- Baru terbaca perihal pasangan Malaysia yang dipenjarakan di Sweden atas dakwaan mendera empat orang anak mereka semenjak 3 tahun lalu.
- Terfikir jugak saya, apa agaknya nasib mak saya jika saya juga dibesarkan di Sweden; 25 tahun lalu. Alamat, mak saya jugak meringkuk dalam penjara gamaknya. Iyalah, kids around 80’s mungkin merasai pengalaman sama. Atau, hampir-hampir sama. Siapa yang tak merasa disebat pakai talipinggang? Dikejar dengan rotan? Ahh, pengalaman itu sakit dan mendewasakan.
- Sakit. Tapi, dunia sekarang lagi sakit. Memberi perlindungan atas nama hak dan asasi hingga makbapak tak lagi berfungsi sebagai Prime Minister dan First Lady keatas zuriat sendiri. Apalah sangat thrill-nya, jika makbapak hanya mampu mengekang anak dengan menyorokkan remote ASTRO? Atau, paling ‘kejam’ sorok Tab dan Ipad anak. Kesian.
- Lewat pengalaman saya membesar dan sebagai generasi akhir 80’s, saya bersyukur kerana dididik untuk menjadi manusia. Bukan dididik untuk jadi ‘tuan’ kepada makbapak sendiri. 19 tahun lampau, saya merasai pengalaman yang tak akan saya lihat atau rasai lagi pada generasi selepasnya. Berkebun, bertukang, atau istilah orang putihnya; DIY (Do it yourself) amat saya rindukan. Ya, saya bukanlah pakar dalam segenap ilmu kehidupan; sedikit sebanyak kesusahan zaman lampau dan dididik dengan unsur alam banyak membentuk saya supaya tidak ‘berharap lebih’ pada orang lain.
- Generasi hari ini buat saya marah dengan keadaan. Guru tidak boleh denda murid, murid boleh pulak saman guru. Kegilaan apa ni? Makbapak tak boleh rotan anak. Makbapak dipenjarakan. Anak jadi tuan? Tanda akhir zaman kah ni? Dunia apa yang kita duduk ni?
- Persoalan. Kata-kata peguam handalan mungkin bersandarkan pada ‘hak asasi’ seorang anak. Kita, walaupun membesar dengan paip getah, talipinggang merasakan bahawa itu sebahagian daripada cebisan kehidupan. Hak makbapak untuk bagi pengajaran. Sesuai dengan nas dan hadith Rasulullah SAW. Ya, zaman waktu kecil sebagai generasi 80-an bukanlah seronok sangat. Ia zaman kekurangan, zaman yang kita berkongsi rasa; kekurangan dan kelebihan, pengalaman dan cerita kehidupan. Tapi, siapa tau yang kita merasakan manisnya ‘kuasa’makbapak; merasai sendiri telapak mereka mengajar kita mana betul; mana salah. Makbapak punya ego kadangkala kita tak boleh nak digest. Kasih sayang, terluhur dan terserlah bila kita sudah mula membesar. I can feel it, seriously.
- Tulisan ini tak ada lah deep sangat. Ianya lebih kepada sorotan pemikiran dan kenangan waktu kecil. Saya pun taknak deep sangat. Cuma mahu berpesan pada yang terlupa, “sayangkan anak, tangan-tangankan!”
Monday, February 10, 2014
80's: Bayangkan Jika Kita Dibesarkan Di Sweden.
Friday, January 31, 2014
Anak Muda Bukan Tunggangan Politikus.
- Saya tergelak kecil bilamana di dalam bual bicara di medan Whatsapp dimaklumkan YB Rafizi Ramli, selaku Strategist PKR menangis meminta maaf (Program Bual Bicara LIVE Radio Bangsar Utama) berkata; “Kita ambil risiko yang besar dengan memulangkan pilihan kepada rakyat di Kajang.”, “Kalau anda rasa ini permainan PKR yang perlu di tolak, tolaklah kami! Kami sedia dihukum!”
- Selaku strategist parti, saya percaya YB Rafizi lebih arif tentang taktikal peperangan di dalam medan politik. Yang saya mahu sentuh, bukan taktikal secara amnya; ini soal kepercayaan. Kepercayaan dan janji yang ditabur semasa pilihanraya lalu. Pokok pangkalnya, kenapa Ketua Umum jadi pilihan?
- Disaat barisan kepimpinan mereka sibuk melaungkan hal keadilan, kuasa rakyat, perihal ekonomi dan pemerasan wang rakyat tiba-tiba seorang wakil parti menarik diri demi melorongkan ketua umum konon-konon acting as “care-taker” di dalam isu MB Selangor.
- Pelik dan ajaib, pada awal ketua umum menyangkal, kemudian mengiyakan. Ya, sebagai strategist we can put all the blame into Rafizi. Ya, beliau bertanggungjawab. Ketua Umum? Kenapa beliau tidak tolak saja tawaran?
- Mahu atau tidak, kita terpaksa bersetuju apabila Saudara Arul dari PSM mengkritik; “kita mengkelakarkan demokrasi. Jangan buat begini.” Sesuatu yang kelakar. Shame on you, Datuk Seri. Ratusan pemimpin muda dari PR tiba-tiba senyap. Cuma, kepimpinan muda PAS gah bersuara. Tabik.DAP menyokong tindakan Ketua Umum. Kegilaan apa yang mereka suruh kita hadam ni? Kesepakatan apa yang dicapai? Mana pergi prinsip-prinsip ‘dari rakyat untuk rakyat’ yang kerapkali dilaungkan?
- AMK, dibawah YB Sam pula; seolah membuat lelucon lagi lucu dari MLM; tidak ada yang layak selain Anwar. Anak muda, kita ini apa? Anjing tunggangan politikus sialan kah? Kuda tunggangan bilamana diperlukan untuk turun ke jalanan kah?
- Suka saya memetik petikan daripada Edward Said, “Representation Of The Intellectual” yang bermaksud; “seorang intelektual itu haruslah seorang amateur, pengganggu status quo, serta sentiasa mencabar nasionalisme yang patriotic, pemikiran korporat, dan hak hak jantina, ras dan kelas.” Manakala, mendiang Bob Marley menuliskan; “Bangunlah, berdirilah, berdirilah untuk hak hak anda! Bangunlah berdirilah; jangan pernah putus asa dalam berjuang!”
- Apabila saya mengkritik hal ini, maka jatuhlah hukum manusia untuk saya melihat kebelakang sejarah lampau Mahathirism. Saya disuruh meneliti perihal kepincangan jalan belakang insiden di Sabah tahun 1994, Kelantan lewat 80-an, dan Perak pasca-pilihanraya ke 12 lalu.
- Suka atau tidak; mereka akan memperkata tentang sejarah. Tapi, apalah gunanya pengajaran jika sejarah itu diulang tayang? Bodohkah umat Malaysia zaman sekarang ni? Tidak bukan? Jadi, mana pergi suara anak muda di dalam Pakatan? Tidakkah pemimpin kalian pun sama seperti pemimpin BN yang kalian benci? Buka mata. Fikir dengan mata hati.
- Saudara YB Rafizi sendiri maklum; kadangkala peperangan undi bukan pilihan terbaik. Bahkan, pilihanraya baik yang umum atau kecil takkan mendatangkan kebaikkan. Mungkin membangkit dendam dan emosi. Amarah dan benci. Harus kita fikirkan, sampai bila kebencian didalam politik parti yang melampau perlu kita semai? Sampai bila? Sampai yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang?
- YB Datuk Seri Anwar, cukup cukuplah. Untuk mengembalikan demokrasi dan keadilan; saling cabar mencabar bukan jawapan. Cuba Datuk Seri letak jawatan; duduk diam-diam. Dan kita lihat demokrasi akan subur dengan sendirinya. Percayalah, dendam lama DS takkan hendak diwaris sampai ke seluruh umat Malaysia. Ya, mungkin perjuangan PR terlalu relevan pada masa kini. Tetapi tidak pada perilaku politikus itu sendiri.
- Cukup-cukuplah. Anak muda memang tidak gentar, anak muda memang tak mengalah. Kami pun mahu mewarisi kepimpinan yang telus. Tetapi bukan melahirkan kebencian. Dan, anak muda juga mudah bosan jika dihidang hiburan politik yang tak ada kesudahan.
- Sebagai anak muda, bukan sosok tubuh yang kami tagih untuk menampung perjuangan. Sosok tubuh mungkin jadi pemangkin, tetapi asas perjuangan adalah ideology. Dan, ideology itu harus selari dengan perilaku pemilik tubuh. Akan tiba satu masa, anak muda akan bosan dengan sosok tua. Percayalah.
- Untuk penutup; saya memetik posting Sdr. Zul Fikri Zamir penulis buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang; “orang tua, yang nak hidup selapis itu kamu. Yang kamu buat hari ini, akan kami tanggung sehingga tiga lapis generasi dan zaman nanti.”
Sunday, December 29, 2013
Anak Kecil Dan Persekolahan.
SOLDADU KECIL.
Hari itu adik
Kau kembali ke dataran pendidikan.
Kau kembali kenal medan persekolahan.
Apabila ‘padang’ milik kau diambil alih
Kau patut marah.
Itu keseronokkan kau mengejar pendidikan.
Benar, di padang itu kau akan terjatuh dan tergolek.
Kesakitan itu sementara.
Benar,
Kau akan gagal matapelajaran
Kau akan dicaci. Kau akan diketawakan.
Jangan menangis.
Sistem itu
Kau patut ambil tahu.
Kau tak akan kecapi zaman yang kami nikmati.
Ibu ibu, bapak bapak, guru guru
Bimbing anak anak kecil ini jadi soldadu
Biar mereka kenal dan ambil tahu
Mana benar, mana dusta
Ajar mereka pendidikan dan jadi berpelajaran.
Supaya,
Satu masa dewasa mendaki mereka
Palit palit dosa hina kapitalis pendidikan mereka dapat
sungkurkan.
Agar,
Mereka mengerti menjadi berpendidikan dan berpelajaran bukan
pada markah kertas peperiksaan semata-mata.
Kembalikan haq pada kebenaran,
Kembalikan pendidikan pada roh yang asal.
Monday, December 16, 2013
SUASANA.
apakah kerinduan cuma menjerat perasaan?
antara sepi dan perpisahan
apakah impian sekadar harapan?
antara masa dan kekalutan hidup.
apakah hidup cuma kosong impian?
antara kekusutan dan jutaan persoalan.
apakah akan ketemu sebuah jawapan?
baik sesudah derita untuk ketemu bahagia.
untuk merasa sedikit ketenangan
lepas dosa dan noda
bergelut dalam metropolitan kota dunia.
di balik liuk-liuk suasana kehidupan
mencari sedikit bayang kebaikkan.
dengan sedikit keimanan.
mungkin disinilah
akan ketemu kematangan
buang segala kemarahan.
memupuk diri dengan iman kesabaran.
tinggal semua dendam pada masa belakang.
biar kesibukkan jadi pedang.
membelah bilah-bilah kerinduan palsu
dalam selusur kalut umat metropolitan.
jika itu kemahuan;
segala suasana harus jadi kerelaan.
KOTA KINABALU,
DISEMBER 2013.
Tuesday, November 12, 2013
Kalau Satu Hari Nanti.
Kalau satu hari nanti
Kau atau aku pergi dulu
Relakan saja siapa-siapa yang mahu isi.
Relakan.
Kalau satu hari nanti
Mimpi mimpi semua jadi palsu
Jadi ilusi,
Redha-lah ianya ketentuan Tuhan.
Kalau satu hari nanti
Mentari merah yang selalu kita nantikan
Tak lagi menceriakan
Kenanglah pada momen indahnya saat kita berpimpin tangan.
Kalau satu hari nanti
Yang satu hari pun takkan datang,
Percayalah, tiap detik takkan diulang titip untuk kehidupan.
Kalau pun "satu hari nanti" tu tak wujud
Izinkan ia berlalu jadi angan.
Cukuplah.
Kau atau aku pergi dulu
Relakan saja siapa-siapa yang mahu isi.
Relakan.
Kalau satu hari nanti
Mimpi mimpi semua jadi palsu
Jadi ilusi,
Redha-lah ianya ketentuan Tuhan.
Kalau satu hari nanti
Mentari merah yang selalu kita nantikan
Tak lagi menceriakan
Kenanglah pada momen indahnya saat kita berpimpin tangan.
Kalau satu hari nanti
Yang satu hari pun takkan datang,
Percayalah, tiap detik takkan diulang titip untuk kehidupan.
Kalau pun "satu hari nanti" tu tak wujud
Izinkan ia berlalu jadi angan.
Cukuplah.
Sekurangnya, hidup ini bahagia.
Dan, sifatnya sementara.
"Rahmay yang Maha Agung"
Friday, November 1, 2013
Khabar Dari Tuhan.
1:08am.
Kadangkala kau tak tau apa khabaran yang Tuhan ilhamkan pada mu. Bertelagah, berdebat, tentang itu ini; demi satu kelangsungan hidup. Supaya kita rasa 'smooth', berjalan lancar. Tidak mahu sompek sini sana. Tak larat nak tampal mana sompek. Takut tak terkejarkan apa yang diinginkan.Persoalan kehidupan. Mahukan kesempurnaan. Cliche sebuah kehidupan.
Kalau boleh tak ada sebarang lahanat yang menghalang. Bila terjadi, terlepas kata caci, tiada lagi puji. Kebaikkan takkan jadi sebutan. Bukankah memuaskan hati semua orang tu perkara rumit?
Kata seorang kawan, kalau kau belajar bersyukur; rezeki secupak rasanya segantang. Belajar bersyukur. Lawan segala lahanat celaka dengan senyuman. Latih diri. Kerana tabiat lama sudah jauh tertinggalkan di belakang. Tapi, lidah setajam pisau tu takkan pernah tumpul meski senja memanjat usia.
Mahukan kesempurnaan dari sekalian. Tidakkah terlihat, yang batang tubuh cuma punya dua tangan? Belajar berfikir guna akal; jangan sampai kepala lutut jadi jawapan.
Tindakan. Ilham Tuhan untuk manusia cuba menyempurnakan tanggungjawab dan harapan. Letakkan harapan terlalu tinggi; lori juga punya had muatan; apatah lagi sekujur tubuh bernama insan.
Rehat.
Semoga Tuhan melorongkan kepada jalan kesenangan. Allahurrabi.
didikan kasih sayang, ia milik Tuhan.
Saturday, October 12, 2013
#LaparNiNatang
Pemberontakan.
Kelesuan.
Kelesuan.
Kejantanan.
Kebinatangan.
Kerinduan.
Kebinatangan.
Kerinduan.
Dan kemalasan.
Semuanya bermula dari kelaparan.
Cerita #LaparNiNatang kau dan aku berbeza. Aku lapar nasik "homemade", mungkin kau lapar kasih sayang housewife. Berbeza.
Hantar dan kongsikan karya kreatif pusi/cerpen pendek ke alrashidzulkefli@yahoo.com
Tarikh tutup: 20/10/13 (mungkin aku panjangkan sikit.)
Mohon kalian kongsikan.
Semuanya bermula dari kelaparan.
Cerita #LaparNiNatang kau dan aku berbeza. Aku lapar nasik "homemade", mungkin kau lapar kasih sayang housewife. Berbeza.
Hantar dan kongsikan karya kreatif pusi/cerpen pendek ke alrashidzulkefli@yahoo.com
Tarikh tutup: 20/10/13 (mungkin aku panjangkan sikit.)
Mohon kalian kongsikan.
Tuesday, September 10, 2013
Buku Dan Kehidupan.
kita bukan ahli sufi
yang selalu dapat ilham kehidupan.
yang boleh elak kecelakaan.
malapetaka mendatang ditepis dengan "allahuakbar".
kita ini selemah-lemah ciptaan.
kekuatan kita dengan iman.
iman itu mungkin senipis kulit bawang.
bukan menolak takdir.
kadang-kadang takdir tu tak berpihak pada spiritual kita.
entah lah,
kalaulah buku kehidupan itu senang kita belek,
kita jelajah,
agaknya
semua manusia akan ketawakan Tuhan
dan bergelak dengan syaitan.
Monday, September 9, 2013
Kota Kinabalu? Mungkin, Dia Tak Sukakan Saya.
Kota Kinabalu mungkin tak pernah
sukakan saya. Kenangan hitam lagi banyak dari kenangan yang menyeronokkan.
2007, hampir disenarai hitam oleh
Jab. Pelajaran Swasta gara-gara surat bantahan dan kritikan kepada system
pelajaran swasta yang saya faks ke IbuPejabat Kolej dan juga Kementerian
Pengajian Tinggi, dan pergerakan saya dipantau selama hampir setahun. Kunjungan
pertama saya selepas 2009 awal May dicemari dengan insiden yang menyentuh
perdagangan seks.
Semalam (7-9-13), lewat perjalanan pulang
dari tempat kerja; saya disamun. Masih trauma sampai sekarang. Keberanian saya
hilang bila duduk atau keluar sendirian. Lagi-lagi pada waktu malam. Laporan
polis, pengecaman kawasan dah dibuat. Walaupun, pada mulanya saya bertekak
tentang procedure pada masa laporan dibuat. Alhamdulillah, sikit campur tangan
“orang dalam” tracking suspect dijalankan, laporan selesai lewat pagi tadi.
Thanks to my friend, Eddie Ridwan yang menemani saya di IPD Karamunsing sampai
ke lewat pagi tadi.
Masih belum melelapkan mata, awal
pagi lagi dapat panggilan telefon aiskrim dan ice cream cake dekat outlet cair.
Probably, semalam black out. Malang bertimpa.
Sekarang, saya faham apa perasaan
“sudah jatuh ditimpa tangga”.
Friday, August 30, 2013
Bacalah, MERDEKA.
Merdeka? Patriotism? Tak, aku tak feel sangat benda tu. Tapi, aku ada sentimental attachment dengan negara sekarang. Entah itu patriotik atau tidak, aku tak tau.
Yang aku tau, sekarang aku gigih mengubah tabiat team aku; dari lambat datang kerja kepada lebih produktif dan proaktif. Dan, aku paham macamana perasaan dia mengubah tebiat manusia. Take time, they can't change immadiately. Macam tu lah gamaknya perasaan pemimpin bila mereka mahu semua berubah, memahami lanskap lanskap perubahan baik struktur minda mahupun fizikal negara. Besar beb cabaran dia. Ni bukan kecik anak punya sembang. Bukan kedai kopi punya sembang.
Manusia, dia akan lebih terbuka bila mengkritik atas alasan "freedom of speech", dan kadang kadang dia tak pakai akal. Selalu dia judge in other way. So, dalam menangani hal-hal macamni psychology duduk tempat pertama. Win-win situation, orang kabor.
Selagi tak berubah dari takuk lama, selagi tu aku tak rasa merdeka. Dari dulu sembang benda serupa, nak buat itu ini tapi harap orang lain buat untuk kita juga bukan struktur kebebasan dalam erti 'merdeka'. Tapi, itulah kebiasaan orang kita. Contoh, pasal kucing orang boleh berdemo. Kucing je woi! Yang kena tembak, kena ragut; dia kata boleh capai level fisabilillah. Entahlah, pentas pemikiran politik bukan kebebasan melahirkan idea. Aku tak nak keadilan dari pentas tu.
Merdeka dari jalanan. Merdeka dari pemikiran jumud, anasir-anasir politik jahanam. Come on, bacalah dan merdeka lah kita!
Tuesday, August 20, 2013
Bukan semua kenangan boleh buat kita ketawa sendirian.
di kenang perit lalu
ada pemergian yang tak larat dituruti
relung relung masa terisi
impiannya cuba dipenuhi.
si ibu tua
sakitnya berpanjangan
tanggungjawab digalas berganti tangan
rahmat pemergiannya
beban berkurang
sengsara tak panjang
14 tahun itu
satu jaluran masa yang sangat panjang.
mungkin di sana dia tersenyum
doa nya pada Tuhan sudah termakbul.
Al Fatihah.
Mohd Sallehuddin Al Iman Zulkefli
Wednesday, July 31, 2013
Gua tak dak buat salahkan?
Memandangkan tahun ni kali kedua selepas 2008 Aidilfitri gua sambut di Kota Kinabalu, izinkan gua merafakkan Salam Aidilfitri 1434H/2013M pertamanya kepada seluruh ahli keluarga di Labuan The Great, Brunei Darussalam, Negeri Sembilan dan Johor;
Rakan rakan dan guru guru sekolah rendah gua SKLT, Batch 1996-2001.Nak petik nama satu satu boleh buat lemau jugak ye dak?
Rakan rakan, guru guru dan kakitangan SMK Lajau Batch 2002-2006 yang menyaksikan kenakalan gua,
Rakan rakan sepengajian IUCTT K.Kinabalu dan juga IUCTT Kota Bharu, rakan rakan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2009-2010; dan juga warga akademik seluruh IUCTT;
Rakan-rakan pengurusan/kakitangan Grand Dorsett Labuan, Hyatt Kinabalu, Holiday Inn, Baskin Robbins M'sia, Billion Pavillion Resort, dan juga JA Business Management;
Kenalan, Tan Sri/Puan Sri, Datuk/Datin di seluruh Malaysia; dengan ucapan;
Gua tak dak buat salah kan?
Saturday, July 20, 2013
Kucing Dan Guru.
Cuaca buruk semalam, dah dua hari stuck tak boleh balik ke Labuan The Great. Sekarang, aku bermastautin di Kota Kinabalu. Kota asal yang mengorak langkah aku beberapa tahun dulu. Seronok? Tak, sebab aku dah start balik kerjaya professional.
So, balik ke tajuk asal. Ombak setinggi 3.5-4M tak memungkinkan aku balik ke Labuan. Dekat Jesselton Point lengang, cuma dipenuhi oleh sebilangan besar kakitangan, dan orang awam yang mahu mengetahui status cuaca. Suasana sikit kecoh. Jadi, dalam barisan panjang semangat peramah masih ada, aku cuba menunaikan tanggungjawab sosial dengan beramah mesra.
Rupa-rupanya, yang ramai-ramai tu; 85% adalah guru/kakitangan/pelajar sekolah yang berkhidmat di Pulau Gaya. Hari-hari ulang alik ke tanah besar. Aku rasa impressive sikit la. "So, cuaca buruk ni cikgu; tidurlah balik rumah."
"Kalau ribut ni teduh sikit, kena pegi sekolah jugak. Cuaca buruk bukan alasan," kata cikgu tu.
Terharu. Gila kau menyabung nyawa. Ombak semalam tu bukan kecik anak punya tinggi beb. Hairan jugak aku kalau orang tak appreciate kerja guru ni.
Dan, 2,3 minggu ni ada 3 kes cikgu kena tembak jarak dekat. Ada sapa-sapa kecoh? Tak dak kan? Umat manusia kat Malaysia ni lagi sibuk ke hal Abby Abadi kawen anak ikan umur 24 tahun sama hal Ashraf Muslim kawen lari ke Siam. Gila.
Dulu, kucing kena dera makan 3 minggu Malaysia kecoh. Cikgu kena tembak 2,3 hari semua senyap. Elok jadi kucing; kena dera boleh masuk TV.
Thursday, July 11, 2013
Ramadhan Kali Ini Pasti Rasa Janggal.
Tan Sri Zainuddin Maidin dalam bukunya, 'Hari Itu Sudah Berlalu' menuliskan,
"Mengenang zaman lalu sebagai indah dan menyeronokkan lebih merupakan sentimen, emosi dan nostalgia kerana dalam realiti sebenarnya masa lalu lebih banyak menyusahkan, menyakitkan dan kehidupan tidak stabil."
Kerapkali Ramadhan, mengingatkan gua kepada scene 'jodoh dari bazaar' dan 'jodoh dari masjid'. Paling tidak, Ramadhan mengembalikan gua pada scene lewat 90-an, yang mana puasa jatuh musim cuti sekolah.
Lewat 90-an, fenomena musim kering dan kemarau panjang tak halang anak kecil seperti kami beraksi menangkap ikan, memancing dan rare bermain meriam buluh. Ya, masa tu memancing, mercun dan meriam pada bulan puasa sesuatu yang jadi kebiasaan. Tidak ada istilah, Ipad, Tab atau gadjet mahal serupa sekarang. Gadget rare pun kalau ada tu haaa main lawan Digimon. Kalau hulur ke budak sekarang mau melopong mulut tak reti buat menda dengan alah tu.
Kemodenan membunuh betapa seronoknya scene in the year of 90's. Realitinya, scene meriam buluh, memancing di parit, 'jodoh dari bazaar' juga 'jodoh dari masjid' adalah titik titik kenangan yang hidup dalam buku kehidupan. Hell yeah for 90's!
Sekarang, sapa lagi yang nak up bersorak dengan, "sapa tak puasa, kita jangan kawan!" lewat dunia moden ni? Kerana gua pasti, masyarakat moden sebenarnya lagi seronok untuk dilihat melalui insta video "inniii ifftarrr kitttewwww!!!!".
Puaka bagi gua.
Thursday, July 4, 2013
PKML: Nasionalisme Di Pulau Kecil.
1. 1946, penubuhan UMNO adalah cebisan dari kebangkitan nasionalisme di Tanah Malaya, kita tidak harus terlepas pandang dengan memperkecilkan perjuangan nasionalisme dibawah panji Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan(PKML) yang juga ditubuhkan pada tahun 1946.
2. Seiring perkembangan nasionalisme di Tanah Malaya, di Borneo tidak terlepas juga dengan perjuangan demi perjuangan demi merebut hak di tanah sendiri. Sejarah UMNO terlalu ‘besar’sangat sehingga menenggelamkan satu demi satu pertubuhan kecil nasionalis sehingga tidak didendang ke hari ini.
3. Panji-panji nasionalisme tanah air tidaklah terlalu kejam untuk ‘membunuh’ jasa besar sebilangan tokoh tidak didendang sebagaimana perjuangan UMNO Baru menidakkan beberapa pertubuhan dalam usaha yang sama. Tulisan ini bukanlah mengenepikan terus UMNO sebagai penggerak usaha kearah merdekanya Tanah Malaya tetapi sebagai penegasan yang; sejarah juga ditinta oleh perjuangan besar orang kebanyakan khususnya di Borneo.
4. Sejarah dan perjuangan Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan(PKML) tidak diletakkan pada ‘hak’ yang tersendiri. Jika tidak ditinta dalam perkembangan nasionalisme Borneo sekalipun, paling tidak kita harus menempatkan catatan tentangnya di tanah anak pulau ini sendiri. Saya menyelusuri sejarah dari pentas non partisan; yakni ditempat mana saya berdiri. Yang layak menerima pujian, harus menerima pujian. Begitu juga dengan kritikan.
5. Saya akui, di Muzium Labuan ada menulis sedikit mengenai perkembangan nasionalisme yang merujuk kepada beberapa tokoh seperti Dato’ Hj. Fadzil di dalam PKML. Tetapi, catatan itu terlalu ringkas. Saya percaya jika nama-nama tokoh ini disebut dihadapan anak muda; mereka akan ternganga. Iyalah, tidak ada catatan bertulis, tidak ada apa-apa; tiba-tiba muncul nama yang jarang disebut.
6. Inilah yang harus kita elakkan. Sejarah bukanlah “pengulangan semula watak cerita”, sejarah adalah pedoman dan penceritaan utuh; dan idealisme kearah perjuangan membebaskan dari jajahan ‘orang putih’ adalah panduan paling teguh kepada generasi mendatang. Bagaimanapun, penghakiman sejarah tidak harus berlaku kejam dengan mengagungkan idealisme yang diatur oleh masakini.
7. Saya percaya, sejarah PKML berhak diletakkan ditempat selayaknya ia berada supaya generasi anak pulau ini tahu yang warga mereka bukanlah penonton kepada ‘kekebalan’ aristocrat Barat. Ia juga bakal memberi sedikit penghargaan kepada waris-waris yang masih ada bahawa kita meletakkan ahli ahli keluarga yang berjuang dibawah panji nasionalisme PKML bukanlah satu yang sia-sia.
8. Tulisan ini bukanlah bertujuan mengkritik sikap ‘tutup mata’ sesetengah pihak; sebagai anak muda yang cinta dan suka melihat kepada fakta sejarah, saya mahu kita berbangga yang PKML adalah pelopor kepada nasionalisme pulau kecil ini. Kita terlalu agungkan UMNO; padahal ia hanya muncul di Borneo lewat 80-an, 90-an lampau sehingga kita lupa pada pejuang yang berhak.
9. Kalau Chin Peng yang berjuang dibawah panji komunisme yang menipu sebilangan besar pemimpin API, AWAS diberi peluang balas menulis buku tentang idealoginya di Tanah Malaya; kenapa tidak kita menulis sendiri tentang nasionalis pulau kecil yang jarang didendang ini? Well, suka atau tidak; sejarah nampak gayanya ditulis dipentas kuasa mana kita berdiri.
Wednesday, June 12, 2013
#BukanBasikalTua
Duduk dalam lingkungan "susah" ni takda la menyusahkan, sebab satu masa awal remaja dulu pun aku buat kerja "orang susah" jugak.
Masa tu punya la suka kalau pisang berbuah setandan. Sikit punya semangat kayuh basikal jual pisang dekat Syarikat Lajau. Jual limau kapas, bungkus 5,6biji dalam satu pek. Jual ke Kedai Ah Chai Lubok Temiang sampai ke Syarikat Lajau. Cukup seminggu, collect duit serupa AhLong.
Pehhh, punya syahdu dia punya sentimental. Lepas dah study IPT, aku dah tak kayuh basikal dah. Sekarang ni, basikal aku tu letak celah mana pun aku tak tau.
Kalau jumpa, aku ingat esok nak call Ketua Muzium bubuh kat sana; lambang kegigihan. kah kah kah!
Thursday, May 16, 2013
#Teacher'sDay
Saya tak larat untuk pergi ke satu satu profile bekas guru guru saya di medan FaceBook ini. Ya, saya tak larat untuk PM "Hi, Teacher. Happy Teacher's Day. Keep your effort in order to build BetterNation".
Betul ni, saya tak larat. Entah macamana diluar dunia realiti sekarang; guru-guru saya ini mengajar penuh tekun, dedikasi, membahagikan masa antara keluarga sendiri dan anak-anak Malaysia yang sejuta satu macam perangai. Tanpa mengabaikan prinsip dan sumpah yang dilafaz dalam etika seorang pendidik.
Ya, cuma manusia yang kental untuk kehidupan sahaja mungkin memilih profession perguruan. Guru-guru, anda cool. Cool yang semua lapisan masyarakat dunia ini beri tabik yang level dia capai tahap legend. Ini serius.
Kepada rakan-rakan bergelar guru, guru guru sekolah rendah saya, guru guru sekolah menengah saya, guru guru IPT saya; guru guru kehidupan saya;
SELAMAT HARI GURU.
Saturday, May 11, 2013
#Perjalanan
Jauh betul berjalan
Angkuh.
Tak tengok kiri kanan.
Pandang depan, dongak ke langit.
Sampai kat hujung, berhenti.
Tak dak manusia dah.
Baru perasan,
Yang dekat belakang tadi ramai betul manusia.
Nak patah balik ke?
Sebab, tadi aku sombong sangat.
Senyum pun tidak.
Ya, kena patah balik.
Kembali ke gerombolan manusia.
Supaya ada teman bersembang.
Supaya ada teman bergelak.
Tapi, mana jalannya?
Ada sapa sapa nak tunjuk?
Tolong.
Wednesday, May 8, 2013
APA LAGI RAKYAT MALAYSIA NI MAHU?
- Sudah lama tidak mencoretkan perkongsian di sini. Perkongsian ilmu, perkongsian kehidupan, dan macam macam lagi.
- Usai PRU13 saya mempersiapkan diri; baik dari segi mental mahu pun fizikal. Saya mahu lihat indeks perubahan kematangan politik, mencabar diri dengan perubahan sejauh mana ia mampu ditampan dengan kolaborasi bangsa Malaysia dalam erti kata sebenarnya.
- Saya pendukung kepada non-partisan. Bagaimanapun, saya memilih untuk berpihak kepada non-BN. Kerana apa? Dukungan realistik yang saya percaya mampu mengubah mentaliti bangsa saya, bangsa MELAYU yang kerapkali bergantung kepada kuasa memerintah. Ya, bangsa ini lemah kerana terlalu lama didukung dan dimanjakan dengan kekebalan 153. Tulisan sahabat saya, "pertembungan MELAYU SUBSIDI". Mahu atau tidak, kita kena akur dengan realiti ini.
- Kawan-kawan, saya menulis bukan menunjukkan pemberontakan diatas kegagalan PR menerajui pimpinan negara kerana di pihak mereka juga perlu ada penambahbaikan; kesepakatan yang kerapkali dilaungkan, kolaborasi ke atas satu-satu keputusan yang kerapkali bercanggah. Saya memilih PR bukan kerana dendam kepada BN. Ya, saya membesar di atas jasa BN; tapi tidakkah kita sedar dimana Allah berjanji; rezekiNYA melimpah ruah di muka bumi atas izinNYA sendiri. Politik angkuh serupa sesetengah pemimpin BN buat saya muak. Bukan saya seorang. Malah, jika di kumpul keseluruhan majoriti undi jumlahnya pasti berjuta.
- "Always take side" kata Saudara Rafizi Ramli yang sudah menang majoriti undi Parlimen Pandan. Tahniah! Ya, Sdr. Rafizi juga memperoleh kesenangan dari Petronas, ini beliau tidak nafikan. Anak muda bernama, Rafizi Ramli buat saya terinspirasi. Fakta dan angka yang dilontar tepat dan kena dengan keadaan semasa. Tetapi, saya bukan seorang yang mudah disogok dengan angka dan fakta semata-mata. Saya buat "homework". Rata-rata, rakan rakan di dalam BN juga gerun dengan fakta yang diberi beliau. Dan bersetuju. Kenapa? Sebab, ianya RELEVAN!
- Okey, berbalik kepada isu relevan. Usai PRU13, keputusannya; "pahat masih berbunyi." Di pihak PR masih berbunyi "Bangla 1Malaysia". Saya terpana sekejap. Dengan warna kulit saya, katakanlah saya mengundi di kawasan panas yang dikatakan ada beberapa siri tangkapan warga Bangladesh; ada kah saya akan di gelar "woih, bangladesh mengundi?!" Pasti, saya akan saman malu. Jadi, pihak pihak yang sudah disalahsangka; saya sarankan anda pergi buat laporan polis. Saman malu. Tidak relevan kerana warna kulit dan wajah yang seakan akan serupa di cop pengundi hantu.
- Dipihak satu lagi, melalui media "mainstream" UTUSAN; terpampang secara jelas; "APA LAGI CINA MAHU?" Saya terkejut. Diakui, saya sudah tidak membaca akhbar Melayu sejak beberapa tahun lepas. Ya, tidak. Kalau ikutkan hati yang muak disogok berita perkauman; saya mahu saja tidak peduli. Tetapi, meneliti beberapa tulisan rakan berbangsa Cina; saya perlu tahu yang mereka seiya sekata memilih untuk menukar pimpinan. Jangan kata; Parti Cina MCA; mereka juga mahu semuanya diubah dengan mengekalkan beberapa struktur perlembagaan. Sifirnya mudah. Kuasa politik ini dikuasai media. Dan, media ini bebas memutarbelitkan semua fakta. They waiting this world to changed. Tapi, Melayu; melalui sogokan kuasa kuasa kita jadi lemah. Punca kita, DUIT.
- Kawan, saya menulis bukan mahu menghasut. Saya tahu Akta Keterangan 114A, saya fahami itu. Tindakan ekstrim bukan pilihan saya. Malah, saya tegas bila dirujuk isu BERSIH, dan lain lain tunjuk perasaan. Saya mahukan fakta relevan; relevan dengan apa yang saya percaya idealogi.
- Perlembagaan bukan tidak boleh dipinda. Tapi siapa berani? Samalah ceritanya tentang kerakusan Taib Mahmud; The Great Sarawakian. Tuduhan hanya tuduhan, tanpa dibawa ke muka pengadilan. Ada kes? Tak dak. Ada laporan? Tak dak.
- Dirujuk kes Cina-Melayu. Ada faktor-faktor yang saya boleh bersetuju. Bukan semua Cina jahat, bukan semua Melayu jahat. Bukan semua Melayu dapat subsidi. Bukan semua Cina conquer ekonomi. Percayalah, selagi wujudnya pengkelasan bangsa; selagi itu masalah perkauman ini mengembalikan kita kepada 13 Mei 1969. Selagi itu, eksterimis eksterimis bangsa akan dilahirkan dengan laungan semangat bangsa!
- Selain dari "TUKAR", APA LAGI RAKYAT MALAYSIA INI MAHU? Tanya diri sendiri; tulis dan catatkan untuk pedoman zuriat dan masa depan Malaysia sendiri. Bukannya terpekik bersungguh menuduh "Cina tak sedar diri!
Sunday, April 7, 2013
#SalamPutrajaya13
sampai masanya
bila tiba hari kemenangan.
anak muda,
tempat kita bukan lagi di jalanan.
anak anak muda aristokrat
biarkan mereka bergembira di pesta belia.
anak muda,
tanam dalam jiwa
pangkat dan jawatan bukan matlamat.
suara kita, generasi kita.
kita kutip semula
anak-anak gelandangan dari pelosok kota.
suara kemenangan kita gemakan takbir "allahuakbar"
ingat, satu masa dulu
kita berkelana.
kita terinspirasi dari lembah kehinaan.
dari ketidakadilan pemimpin sialan.
aku?
akan duduk disini.
memerhati cebisan-cebisan spirit zaman pengajian.
biar tidak dikutip, aku akan sentiasa tersenyum melihat kemenangan kalian!
#SalamPutrajaya13
bila tiba hari kemenangan.
anak muda,
tempat kita bukan lagi di jalanan.
anak anak muda aristokrat
biarkan mereka bergembira di pesta belia.
anak muda,
tanam dalam jiwa
pangkat dan jawatan bukan matlamat.
suara kita, generasi kita.
kita kutip semula
anak-anak gelandangan dari pelosok kota.
suara kemenangan kita gemakan takbir "allahuakbar"
ingat, satu masa dulu
kita berkelana.
kita terinspirasi dari lembah kehinaan.
dari ketidakadilan pemimpin sialan.
aku?
akan duduk disini.
memerhati cebisan-cebisan spirit zaman pengajian.
biar tidak dikutip, aku akan sentiasa tersenyum melihat kemenangan kalian!
#SalamPutrajaya13
Subscribe to:
Posts (Atom)






