Esok, 2009 akan menaikkan tirai permulaan cerita hidup kita. 2008 yang aku tinggalkan hari ini penuh dengan cerita yang menjadi pemangkin kekuatan diri. Alhamdullillah, sulit mana sekalipun kehidupan ni; hidayah ALLAH juga kekuatan spiritual diri semuanya berjaya dilalui. Benda baik takkan datang bergolek!!! Fikir-fikirkanlah, kalau kita tak berusaha berdoa, istiqamah semuanya tak datang dengan sendiri. perlu diingat, apa yang kita lalui jika kita imbas kembali, kita fikirkan pasti ada hikmah juga teladan yang boleh kita ambilkira sebagai satu proses kematangan hidup. Kolum kali ni, aku muatkan sedikit cerita juga gambar sepanjang 2008.
CERITA TENTANG TWINTECH KELANTAN
Penghujung Jun 2008, aku menyambung kembali pengajian yang terhenti selama hampir 4 bulan. Bukan sesuatu yang mudah memulakan kembali setelah lama 'bercuti'. Hahahaha!! Anyway, I always try my best!!! Perkenalan dengan senior-senior yang boleh tahan gak kepala diorang buat aku kembali excited untuk belajar kembali!!!! Memulakan hidup baru di K.Bharu ni, satu kejutan budaya gak bagi aku. Manisnya makanan, juga cara hidup mereka buat aku tertekan pada awal kehidupan disini. Hahaahah!!! Biasalah kan, hidup sebelum ni banyak terdedah dengan dunia 'tanpa sempadan'. Namun, masih jua ada kekurangan pada corak kehidupan mereka. Corak hidup yang sederhana, kadangkala bagi aku diorang ni seolah-olah selesa dengan kehidupan yang seakan tiada perubahan. Erm, terserah pada persepsi korang tu cuma sedikit persepsi seorang anak kembara(aku la tu...hehehee)
Twintech Kelantan seperti yang aku tulis sebelum ni, cukup 'sederhana'!!! hahahhaha!!! Mungkin da jadik tipikal pengurusan Twintech kot??? Entahlah.. Terlalu banyak pro dan kontra disini. Pernah jugak aku menghantar surat kepada KPT(awal tahun 2008); namun tiada respon dikemukakan. Karenah birokrasi??? Mungkin jugak... Anyway, kalau benar kami teraniaya, biar saja aku tuntut di Padang Mahsyar kelak. Wallahualambissawab..
Sebenarnya, aku cukup mengagumi pemilik empayar Twintech Holding(Professor Datuk Dr. Ismail), seorang yang kurang kemampuan. Anak tempatan, OKU yang bisa berbincang mengenai ekonomi tempatan juga antarabangsa berjam-jam lamanya!!! Hebat bukan, anak Melayu ni?? Kehebatan beliau bukan setakat dikagumi dalam negara bahkan luar negara!!! Aku juga bercita-cita nak jadik macam tu.. Insyaallah..
CERITA TENTANG ABANG
Abang aku yang baru berusia 21 tahun ini actually very workaholic person!!! Hampir setahun tidak bertemu, mungkin kerana kesibukan kerja beliau. Yang pasti, aku ingin kembali ke satu masa yang kami semua selalu berkumpul. Huh, indahnya memori. Masa berlalu dengan pantas... Tua mengejar kita!!! Hahahaha..
Alhamdullillah, sekali lagi aku bersyukur kecanggihan teknologi tak pernah merenggangkan perhubungkan kami. Dunia dah maju, zaman dah berubah!! Hahahaha!!! SMS, panggilan telefon, biarpun sekali-sekala namun ada rindu yang terubat. Chewah, ayat iklan seyyh... Sempena Maal Hijrah 1430 juga 2009 ni, aku doakan beliau akan sentiasa konsisten dan berjaya membina entiti beliau sendiri!!! Amin....
CERITA TENTANG BPN
Ianya sesuatu yang baru aku temui sejak aku menubuhkan laman blog aku. Kalau sebelum ini, banyak blog berkesudahan dengan menyeru kebangkitan Melayu namun tiada apa-apa tindakan diambil. Namun, setelah penubuhan BPN ini, mereka membuat satu resolusi antaranya kejayaan mengesan blog menghina Islam yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Kejayaan ini bukan untuk disanjung tetapi ianya adalah tanggungjawab sebagai seorang Muslim/Islam yang tidak mahu Islam dipandang rendah. Apatah lagi, sejak Islam dilabelkan sebagai pengganas oleh sebilangan kroni Amerika.
Kini, tiba masanya untuk umat Islam bangkit mengembalikan maruah juga kegemilangan sepertimana Zaman Kegemilangan Para Sahabat dulu. Buat sahabat BPN, teruskan perjuangan kita!!!
CERITA DARI DAPUR TWINTECH
Cerita dari dapur Twintech tidaklah segempak mana tapi ia adalah sebahagian dari silibus pelajaran aku. In-house practical seperti ini, adalah langkah awal sebelum Hospitality Student menjengah ke situasi sebenar. Praktikal ini sedikit sebanyak membantu aku berkenaan pengurusan restaurant, delegate task. Ini bukan kali pertama, aku bekerja dalam industri pemakanan. Pengalaman 7 tahun, aku gunakan sebaik mungkin.
Bekerja dalam lingkungan pelajar, sedikit sebanyak mencetuskan kegilaan yang tidak dijangka!!! hahahaha!!! Kadangkala, menimbulkan kemarahan coordinator yang sebenarnya memahami feel juga attitude student apabila diberi peluang mengendalikan sendiri kerja-kerja merancang, memasak, mengkreatifkan produksi makanan.
Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya bekerja dalam industri ini. As I wrote before, in this industry; we are practical people where dealing with practical problem. Keyakinan, kerjasama, persefahaman, fokus adalah kunci kepada kejayaan kita!!! Untuk sesi ke-2 tahun 2009 ini, semoga kita akan terus sukses dan dapat mengaplikasikan teori yang diajar di kemudian hari!!! Sukses!!! Sukses!!! Hahahaha!!! Aku pasti, apabila tamat silibus ni nanti, keriuhan dapur Twintech akan jadik kenangan semua!!!
CERITA SEBENAR 2008!!!
Siapa sangka, bidang yang bukan pilihan utama ini akhirnya membawa kepada penghijrahan aku ke Kelantan. Perhotelan sebenarnya adalah pilihan ketiga selepas Asasi Pertahanan UPNM dan Program Asasi UIA. Kekecewaan kerana gagal mengikuti temuduga UPNM, buat aku give-up lalu memutuskan tidak akan menyambung pembelajaran. Hidayah ALLAH, membuka hati untuk menyambung pelajaran di Twintech kerana aku mengagumi seorang OKU mampu membina entiti yang besar serta kukuh di Malaysia!!! Apatah lagi, pemiliknya antara tokoh ekonomi yang aku kagumi!!! Memetik sedikit kata-kata semangat seorang bekas pendidik ku yang hampir sama dengan sejarah hidup suaminya. Antara kata-kata tu:
shahzul, kisah u ni ada sikit2 mcm sir naiman tau. dulu dia bercita2 nak masuk airforce, nak jadi pilot, tapi dihalang keras oleh keluarga for some reasons. they wanted him to be a teacher. so dia masuk TESL bukan dgn sepenuh hati. bila dia start mengajar di SMSL, dia join navy reserved unit and dptla dia merasa pengalaman jadi askar tu. He still love that part of life, selalu dia cerita pengalaman pergi belayar, pergi menembak, in fact dia pernah menang pertandingan menembak, jadi johan lagi, ada sampai sekarang hadiahnya. Tapi dia dah pun tinggalkan dunia tu, sebab memang dunia pendidikan lebih sesuai dgn dia, and right now dia amat sayangkan dunia cikgu ni... So, moral of the story, apa yg Allah dah bagi kita tu sememangnya yg terbaik untuk kita. Just look at the bright side, kan?
Sedikit sebanyak banyak, kata-kata tu memberi sedikit inspirasi kepada diri untuk menempuh kejayaan dalam hidup. Hidup kadangkala bukan atas pilihan diri sendiri, betul tak??? Nak tak nak, kita harus mencorakkan sendiri kejayaan biar bukan dalam bidang diminati. Mana tau, nasib lebih menyebelahi kita. Kata bidalan ada menyebut, untung batu tenggelam, untung sabut timbul.
SELAMAT MENYAMBUT 2009!!! SEMOGA MENEMPUH LEBIH BANYAK KEJAYAAN!!!
TOKOH EKONOMI YANG AKU KAGUMI
2 comments:
Ingat lagi tak poem ni?
The Road Not Taken
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Harap2 sajak ni masih kekal dlm ingatan u. Never regret our decision ok?
erm, im still remeber a little bit of the poem.
anyway, i never regret because my studies is a story of my life.
yet, i always remind my friend based on my experience. diorang pon tak sangka yang almost be mat jalanan!!! hahahaha
anyway, thank you for u advice.
p/s: pjg betul poem ni, mesti penat nk write down. hehehehe..
Post a Comment