Thursday, April 30, 2009

Sajak: Seorang Tua Di Pondok Rumbia

Seorang tua merenung jauh

Dari pondok rumbia

Airmata bertitisan di pipinya

Yang cengkung tak bermaya

Mengenang anak yang melemparnya

Jauh, terlalu jauh…

Di sudut pedalaman hati mereka

Saat sepinya,

Seringkali terlayar sebuah kenangan, saat dia

Menebar kasih sayang

Demi anak yang di cintai

Bukan kemewahan yang dimahukan

Cukup sekadar ingatan dan kasih sayang

Seorang tua itu

Di pondok rumbianya

Dengan kudrat yang dikerat pisau waktu

Dengan diri ditimpa kekecewaan

Demi kasih yang tak pernah keruh

Masih mengharap syurga ditelapaknya

Bahagia dari kasih anaknya

Kerana, yang pasti

DIRINYA AKAN DIJEMPUT PULANG

DIRINYA AKAN DIPANGGIL KEMATIAN

TINGGALLAH ANAK YANG KIAN HILANG DARI PANDANGAN!

23 OGOS 2006

Monday, April 27, 2009

Catatan Dari Labuan: "Terakhir Di Sisi Mu!"

Salam Semua.

Mungkin ini adalah bingkisan dan catatan terakhir aku dari Labuan sebelum aku kembali ke Kota Bharu untuk meneruskan pengajian. Kali ini, aku akan bercerita mengenai hidup. Ya, hidup aku dan sahabat lain 3tahun kebelakangan ini.

Kesempatan bertemu sahabat zaman persekolahan dulu buat aku bersyukur akan apa yang aku hadapi kala ini. Tidak semewah golongan elit, bukan miskin hina seperti pengemis jalanan. Tapi, hidup aku sederhana penuh cerita pahit, manis yang menambah pengalaman usia dewasa. Saat ini, baru aku sedari; banyak sahabat aku yang dulunya pernah gembira, duka bersama membawa haluan masing-masing.

Ada yang berhijrah ke luar menruskan proses penggalian ilmu, ramai pula yang berhijrah mengejar kemewahan, mengejar keseronokan anak remaja. Sesuatu yang mengejutkan aku, ada yang berhijrah kerana hati yang kecewa! C’on bro, sampai bila harus lari dari berdepan dengan reality?! Ada juga, antara sahabat aku menjawat title best student STP 2008, for example Subrie. Tahniah, sahabat!

Dalam entri aku beberapa hari lepas, aku ada bercerita tentang seorang sahabat yang bagi aku ceritanya cukup buat aku benar-benar bersyukur dengan apa yang aku hadapi hari ini. Bukan mahu membezakan atau mengutuk akan apa yang beliau hadapi tapi aku cuba membawa keazaman dan harapan sahabat yang satu ini supaya mereka yang terbaca bersyukur dengan nikmat memasuki alam IPT. Bukan semua orang bernasib baik untuk menjengah dunia IPT kalau tiada hati mahu berubah; betul tak?!

Sepanjang aku bercuti di Labuan, ada khabar yang menggembirakan, ada yang membuat aku berduka dan berfikir sejenak. Antaranya:

1. Sahabat aku yang study di politeknik KK sibuk dengan sesi praktikal mereka. And, most of them back to Labuan for their practical session. Good luck my friends!

2. Sahabat aku, Asmadi kini telah berhenti belajar dan bekerja dengan kerajaan. Khabarnya, baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan local Labuan. Tahniah sahabat!

Itu adalah sebahagian cerita gembira. Ada khabar sedih bila aku bertanya tentang seorang sahabat perempuan aku l*za**t*. Entah apa penghujung cerita sahabat aku ini. Digantung tidak bertali! Entahlah, punya otak yang cerdik belum tentu menentukan hidup yang gemilang kalau hanyut dengan dunia….

Begitu juga dengan sahabat-sahabat lelaki aku yang lain. Bukan mahu berkata kejayaan telah aku genggam; tidak! Yang pasti, aku mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri dan juga orang-orang yang aku kenali.

Bukan senang mahu bergelar orang yang berjaya! Bak kata pepatah, “kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”! Jangan kerana pepatah “ulat dalam batu pun boleh hidup” kita terus terumbang-ambing tanpa kemudi…

Apa yang harapkan, setiap yang hadir; baik buruk kita jadikan panduan. Setiap yang hadir itulah takdir. Tapi, jangan serahkan nasib dan perjuangan hidup kepada takdir semata-semata. Keluar dari kepompong kejahilan adalah hijrah terbaik yang patut kita lakukan!

Selamat Berjaya kepada diri, keluarga dan sahabat!

Wassalam.

Saturday, April 25, 2009

Catatan Dari Labuan: Cerita Seorang Member!

Salam Semua.
Pagi tadi aku ada jejalan la dengan sahabat lama aku Cha Ong a.k.a Mohd Yazri Mertin. Kira, beliau ni member aku sejak kecil lagi. Arwah nenek aku dengan arwah nenek beliau sahabat baik. Mak aku dengan mak beliau kenal baik. Adik-beradik beliau aku kenal sangat-sangat. Beliau ni aku kenal sejak bermastautin di Labuan, kira-kira 15 tahun dahulu. So, masing-masing sangat la memahami. Bukan seperti orang bercinta tau! hahahahaahha! Cerita aku kat sini, masa aku upload gambar beliau kat lap top aku, then compared with pic when we was at 17; aku perasan something wrong with his appearance. Nak tau ape? Beliau kelihatan begitu slim dengan gambar terbaru! Pergh, macam tak pecaya aku! Aku betanya, mata aku yang kabur or memang realitinya begitu?! Realiti, bai! Aku sengaja je simpan gambar terbaru beliau, sebab ni kali pertama beliau spent aku! hahahhahahah Aku penah tanya, samada beliau ni penah jalani pembedahan buang lemak, jawapannya tak penah. Boleh pecaye ke? Pelik, pelik... Ye ar, dunia dah maju zaman dah berubah katakan... Ape yang aku tahu, beliau ni tetiba menghilangkan diri tanpa khabar sejak dari last paper SPM 2006 dulu. Tup, tup beliau da wat futher study kat Politeknik KK. Pastu, tetiba kurus plak tu! Mana aku tak heran! hahahahahaha! So, the answer is in his hands! Korang compare la that pictures!
Gambar time 2006, last paper SPM. Latest picture! Kurus kan? p/s: Ong, ko penah operate lemak bah kan? hahahahaahaha! Jangan marah! At least, aku abadikan kenangan kali pertama ko belanja aku dari Deen's Restaurant to Pagayaman Pit Stop! Peliknya, ko berabes makan jua! hahahahaahahahaha! ;p

Thursday, April 23, 2009

Catatan Dari Labuan: Welcome To Blogspot Mr. Piko!

Salam Semua.
Hari ni, dalam keboringan yang melanda aku dapat tau Mr. Piko da join blog! hahahahahaha So, now I wish you Mr. Piko a.k.a Datu Mohd Syafiq; "welcome to the club!" Aku bukan seorang blogger yang punya pengalaman hebat tapi experience beberapa bulan ini, bergelumang dengan dunia blog buat aku sedikit punyai ilmu tentangnya. Blog ko tu perlu sedikit perubahan, sesuai dengan jiwa music ko. Aku cukup berbangga bila tengok entri ko yang menghargai jasa Tun Datu Mustapha(datuk ko) dengan mengetengahkan gamabr yang jarang dikeluarkan media tempatan. Mungkin sebelum ni, umum tidak mengetahui yang Arwah Tun punya bakat dalam bermain alat music. So, sesapa yang nak berkenalan dengan sahabat aku ni boleh link kepada http://www.d2piko61sinister.blogspot.com.!

Wednesday, April 22, 2009

Catatan Dari Labuan: Berkunjung Ke SEMELA

Salam Semua.
Hari ini, membangkitkan semua kenangan segar tatkala diri masih bergelar pelajar SEMELA. Biarpun, keseluruhannya telah berubah hampir 100% bahkan ada infrastruktur yang masih dalam pembinaan tapi kenangan masa bergelar pelajar itu masih segar. Masih terbayang saat bergurau bersama sahabat dan juga taulan perjuangan. Bahkan, aku cukup terharu bila kunjungan ini masih merasai sapaan mesra mereka yang bergelar "GURU" kepada aku. Wah, maknanya "kefamesan" aku masih belum tergugat! hahahahahaahahah Bercerita dan melepakkan diri sebentar di bilik PK HEM, Pn. Siti cukup mengingatkan aku ketika selalu berulang-alik ke Pejabat Am yang da macam pejabat rasmi bebudak kelas 5B 2006. Kalau aku ke Pejabat Am mesti diiringi pengawal tidak berbayar seperti Raziman, Yahya, Ramdan! hahahaha! Bahkan, masih terdengar di telinga leteran seorang manusia bernama "GURU"! Budak nakal katakan! hahahahahaha Mungkin, kami tidak bernasib baik kerana Tn. Pengetua; En. Sahar Misron menyertai kursus induksi di Kota Kinabalu bersama Pn Dona. Kalaulah, ada kesempatan berjumpa mungkin ada beberapa perkara yang aku inginbincangkan bersama beliau, Insyaallah. Kalaulah, beliau terbaca bingkisan ini, mungkin boleh satu pertemuan diatur, siapa tahukan? heheheheh Kesempatan tu, aku mengambil gambar kenangan bersama dengan beberapa orang guru di bilik guru. So, check it out!
Pintu Masuk Ke SEMELA Barisan Piala Yang Menjadi Kebanggaan Warga SEMELA Buku Antalogi Puisi Yang Memuatkan Karya Tuan Pengetua "SEPULAU SEKASIH KITA" L-R: Cikgu Fazidah, Cikgu Nurfiah, Aku, Eddie L-R: Subrie, Cikgu Nurfiah, Eddie

Tuesday, April 21, 2009

Catatan Dari Labuan: Sesekali Bila Kita Teringat...

Salam Semua.
Hari nie, 2 kali aku update blog ni. Bukan apa, baru sebentar tadi aku menerima comment dari seorang sahabat dari laman sembang MySpace. Comment yang benar-benar mengusik rasa, mencuit hati biarpun kala ini jiwa aku betul-betul kacau! Comment yang mengingatkan aku kembali ke zaman kecil dulu! Hahahahaha! Sekarang aku bisa tersenyum dan tersengih sendirian.... Check it out!
korang mesti ingat mase sekolah rendah dulu: - kat sekolah ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. - kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. - RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm.... - pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. - main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! - pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. - cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. - bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. - time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... - main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. - jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. - takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... - balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon. - Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu... - Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 Give a Comment 'bout this !

Catatan Dari Labuan: Penantian Satu Seksa!

Salam Semua.
Erm, baru kini aku faham maksud penantian. Menanti sesuatu yang tidak pasti kemungkinannya. Mungkin ya, mungkin tidak. Bukan senang memahami sesuatu maksud kehidupan yang masih kabur dari pandangan hakiki. Mungkin kini, ada yang mencebik, ada yang tidak memahami satu penantian yang sedang aku nantikan. Bukan semua orang selalu berdepan dengan masalah macam ni. Mungkin aku antara orang yang "di bertuahkan" untuk berdepan masalah begini. hohohhohho Buat macam biasa?! Huh, seminit dua mungkin boleh rasa aman, next minutes?! Full-stop!

Monday, April 13, 2009

Catatan Dari Labuan:Cerita Seorang Teman

Sebentar tadi, bertemu sahabat lama. Pertemuan pertama selepas hampir setahun aku meninggalkan Labuan. Banyak cerita yang baru yang ketahui tentang si polan (sahabat lama yang lain) dengan si polan yang satu lagi, si polan itu, ini; si polan lagi! Kemudian, cerita beralih kepada kehidupan peribadi sepanjang 3tahun berlalu ini.

Aku seperti biasa bercerita tentang kembara yang satu ini; tentang kegagalan, pengalaman baru, kejayaan, kesilapan! Huh, betapa aku suka bercerita! Hahahaha! Sahabat ini, termenung seketika… mungkin memikirkan “kehebatan” cerita aku atau mungkin…

“erm…u are lucky my friend” aku pon tergamam sekejap.

“c’on, what’s wrong with u?”

Rupa-rupanya sahabat ini kesal dengan nasibnya. Katanya, mungkin ini balasan dari etika “kemalasan” yang kami amalkan sewaktu alam persekolahan lagi. Aku cuba memujuk dengan etika professionalism yang aku pelajari.

“dunia ini masih luas, kawan. bekerja pun satu dari proses pembelajaran…”

“yup, correct! tapi, takkan sama dari situasi…”

Ish, aku semakin keliru dengan sahabat yang satu ini, menjadi semakin “emo” mungkin 3 tahun berlalu ini. Ya, it’s about time, Rashid! People can change!

Lama aku terdiam sama, menyusun kata-kata supaya jiwa sahabat ini tenang dengan kata-kata yang aku luahkan. Sahabat ini, sama seperti tadi tidak seperti permulaan perbualan kami.

Ya, situasi yang tegang berakhir dengan satu senyuman lesu beliau. Diluahkan bersama keluhan berat.

Aku cuba bersuara.

“c’on, kalau ko ada masalah just tell me.. what are friends for, man?!”

Beliau, bercerita tentang .hidup! Ya, hidup kami selepas 3 tahun lalu. Katanya, aku antara yang bernasib baik; maksudnya panjang langkah ke alam IPT. Beberapa sahabat lain menyambung ke tingkatan 6. Sahabat ini, masih terus dengan kekesalannya yang pernah angkuh jika tiada diploma/ijazah pun masih mampu bekerja di off-shore company tanpa berfikir bekerja dilapangan itu pun masih memerlukan kelulusan. Paling koman pun SPM with pass in English.

Kata-kata sahabat ini, membawa aku kembali ke alam persekolahan dulu. Lewat 2006 dulu…. Aku pernah berpesan kepada sahabat yang lain, biar manapun kita malas jangan sesekali serahkan nasib dan masa depan kami yang masih kabur kepada takdir semata-mata. Ada yang terdiam, ada yang mencebik… entahlah, yang pasti aku mahukan yang terbaik dalam hidup bersama sahabat lain. Bukan mahu merendahkan martabat mereka apalah sangat bekerja dalam lapangan “off-shore” kalau setakat menjadi kuli di tanah snediri.

Aku tak nafikan yang sedikit sebanyak syarikat seperti ini memberi peluang pekerjaan yang baru dan banyak kepada penduduk tempatan Labuan. Tapi, takkan dari engkau muda sampai umur 50 puluh masih di takuk lama. Memegang title “pemegang SPM pencen”!?

Yang untung, mereka yang duduk di kerusi selesa di atas sana.!

“erk…apesal ko pon termenung gak?”

Aku sekadar melepaskan keluhan berat…. Sedar, ada satu perkara yang perlu aku semaikan dalam minda anak Labuan selepas ini. Perubahan minda?! Mampukah masa merubah pemikiran? Atau minda ini sekadar mampu menongkah arus teknologi semasa? Tanpa ada perubahan?!

“bro, kalau boleh aku tak nak apa yang aku lalui adik-adik aku laluinya juga”

“kalau boleh, biar aku sorang yang berpanas, berhujan mencari rezeki”

Ada sedikit pilu dibalik sesalan sahabat aku ini. Atau, aku sorang je yang terkhayal melebihkan emosi sendiri?!

Tidak, ada titikan arimata dikelopak mata sahabat ini!

“da la wei!”

“mungkin masa tu kita masih muda…”

Aku memintas kata-katanya,

“sekarang ni pun aku muda lagi, tak tau ar ko!” hahahaha!

Ada sedikit carikan senyum dibalik muka beliau. Tapi, hingga ke penghujung pertemuan tadi, sahabat ini masih terus berkhayal agar mampu masa berpatah kembali ke alam persekolahan dulu. Dan, aku terus mengeluarkan hujah perdana semasa! Berharap, masa ini dan seterusnya sahabat ini tidak akan mengalah kepada takdir!

Tapi, kesalan beliau, airmata sahabat ini buat aku berfikir sepanjang malam…

“BERNASIB BAIKKAH AKU?!!”

pertemuan dengan sahabat,

pagayaman pit stop

9 pm-12.45 a.m

wp labuan

9 april 2009