Assalamualaikum Ustaz Said, Sebagai seorang Islam/belia, saya sendiri pelik dengan pemimpin2 dunia lebih-lebih lagi Kesatuan Arab. Apakah tiada lagi cara, selain membuat resolusi yang entah ke mana tuju nya???!!! Sama juga golongan ulamak, cukupkah sekadar mengutuk serangan itu dengan menghabiskan air liur??? Atau, melakukan demonstrasi????? Sama-sama kita fikirkan kerelevanannya... Niat saya, bukan mahu menunjuk pandai atau menunjukkan ketinggian ilmu. Nauzubillah, mintak dijauhkan dari sifat mazmumah itu. Atau mengambil jalan peperangan??? Mungkin juga itu jalan terbaik, namun harus juga difikirkan implikasinya. Setiap lafaz komen golongan pemimpin dunia/ulamak mahupun sesiapa sahaja bagi saya harus dikuatkan dengan ayat AL-QURAN, bagi tujuan menakutkan golongan laknatullah ini!!! Mana tahu, sampai hidayah kepada mereka dan kita dapat juga menyebarkan ajaran Islam secara halus, INSYAALLAH... Hanya itu yang ingin saya katakan. Yang baik datang daripada ALLAh, kekhilafan datang dari diri saya sendiri. Wassalam.
KATAKAN:
ke mana hala tuju saudara seagama di Palestin kita???
di mana usaha kita???
di mana mereka pejuang hak-hak kemanusiaan???
di mana mereka kononnya, memegang puncak kuasa dunia???
APAKAH:
hanya bisa bicara mengenai politik dusta???
hanya bisa menuding jari kepada Amerika???
hanya mampu membuat resolusi tanpa tindakan drastik???
hanya berkebolehan berdemonstrasi???
hanya mengomel membuang waktu???
ATAU:
teruskan menanti...
teruskan resolusi...
teruskan berdemonstrasi...
teruskan berdiam diri...
teruskan bicara politik dusta...
teruskan dengan hal kita...
sekadar bersimpati????!!!
KATAKAN, APAKAH, ATAU; sama-sama kita berfikir!!! Fikir, bertindak!!!
ini yang kita perhatikan....
sedih...
inilah nasib saudara seagama ku...
sayu...
mereka kehilangan ibu...
mereka kehilangan bapa...
mereka kehilangan keluarga!!!
KITA,
lengkap segalanya
NAMUN,
kita terlupa
kita terleka
kita alpa
DUNIA,
kau pejamkan mata!!!
kau pasung anggota tubuh!!!
KERANA,
kau berbangga
KITA
selamilah rasa
hulurkan tenaga
sediakan bala
doa di tadah, ALLAH kita sembah!!
mohon kemenangan
dunia akhirat milik kita!!!
sakit hati
marah
kecewa
sedih
pelik
obama???
keadilan???
kemanusiaan???
di mana mereka???!!!
MeeT uNcLe sHaH :
Ikuti satu artikel yang aku petik dari http://che-moq.blogspot.com yang besar ertinya jika kita hayati atas nama saudara sesama Islam juga nama ALLAH yang menjadikan dan mematikan:
Salam kepada pelawat semua, moga anda sihat sentiasa. Ini bukan surat terbuka buat sesiapa namun hanya warkah yang pastinya majoriti yang membaca tak semuanya akan melakukannya kerana kita hanya manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Namun secebis harapan dan kasih sesama umat islam dapat menguatkan akal kita agar mencuba membantu saudara kita yang menderita di sana.
Selamat Pagi Malaysia, waktu menunjukkan jam 2:38 pagi waktu tempatan. Che Moq baru sahaja selesai membuat kerja-kerja urusan pejabat untuk hari esok. Terlintas di hati mengenai berita saudara kita di bumi Anbia yang dibedil tanpa henti dan belas ehsan. Namun di Gaza angka rasmi berita sudah lebih 600 orang dilaporkan maut dibedil askar zionist yang sudah pun menggunakan bom kimia. Adakah itu jumlahnya? Pastinya angka rasmi di mata rakyat Gaza sudah beribu-ribu yang dilihat maut dilibas mortar israel. Rata-rata yang maut adalah bayi, kanak-kanak dan remaja yang merupakan sasaran utama mereka kerana inilah bakal pejuang dan pemimpin Hamas di masa hadapan.
Di Malaysia kisah beratus-ratus sekolah Tabika Kemas yang hendak ditutup oleh kerajaan perak hangat diperkatakan. Namun sebentar tadi takdir kanak-kanak palestin di sebuah sekolah di kem pelarian Jabaliya yang bernama Al-Fakhura telah pun dibedil mortar zionist yang menyebabkan lebih 30 nyawa syahid dan lebih 50 yang lain parah. Alasan yang sama diberi adalah ianya disyaki menjadi tempat persembunyian pejuang Hamas. Namun lokasi sekolah dan tempat tumpuan dan permainan kanak-kanak juga yang dibedilnya.
Jam sudah masuk pukul 2:55 pagi. Sebenarnya itu adalah serangan balas yang dibuat atas kematian 10 orang tentera israel yang mati terkena perangkap bom. Boleh balas-balas pulak. baru 10 ekor mampus dah balas triple. Itu tak termasuk beratus-ratus yang dah dibunuh.
Adakah anda mahukan Mahmood Abbas, Presiden Palestin dan Fatah, mencari penyelesaian? Simpan harapan kita kepadanya kerana sebagai ahli illuminati Freemason, Abbas juga 2 X 5. Dendamnya pada Hamas berbuku dihati akibat kemenangan besar Hamas di Gaza dalam pilihanraya.
Jam sudah masuk pukul 3:06 pagi. Terkenang kisah pementasan drama amerika syarikat yang menjadi pengarah pentas kekejaman dunia. Kejatuhan mendadak dan misteri beberapa bulan lepas gergasi konglomerat kewangan Lehman Brother, Merrill Lynch, Goldman Sachs dan banyak lagi syarikat asing berstatus mega yang begitu gah selama lebih satu setengah abad tiba-tiba dikatakan muflis dan longlai serentak terjawab. Adegan bailout dana untuk membantu syarikat-syarikat ini oleh kerajaan Amerika hanyalah lakonan. Hasilnya kini jelas telah pun dizahirkan dengan operasi ketenteraan terhadap semenanjung Gaza di Awal Muharam.
Yang paling ketara adalah pengumuman kerugian besar Starbuck di Amerika yang digembar gemburkan amat teruk sehingga mengakibatkan penutupan beratus-ratus cawangan di sana walhal perniagaannya amat baik di Amerika dan seantero dunia malah situasi Starbuck di Malaysia langsung nampak tiada kesan pelanggan kosong pun! kafe Starbuck amat laris tidak kira di mana jua negara.
Pedulikan alasan bear economy, krisis kewangan global, bahang kegawatan dunia atau apa sahaja kerana itu semua percaturan mereka! Persetan!
Petanda awal peperangan zionist terhadap bumi palestin telahpun dikesan setelah pengumuman kenaikan dana tambahan ketenteraan yang puncanya "misteri" oleh kabinet Israel sejurus pengumuman kebangkrapan konglomerat-konglomerat itu. Itu tidak termasuk dana-dana tambahan (keuntungan semasa) yang akan disalurkan oleh syarikat-syarikat ternama lain dalam masa terdekat. Contoh penyumbang terbaik israel adalah Intel, KFC, Pizza Hut, McDonald, Colgate, Nestle, Starbuck dan banyak lagi.
Oleh itu lakukan yang terdaya, setiap wang dari titik peluh anda jangan dilaburkan pada syarikat-syarikat perantara zionist untuk disumbangkan bagi menumpahkan titik darah warga palestin di sana. Kita tidak mampu untuk pergi berjuang disana. Dengan lakukan sedikit usaha memboikot barangan ini mudah-mudahan dapat membantu anak-anak palestin yang hidup sengsara dibedil peluru durjana.
Jam sudah menunjukkan pukul 3:20 pagi. Arghh..ngantuknya, esok perlu bangun awal pagi. Terpaksa tidur di pejabat pagi ini, nak balik pun dah lewat. Tiada sarapan pagi air tangan ibu bila celik bangun dari tidur nanti seperti kebiasaan. Oh, apa kisah ibu-ibu di bumi yang dibedil? Ibu-ibu di palestin melahirkan ramai anak bukan kerana mahukan keluarga yang besar namun mereka sebenarnya tidak pasti mana diantara anak-anaknya itu yang dapat dihidup bagi menjaga dan mendoakannya kelak. Ya Allah, kau telah janjikan bumi palestin ini sebagai medan syahid sehingga kiamat dan rasullullah juga berkata pertempuran di bumi anbiya ini tidak akan terhenti selagi berdiri Masjid Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblah pertama golongan mukmin. Mohon semua mangsa kekejaman zionist tabahkan hati teguhkan iman menghadapi dugaan suratan illahi bagi merebut gugusan syahid yang dijanjikan. Berjuanglah selagi terdaya. Janji Allah swt dan Rasullullah menanti kamu di syurga bersama darah-darahmu seharum kasturi.
Tidak dinafikan aku sendiri memakai barangan yang dinyatakan milik pemodal zionist. Namun apa kan daya,kesilapan lalu takkan diulang. Selepas ini jangan harap akan ku ulang untuk terus melanggan barangan yang membayangi nyawa saudaraku di Palestin. Barangan alternatif juga banyak. Makanan halal ada banyak di dunia. Takkan kebuluran aku jika tidak menjamah sepotong Haiwaian pizza di Pizza Hut, Takkan ku lecurkan tekak menjamah resepi Grand Master 'Freemason' Colonel Sanders Kentucky Fried Chicken kerana Radix Fried Chicken sudah ada terbukti kesuciannya bersama Radix Cola. Takkan dahaga jika aku tidak meminum Coca Cola sejuta tahun.
Ubat gigi? Sudah lama rumahku menggunakan Ubat gigi berjenama mukmin dan juga Halagel..Colgate? Sudah lama tak singgah di gigi aku. Jam sudah 3:48 pagi....Huarghhhhhhhhh...Lamanya Che Moq menulis..dari pukul dua lebih ni baru habis..
Nak boikot ke tak nak? ikut suka la. Bagi Che Moq azam Maal Hijrah ini adalah untuk menjadi muslim yang lebih baik. Insyallah Che Moq akan boikot. Sorang-sorang pun tak apa la asalkan dengan harapan tiada keraguan wang yang digunakan akan menembusi dada saudaraku disana. Sampai bila? Moga Allah swt kuatkan akal ini untuk sentiasa mengingati.
Israel kata serangan Gaza tak akan berhenti selagi Hamas tidak dilumpuhkan dan serangan roket hamas ke daerah israel dihentikan. Tapi, sebenarnya sapa yang perlu berhenti dan tak pernah henti-henti?
Moga Allah rahmati para syuhada di kalangan orang yang beriman. Amin!
Isi Hatiku,
Utusan Che Moq@3:58 a.m ( Satu Suara, Satu Arah, Satu Akidah )
4 comments:
SORRY TU SAY LA... MEMANG KITA SEMUA BERSIMPATI KEPADA RAKYAT PAESTIN DI GAZA,NAMUN APA PEMIMPIN BANGSA ARAB LAIN BUAT,SEMUA DIAM AJE,MALAYSIA PUN SAMA EJE,KATA JADI PENGERUSI OIC...TAKKAN NAK KECAM AJE....SELAMA INI PUN KITA MEMANG SOKONG ISRAEL SERTA AMERIKA SECARA TIDAK LANGSUNG CONTOHNYA KEWUJUDAN KFC,MAC D,STARBUCK DAN BANYAK LAI BARANGAN DARI SYARIKAT MULTI NASIONAL WORLWIDE NIE,MEREKA MEMANG MERUPAKAN PENYUMBANG DANA TETAP KEPADA USA SERTA ISRAEL,MALAH MALAYSIA PERNAH JEMPUT PASUKAN KRIKET ISRAEL MASUK KE MALAYSIA,BAYANGKANLAH BANGSA YAHUDI YANG MENGHALALKAN DARAH RAKYAT PALESTIN TUMPAH BEGITU SENANG MASUK MALAYSIA...ENTAHLAH,BUKA PEMIKIRAN SIKIT...
salam niza,
"ATAU:
teruskan menanti...
teruskan resolusi...
teruskan berdemonstrasi...
teruskan berdiam diri...
teruskan bicara politik dusta...
teruskan dengan hal kita...
sekadar bersimpati????!!!"
MeeT uNcLe sHaH:
Itu yang tulis berdasarkan pemerhatian saya sendiri sejak bermulanya boikot barangan Belanda dan banyak lagi perkara yang memusykilkan kita sendiri.
Saya bersetuju pendapat saudari, namun sejauh manakah ianya di persetujui/diakui oleh golongan "INTELEKTUAL" ini????
Agamaku, Bangsaku, Negaraku
kemana tuju perjuangan ku???
Bersama kta renungi sejenak...
Salam perjuangan GOMO,
Insyaallah, nanti cuba cadangkan dalam persidangan kita.
Saya masih tidak dapat mengikuti persidangan BPN secara sepenuhnya. Insyaallah, minggu ini saya akan mengikuti persidangan jika tiada apa-apa aral.
Kalau nak ikutkan, saya rasa ada beberapa orang sahabat kita mengeluarkan artikel berkenaan barang-barang Amerika/Israel yang perlu di boikot.
POLIS MENAHAN 13 LELAKI TERMASUK KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN -mStar
KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 lelaki termasuk seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dan lapan wanita dalam satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi.
BUDAK KENA TEMBAK DI KEPALA - melayau
KUALA LUMPUR: "Kami menyaksikan sendiri bagaimana seorang budak lelaki Palestin berusia kira-kira 10 tahun ditembak di kepala oleh askar Israel.
kah kah kah…. satu 12 tahun di dataran merdeka…. satu 10 tahun di israel….dua dua menentang zionis… kah kah kah…
woit….apa bezanay polis israel dengan polis malaysia?....kah kah kah
dipetik dari http://tukartiub.blogspot.com/2009/01/polis-zionis-bertindak.html
Post a Comment