Salam Semua.
Hari ini, membangkitkan semua kenangan segar tatkala diri masih bergelar pelajar SEMELA. Biarpun, keseluruhannya telah berubah hampir 100% bahkan ada infrastruktur yang masih dalam pembinaan tapi kenangan masa bergelar pelajar itu masih segar.
Masih terbayang saat bergurau bersama sahabat dan juga taulan perjuangan. Bahkan, aku cukup terharu bila kunjungan ini masih merasai sapaan mesra mereka yang bergelar "GURU" kepada aku. Wah, maknanya "kefamesan" aku masih belum tergugat! hahahahahaahahah
Bercerita dan melepakkan diri sebentar di bilik PK HEM, Pn. Siti cukup mengingatkan aku ketika selalu berulang-alik ke Pejabat Am yang da macam pejabat rasmi bebudak kelas 5B 2006. Kalau aku ke Pejabat Am mesti diiringi pengawal tidak berbayar seperti Raziman, Yahya, Ramdan! hahahaha!
Bahkan, masih terdengar di telinga leteran seorang manusia bernama "GURU"! Budak nakal katakan! hahahahahaha
Mungkin, kami tidak bernasib baik kerana Tn. Pengetua; En. Sahar Misron menyertai kursus induksi di Kota Kinabalu bersama Pn Dona. Kalaulah, ada kesempatan berjumpa mungkin ada beberapa perkara yang aku inginbincangkan bersama beliau, Insyaallah. Kalaulah, beliau terbaca bingkisan ini, mungkin boleh satu pertemuan diatur, siapa tahukan? heheheheh
Kesempatan tu, aku mengambil gambar kenangan bersama dengan beberapa orang guru di bilik guru. So, check it out!
Pintu Masuk Ke SEMELA
Barisan Piala Yang Menjadi Kebanggaan Warga SEMELA
Buku Antalogi Puisi Yang Memuatkan Karya Tuan Pengetua
"SEPULAU SEKASIH KITA"
L-R:
Cikgu Fazidah, Cikgu Nurfiah, Aku, Eddie
L-R:
Subrie, Cikgu Nurfiah, Eddie
3 comments:
doraemon bolehlah..huhu..cuma boleh mengenang kembali dan tertawa sendiri..hehe.bile plak aku nak ke sekolah menengah yang dah dtinggalkan3 tahun lebih ni..rindu nak ke sana tapi belum kumpul gerombolan nak pergi..
Hui. Rindu Gak AKu Kat Labuan. Aku Skolah Sane Dari Darjah 1 Sampai Darjah 4. Sekolah Aku Dulu SRK Pekan 1. Ade Lagi Ke Skolah Tu Ek?? Hui.. Rindu Btul Lah. Nak Gerak Labuan Gakla Nanti. Cuti2 Malaysia. Hehe..
Salam,
fahana_ann,
Berdoalah, mudah-mudahan hajat tu termakbul!
;p
Qaiyum,
Bro, sekolah tu masih terus wujud sehingga kini dan bergelar sekolah elit Labuan. Antara seklah cemerlang Labuan.
Sekolah tu jugak musuh tradisi seklah rendah aku dulu! hahahahahaha!
Kalau da sampai Labuan tu inform ar, mana tau kita boleh bertemu di sini. Insyaallah ;p
Post a Comment