Saturday, July 20, 2013

Kucing Dan Guru.

Cuaca buruk semalam, dah dua hari stuck tak boleh balik ke Labuan The Great. Sekarang, aku bermastautin di Kota Kinabalu. Kota asal yang mengorak langkah aku beberapa tahun dulu. Seronok? Tak, sebab aku dah start balik kerjaya professional. 

So, balik ke tajuk asal. Ombak setinggi 3.5-4M tak memungkinkan aku balik ke Labuan. Dekat Jesselton Point lengang, cuma dipenuhi oleh sebilangan besar kakitangan, dan orang awam yang mahu mengetahui status cuaca. Suasana sikit kecoh. Jadi, dalam barisan panjang semangat peramah masih ada, aku cuba menunaikan tanggungjawab sosial dengan beramah mesra. 

Rupa-rupanya, yang ramai-ramai tu; 85% adalah guru/kakitangan/pelajar sekolah yang berkhidmat di Pulau Gaya. Hari-hari ulang alik ke tanah besar. Aku rasa impressive sikit la. "So, cuaca buruk ni cikgu; tidurlah balik rumah."

"Kalau ribut ni teduh sikit, kena pegi sekolah jugak. Cuaca buruk bukan alasan," kata cikgu tu. 

Terharu. Gila kau menyabung nyawa. Ombak semalam tu bukan kecik anak punya tinggi beb. Hairan jugak aku kalau orang tak appreciate kerja guru ni.

Dan, 2,3 minggu ni ada 3 kes cikgu kena tembak jarak dekat. Ada sapa-sapa kecoh? Tak dak kan? Umat manusia kat Malaysia ni lagi sibuk ke hal Abby Abadi kawen anak ikan umur 24 tahun sama hal Ashraf Muslim kawen lari ke Siam. Gila.

Dulu, kucing kena dera makan 3 minggu Malaysia kecoh. Cikgu kena tembak 2,3 hari semua senyap. Elok jadi kucing; kena dera boleh  masuk TV. 

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Kali Ini Pasti Rasa Janggal.

Tan Sri Zainuddin Maidin dalam bukunya, 'Hari Itu Sudah Berlalu' menuliskan,
"Mengenang zaman lalu sebagai indah dan menyeronokkan lebih merupakan sentimen, emosi dan nostalgia kerana dalam realiti sebenarnya masa lalu lebih banyak menyusahkan, menyakitkan dan kehidupan tidak stabil."

Kerapkali Ramadhan, mengingatkan gua kepada scene 'jodoh dari bazaar' dan 'jodoh dari masjid'. Paling tidak, Ramadhan mengembalikan gua pada scene lewat 90-an, yang mana puasa jatuh musim cuti sekolah. 

Lewat 90-an, fenomena musim kering dan kemarau panjang tak halang anak kecil seperti kami beraksi menangkap ikan, memancing dan rare bermain meriam buluh. Ya, masa tu memancing, mercun dan meriam pada bulan puasa sesuatu yang jadi kebiasaan. Tidak ada istilah, Ipad, Tab atau gadjet mahal serupa sekarang. Gadget rare pun kalau ada tu haaa main lawan Digimon. Kalau hulur ke budak sekarang mau melopong mulut tak reti buat menda dengan alah tu.

Kemodenan membunuh betapa seronoknya scene in the year of 90's. Realitinya, scene meriam buluh, memancing di parit, 'jodoh dari bazaar' juga 'jodoh dari masjid' adalah titik titik kenangan yang hidup dalam buku kehidupan. Hell yeah for 90's!

Sekarang, sapa lagi yang nak up bersorak dengan, "sapa tak puasa, kita jangan kawan!" lewat dunia moden ni? Kerana gua pasti, masyarakat moden sebenarnya lagi seronok untuk dilihat melalui insta video "inniii ifftarrr kitttewwww!!!!". 

Puaka bagi gua.

Thursday, July 4, 2013

PKML: Nasionalisme Di Pulau Kecil.



1. 1946, penubuhan UMNO adalah cebisan dari kebangkitan nasionalisme di Tanah Malaya, kita tidak harus terlepas pandang dengan memperkecilkan perjuangan nasionalisme dibawah panji Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan(PKML) yang juga ditubuhkan pada tahun 1946.

2. Seiring perkembangan nasionalisme di Tanah Malaya, di Borneo tidak terlepas juga dengan perjuangan demi perjuangan demi merebut hak di tanah sendiri. Sejarah UMNO terlalu ‘besar’sangat sehingga menenggelamkan satu demi satu pertubuhan kecil nasionalis sehingga tidak didendang ke hari ini.

3. Panji-panji nasionalisme tanah air tidaklah terlalu kejam untuk ‘membunuh’ jasa besar sebilangan tokoh tidak didendang sebagaimana perjuangan UMNO Baru menidakkan beberapa pertubuhan dalam usaha yang sama. Tulisan ini bukanlah mengenepikan terus UMNO sebagai penggerak usaha kearah merdekanya Tanah Malaya tetapi sebagai penegasan yang; sejarah juga ditinta oleh perjuangan besar orang kebanyakan khususnya di Borneo.

4. Sejarah dan perjuangan Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan(PKML) tidak diletakkan pada ‘hak’ yang tersendiri. Jika tidak ditinta dalam perkembangan nasionalisme Borneo sekalipun, paling tidak kita harus menempatkan catatan tentangnya di tanah anak pulau ini sendiri. Saya menyelusuri sejarah dari pentas non partisan; yakni ditempat mana saya berdiri. Yang layak menerima pujian, harus menerima pujian. Begitu juga dengan kritikan.

5. Saya akui, di Muzium Labuan ada menulis sedikit mengenai perkembangan nasionalisme yang merujuk kepada beberapa tokoh seperti Dato’ Hj. Fadzil di dalam PKML. Tetapi, catatan itu terlalu ringkas. Saya percaya jika nama-nama tokoh ini disebut dihadapan anak muda; mereka akan ternganga. Iyalah, tidak ada catatan bertulis, tidak ada apa-apa; tiba-tiba muncul nama yang jarang disebut.

6. Inilah yang harus kita elakkan. Sejarah bukanlah “pengulangan semula watak cerita”, sejarah adalah pedoman dan penceritaan utuh; dan idealisme kearah perjuangan membebaskan dari jajahan ‘orang putih’ adalah panduan paling teguh kepada generasi mendatang. Bagaimanapun, penghakiman sejarah tidak harus berlaku kejam dengan mengagungkan idealisme yang diatur oleh masakini.

7. Saya percaya, sejarah PKML berhak diletakkan ditempat selayaknya ia berada supaya generasi anak pulau ini tahu yang warga mereka bukanlah penonton kepada ‘kekebalan’ aristocrat Barat. Ia juga bakal memberi sedikit penghargaan kepada waris-waris yang masih ada bahawa kita meletakkan ahli ahli keluarga yang berjuang dibawah panji nasionalisme PKML bukanlah satu yang sia-sia.

8. Tulisan ini bukanlah bertujuan mengkritik sikap ‘tutup mata’  sesetengah pihak; sebagai anak muda yang cinta dan suka melihat kepada fakta sejarah, saya mahu kita berbangga yang PKML adalah pelopor kepada nasionalisme pulau kecil ini. Kita terlalu agungkan UMNO; padahal ia hanya muncul di Borneo lewat 80-an, 90-an lampau sehingga kita lupa pada pejuang yang berhak.

9. Kalau Chin Peng yang berjuang dibawah panji komunisme yang menipu sebilangan besar pemimpin API, AWAS diberi peluang balas menulis buku tentang idealoginya di Tanah Malaya; kenapa tidak kita menulis sendiri tentang nasionalis pulau kecil yang jarang didendang ini? Well, suka atau tidak; sejarah nampak gayanya ditulis dipentas kuasa mana kita berdiri.

Wednesday, June 12, 2013

#BukanBasikalTua

Duduk dalam lingkungan "susah" ni takda la menyusahkan, sebab satu masa awal remaja dulu pun aku buat kerja "orang susah" jugak.

Masa tu punya la suka kalau pisang berbuah setandan. Sikit punya semangat kayuh basikal jual pisang dekat Syarikat Lajau. Jual limau kapas, bungkus 5,6biji dalam satu pek. Jual ke Kedai Ah Chai Lubok Temiang sampai ke Syarikat Lajau. Cukup seminggu, collect duit serupa AhLong.

Pehhh, punya syahdu dia punya sentimental. Lepas dah study IPT, aku dah tak kayuh basikal dah. Sekarang ni, basikal aku tu letak celah mana pun aku tak tau. 

Kalau jumpa, aku ingat esok nak call Ketua Muzium bubuh kat sana; lambang kegigihan. kah kah kah!

Thursday, May 16, 2013

#Teacher'sDay


Saya tak larat untuk pergi ke satu satu profile bekas guru guru saya di medan FaceBook ini. Ya, saya tak larat untuk PM "Hi, Teacher. Happy Teacher's Day. Keep your effort in order to build BetterNation"

Betul ni, saya tak larat. Entah macamana diluar dunia realiti sekarang; guru-guru saya ini mengajar penuh tekun, dedikasi, membahagikan masa antara keluarga sendiri dan anak-anak Malaysia yang sejuta satu macam perangai. Tanpa mengabaikan prinsip dan sumpah yang dilafaz dalam etika seorang pendidik.

Ya, cuma manusia yang kental untuk kehidupan sahaja mungkin memilih profession perguruan. Guru-guru, anda cool. Cool yang semua lapisan masyarakat dunia ini beri tabik yang level dia capai tahap legend. Ini serius.

Kepada rakan-rakan bergelar guru, guru guru sekolah rendah saya, guru guru sekolah menengah saya, guru guru IPT saya; guru guru kehidupan saya;

SELAMAT HARI GURU.

Saturday, May 11, 2013

#Perjalanan


Jauh betul berjalan
Angkuh.
Tak tengok kiri kanan.
Pandang depan, dongak ke langit.

Sampai kat hujung, berhenti.
Tak dak manusia dah.
Baru perasan,
Yang dekat belakang tadi ramai betul manusia.

Nak patah balik ke?
Sebab, tadi aku sombong sangat.
Senyum pun tidak.

Ya, kena patah balik.
Kembali ke gerombolan manusia.
Supaya ada teman bersembang.
Supaya ada teman bergelak.

Tapi, mana jalannya?
Ada sapa sapa nak tunjuk?
Tolong.

Wednesday, May 8, 2013

APA LAGI RAKYAT MALAYSIA NI MAHU?



  1. Sudah lama tidak mencoretkan perkongsian di sini. Perkongsian ilmu, perkongsian kehidupan, dan macam macam lagi. 
  2. Usai PRU13 saya mempersiapkan diri; baik dari segi mental mahu pun fizikal. Saya mahu lihat indeks perubahan kematangan politik, mencabar diri dengan perubahan sejauh mana ia mampu ditampan dengan kolaborasi bangsa Malaysia dalam erti kata sebenarnya.
  3. Saya pendukung kepada non-partisan. Bagaimanapun, saya memilih untuk berpihak kepada non-BN. Kerana apa? Dukungan realistik yang saya percaya mampu mengubah mentaliti bangsa saya, bangsa MELAYU yang kerapkali bergantung kepada kuasa memerintah. Ya, bangsa ini lemah kerana terlalu lama didukung dan dimanjakan dengan kekebalan 153. Tulisan sahabat saya, "pertembungan MELAYU SUBSIDI". Mahu atau tidak, kita kena akur dengan realiti ini.
  4. Kawan-kawan, saya menulis bukan menunjukkan pemberontakan diatas kegagalan PR menerajui pimpinan negara kerana di pihak mereka juga perlu ada penambahbaikan; kesepakatan yang kerapkali dilaungkan, kolaborasi ke atas satu-satu keputusan yang kerapkali bercanggah. Saya memilih PR bukan kerana dendam kepada BN. Ya, saya membesar di atas jasa BN; tapi tidakkah kita sedar dimana Allah berjanji; rezekiNYA melimpah ruah di muka bumi atas izinNYA sendiri. Politik angkuh serupa sesetengah pemimpin BN buat saya muak. Bukan saya seorang. Malah, jika di kumpul keseluruhan majoriti undi jumlahnya pasti berjuta.
  5. "Always take side" kata Saudara Rafizi Ramli yang sudah menang majoriti undi Parlimen Pandan. Tahniah! Ya, Sdr. Rafizi juga memperoleh kesenangan dari Petronas, ini beliau tidak nafikan. Anak muda bernama, Rafizi Ramli buat saya terinspirasi. Fakta dan angka yang dilontar tepat dan kena dengan keadaan semasa. Tetapi, saya bukan seorang yang mudah disogok dengan angka dan fakta semata-mata. Saya buat "homework". Rata-rata, rakan rakan di dalam BN juga gerun dengan fakta yang diberi beliau. Dan bersetuju. Kenapa? Sebab, ianya RELEVAN!
  6. Okey, berbalik kepada isu relevan. Usai PRU13, keputusannya; "pahat masih berbunyi." Di pihak PR masih berbunyi "Bangla 1Malaysia". Saya terpana sekejap. Dengan warna kulit saya, katakanlah saya mengundi di kawasan panas yang dikatakan ada beberapa siri tangkapan warga Bangladesh; ada kah saya akan di gelar "woih, bangladesh mengundi?!" Pasti, saya akan saman malu. Jadi, pihak pihak yang sudah disalahsangka; saya sarankan anda pergi buat laporan polis. Saman malu. Tidak relevan kerana warna kulit dan wajah yang seakan akan serupa di cop pengundi hantu.
  7. Dipihak satu lagi, melalui media "mainstream" UTUSAN; terpampang secara jelas; "APA LAGI CINA MAHU?" Saya terkejut. Diakui, saya sudah tidak membaca akhbar Melayu sejak beberapa tahun lepas. Ya, tidak. Kalau ikutkan hati yang muak disogok berita perkauman; saya mahu saja tidak peduli. Tetapi, meneliti beberapa tulisan rakan berbangsa Cina; saya perlu tahu yang mereka seiya sekata memilih untuk menukar pimpinan. Jangan kata; Parti Cina MCA; mereka juga mahu semuanya diubah dengan mengekalkan beberapa struktur perlembagaan. Sifirnya mudah. Kuasa politik ini dikuasai media. Dan, media ini bebas memutarbelitkan semua fakta. They waiting this world to changed. Tapi, Melayu; melalui sogokan kuasa kuasa kita jadi lemah. Punca kita, DUIT. 
  8. Kawan, saya menulis bukan mahu menghasut. Saya tahu Akta Keterangan 114A, saya fahami itu. Tindakan ekstrim bukan pilihan saya. Malah, saya tegas bila dirujuk isu BERSIH, dan lain lain tunjuk perasaan. Saya mahukan fakta relevan; relevan dengan apa yang saya percaya idealogi. 
  9. Perlembagaan bukan tidak boleh dipinda. Tapi siapa berani? Samalah ceritanya tentang kerakusan Taib Mahmud; The Great Sarawakian. Tuduhan hanya tuduhan, tanpa dibawa ke muka pengadilan. Ada kes? Tak dak. Ada laporan? Tak dak.
  10. Dirujuk kes Cina-Melayu. Ada faktor-faktor yang saya boleh bersetuju. Bukan semua Cina jahat, bukan semua Melayu jahat. Bukan semua Melayu dapat subsidi. Bukan semua Cina conquer ekonomi. Percayalah, selagi wujudnya pengkelasan bangsa; selagi itu masalah perkauman ini mengembalikan kita kepada 13 Mei 1969. Selagi itu, eksterimis eksterimis bangsa akan dilahirkan dengan laungan semangat bangsa!
  11. Selain dari "TUKAR", APA LAGI RAKYAT MALAYSIA INI MAHU? Tanya diri sendiri; tulis dan catatkan untuk pedoman zuriat dan masa depan Malaysia sendiri. Bukannya terpekik bersungguh menuduh "Cina tak sedar diri!