Wednesday, February 11, 2009

Catatan Dari Hati: Fikirlah!!!

Salam Semua.
Entah kenapa kebelakangan ni, apa yang aku lakukan semua serba tak kena!!! Baik dari pandangan peribadi aku mahupun persepsi umum sekeliling aku. Bukan mahu menyalahkan umum sekeliling mahupun diri sendiri cuma terkilan bila apa yang kita lakukan "tidak menyenangkan" mata-mata yang memerhati!!! Bukan perlu aku memaksa mereka menerima apa yang aku katakan, bukan juga berpihak kepada kebatilan!!! Arggggh, betapa kompleksnya hidup berdepan dengan masalah sebegini!!! Meniti arus hidup yang sebegini buat aku sedar betapa dalam kehidupan terlalu sukar untuk "bergerak" semata-mata mahu menyenangkan mata-mata yang memerhati!!! Tidak hairan kenapa seringkali perlakuan diri jadi persoalan, betul tak??? Menyusur hidup ditengah-tengah kehidupan sebegini buat fikiran semakin bercelaru!!! Pada aku???!!! Tidak!!! Masalah yang bukan masalah besar buat aku!!! Berdepan adalah terbaik!!! I've nothing to say!!! Jangan salahkan sesiapa kalau ia semakin "melarat menjadi kudis"!!!! Tidak juga perlu menuding kepada umum!!! Diam sendiri, fikirkan!!! Dimana silapnya kata, adakah salah pada bicara???!!!! Cakap kepada sendiri. Brmuhasabah sendiri adalah jalan kemenangan dengan menundukkan ego. Tidak perlu lagi kata sindiran, kalau hanya mendengar cerita sebelah pihak. Tidak perlu habis air liur, menegakkan kata-kata!!! Hairannya, manusia lebih percaya kepada fitnah yang mereka takrifkan sebagai "gosip" untuk bersuka-suka. Come on, berpijak di bumi nyata!!! Hidup terlalu singkat untuk kita mengadu-domba. "Bijak membodohkan" manusia tidak akan ke mana-mana!!! Percayalah!!! Aku cuma berkata dalam hati, "Kenapa mesti aku berdepan masalah ini???" Arghh, aku hanya manusia yang tidak layak mempersoalkan kejadian yang ALLAH cipta!!! Biar apapun, kehidupan kita berbeza. Hidup mesti terus!!! Kepada mereka "Fikirlah" sebelum berkata-kata!!!

8 comments:

bungaraya said...

Sekarang ini kita berada dalam sebuah perahu dilautan yang terbentang luas. Jika karam maka ikan yu yang ganas-ganas tengah menunggu kita untuk menerima bahaman dan terkaman berbisa. Malangnya terdapat diantara kita yang berhati tidak mulia. Membocorkan dinding perahu sehingga ia karam dan akhirnya kita semua Yu yang baham. Matilalh kita sebilangannya dan sebilangan pula diselamatkan oleh kapal yang lalu berhampiran.
Cerita ini jika diumpamakan seperti sebuah negara...fikir-fikirkanlah sebaiknya semoga kita akan tetap bersyukur dari masa kesemasa dan menyanyangi apa yang ada dan peliharalah sebaiknya.

Jika UMNO sebagai bahtera, fikirkanlah semoga air tidak mencurah masuk kedalamnya dan mengaramkan ia angkara mereka yang bergelar penderhaka bangsa dan agama. Karam bahtera maka karamlah manusia yang berada sama di dalamnya. amin.,...

Ramlen Salleh said...

Semua ini akan mendewasakan saudara.. teruskan perjalanan mencari makna sebenar siapa kita di muka bumi ini...

fahana_ann said...

hehehe..mas akau bace entri ni kau trfikir ia benar dan terfikir mungkn ia satu simbol terhadap sesuatu yang.Tak kisah lah yang tu yang penting, tenang pak Shah..hehe..sabar.sabar.Aku baru posting entri tentang syukur dan ada kaitan dgn kisah ini bila ALLAH TAK DUGA SESEORANG ITU KALAU TAK SESUAI DGN KEUPAYAANNYA..
pasti ada himah yang besar buat kita sama2 berfikir.
untuk diri 'mereka' itu, carilah jalan penyelasai yang terbaik yang berlandas AL-QUR'AN dan SUNNAH..
aku juga insan biasa punya banyak kelemahan..dan cuba perbaikinya:)

a.b geldofg said...

kita tk mpsoalkan apa yg kejadian allah...tapi kita fkr2kan

Min said...

duduk dan fikir.. nikmati hikmah setiap kejadian.. hidup itu indah.. kamu percaya itu kan?

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

bungaraya,
Terima kasih kerana mengingatkan mengenai perjuangan bangsa.

Gagak,
Semestinya, takkan terhenti perjalanan ini!!!

fahana_ann,
Terima kasih kerana peringatan itu. Begitupun, kita manusia biasa sering terleka dan tersasar lantaran lemahnya kekuatan diri.

ab geldofg,
Alhamdullillah, diri ini masih terkawal untuk mempersoalkan bahagian yang ALLAH tetapkan.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Namaku Min,
Terima kasih kerana terapi minda itu. Alhamdullillah, pengalaman berdepan masalah ini mematangkan diri.

fahana_ann said...

o..o..ada prkongsian dari satu lirik yang aku dengar..kumplan RABBANI..tajuk..nanti aku check..kesimpulan dri lirik tu:
kita memang pasti mungkin akan buat silap dan leka lagi.biarkan ALLAH yg menetukan pahala,dosa,neraka,syurga kita tapi berusaha untuk buat yang terbaik dalam menjadi hambaNYA..

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

fahana_ann,
Insyaallah.