Wednesday, December 24, 2008

Kenangan Di SEMELA 2002-2006

Satu memori yang pasti kalau boleh ingin aku ulangi... Tiba aku di SEMELA, lantas mengubah persepsi diri yang satu ketika dulu cukup cetek memerhatikan alam kehidupan dari sudut yang positif. Entah kenapa tergerak hati ingin mencoretkan kembali kenangan itu. Mungkin kerana terlihat kelibat Cikgu Zaki di Jln Bayam aritue bersama kereta Altis plat LB kot??? hehehehe... Yang aku tau, telinga ni cukup terasa rindu pada leteran, nasihat, pesanan juga motivasi mereka. Walaupun satu ketika dulu, ianya perkara yang amat tidak digemari!!! Hahahaha... Lets me start the story.... 2002. Bemula era anak remaja di SEMELA!!! That year, aku diempatkan di kelas Amanah(kelas budak pandai tu!!! heheheh...) bersama ngan Mira= cousin+classmate. Yang paling aku ingat, Pn. Jumah merangkap guru kelas 1Amanah 2002. First time jumpa Cikgu jumah ni actually buat aku kecut perut tau. Mane tak, bile Cikgu ni bertempik agak-agak boleh dengar sampai kat Masjid Lajau tu!!! hahahaha!!! Tapi, Cikgu Jumah ni tahan gempak gak ngan kegilaan pelajar SEMELA. Layan beb!!! While, seorang guru yang aku rasa paling digeruni warga SEMELA pastinya jatuh kepada Ms. Punitha Malar a/p Murugesu(namanya aku ingati dengan baik!!!). Mana tak, keganasannya 'singa' ni memang tak ade tandingan!!! Namun, keganasan beliau akhirnya tergugat dengan satu tragedi dalam kelas Bakti dimana beliau terjatuh dari atas kerusi!!! hahahaha!!! Time tu, SEMELA masih belum menggunakan kerusi plastik sepenuhnya. Samada tragedi itu dirancang atau tak, aku pun tak pasti. Yang aku tau, petang tu Ms. Punith ni jatuh gak kat kantin sebab lantai licin. Pergh, kalau aku ade time tu memang bantai gelak ar!!! Hahahahha!!! Erm, begitu lucu tragedi tu pun; takder sorang pelajar yang berani gelak kuat-kuat tau. Macam bebudak kelas Bakti bagitau diorang macam nak terkencing sebab tahan gelak sampai waktu rehat!!!! Masih segar dalam memori otak ni, waktu awal perkenalan; sume still memalu g. Paling tak bley blah, Zulfikar!!! Sabah bah!!! Hahahaha!!! Sembang gune ayat skema dowh!!!! Perkenalan aku pun makin bertambah... Helmi, P-jal, Subrie dan lain-lain yang aku tak mampu sebut nama korang. Walaupun, aku ditempatakan bersama golongan bijak, tapi tak bermakna aku ni bijak tau.. Performance, setakat ok-ok je... Performance aku tahun tu, kurang menyerlah sedikit kerana implementasi aktiviti ko-kurikulum SEMELA kurang menggalakkan ditambah dengan sistem pembelajaran yang berasaskan 2 sesi. So, aku pun terpaksa bersaing ngan hebat nak challenge bebudak bijak ni. hehehe... Finally, sehingga ke 2004 aku masih berada di kelas Amanah. Alhamdullillah... 2003. Masih dikekalkan bersama kelas Amanah. Tahun tu, aku bergerak aktif dalam aktiviti drama English (group pertama SEMELA), koir dan aktiviti unit beruniform(PKBM LAUT). Mengenai drama group, kami adalah kumpulan pertama SEMELA yang memegang amanah mewakili sekolah dalam pertandingan drama Bahasa Inggeris di Sek. Men. Sains Labuan. Pergh, boleh kate aku bangga gak!!! Hahahaha!!! Walaupun tak menang award on that day, tapi kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menambah pengalaman. At least, ia mengajar aku supaya tidak mnyerah kalah sebelum mencuba sehabis baik. Terima kepada coordinator, Mdm Azimah and his husband Sir Naiman yang tidak jemu memberi nasihat juga motivasi. Bagi aku, SEMELA dipenuhi dengan guru-guru yang komited, rajin, dan penuh dengan keazaman!!! Kalau tak, kenapa mengapa memilih rofesion ni betul tak??? Mengenai PKBM(L), dibawah kendalian BK PPP (GI) Pauzi bersama penasihat Cikgu Firlii(hehehe...) aku dicalonkan untuk menyertai Perkhemahan Tahunan PKBM LAUT di Telok Senangin, Lumut. Guru pengiring plak, tak lain tak bukan BK PSSTLDM Naiman Ghazali(Sir Naiman). Time kat Lumut tu, Sir Naiman punish aku ngan sorang lagi anggota PKBM cuci muka ngan air lopak!!! Hahahaha!!! Semua tu kerana aku cuai time latihan kawad. Anyway, biasa ar. As a military man, jiwa kena kebal, tak boleh give up. Menyertai unit PKBM ni, sedikit sebanyak membentuk diri agar sentiasa yakin, tabah juga bersedia menghadapi apajua cabaran mendatang!!! Ceh, ayat power seyyhh!!! hahahaha!!! Aku cukup berterima kasih kepada guru-guru SEMELA yang pernah meletakkan harapan dan dorongan kepada aku agar terus berusaha mencapai kejayaan. 2004. Setahun yang penuh ngan macam-macam dugaan!!! Tahun tu, aku mula bergerak lebih aktif dimana aku mula menyertai line-up Majalah SEMELA sebagai cameraman. Tahun yang sama gak, aku ambik PMR. Waktu tu, memang terasa going down sikit. Mane tak, tutorial melambak especially subjek Sejarah(Cikgu Maimon). Apepun, tahun tu aku diberi tanggungjawab mengkoordinasi majlis perpisahan guru kelas aku(Cikgu Norita) yang menyambung pelajaran selama setahun di Kuala Lumpur. Pada mulanya, memang aku berasa tidak yakin. Namun, sokongan AJK yang dilantik majlis tu berlangsung dengan lancar dan dipuji oleh Pn. Dona(bangga ni!!! hehehe...) Paling membanggakan, aku memecahkan rekod menewaskan *Ranniey dengan membolot anugerah akhir tahun subjek Sejarah!!! Akhirnya, aku berjaya gak naik ke pentas untuk menerima anugerah!!! Hahahaha!!! Kalau aku tak silap, majlis tu berlangsung kat Ballroom, Manikar Beach Resort. Memang grand gak majlis tu.... Erm, waktu peperiksaan makin dekat terasa tension sedikit. Takut-takut, gagal beberapa subjek yang aku kurang menyerlah seperti Science and Maths. Finally, aku lulus gak dengan keputusan cukup makan jew... hehehehe... *Ranniey- khabarnya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan/sains kalau tak silap. Anyway, congratulations bro!!! 2005. Aku bergelar upper form student!!! Walaupun aku layak untuk bergelar pelajar Sains, tapi aku lebih selesa dan yakin memasuki bidang Sastera, antara bidang yang aku minati. Kemasukkan aku dan beberapa sahabat lain ke aliran Sastera sebenarnya tidak disnangi mereka yang pernah bersama aku di kelas Amanah dulu. Takder masa depan kate diorang!!! Hahahaha!!! Mase depan, ita yang corak. Nak tak nak je masalahnya. Ape punya teori, langsung tak bley guna!!! Yang aku tau, aku bersungguh membuktikan kejayaan milik aku!!! hahahaha!! Dah memang terbukti, budak Sastera paling menyerlah tau!!! Forum, Debate hampir kesemuaya pernah aku join,walaupun tak menang. Tapi, aku membuktikan kami juga mampu mengatur dan mengolah kejayaan melalui cara lain. Kemasukkan ke dalam kelas Bakti awal tahun tu, kemudiannya diberi amanah menjadi ketua kelas!!! Undi majoritinya disokong penuh 'penduduk asal' Bakti!!! hehehe.. Lawaknya, my twin dilantik menjadi penolong ketua kelas!!! hahahhaa!!! Anyway, senang nak deal. Aku kan abang!!!(ayat DiGi) Aku ade satu citer yang tak diketahui mana-mana pihak kecuali budak kelas aku dan budak 4Amanah. Ianya melibatkan satu peristiwa besar dalam SEMELA yang mana ia disebabkan oleh bebudak Sastera!!! Hahahaha!!! Tak yah citer la ek??? 10 tahun lagi, baru aku akan ceritakan. Insyaallah... Tahun tu, aku masih lagi bersama line up Majah SEMELA, masih jua dengan jawatan yang sama; yakni cameraman. Tip top gak time tu... heheheehe... Bersama dengan kesibukan tu, aku still gak naik pentas terima anugerah akhir tahun matapelajaran Sastera Melayu. Still gak ngansikap bersenang-lenang, honeymoon year katekan!!! hahahhaa!!! (p/s: jangan ikut sikap ni). Apepun, ia masih dikategorikan sebagai sesuatu yang menarik. Aktif, produktif, dan semue tif-tif aku cuba. Bab sukan jew low sikit. 2006. Penghujung yang gemilang!!! Kalau boleh tahun tu, aku nak slow down ngan aktiviti. Tapi, nak wat camane ade harapan, juga di dorong minat dalam diri. Tahun tu, masih lagi memegang jawatan ketua kelas. Namun, jawatan penolong ketua kelas bertukar tangan kepada Ct Khatijah a.k.a minah rock!!! Hahahaha!!! So, class pun bertambah gempak ngan lawak semulajadi. Hehehe... Tahun tu, jawatan aku dalam Majalah SEMELA was upgraded as editor at the same time school cameraman. So, means banyak gak keja tahun tu. Lebih-lebih lagi nak amek SPM!!! Memang, aku akui taht year perfomance aku memang go down!!! Malas datang class, Monday-mood!!! Perangai memang teruk!!! Tapi, motivasi tak turun tau. Dalam hati, masih mahu memegang kejayaan. Sesuatu yang bermakna, tahun tu aku menang anugerah pelajar Sastera 2 tahun berturut-turut, anugerah Nilam(Anugerah Emas), my twin anugerah Perak and Mira(my cousin) menang anugerah Gangsa!!! Hahahaha!!! Satu keturunan!!! hahahahaha!!! Juga menang anugerah pembaca terbanyak. Tidak sia-sia budaya yang diterapkan mak aku sejak kami kecil lagi. Tahun tu jugak, aku dinaikkan pangkat ke Bintara Kanan PKBM setelah berkursus di Telok Senangin selama hampir seminggu. Satu pengabdian yang tidak sia-sia. Yang pasti, aku cukup merasa puas dengan apa yang aku peroleh. Juga kepada Pn. Norasiah, guru kelas terakhirku di SEMELA yang tidak henti-henti memotivasikan kelas beliau. Paling aku tidak lupa, Tuan Pengetua Cikgu Sahar; seorang ketua yang bagi aku very closed with his staf and students. Meskipun memegang title bos di SEMELA tapi beliau ni still boleh face to face with others such as student. Alhamdullillah, sehingga kini aku masih berhubungan dengan beliau baik samada menggunakan SMS(semuanya di hujung jari), mahupun di alam maya. Semoga perkenalan antara guru-pelajar ni berkekalan sampai bila-bila. 2008. Kini, aku menyambung pelajaran di International University College of Technology Twintech dalam jurusan Pengurusan Hotel. Biarpun, diri ini hampir-hampir tidak mahu melanjutkan pelajaran kerana kecewa tidak dapat memasuki UPNM. Namun, segala telah tersurat rezeki aku ada di sini. Mungkin, selepas graduate need to get involved in reserved unit. Insyaallah... Macamanapun, peristiwa itu cukup berharga buat diri. Kalaulah, aku tak diberi peluang dan dorongan, who's know what will be??? Di sini, dikala diri dilanda sindrom kemalasan aku cuba mencantumkan kembali kenangan di SEMELA lebih-lebih lagi leteran cikgu-cikgu di sana. Apatah lagi, bila mendengar tentang cerita Cikgu Zamri yang kini menyambung pelajaran(Sarjana) secara separuh masa, buat diri ni kembali bersemangat untuk bersaing!!! Semangat kalian sentiasa ku bawa bersama!!! Pentup. Terakhirnya, aku mengucapkan jutaan kasih-sayang terima kasih kepada guru-guru SEMELA yang memberi harapan dan dorongan di kala diri hampir tewas. Walaupun, ada antara sahabat aku tewas di awal peperangan. Tanpa kalian, tidak akan hadir satu kenangan penuh makna buat diri. Sesungguhnya, kenangan di SEMELA sungguh membahagiakan!!! Semestinya, diri ini begitu teringin menemukan kembali semua sahabat bersama dengan guru-guru SEMELA. Bila agaknya kita akan bertemu kembali??? Buat adik-adik yang masih meneruskan kecemerlangan di SEMELA, rebutlah peluang yang diberi. Jangan sesekali disia-siakan peluang itu. Peluang baik takkan datang bergolek!!!

13 comments:

amiechomel said...

zaman sekolah memang indah! apa lagi kalau dpt geng2 and cikgu2 yg sekepala dgn kita kan? i masih berhutang cerita 1st team drama tu, nantilah bila dah kurang sibuk, i cerita kat blog.

p/s ada ke sir naiman denda u basuh muka dgn air lopak? mcm tak caya je. tapi kalau betul, tahniah la! merasa gak kenangan macam tu kan? hehehe...

Al-Rashid Zulkefli said...

hutang??? ye ke???

memang ade, tapi tak amek ati pun. besa ar, dalam tentera kena lasak sikit.
heheheheh

agak2 ble la dapat kumpul balik team drama dulu??
hehehee

amiechomel said...

yela utang, dulu u mintak i cerita pasal our drama team, tapi i belum cerita lagi...

i dah tanya sir, dia tak berapa ingat dah... dah banyak sangat denda orang kot.

i pun TERINGIN sangat nak kumpul SEMUA sekali my drama team dari SEMELA 2003 - 2007 + my new drama team dari LeBEST 2008. Sure gempak habis and keluar mcm2 cerita suka duka. U rancanglah... And buat kat semenanjung!

Al-Rashid Zulkefli said...

hehehhe..
Mesti ar sir tak ingat, tpy yang kena denda ingat sokmo!!! hahahaha
satu pengajaran yang berguna..


buat kt semenanjung???
insyaallah,sebab hampir sume diorang sambung study kt cni, contohnya:
zulkarnain(UMP)
Rosmin(Tahfiz, kelantan)

amiechomel said...

zulkarnain kat UMP? Anak sedara I, anak sepupun I, semua pun kat sana... Tapi tak pernah terjumpa Zulkarnain. Mesti makin handsome skrg budak tu....

Rosmin masuk tahfiz? Serious? Mcm tak caya je.

Yg lain2 mana? Frezzullian? Joe? Mira? Etc... Nandung dah anak berapa? Eh where's your twin now? Your brother Umar? Ha... Semua nak tanya nih...

Al-Rashid Zulkefli said...

seriously, jadik budak tahfiz!!!
kenapa, tak pecaya???
hahhahaa
since December 20006,tu yang dye tetiba ilang dari labuan.

joe kat politeknik, amek accounting
mira kat IPB, KL also taking in business
my twin da keje. After I finish my studies, baru dye blajar blik.
my bro da keje JB-KL-singapore, now struggle to build his business. very workaholic person!!!
frezzulian hilang tnp dikesan.
heehehehehe...


nandung??? tak tau ar. Berita terakhir I dengar last Jun. Request to divorce with his husband.

amiechomel said...

OMG! Naper pulak jadi gitu si Nandung tu? Ya Allah... Dia kerja tak? Last I jumpa dia last year masa nak raya kat Layangan, I was in my car, ujan renyai2, dia pegi tegur I sambil dukung baby yg baru berapa bulan. Tekejut I tengok dia bwk baby dlm ujan... Hai... Sabor jelah... I hope everything will turn out right for her, doakan yg terbaik, jgn la sampai bercerai berai...

Al-Rashid Zulkefli said...

Her baby now,dye tak amek kisah. jiwa muda katakan. Tak puas enjoy kot...

Sekarang ni(berita dari labuan) macam da divorce. Sebab diorang slalu nampak nandung ngan lelaki lain jalan sama-sama. Betul tak betul, tak tau plak.

Mudah-mudahan tak macam diorang kata. Sebenarnya, I tak sampai hati nak citer pasal nandung ni. Banyak citer since his wedding... Nty, ade mase I citer

amiechomel said...

Eh tak perasan tadi, mirae kat KL gak ye? Dia masih pakai nombor lama ke? Dah lama dia menyepi, sibuk belajar agaknya. Tapi korang memang macam tu, tenggelam timbul, ni nasib baik ada blog, kalau stail sms je mcm dulu memang timbul time nak raya je la...

Ada satu hari tu i teringat sangat kat Pagayaman Pit Stop, and bila teringat kat Pagayaman sure teringat kat korang. Now bila balik Labuan, u all tolong2 lagi tak kat situ?

Al-Rashid Zulkefli said...

a'ah, mira kat kl tpy da tukar nombor baru. Mdm nak ke nombor phone mira??? Skrg ni, mira cuti kat labuan.

Pagayaman???
Tak tahu ar, maybe tolong g kot. Post terakhir I kat c2 supervisor katering. memang meletihkan keje tu. hehehehehe....

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]software to purchase to, [url=http://sunkomutors.net/]software distribution data store[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] www macromedia com software flashplayer7 Pro Mac Retail
nero 7 essentials [url=http://sunkomutors.net/]discount software review[/url] software to buy in
[url=http://sunkomutors.net/]serial nero 9[/url] nero 9 download
[url=http://sunkomutors.net/]buy macromedia dreamweaver 8[/url] 8 Mac
cheap software visual [url=http://sunkomutors.net/]for oem software[/b]

Anonymous said...

uii shazul...pnjg banar kisahmu atu..hahahah...ko nda masukn crita ku kah genk???k la gud luck prend..tg iklas bpb mohammed abbie rouzelly.....☻♥☺♠♣♦•◘○

Anonymous said...

bulih ku salah taip lg ah...sory2