Tuesday, February 15, 2011

zina mulut, khalwat hati.

diam.
lama sudah mulut aku berzina.
zina mencarut, zina mengomel bentuk-bentuk dara yang mengiurkan.
zina membebel carutan terpelajar.
macam celaka, sebab aku terlupa.
mulut untuk comolot, mengulum tetek dara.
ya, aku kasanova!

eh, dara ka si dara tu?
tak, tak!
aku bukan yang pertama, katanya.
tak kisah la, lagipun comolot tu sedap. enak!
bak kata pencinta terhebat abad 21, "dia pilih KLCCdowh!"
dunia kota kuala ibarat little western.

14th Feb?
aku suka dowh!
romen-romen la...! esok maulud nabi?
aku kan masih muda, esok-esok taubat la!
aku suka romen dowh!
aku suka comolot der!
next 9 months, ada la bibit-bibit kasih-sayang aku.
malam ni tinggalkan love bite je!
bulan 9? kan sweet september...!
anak tu aku lempar je...
tong-tong sampah melambak kat Malaysa ni!
orang Malaysia prihatin!
orang Malaysia penuh kasih-sayang!

mulut aku takkan berhenti berzina!

AL-RASHID:

khalwat hati.
aku akur.
setiap zaman, pendekatan berbeza.
bila sampai satu ketika, dalam kemodenan sebenarnya kembali ke zaman kejahilan.

aku akur.
aku kelu.
aku diam.
dalam hati tertahan, agar tidak melepas carutan.

"dalam sujud, aku berdoa semoga warga Islam ku tidak hina kerana zina"

berkhalwat.
sendirian bersama Tuhan.
bersama tok guru, kembali kepada ajaran.
semoga tegak di sirratul mustaqim.

khalwat, bikin aku tenang.
khalwat, bikin aku gusar melakukan benda terlarang.
khalwat, bikin aku senyum.
sedar,
     ada syurga, ada neraka.
     ada halal, ada haram.
tertulis di dalam kitab panduan kehidupan.

p/s:
alhamdullillah Tuhan, ketenangan ini bisa menenangkan setiap kesakitan dunia yang sudah aku hadap seharian!

Sunday, February 13, 2011

"write's block!"


  1. aku cuba nak menulis panjang, kebelakangan ni otak aku beku sikit. takde idea, kesibukan.
  2. macamni pun, aku amek masa yang lama untuk aku atur kesinambungan ayat.
  3. ok, aku da mati idea. 
  4. bye!

Tuesday, February 8, 2011

umpama meludah ke langit, terkena kahak sendiri II


hidup benar-benar complicated.
suka pada ganjaran.
tapi hati dan iman terlupa
allah tetapkan dua hukum, HALAL dan HARAM.

masih tertanya.
apakah ada jalan untuk aku mencari kepada yang hak.
sedang itu yang disuruh oleh islam.
aku bangga mengaku islam.
tapi apa yang aku kerjakan rupanya bayangan kapitalis! 
sial!
kalau tidak tersedar, neraka jahanam terbuka luas. tinggal setapak untuk aku masuk!

akhirnya, aku diam sendiri.
telan nasib, setelah menipu dan menganiaya saudara seagama.
mungkin bertentangan dengan polisi yang dikenakan.
but, i have a good muslim!
mungkin, aku perlu melangkah keluar.
mungkin!

ganjaran hebat!
tapi hati tidak tenang, apa guna kan?

dalam sendirian, teringat kata mama:
"biarlah kerja susah, asalkan dari hasil yang halal"
sendu. 
kalaulah mama tau anaknya hidup atas hasil haram
hiba hatinya menjawab pada tuhan rabbul.

p/s:
government tax + service tax + rounding system = haram! tak ramai insan menghalalkan 2sen @ 5sen yang di set by that fcuking machine!

Monday, February 7, 2011

catatan zaman kebodohan


sesekali bila aku lihat anak muda berpeleseran
terkenang pada satu masa
kenangan zaman kebodohan.


bila saat ini
aku rasakan seperti tiada kemaluan
atau, seolah nya berjalan dikhalayak tanpa pakaian.


bila saat ini juga
aku berharap Tuhan mengampunkan dosa silam
kalau tidak, aku hanya mampu berdiam
sehingga hari pengadilan.


hari itu sudah berlalu.
zaman kebodohan sudah tinggal kenangan.
kadangkala diceritakan sebagai pedoman kepada rakan.
tidak pernah berbangga.
cuma berharap kalau dapat kembali
aku mahu tulis sejarah diri dengan perkara yang baik-baik sahaja.
aku sudah tinggalkan bersama hati gelap.
kadangkala lorong hitam melukiskannya semula kepada anak kelahiran selepas aku.


tuhan,
ampunkan aku.
kalau dizaman kebodohan itu aku terlalu enak mengukir dosa!



Setiawangsa,
KUALA LUMPUR.

SEKSI.


putus sudah harapan untuk hidup.
tua, muda sama gila.
macam celaka!
pangkat, kuasa, harta dan wanita.


nun disana.
aku ingin tinggal bersama kesepian.
mungkin, kalau itu yang terbaik.
privasi.
kalau pun itu terlalu mudah untuk hilang dari kesibukan.


aku sudah penat
melihat keseksiaan yang terdedah.
aku ingin duduk bersama yang menutup aurat.
bersama DIA.
aku tahu tak ada lain manusia yang dapat ganti DIA.
senyumnya, jelingan, omelannya.
aku mahu semua privasi itu.


di hujung jalanan,
aku mencoret agar anganan ini akan abadi.
disisi sisa-sisa hidup yang kian penuh ranjau dosa percuma.


Setiawangsa,
KUALA LUMPUR.

Saturday, February 5, 2011

macam(macam) celaka!





macam celaka!
tak ada benda lain aku lakukan
penat seharian.
memerhatikan tingkah kelakuan luar kemanusiaan.

buang anak, bunuh sana.
romen-romen tau sedap!
agak celaka untuk negara yang masih kekal pegangan ISLAMnya!

macam-macam celaka!

p/s:
14th February? lagi la celaka! 

Thursday, February 3, 2011

gagal


kadangkala aku tertanya makna frasa KEHIDUPAN.
ada yang dangkal mengungkapkan perlu kekentalan menghadapi hidup.
itu yang menjadi persoalan. kental apa yang kalian maksudkan?


seringkali aku bertanya apa yang aku cari dalam KEHIDUPAN.
suka menjawab KEBAHAGIAAN.
jawapan yang buat ramai hilang kemanusiaan.
mereka lupa hidup tidak ada pilihan lain selain warna hitam-putih.


selalu aku ditanya yang aku buru untuk KEHIDUPAN.
aku terpinga. terkelu tiada jawapan.
rupanya hidup tiada jawapan lagi.
aku cuma teruskan kaki merantau KEHIDUPAN.



p/s:
gagal mencari jawapan KEHIDUPAN.