Wednesday, February 20, 2013

Pangkal Rahim Industri Yang Bakal Aku Tinggalkan.

Lama aku termenung depan monitor ni sebelum aku mulakan penulisan. Aku duduk diam, rasa nak menulis tapi idea tak nak keluar. Jalang. Tak sundal langsung idea malam ni. 

Okey, first of all; akan bakal tinggalkan pangkal rahim yang aku dah duduk selama 11 tahun. Ini pedih. Seriously, pedih. Aku banyak rasa sepak terajang dari industri ni. Aku belajar bercakap, tatacara pengucapan khalayak dan perkhabaran dari industri ni sendiri. Caci maki pun aku belajar dari sini. Pengalaman terbaik datang dari jalanan mungkin perkhabaran yang paling layak. Paling layak untuk macai-macai kehidupan juga pelacur macam aku dan kau orang semua.

Aku banyak lacurkan masa muda aku dalam industri ni. Kerja keras, jual ability dan idea. Jual maruah je aku tak pernah buat sepanjang 11 tahun ni. Orang kata, dan tilikan-tilikan yang pernah aku cerita tahun lepas, ada 50% benarnya. Bukan nak percaya sangat, tapi benda tu buat aku teringat. heh.

Perpindahan ni mungkin ada baiknya. Mana tau dapat tutup sikit mulut petualang kehidupan. Yang hidupnya macam parasit, sentiasa mahu fikir kesenangan diri sendiri. Dan, semoga kerja-kerja kehidupan aku tak dijahanamkan dengan perangai celaka industri. KetentuanNYA, inshaALLAH.

Oh ya, aku tak sabar nak tunggu 21st February. Cuti panjang oi! ASSALAMUALAIKUM dunia!

No comments: