Thursday, December 22, 2011

Selamat UlangTahun Kelahiran Mama.


mama,
kalau usia 57 tahun mu itu dapat aku tintakan
maka kaulah heroin paling mahal dalam dunia.
engkaulah permaisuri teragung yang Allah cipta.


mama,
jika usia 57 tahun itu adalah emas
engkau lah dinar yang sentiasa berkembang
dari nilai yang tak pernah turun.


mama,
dalam setahun singkat kejayaan dunia ku ini
engkau adalah pendukungnya
engkau adalah pembimbingnya
kekentalan jiwa mu membesarkan anak sedegil aku
menjadi inspirasi anak yang berjiwa besar dalam diri sendiri.


mama,
jika sepanjang hidup mu membesarkan kami kau kerap dicaci
dewasa ini, aku bangkit memberi sedikit puji.


mama,
jikalau kau mahu tahu
sepanjang kedewasaan ini juga, aku tak pernah salahkan kamu mahupun masa lalu.
jiwa aku takkan sebesar ini jika hidup selalu dipuji
aku takkan mampu berdikari jika selalu dimanjai.


mama,
jikalau  ahli firasat mampu membaca hati ini
engkaulah ahli firasat itu.
jikalau sang pencinta itu memberi cinta setulus hati
engkaulah sang pencinta itu.


mama,
jika aku disamping mu, jarang aku kucup pipi mu
di kejauhan seperti ini saat-saat jiwa sedang kejatuhan, terasa benar ingin dipelukkan mu.


mama,
di saat ini, di ulang tahun kelahiran kamu
aku cuma mahu kamu tahu, jikalau ALLAH beri MUHAMMAD sebagai rahmat teragung
maka, kamu juga teragung dalam diri dan hati aku.


aku mungkin anak mu yang tidak punya apa-apa, cuma mampu menulis puisi selamat ulangtahun kelahiran mama....
SELAMAT HARI JADI MAMA......




p/s:
"jika Santa itu benar-benar wujud, ingin sekali aku pinjam tunggangannya dan membawa mama bersiar di angkasa raya....kalau mampu, sehingga LANGIT KE TUJUH, pasti."






Thursday, December 15, 2011

tentang cinta lagi.


  1. Ini mungkin bukan masanya berjiwang atau bermadah cara celaka. Bagi aku setelah lama tidak menulis panjang untuk blog ni, rasanya semacam penting untuk aku sendiri meluahkan pengalaman, bercerita tentang apa yang kau panggil CINTA. Kebiasaan yang sememangnya normal.
  2. Mungkin, kita selalu dengar orang cakap, "ah cinta-cinta.macam celaka je kau", "benda mengarut lagi kau nak sembang kencang". Adat. Itu cakap-cakap orang yang tak pernah mendapat. Tapi, hari-hari aku tengok kau up status cinta kat Facebook serabut jugak otak aku. HAHAHA
  3. Dalam menyelusuri cinta, banyak perkara aku dah belajar. Pernah dulu aku sendiri; adakalanya rasa puas hati kerana tidak perlu menjaga hati sesiapa dan kebanyakkannya aku rasakan SEPI. macam celaka betul rasa masa tu. Hal-hal cinta ini, bagi aku bila kau melihat KECANTIKKAN lebih dari segalanya, maknanya kau buta. Senang cerita, kecantikkan akan hilang bila sel-sel di muka mula mati, sama macam matinya perasaan sayang kau sendiri. "kecantikkan itu palsu", kata seorang sahabat aku. 
  4. Adakalanya aku sendiri kelu macamana seorang "aku" ni gagal tunjukkan kasih sayang walaupun aku dah dapat seorang yang boleh jaga dan sayang aku macam yang mak aku buat. Kasih sayang dalam percintaan ni biasalah macam saham. Ada masa-masa dia punya untung buat kau bahagia bertahun-tahun tapi sekali dia jatuh, memang buat kau melarat.
  5. Walaupun, ramai yang melihat LELAKI harus berperanan sebagai main love player tapi dalam kebanyakkan perkara, aku lebih melihat kawan-kawan lelaki aku HIDUP SEBAGAI BONEKA CINTA. Bunyinya semacam pelik, seolah-olahnya tiada konek. Realiti. Bagaimana aku melihat kehidupan kawan-kawan; makanan dihantar, bila sakit makanminum disuap, bila belajar dihantar ke muka pintu tapi hakikatnya 'sakit' yang dipendam sendiri. Korang faham kan makna tu? Aku pernah rasa sebab tu aku berani tulis. Meletakkan hati sendiri kepada orang lain dengan harapan; kau dibalas benda yang sama, adalah KHAYALAN paling celaka dalam hidup lelaki. Percayalah, kau boleh campak harapan tu sekarang. Nak sayang berpada-pada, kawan. Cukup dengan kau realisasikan benda yang tak kau rancang, jangan ikut sangat kehendak hatinya.
  6. Ramai antara kawan aku ungkapkan, "untung la, ada orang jaga", "ye la, member dah ada yang punya.mana nak ingat member kan?" Come on, dude. Bila lagi kau nak cari bahagia sendiri? Berdiri relaks dengan harapan Tuhan bagi sorang cinta depan-depan kat kau memang tak la kan? Kalau Tuhan jenis senang-senang nak membagi macam tu je tanpa perlu manusia berusaha, dah lama Al Quran tu turun sebijik complete kat depan Nabi tanpa perlu berdakwah selama 23 tahun. See?
  7. Ini hakikat. Macamanapun kau pernah jatuh terpuruk kerana kecewa, life must go on. Nak melupakan tu memang sakit. Nak ubati hati sendiri tu, bukan senang. Itu, aku pernah rasa dulu. Umpamanya, kau nak tidur tapi tak boleh tidur.Tapi bila kau dah tidur kau rasa macam tak nak bangun lagi. Gampang.
  8. Untuk kawan-kawan yang percaya bahagia cinta tu perlu kau korbankan wang, masa, dan sebagai kau perlu percaya, "cinta memang satu pelaburan.untung lebih, rugi sakit.cuma terpulang pada cara atau skim yang macamana kau main."


 "it's unplanned but it's true."
"Cinta itu percuma. Percuma untuk semua. Tuhan tak cas enam persen pun untuk cinta yang manusia ni terima. Buatlah apa pun dengan cinta asalkan ke jalan kebaikkan. Carilah cinta. Usaha cari cinta untuk dapatkan pasangan. Atau lebih tepat, the right partner. Ni bukan kisah Adam dan Hawa mahupun kisah Nur Kasih. Siti Khadijah tu walaupun dah menjanda, masih mencari cinta, rezeki dan takdir dia cintanya itu ada pada Rasulullah SAW. "
- Aqram, LensaRosak.