Sunday, January 4, 2009

Back to School!!! Selamat Berjaya Guru, Pelajar M'sia!!

Hari ini(4hb Januari) juga esok, bermula kembali sesi persekolahan di Malaysia setelah hampir 2 bulan bercuti. Di Pantai Timur, sesi persekolahan/pendaftaran bermula hari ini, negeri-negeri lain akan bermula esok hari. Bermakna, episod 'memalaskan' diri juga telah tamat!!! Buat adik-adik ku, baik yang mengenali aku/tidak; cuba bentuk kembali motivasi diri dengan mengingati kembali harapan kedua ibubapa yang meletakkan sepenuh harapan mereka kepada adik-adik. Juga, rebutlah setiap peluang yang adik-adik peroleh ketika di alam persekolahan ni; kerana setiap peluang yang baik ianya tidak datang dengan sendiri. Begitu juga dengan kejayaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!!! Manfaatkan setiap waktu di sekolah dengan membentuk peribadi mulia baik ketika bersama sahabat mahupun guru-guru. Pengalaman itu, pasti akan mengajar adik-adik sesuatu yang bernama menikmati hidup secara positif!!! Memuliakan guru, sama juga seperti memuliakan kedua ibubapa. Kalau boleh, janganlah lagi timbul episod 'membelasah' guru seperti yang terjadi di Perlis tahun 2008 lalu. Guru tempat kita bersandar, guru juga similar to your family member, isn't it??? Kepada adik-adik ku yang akan menjadi calon peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM; jangan sesekali tewas sebelum memulakan 'peperangan'!!! Peperiksaan umpama juga peperangan meneruskan kelangsungan hidup!!! Jangan sesekali mengaku kalah kepada musuh dalam diri anda sendiri... Remember, when your fail to plan; you plan to fail!!! Kepada guru-guru Malaysia, Anda umpama lilin yang menerangi hidup pelajar-pelajar!!! Tanpa kalian, kami tidak akan memperoleh ilmu. Semulia guru adalah mereka yang sanggup 'menjual'; masa demi kejayaan anak bangsa!!! Seringkala, terdengar jua luahan hati seorang pendidik, namun apabila kami(pelajar) menempah kejayaan; sering itu juga nama-nama kalian meniti di bibir kami!!! Apatah lagi, ketika bertemu sahabat-sahabat lama, nama-nama kalian yang menabur jasa kepada kami pasti tidak dilupakan!!! Guru-guru Malaysia, anda adalah pemangkin kepada kejayaan anak bangsa!!! Terima kasih atas jasa kalian!!! Dan, selamat meneruskan sesi P&P 2009!!! MeeT uNcLe sHaH: erm, teringat zaman sekolah dulu hari pertama semua nampak 'smart', tak serabai sangat. hehee tu blum kira dengan pertanyaan azam baru dari rakan-rakan/pengetua/guru kelas hahahaha teringat kepada satu jawapan classmate yang bosan dengan soalan streotype seperti itu, memebri jawapn ini: "NAK JADIK KASANOVA BERJAYA TAHUN NI" p/s:jgn tiru jwapan ini, setiap apa yang kita lafazkan ia adalah doa!!!
KEMASKINI!!!!
TULISAN 4HB JANUARI(ISU SEKOLAH TADIKA): DISINI!!!

13 comments:

Anonymous said...

hari pertama sume nk nmpk smart.. baju pun masih berline lg kne iron huhu belum lg bau kedai yg melekat huhu

Al-Rashid Zulkefli said...

hahahaaha!!! tu la pasal...
masuk minggu ke-2, elakkan baju je tak hilang. tu yang mak bapak bley marah tu!!!
hahahaha ;D

USD said...

Salam Dik, hidup biar bjasa, tinggalkn nama yg baik!

Al-Rashid Zulkefli said...

waalaikumsalam ustaz said.
insyaallah, namun say juga masih memerlukan bimbingan positif daripada mereka yang tua/berpangalaman dari saya.
semoga perkenalan ini tidak tamat di sini sahaja. Insyaallah.

rezqeen hill said...

kenangan best ms skolah dulu..

leh ingt smpai bile²

Al-Rashid Zulkefli said...

salam reez..
sama seperti aku, kenangan yang sememangnya membentuk peribadi diri!!!

azlishukri said...

semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara...untuk terus menimba ilmu..

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Muhammad Azli Shukri,

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Terima kasih juga kerana memberi kata-kata semangat kepada saya untuk berjuang menggapai cita-cita.

Anonymous said...

baju hilang xpe... yg kes bwk baju lebih dlm beg pun ade huhuhu kadang2 seronak tgk budak sekolah...

p/s- ade mse nnt aku wat entry pasl budak sekolah

Al-Rashid Zulkefli said...

pm
aku pon penah wat kes camtu
hehehehehe
mow,rase menyesal plak
klu boleh nk tgk takder g anak remaja yang mensia-siakan peluang belajar kt sekolah menengah.
erm, aku tunggu artikel tu, tau..
hehehe
good luck!!! ;D

Anonymous said...

aku dah siapkan artikel tue
http://pemimpinmuda.malayaonline.com/?p=51

Anonymous said...

Kenangan terindah adalah ketika berada di sekolah! Rindunya momen-momen itu... Setelah melewati zaman persekolahan, dan berada di IPTA, saya telah pelajari sesuatu.

Ada pelajar yang mungkin tidak cerdik namun berbudi bahasa and they have certain social skills. Ada juga pelajar yang cerdik, but they are very arrogant.

That's why saya mahu rakan-rakan yang bakal bergelar pendidik, dengan title as educator, tugas anda bukan sahaja mengajarkan ilmu yang terdapat dlm silibus tapi harus juga menyentuh tentang ilmu dunia dan akhirat yang menyeluruh.

Pendidik dan pelajar - Harus punya 1 gap. Gap supaya wujudnya rasa hormat terhadap pendidik. Namun, gap itu harus disulami dengan kemesraan dan perasaan kasih sayang antara guru dan anak murid. Supaya si pelajar tidak berasa jurang yg terlalu jauh dan berasa senang hati menuntut ilmu.

Apa-apapun, kepada pendidik, diucapkan selamat berjaya mendidik anak bangsa. Kepada pelajar, selamat berjaya menempuh ilmu yang akan dipraktikkan untuk masa akan datang. Semoga sukses buat kalian!

p/s: Apa makna rakatooh? Bahasa Sabah bukan? Somebody asked me the meaning of that word... Well, I'm not Sabahan...

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

lollipop,
Kita harus berjuang mendidik anak bangsa. Tidak kira siapa kita, profesion mahupun darjat. Tugas itu perlu dipikul bersama.

Ini perlu, demi memastikan segelintir pelajar akan berasa disisihkan. Ia juga perlu demi menjamin kemajuan/pembangunan minda anak merdeka Malaysia.

Bukan itu sahaja, sekiranya kita turut sama membantu membentuk peribadi pelajar, sedkit sebanyak beban yang dipikul guru-guru Malaysia akan berkurangan!!!!

Bukan sesedap berbicara memegang "title" guru, saudara!!!


p/s: Rasanya bahasa itu adalah bahasa Dusun/Kadazan atau mungkin juga bahasa Rungus. Beri saya sedikit masa untuk "bertanya" kepada yang pakar. ;p