Sebentar tadi, bertemu sahabat lama. Pertemuan pertama selepas hampir setahun aku meninggalkan Labuan. Banyak cerita yang baru yang ketahui tentang si polan (sahabat lama yang lain) dengan si polan yang satu lagi, si polan itu, ini; si polan lagi! Kemudian, cerita beralih kepada kehidupan peribadi sepanjang 3tahun berlalu ini.
Aku seperti biasa bercerita tentang kembara yang satu ini; tentang kegagalan, pengalaman baru, kejayaan, kesilapan! Huh, betapa aku suka bercerita! Hahahaha! Sahabat ini, termenung seketika… mungkin memikirkan “kehebatan” cerita aku atau mungkin…
“erm…u are lucky my friend” aku pon tergamam sekejap.
“c’on, what’s wrong with u?”
Rupa-rupanya sahabat ini kesal dengan nasibnya. Katanya, mungkin ini balasan dari etika “kemalasan” yang kami amalkan sewaktu alam persekolahan lagi. Aku cuba memujuk dengan etika professionalism yang aku pelajari.
“dunia ini masih luas, kawan. bekerja pun satu dari proses pembelajaran…”
“yup, correct! tapi, takkan sama dari situasi…”
Ish, aku semakin keliru dengan sahabat yang satu ini, menjadi semakin “emo” mungkin 3 tahun berlalu ini. Ya, it’s about time, Rashid! People can change!
Lama aku terdiam sama, menyusun kata-kata supaya jiwa sahabat ini tenang dengan kata-kata yang aku luahkan. Sahabat ini, sama seperti tadi tidak seperti permulaan perbualan kami.
Ya, situasi yang tegang berakhir dengan satu senyuman lesu beliau. Diluahkan bersama keluhan berat.
Aku cuba bersuara.
“c’on, kalau ko ada masalah just tell me.. what are friends for, man?!”
Beliau, bercerita tentang .hidup! Ya, hidup kami selepas 3 tahun lalu. Katanya, aku antara yang bernasib baik; maksudnya panjang langkah ke alam IPT. Beberapa sahabat lain menyambung ke tingkatan 6. Sahabat ini, masih terus dengan kekesalannya yang pernah angkuh jika tiada diploma/ijazah pun masih mampu bekerja di off-shore company tanpa berfikir bekerja dilapangan itu pun masih memerlukan kelulusan. Paling koman pun SPM with pass in English.
Kata-kata sahabat ini, membawa aku kembali ke alam persekolahan dulu. Lewat 2006 dulu…. Aku pernah berpesan kepada sahabat yang lain, biar manapun kita malas jangan sesekali serahkan nasib dan masa depan kami yang masih kabur kepada takdir semata-mata. Ada yang terdiam, ada yang mencebik… entahlah, yang pasti aku mahukan yang terbaik dalam hidup bersama sahabat lain. Bukan mahu merendahkan martabat mereka apalah sangat bekerja dalam lapangan “off-shore” kalau setakat menjadi kuli di tanah snediri.
Aku tak nafikan yang sedikit sebanyak syarikat seperti ini memberi peluang pekerjaan yang baru dan banyak kepada penduduk tempatan Labuan. Tapi, takkan dari engkau muda sampai umur 50 puluh masih di takuk lama. Memegang title “pemegang SPM pencen”!?
Yang untung, mereka yang duduk di kerusi selesa di atas sana.!
“erk…apesal ko pon termenung gak?”
Aku sekadar melepaskan keluhan berat…. Sedar, ada satu perkara yang perlu aku semaikan dalam minda anak Labuan selepas ini. Perubahan minda?! Mampukah masa merubah pemikiran? Atau minda ini sekadar mampu menongkah arus teknologi semasa? Tanpa ada perubahan?!
“bro, kalau boleh aku tak nak apa yang aku lalui adik-adik aku laluinya juga”
“kalau boleh, biar aku sorang yang berpanas, berhujan mencari rezeki”
Ada sedikit pilu dibalik sesalan sahabat aku ini. Atau, aku sorang je yang terkhayal melebihkan emosi sendiri?!
Tidak, ada titikan arimata dikelopak mata sahabat ini!
“da la wei!”
“mungkin masa tu kita masih muda…”
Aku memintas kata-katanya,
“sekarang ni pun aku muda lagi, tak tau ar ko!” hahahaha!
Ada sedikit carikan senyum dibalik muka beliau. Tapi, hingga ke penghujung pertemuan tadi, sahabat ini masih terus berkhayal agar mampu masa berpatah kembali ke alam persekolahan dulu. Dan, aku terus mengeluarkan hujah perdana semasa! Berharap, masa ini dan seterusnya sahabat ini tidak akan mengalah kepada takdir!
Tapi, kesalan beliau, airmata sahabat ini buat aku berfikir sepanjang malam…
“BERNASIB BAIKKAH AKU?!!”
pertemuan dengan sahabat,
pagayaman pit stop
9 pm-12.45 a.m
wp labuan
No comments:
Post a Comment