Friday, January 15, 2010

Pertandingan Badminton Terbuka IUCTT Kota Bharu "Piala Datuk Dr. Ismail Salleh"

Pertandingan Badminton Terbuka Twintech Kota Bharu “Piala Datuk Dr. Ismail Salleh” telah diadakan hasil anjuran Majlis Perwakilan Pelajar IUCTT Kota Bharu pada 9 Januari 2010 bertempat di Dewan Badminton Taman Orkid Tengku Anis bermula pukul 8.30 pagi sehingga ke pukul 7 petang.

Pertandingan ini disertai lebih daripada 30 peserta yang terdiri daripada staff, pelajar, pensyarah dan juga bekas staff IUCTT Kota Bharu. Pertandingan ini terbahagi kepada:

a. Kategori Perseorangan Lelaki/Perempuan

b. Kategori Beregu Campuran

Majlis Perasmian Pembukaan dilakukan oleh Encik Suhaimi Che Wel manakala Majlis Penutupan/Penyampaian dilakukan oleh Encik Nik Ahmad Zakymin Nik Sin pada 12 Januari 2010.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Perseorangan Lelaki

1. Mohd. Radhuan Mahmud

2. Aslam Ghani

3. Mohd Shahrul Hafiq Azman

Perseorangan Perempuan

1. Hasdeela Mat Jali

2. Nur Aiman

3. Nurul Huda Ashaari Azmi

Beregu Campuran

1. Encik Suhaimi & Encik Mohd Suly

2. Mohd Radhuan Mahmud & Firdaus Jamji

3. Mohd Ihsani Che Ariffin & Mohd Shahrul Hafiq Azman

Jawatankuasa Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan semua pihak dalam menjayakan acara kali ini. Kepada semua pemenang, tahniah diucapkan.

Wednesday, January 13, 2010

.....................

Terjerat rasa!

Kenapa mesti biar rasa ini membelenggu? Selalu ditanya khabar, ditanya cerita. Kalaupun aku balas, sekadar 1,2. Yang akhirnya, terbiar tergantung tanpa jawapan! Tuhan, apakah ini balasan masa lalu ku atau jiwa ini masih terbaki daki-daki hitam sejarah masa?

Jerangkap samar bermasa!

Masa adalah jerangkap samar. Kalaupun kau tidak terlihat, pasti terasa. Sukar terlepas. Sekali terjerat, selamanya mendera. Usaha sedaya mana sekalipun, kalau daki-daki hitam masih mengejar; kau tidak dapat lari. Tak boleh nak elak, kamu bukan nampak ia! Kau tempah sendiri! Berani buat, hari ini rasa itu kau tanggung!

Sentuhan tak berasa!

Sekalipun tidak berbalas, kau tidak pernah tewas. Panggilan lagi. Buat aku semak jiwa! Maaf, kalau kau terasa aku yang mulakan. Tapi, jiwa ini masih terjerat dengan masa lalu. Sentuhan lah atas kerangsangan nafsu sekalipun. Kau datanglah apa bayangan hatta bidadari kalaupun wujud. Ereksi pasti tidak mungkin! Maaf, kalau kamu juga terbiar merasa cinta. Sentuhan kamu masih tidak terasa di jiwa.

Kumpulkan semua!

Daki hitam masa lalu, lagi perit rupanya memakan jiwa. Yang menjadi alas keping-keping kebaikan semasa aku kini. Dikejar, dulu rasanya popular. Kini, umpama si RPK yang menjadi pelarian kebanggaan sial!

Akhirnya, aku penat menjadi pelarian rasa yang tidak ada sudahnya!

Sunday, January 10, 2010

Malang Hati.

sepi. aku masih tidak bisa lupakan semua. hati ini, segenap rasa yang masih aku rasa. segala-galanya tentang kamu. kamu tidak akan kembali, pastinya. malam semalam aku mimpi kamu. bawa aku ke ceruk rasa "terbiar" malangnya hati ini terbawa ke sepanjang hari. malang hati yang menembak hari. di kebingungan dan kepenatan semalam menambah jeruk hati. arghhhh!!! *aku perlukan ubat jiwa, nampaknya!

Wednesday, January 6, 2010

Kata Bercinta

Jiwa terangsang pada satu kata bernama cinta.

Sumpah bertitah dalam nafas satu.

Arrghhh, lega!

Satu sumpah melanggar setia.

Bukan, ini suratan.

Mencari cinta, realiti namanya.

Memacak tanggungjawab, bukan menonggeng nafsu.

Kata cinta yang membikin rasa jiwa.

Alangkan si fakir lagi memahami nafsu cinta.

Argghhh, resah lagi!

Kata bercinta. Sumpah bersetia.

Arggghhh, terjerat rasa lagi!!!

Sumpah. Titah.

Kau makan diri sendiri.

Telan satu-satu (Kata. Cinta. Sumpah. Setia), jangan buang!

*apehal gua post entri chenta ni?!*

“(selalu)cinta kamu”

Jan 4, 2010.

Kelantan, Kota Bharu.

Sunday, January 3, 2010

Tok Mat Dalam Kenangan 1Malaysia

Aku mungkin terlambat dalam coretan belangsukawa Tan Sri Mohamed Rahmat yang kembali ke rahmatullah beberapa hari lalu. Jujur, sebagai generasi baru aku tidak kenal secara mendalam lebih-lebih lagi peribadi beliau. Apatah lagi kemuncak karier politik beliau berlangsung sekitar 1080-an dan 1990-an. Waktu aku masih sekecil tapak tangan. Masih tidak kenal siapa tan sri, siapa datuk seri atau lain-lain pangkat keduniaan.

Aku kenali Tan Sri Mohamed Rahmat atau popular dengan nama “Tok Mat” lebih dalam melalui buku pertama dan terakhir beliau “UMNO: AKHIR SEBUAH IMPIAN”. Mr. Propaganda, orang kuat Mahathir, Mat Bulat dan macam-macam lagi nama yang memberi kekuatan kepada tubuh ini. Jangan hairan, sepanjang pentadbiran beliau di Kementerian Penerangan; Negara kita ‘kecoh’ dengan pelbagai kempen mendekati rakyat. Tidak timbul soal ‘double-standard’ dalam kehidupan politiknya. Kemenangan parti kerajaan pada masa itu (berdasarkan pemahaman aku) seolah-olah bergantung sepenuhnya kepada kempen-kempen melalui idea gempak beliau!

Kalau golongan rockers sekitar tahun 80-an/90-an melenting marah, kini mereka boleh senyum. Rambut panjang yang menjadi simbolik mereka terpaksa ‘disopankan’ demi memenuhi piaiwai RTM. Ironinya, Allahyarham sendiri mencemar title menterinya dengan memotong rambut rockers seperti Wings dan satu kumpulan yang aku lupa namanya. Siapa antara menteri sekarang mampu mencemar bintang mereka semata-mata mahu mematuhi peraturan yang mereka cipta?! Sumpah, tidak ada! Paling koman, meronda 2, 3 jam. Heh!

Dalam buku itu juga disebut kekecewaan beliau terhadap Dr. M. dipecat tanpa sebarang penghargaan. Mungkin, atas sebab itu beliau ada menulis dalam Mastika(kalau tidak silap) “berhenti dari politik disaat popularity memuncak sebelum dibuang kerana kekalahan.” “jangan bertanding kerana pangkat” Rasanya itu amat mengena dalam mengatasi kebejatan nilai kemanusiaan dalam perjuangan UMNO sekarang. Syukur, kalau masih ada pemimpin seperti ini.

Aku tidak mahu ulas lagi panjang mengenai Allahyarham. Apa yang pasti bagi aku, amanat Allahyarham dalam bukunya harus dikaji, di dalami dan difahami. Mungkin, inilah kepuasan Tok Mat dipenghujung hayatnya dapat mencoret kenangan politik, karier dan kehidupan beliau. Meski, ada lagi sejarah yang belum terurai yang kita semua tidak ketahui. “UMNO: AKHIR SEBUAH IMPIAN” adalah bingkisan (mungkin juga coretan hati Tok Mat) untuk semua ahli-ahli politik dan juga kami sebagai pemimpin masa depan. Pemergian Tok Mat mungkin membawa semua amarahnya, kesedihannya, juga kenangannya. Jasa dan bakti Tok Mat akan dikenang selagi pemimpin sekarang mahu melihat sejarahnya sebagai teladan.

Di akhir tulisan ini, aku pinjam 2 minit anda, sedekahkan AL FATIHAH kepada ALLAHYARHAM TAN SRI MOHAMED RAHMAT. –AL FATIHAH.

Saturday, January 2, 2010

Tahun Oh Baru!

Terima kasih Tuhan. tahun baru, senyum semua. di saat kerajaan umumkan suntikan tabung ekonomi, bakar bunga api! di saat MARA menulis surat rasmi, "tiada lagi bantuan pelajaran bagi tahun ini" senyum, bakar lagi bunga api! Terima kasih Tuhan. sekurang-kurangnya surat rasmi untuk sahabat ku itu, aku ketahui ekonomi kita juga teruk. tak perlu kau sangkal. bakar lagi! bakar lagi bunga api yang bernilai beratus ringgit itu! senyum tahun oh baru!(kau tahu)