Sunday, April 7, 2013

#SalamPutrajaya13

sampai masanya
bila tiba hari kemenangan.
anak muda,
tempat kita bukan lagi di jalanan.

anak anak muda aristokrat
biarkan mereka bergembira di pesta belia.

anak muda,
tanam dalam jiwa
pangkat dan jawatan bukan matlamat.

suara kita, generasi kita.
kita kutip semula
anak-anak gelandangan dari pelosok kota.
suara kemenangan kita gemakan takbir "allahuakbar"

ingat, satu masa dulu
kita berkelana.
kita terinspirasi dari lembah kehinaan.
dari ketidakadilan pemimpin sialan.

aku?
akan duduk disini.
memerhati cebisan-cebisan spirit zaman pengajian.
biar tidak dikutip, aku akan sentiasa tersenyum melihat kemenangan kalian!

#SalamPutrajaya13

Monday, March 18, 2013

#HadiahHariJadi

aku terjaga dari tidur.

aku lihat bayangan silam dari satu sisi bernama 'mimpi'

aku nampak si dia yang pernah aku rindukan.

aku pimpin si dia yang pernah aku tinggalkan.

dia senyum. matanya berkaca.

mungkin ini apa yang dikata, "senyum tangisan".


aku lihat si dia disisi, yang jadi rusuk kiri.

aku senyum.


dunia ini takkan pernah cerita apa yang jadi pada masa depan;

sebab,

derita adalah dia.

bahagia adalah kita.


mana ada manusia yang bahagia sendirian, ye dak?

Wednesday, March 6, 2013

#PERWIRA KU.

kata orang,
sayangkan isteri tingal-tinggalkan.

kadang mulut yang bicara tu,
tak macam apa yang otak kata.
cakap pakai lutut memang mudah.
cuba kena atas muka sendiri
dalam satu hari dari status Facebook dah boleh buat buku.

orang kita,
bukan semua tulis guna ilmu dan fakta.

berapinya bukan main.
kata bijak pandai,
"dia punya pandai tak boleh nak ikut, bodoh dia tak boleh nak di ajar"


semua hal negara, konon-konon dia tahu.
konon-konon.
heh.

perwira ku,
janji dah sumpah setia pertahan negara
khianat tak pernah, jangan.
pergi kalian, selangkah pergi kami doakan.
pedulikan suara-suara jalang.
suruh saja mereka standby jawapan, jawap depan Tuhan masa pembalasan.

insyaallah,
kami pahatkan ini sebagai pengajaran.
semoga kedamaian meniup kelembutan mematikan kezaliman mahkamah nafsu manusia.



Tuesday, February 26, 2013

#BuatSehabisBaik

Sepanjang gua hidup selama hampir 24 tahun ni entah berapa juta kali gua kena pesan; "buat sehabis baik." Habis yang macamana? Baik yang macamana? Paling tidak, kalau tak kena gaya memang jadi "asal boleh" dan "asal siap"

Realiti.

Mak gua pesan, buat satu-satu benda ni kena bersungguh, jangan sekerat jalan. Orang tua-tua begitu lah. Pesannya berdasarkan pengalaman. Pengalaman yang buruk; mungkin. Entahlah.

Orang bunuh diri pun punya pilihan untuk bunuh diri sehabis baik. Bunuh diri paling bergaya. Dan, kita yang biasa-biasa ni takkan nak buat benda biasa-biasa untuk kehidupan yang panjang ye dak? Betullah, dalam hidup nak senangkan orang lain bukan kerja mudah. Serius. Soalnya macam, kurus salah; gemuk pun salah. Jadi, kehidupan kita penuh serba salah, sebab nak puaskan orang sekeliling.

Yang penting, pilihan dekat kita. Bila kau usaha untuk satu-satu impian, kau pasti nak buat sehabis baik; paling smooth dan paling bergaya. Kau boleh jual segala ability yang kau ada, kemahiran yang kau ada. Jangan sampai jual maruah dah la. HAHAHA! Betul? Bak kata Zahiril Adzim, "kalau tak mampu 'kejar' impian, jalan pun boleh".


Yang ini, boleh 'jalan'dengan bergaya. heh.

Wednesday, February 20, 2013

Pangkal Rahim Industri Yang Bakal Aku Tinggalkan.

Lama aku termenung depan monitor ni sebelum aku mulakan penulisan. Aku duduk diam, rasa nak menulis tapi idea tak nak keluar. Jalang. Tak sundal langsung idea malam ni. 

Okey, first of all; akan bakal tinggalkan pangkal rahim yang aku dah duduk selama 11 tahun. Ini pedih. Seriously, pedih. Aku banyak rasa sepak terajang dari industri ni. Aku belajar bercakap, tatacara pengucapan khalayak dan perkhabaran dari industri ni sendiri. Caci maki pun aku belajar dari sini. Pengalaman terbaik datang dari jalanan mungkin perkhabaran yang paling layak. Paling layak untuk macai-macai kehidupan juga pelacur macam aku dan kau orang semua.

Aku banyak lacurkan masa muda aku dalam industri ni. Kerja keras, jual ability dan idea. Jual maruah je aku tak pernah buat sepanjang 11 tahun ni. Orang kata, dan tilikan-tilikan yang pernah aku cerita tahun lepas, ada 50% benarnya. Bukan nak percaya sangat, tapi benda tu buat aku teringat. heh.

Perpindahan ni mungkin ada baiknya. Mana tau dapat tutup sikit mulut petualang kehidupan. Yang hidupnya macam parasit, sentiasa mahu fikir kesenangan diri sendiri. Dan, semoga kerja-kerja kehidupan aku tak dijahanamkan dengan perangai celaka industri. KetentuanNYA, inshaALLAH.

Oh ya, aku tak sabar nak tunggu 21st February. Cuti panjang oi! ASSALAMUALAIKUM dunia!

Wednesday, February 13, 2013

Jika Esok Saya Pergi....

Jika esok saya pergi,
awak dah tak susah nak kejutkan untuk solat Subuh.

Jika esok saya pergi,
awak dah tak tergeliat nak pujuk-pujuk kalau saya masih merajuk.

Jika esok saya pergi,
awak dah tak perlu kusut kalau saya asyik marah-marah.

Jika esok saya pergi,
awak kena cari pengganti. tak hensem macam saya pun tak apa.
saya nak dia sayang awak sama macam  saya sayang awak.

Jika esok saya pergi,
tolong jaga bunga terakhir ni elok-elok.

Jika esok saya pergi,
awak kena kuat. jangan nangis.
masa tu saya dah tak ada nak kesat air dekat mata awak.

Jika esok saya pergi,
didik anak dengan peribadi yang elok. ajar dia doa sama untuk saya.


Jika esok saya pergi,
saya nak awak tau jika Allah izin saya masuk syurga 
saya akan bawa awak, pimpin tangan awak dan kita jalan masuk Jannah sama-sama.
heh.


Friday, February 8, 2013

#BabiDalamIndustri

bukan fed up dengan industri
tapi perangai babi pemain industri buat jadi bosan.

kau boleh pijak, kau boleh caci
sampai orang bawah rasa terpuruk, rasa kena benci.
lantas dia angkat kaki.

satu orang bawa pergi hati
mungkin kau dah boleh senang hati
mungkin sangat kau bangga buat perangai babi.

bawahan bukan anjing.


cerita pasal babi dalam industri bukan sekali dua aku hadap. telan je nasib, telan satu-satu.