Friday, November 1, 2013

Khabar Dari Tuhan.

1:08am.

Kadangkala kau tak tau apa khabaran yang Tuhan ilhamkan pada mu. Bertelagah, berdebat, tentang itu ini; demi satu kelangsungan hidup. Supaya kita rasa 'smooth', berjalan lancar. Tidak mahu sompek sini sana. Tak larat nak tampal mana sompek. Takut tak terkejarkan apa yang diinginkan.Persoalan kehidupan. Mahukan kesempurnaan. Cliche sebuah kehidupan.

Kalau boleh tak ada sebarang lahanat yang menghalang. Bila terjadi, terlepas kata caci, tiada lagi puji. Kebaikkan takkan jadi sebutan. Bukankah memuaskan hati semua orang tu perkara rumit?

Kata seorang kawan, kalau kau belajar bersyukur; rezeki secupak rasanya segantang. Belajar bersyukur. Lawan segala lahanat celaka dengan senyuman. Latih diri. Kerana tabiat lama sudah jauh tertinggalkan di belakang. Tapi, lidah setajam pisau tu takkan pernah tumpul meski senja memanjat usia.

Mahukan kesempurnaan dari sekalian. Tidakkah terlihat, yang batang tubuh cuma punya dua tangan? Belajar berfikir guna akal; jangan sampai kepala lutut jadi jawapan.

Tindakan. Ilham Tuhan untuk manusia cuba menyempurnakan tanggungjawab dan harapan. Letakkan harapan terlalu tinggi; lori juga punya had muatan; apatah lagi sekujur tubuh bernama insan.

Rehat.

Semoga Tuhan melorongkan kepada jalan kesenangan. Allahurrabi.


didikan kasih sayang, ia milik Tuhan.

Saturday, October 12, 2013

#LaparNiNatang



Pemberontakan. 
Kelesuan. 
Kejantanan. 
Kebinatangan. 
Kerinduan.
Dan kemalasan.

Semuanya bermula dari kelaparan.

Cerita #LaparNiNatang kau dan aku berbeza. Aku lapar nasik "homemade", mungkin kau lapar kasih sayang housewife. Berbeza.

Hantar dan kongsikan karya kreatif pusi/cerpen pendek ke alrashidzulkefli@yahoo.com
Tarikh tutup: 20/10/13 (mungkin aku panjangkan sikit.)

Mohon kalian kongsikan.

Tuesday, September 10, 2013

Buku Dan Kehidupan.

kita bukan ahli sufi
yang selalu dapat ilham kehidupan.
yang boleh elak kecelakaan.
malapetaka mendatang ditepis dengan "allahuakbar".

kita ini selemah-lemah ciptaan.
kekuatan kita dengan iman.
iman itu mungkin senipis kulit bawang.

bukan menolak takdir.
kadang-kadang takdir tu tak berpihak pada spiritual kita.

entah lah,
kalaulah buku kehidupan itu senang kita belek,
kita jelajah,
agaknya
semua manusia akan ketawakan Tuhan
dan bergelak dengan syaitan.

Monday, September 9, 2013

Kota Kinabalu? Mungkin, Dia Tak Sukakan Saya.

Kota Kinabalu mungkin tak pernah sukakan saya. Kenangan hitam lagi banyak dari kenangan yang menyeronokkan.

2007, hampir disenarai hitam oleh Jab. Pelajaran Swasta gara-gara surat bantahan dan kritikan kepada system pelajaran swasta yang saya faks ke IbuPejabat Kolej dan juga Kementerian Pengajian Tinggi, dan pergerakan saya dipantau selama hampir setahun. Kunjungan pertama saya selepas 2009 awal May dicemari dengan insiden yang menyentuh perdagangan seks.

Semalam (7-9-13), lewat perjalanan pulang dari tempat kerja; saya disamun. Masih trauma sampai sekarang. Keberanian saya hilang bila duduk atau keluar sendirian. Lagi-lagi pada waktu malam. Laporan polis, pengecaman kawasan dah dibuat. Walaupun, pada mulanya saya bertekak tentang procedure pada masa laporan dibuat. Alhamdulillah, sikit campur tangan “orang dalam” tracking suspect dijalankan, laporan selesai lewat pagi tadi. Thanks to my friend, Eddie Ridwan yang menemani saya di IPD Karamunsing sampai ke lewat pagi tadi.

Masih belum melelapkan mata, awal pagi lagi dapat panggilan telefon aiskrim dan ice cream cake dekat outlet cair. Probably, semalam black out. Malang bertimpa.

Sekarang, saya faham apa perasaan “sudah jatuh ditimpa tangga”.

Friday, August 30, 2013

Bacalah, MERDEKA.

Merdeka? Patriotism? Tak, aku tak feel sangat benda tu. Tapi, aku ada sentimental attachment dengan negara sekarang. Entah itu patriotik atau tidak, aku tak tau.

Yang aku tau, sekarang aku gigih mengubah tabiat team aku; dari lambat datang kerja kepada lebih produktif dan proaktif. Dan, aku paham macamana perasaan dia mengubah tebiat manusia. Take time, they can't change immadiately. Macam tu lah gamaknya perasaan pemimpin bila mereka mahu semua berubah, memahami lanskap lanskap perubahan baik struktur minda mahupun fizikal negara. Besar beb cabaran dia. Ni bukan kecik anak punya sembang. Bukan kedai kopi punya sembang. 

Manusia, dia akan lebih terbuka bila mengkritik atas alasan "freedom of speech", dan kadang kadang dia tak pakai akal. Selalu dia judge in other way. So, dalam menangani hal-hal macamni psychology duduk tempat pertama. Win-win situation, orang kabor.

Selagi tak berubah dari takuk lama, selagi tu aku tak rasa merdeka. Dari dulu sembang benda serupa, nak buat itu ini tapi harap orang lain buat untuk kita juga bukan struktur kebebasan dalam erti 'merdeka'. Tapi, itulah kebiasaan orang kita. Contoh, pasal kucing orang boleh berdemo. Kucing je woi! Yang kena tembak, kena ragut; dia kata boleh capai level fisabilillah. Entahlah, pentas pemikiran politik bukan kebebasan melahirkan idea. Aku tak nak keadilan dari pentas tu.

Merdeka dari jalanan. Merdeka dari pemikiran jumud, anasir-anasir politik jahanam. Come on, bacalah dan merdeka lah kita!

Tuesday, August 20, 2013

Bukan semua kenangan boleh buat kita ketawa sendirian.

di kenang perit lalu
ada pemergian yang tak larat dituruti
relung relung masa terisi
impiannya cuba dipenuhi.

si ibu tua 
sakitnya berpanjangan
tanggungjawab digalas berganti tangan

rahmat pemergiannya
beban berkurang
sengsara tak panjang

14 tahun itu
satu jaluran masa yang sangat panjang.
mungkin di sana dia tersenyum
doa nya pada Tuhan sudah termakbul.

Al Fatihah.
Mohd Sallehuddin Al Iman Zulkefli

Wednesday, July 31, 2013

Gua tak dak buat salahkan?

Memandangkan tahun ni kali kedua selepas 2008 Aidilfitri gua sambut di Kota Kinabalu, izinkan gua merafakkan  Salam Aidilfitri 1434H/2013M  pertamanya kepada seluruh ahli keluarga di Labuan The Great, Brunei Darussalam, Negeri Sembilan dan Johor;

Rakan rakan dan guru guru sekolah rendah gua SKLT, Batch 1996-2001.Nak petik nama satu satu boleh buat lemau jugak ye dak?

Rakan rakan, guru guru dan kakitangan SMK Lajau Batch 2002-2006 yang menyaksikan kenakalan gua,

Rakan rakan sepengajian IUCTT K.Kinabalu dan juga IUCTT Kota Bharu, rakan rakan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2009-2010; dan juga warga akademik seluruh IUCTT; 

Rakan-rakan pengurusan/kakitangan Grand Dorsett Labuan, Hyatt Kinabalu, Holiday Inn, Baskin Robbins M'sia, Billion Pavillion Resort, dan juga JA Business Management; 

Kenalan, Tan Sri/Puan Sri, Datuk/Datin di seluruh Malaysia; dengan ucapan;

Gua tak dak buat salah kan?