Salam Semua.
Mungkin ini adalah bingkisan dan catatan terakhir aku dari Labuan sebelum aku kembali ke Kota Bharu untuk meneruskan pengajian. Kali ini, aku akan bercerita mengenai hidup. Ya, hidup aku dan sahabat lain 3tahun kebelakangan ini.
Kesempatan bertemu sahabat zaman persekolahan dulu buat aku bersyukur akan apa yang aku hadapi kala ini. Tidak semewah golongan elit, bukan miskin hina seperti pengemis jalanan. Tapi, hidup aku sederhana penuh cerita pahit, manis yang menambah pengalaman usia dewasa. Saat ini, baru aku sedari; banyak sahabat aku yang dulunya pernah gembira, duka bersama membawa haluan masing-masing.
Ada yang berhijrah ke luar menruskan proses penggalian ilmu, ramai pula yang berhijrah mengejar kemewahan, mengejar keseronokan anak remaja. Sesuatu yang mengejutkan aku, ada yang berhijrah kerana hati yang kecewa! C’on bro, sampai bila harus lari dari berdepan dengan reality?! Ada juga, antara sahabat aku menjawat title best student STP 2008, for example Subrie. Tahniah, sahabat!
Dalam entri aku beberapa hari lepas, aku ada bercerita tentang seorang sahabat yang bagi aku ceritanya cukup buat aku benar-benar bersyukur dengan apa yang aku hadapi hari ini. Bukan mahu membezakan atau mengutuk akan apa yang beliau hadapi tapi aku cuba membawa keazaman dan harapan sahabat yang satu ini supaya mereka yang terbaca bersyukur dengan nikmat memasuki alam IPT. Bukan semua orang bernasib baik untuk menjengah dunia IPT kalau tiada hati mahu berubah; betul tak?!
Sepanjang aku bercuti di Labuan, ada khabar yang menggembirakan, ada yang membuat aku berduka dan berfikir sejenak. Antaranya:
1. Sahabat aku yang study di politeknik KK sibuk dengan sesi praktikal mereka. And, most of them back to Labuan for their practical session. Good luck my friends!
2. Sahabat aku, Asmadi kini telah berhenti belajar dan bekerja dengan kerajaan. Khabarnya, baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan local Labuan. Tahniah sahabat!
Itu adalah sebahagian cerita gembira. Ada khabar sedih bila aku bertanya tentang seorang sahabat perempuan aku l*za**t*. Entah apa penghujung cerita sahabat aku ini. Digantung tidak bertali! Entahlah, punya otak yang cerdik belum tentu menentukan hidup yang gemilang kalau hanyut dengan dunia….
Begitu juga dengan sahabat-sahabat lelaki aku yang lain. Bukan mahu berkata kejayaan telah aku genggam; tidak! Yang pasti, aku mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri dan juga orang-orang yang aku kenali.
Bukan senang mahu bergelar orang yang berjaya! Bak kata pepatah, “kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”! Jangan kerana pepatah “ulat dalam batu pun boleh hidup” kita terus terumbang-ambing tanpa kemudi…
Apa yang harapkan, setiap yang hadir; baik buruk kita jadikan panduan. Setiap yang hadir itulah takdir. Tapi, jangan serahkan nasib dan perjuangan hidup kepada takdir semata-semata. Keluar dari kepompong kejahilan adalah hijrah terbaik yang patut kita lakukan!
Selamat Berjaya kepada diri, keluarga dan sahabat!
Wassalam.
5 comments:
MUs .. bila balik Kelantan.. Minggu depan ada LISC 09.. 1 hingga 3 Mei.. Gergitan TEAM ada turun buka gerai... kalau ada masa jenguk la...
Salam,
Gagak, aku balik Kelantan 29hb ni
Nada rezeki untuk berjumpa. Insyaallah, ada masa kita jumpa
;p
Asmadi dah bertunang ke? Wah senyap2 jer mamat tuh, tak inform i pun... Hari tu I sms dia on his birthday pun dia tak balas, dah tukar hp ke, dok simpan duit nak kawin kot? tunang dgn Maria ke? Maria buat apa skrg?
insaf plak nace ni..dan aku merenung diri sndiri..baru juga aku post entri pasal IPT ni..em..kit abdaningkan diri bukan untuk mmbangga cuma menambah apa yang kita kurang lagi.mngambil pengjarandan mmberi pengajaran kepada orang lain juga..
(banyak kisah kan bila dah lama tak pulang)
Salam Semua,
Madam,
Sepanjang I kat sini, tak rajin g jumpa Asmadi. Sibuk ngan keja.
Erm, Maria ke nama tunang dia tu?
fahana_ann,
Satu cerita yang benar-benar buat aku ingin memahami makna perjuangan hidup sebenar-benarnya!
;p
Post a Comment