai tak kawen plak!) Kita hanya mampu membuat konklusi yang mungkin bertentangan sekali dengan situasi yang dialami mereka. Sebagai lelaki keinginan memiliki lebih daripada satu telah biasa kita dengar. Ikut sunnah nabi kononnya. Kalau nak ikut sunah nabi, kenapa tidak yang mencakupi seluruh aspek kehidupan yang melengkapi kehidupan seorang muslim? Bab kawen, kita sibuk nak ikut sunnah nabi. Bab kehidupan? Kawan-kawan, konsep bermadu dalam kehidupan Rasullullah SAW bukanlah atas dasar nafsu. Ianya adalah atas nama tanggungjawab, keprihatinan dan kemampuan baginda. Kemampuan masa itu, bukanlah diukur atas aspek kewangan, tetapi TANGGUNGJAWAB DUNIA DAN AKHIRAT. Kerana kegagalan kita mentafsirkan konsep telah inilah meruntuhkan institusi kekeluargaan yang dibina. Kegagalan ini bukan sahaja memyebabkan kerosakan akhlak pada anak-anak tetapi atas nama ISLAM itu sendiri. Kerosakan Islam hari ini bukanlah datang dari luar tetapi menerima ancaman dari penganutnya sendiri.
Jadi, sebelum kita ukur kemampuan kewangan; lebih baik kita ukur tanggungjawab kita bukan setakat dunia tetapi juga di akhirat kelak. Sebagai lelaki, mungkin hadis ini boleh menyedarkan kita:
"jagalah oleh mu kepada 4 jenis wanita ini, sesungguhnya ia akan menentukan perjalanan kamu ke syurga atau neraka:"
a. ibu b. isteri c. saudara perempuan d. anak perempuan Nah, sekarang kita fikir sendiri! jangan seronok nak kawen je... Meet Uncle Shah.

3 comments:

ZORRO TEAM MALAYSIA said...

POLIGAMI MASA KINI 2010
---------------------------------
Mengikut HUKUM SYARAK,rukun2 NIKAH iaitu LELAKI,PEREMPUAN,Jurunikah, WALI(atau Wali Hakim)dan 2 orang Saksi.Cuma yg tak diikut adalah HUKUM NEGERI,yg banyak merumitkan dari memudahkah,saperti:

1)Menghadiri kursus nikah,
2)Jurunikah mesti bertauliah,
3)Isteri pertama mesti SETUJU atau dapat PERINTAH MAHKAMAH SYARIAH,
sekiranya isteri pertama tk setuju
4)Isi borang2 yang ditandatangani
ketua kg,atau JKKK atau ADUN dsb,
5)DiJohor,mesti jalani pemeriksaan HIV,yg mahal
6)isu Wali,bagi yg bernikah diluar negeri.

Selain dari kehendak JABATAN UGAMA
ISLAM NEGERI yang berbeza2,calun berkahwin kena ikut ADAT ADAT budaya orang Melayu,Minang,Jawa, pantai timur dsb..
ini tak termasuk
CAMPURTANGAN "puak puak NGO" saperti "SISTERS-in-ISLAM",women LIB,dan sebagainya,yg kadangkala bercanggah dengan HUKUM SYARAK saperti polisi"One man one wife"
Jelas ini,dari puak2 wanita yang KECEWA..!!!

KITA sepatutnya melihat dari segi
keCANTIKAN hukum ALLAH SWT mengenai POLIGAMI.. bukan hanya kepada persepsi NEGATIF yang berlaku dari KESILAPAN MANUSIA
untuk diperkotak katek kan HUKUM
HUKUM ALLAH SWT,mengenai POLIGAMI!

CARA MENAMBAH PENDUDUK MELAYU diMALAYSIA:
--------------------------------------------
LAGIpun,cuba kita pikir kalau 3/4 jumlah LELAKI MELAYU diMalaysia diBENARkan KAHWIN lebih dari SATU olih kuam Wanita MELAYU/ISLAM..
MIM skrg ada 60% kali 28juta =16.8Juta...
ini bermakna,kalu dibahagi 5 org(dlm satu
keluarga),ada 16.8/5= 3.36juta orang....
kalau jumlah 75%x3.36= 2.52 juta orang....
BAYANGKAN,2.52juta lelaki bolih kahwin 3..(mcm cerita P.Ramlee,MADU 3),ini bermakna ada 2.52x2=5.04juta keluarga EXTRA....kalikan 5 orang anak satu keluarga,Voila..!!!MIM bolih bertambah 5.04x5=25.2juta org...!!!jadi jumlah BESAR bilangan MIM ialah 16.8 + 25.2= 42Juta orang MIM.kalau dijumlahkan 42+(28-16.8)=42+11.2= 53.2 penduduk Malaysia,
so,42/53.2=79% nisbah MIM dari jumlah penduduk Malaysia,NO PROBLEM pada PRU PRU akan datang!

INILAH SATU CARA NYA NAK TAMBAH BILANGAN MIM,dlm tahun2 mendatang!!amacam??? SETUJU TAK?? ...........Strategi ini memerlu masa...

JADI,para2 Isteri(esp yg Solehah),demi Negara yg dicintai,jangan lah banyak songeh..
BAGI LALUAN demi MASA DEPAN MIM diMalaysia..!

ZORRO TEAM MALAYSIA

anak said...

aduh...poning anak baco komen zorro...kalu adi putra mungkin paham laaa matematik zorro tu...hehehe.

bagi anak, agama tak pernah salah,hukum halal haram tak pernah salah..yang kantoi nya ialah kita sebagai manusia yang tak ikut kata agama.!

ambik mana kita rasa ok,buang mana yang agak kurang kepentingan pada kita...baik parti teras agama ke,sisterinislam ke..ini semua ceduk hukum yang mendatangkan kebaikan masing2...itu je.

air smayang payah nak lekat ada hati nak cerita bab agama...tapi itu la kenyataan akhir zaman ni...itu janji Allah pun..

Meet Uncle Shah said...

Salam Semua,

Terima kasih kepada Zorro Team M'sia yg menterjemahkan kedlm bentuk pengiraan. Dalam jumlah sebegitu besar amat sukar untuk kita terjemahkan kedalam bentuk subjek & penyelarasan dasar. Kalaupun dilaksanakan seperti kata saudara Zorro, masa yg diperlukan amat panjang. Di mana perlu menyeluruh bukan sekadar pembinaan slogan atau motto.

Kepada Saudara Anak, terima kasih atas pandangan saudara. Benar, kehidupan kita kini hampir 90% bersalut dengan kehidupan politik yg berpaksikan agama yg menyebabkan pembentukan masyarakat assaboah.