Thursday, May 16, 2013

#Teacher'sDay


Saya tak larat untuk pergi ke satu satu profile bekas guru guru saya di medan FaceBook ini. Ya, saya tak larat untuk PM "Hi, Teacher. Happy Teacher's Day. Keep your effort in order to build BetterNation"

Betul ni, saya tak larat. Entah macamana diluar dunia realiti sekarang; guru-guru saya ini mengajar penuh tekun, dedikasi, membahagikan masa antara keluarga sendiri dan anak-anak Malaysia yang sejuta satu macam perangai. Tanpa mengabaikan prinsip dan sumpah yang dilafaz dalam etika seorang pendidik.

Ya, cuma manusia yang kental untuk kehidupan sahaja mungkin memilih profession perguruan. Guru-guru, anda cool. Cool yang semua lapisan masyarakat dunia ini beri tabik yang level dia capai tahap legend. Ini serius.

Kepada rakan-rakan bergelar guru, guru guru sekolah rendah saya, guru guru sekolah menengah saya, guru guru IPT saya; guru guru kehidupan saya;

SELAMAT HARI GURU.

Saturday, May 11, 2013

#Perjalanan


Jauh betul berjalan
Angkuh.
Tak tengok kiri kanan.
Pandang depan, dongak ke langit.

Sampai kat hujung, berhenti.
Tak dak manusia dah.
Baru perasan,
Yang dekat belakang tadi ramai betul manusia.

Nak patah balik ke?
Sebab, tadi aku sombong sangat.
Senyum pun tidak.

Ya, kena patah balik.
Kembali ke gerombolan manusia.
Supaya ada teman bersembang.
Supaya ada teman bergelak.

Tapi, mana jalannya?
Ada sapa sapa nak tunjuk?
Tolong.

Wednesday, May 8, 2013

APA LAGI RAKYAT MALAYSIA NI MAHU?



  1. Sudah lama tidak mencoretkan perkongsian di sini. Perkongsian ilmu, perkongsian kehidupan, dan macam macam lagi. 
  2. Usai PRU13 saya mempersiapkan diri; baik dari segi mental mahu pun fizikal. Saya mahu lihat indeks perubahan kematangan politik, mencabar diri dengan perubahan sejauh mana ia mampu ditampan dengan kolaborasi bangsa Malaysia dalam erti kata sebenarnya.
  3. Saya pendukung kepada non-partisan. Bagaimanapun, saya memilih untuk berpihak kepada non-BN. Kerana apa? Dukungan realistik yang saya percaya mampu mengubah mentaliti bangsa saya, bangsa MELAYU yang kerapkali bergantung kepada kuasa memerintah. Ya, bangsa ini lemah kerana terlalu lama didukung dan dimanjakan dengan kekebalan 153. Tulisan sahabat saya, "pertembungan MELAYU SUBSIDI". Mahu atau tidak, kita kena akur dengan realiti ini.
  4. Kawan-kawan, saya menulis bukan menunjukkan pemberontakan diatas kegagalan PR menerajui pimpinan negara kerana di pihak mereka juga perlu ada penambahbaikan; kesepakatan yang kerapkali dilaungkan, kolaborasi ke atas satu-satu keputusan yang kerapkali bercanggah. Saya memilih PR bukan kerana dendam kepada BN. Ya, saya membesar di atas jasa BN; tapi tidakkah kita sedar dimana Allah berjanji; rezekiNYA melimpah ruah di muka bumi atas izinNYA sendiri. Politik angkuh serupa sesetengah pemimpin BN buat saya muak. Bukan saya seorang. Malah, jika di kumpul keseluruhan majoriti undi jumlahnya pasti berjuta.
  5. "Always take side" kata Saudara Rafizi Ramli yang sudah menang majoriti undi Parlimen Pandan. Tahniah! Ya, Sdr. Rafizi juga memperoleh kesenangan dari Petronas, ini beliau tidak nafikan. Anak muda bernama, Rafizi Ramli buat saya terinspirasi. Fakta dan angka yang dilontar tepat dan kena dengan keadaan semasa. Tetapi, saya bukan seorang yang mudah disogok dengan angka dan fakta semata-mata. Saya buat "homework". Rata-rata, rakan rakan di dalam BN juga gerun dengan fakta yang diberi beliau. Dan bersetuju. Kenapa? Sebab, ianya RELEVAN!
  6. Okey, berbalik kepada isu relevan. Usai PRU13, keputusannya; "pahat masih berbunyi." Di pihak PR masih berbunyi "Bangla 1Malaysia". Saya terpana sekejap. Dengan warna kulit saya, katakanlah saya mengundi di kawasan panas yang dikatakan ada beberapa siri tangkapan warga Bangladesh; ada kah saya akan di gelar "woih, bangladesh mengundi?!" Pasti, saya akan saman malu. Jadi, pihak pihak yang sudah disalahsangka; saya sarankan anda pergi buat laporan polis. Saman malu. Tidak relevan kerana warna kulit dan wajah yang seakan akan serupa di cop pengundi hantu.
  7. Dipihak satu lagi, melalui media "mainstream" UTUSAN; terpampang secara jelas; "APA LAGI CINA MAHU?" Saya terkejut. Diakui, saya sudah tidak membaca akhbar Melayu sejak beberapa tahun lepas. Ya, tidak. Kalau ikutkan hati yang muak disogok berita perkauman; saya mahu saja tidak peduli. Tetapi, meneliti beberapa tulisan rakan berbangsa Cina; saya perlu tahu yang mereka seiya sekata memilih untuk menukar pimpinan. Jangan kata; Parti Cina MCA; mereka juga mahu semuanya diubah dengan mengekalkan beberapa struktur perlembagaan. Sifirnya mudah. Kuasa politik ini dikuasai media. Dan, media ini bebas memutarbelitkan semua fakta. They waiting this world to changed. Tapi, Melayu; melalui sogokan kuasa kuasa kita jadi lemah. Punca kita, DUIT. 
  8. Kawan, saya menulis bukan mahu menghasut. Saya tahu Akta Keterangan 114A, saya fahami itu. Tindakan ekstrim bukan pilihan saya. Malah, saya tegas bila dirujuk isu BERSIH, dan lain lain tunjuk perasaan. Saya mahukan fakta relevan; relevan dengan apa yang saya percaya idealogi. 
  9. Perlembagaan bukan tidak boleh dipinda. Tapi siapa berani? Samalah ceritanya tentang kerakusan Taib Mahmud; The Great Sarawakian. Tuduhan hanya tuduhan, tanpa dibawa ke muka pengadilan. Ada kes? Tak dak. Ada laporan? Tak dak.
  10. Dirujuk kes Cina-Melayu. Ada faktor-faktor yang saya boleh bersetuju. Bukan semua Cina jahat, bukan semua Melayu jahat. Bukan semua Melayu dapat subsidi. Bukan semua Cina conquer ekonomi. Percayalah, selagi wujudnya pengkelasan bangsa; selagi itu masalah perkauman ini mengembalikan kita kepada 13 Mei 1969. Selagi itu, eksterimis eksterimis bangsa akan dilahirkan dengan laungan semangat bangsa!
  11. Selain dari "TUKAR", APA LAGI RAKYAT MALAYSIA INI MAHU? Tanya diri sendiri; tulis dan catatkan untuk pedoman zuriat dan masa depan Malaysia sendiri. Bukannya terpekik bersungguh menuduh "Cina tak sedar diri!