Saturday, January 31, 2009

Catatan Perjalanan: Dari Misi Sulit Jan '09

Gambar Terbaru. Di ambil semasa bertugas sebagai S.O.D.
Salam Semua.
Bercuti selama hampir 7 hari kembali ke Johor Bharu berbagai cerita, pengalaman, pengamatan baru yang mengasah otak aku untuk terus menulis, berfikir dan bercerita. Sesuatu yang bermakna dalam perjalanan ini, buat aku nilai kembali dimana/kemana halatuju diri selepas ini... Kat bawah ni, sedikit cerita yang aku dapat rakamkan untuk tatapan bersama. So, check it out!!! 24/01/09 Perjalanan ke JB bermula dengan menaiki keretapi Ekspress Timuran. Nasib baik aku bertemankan Alim, so takder sunyi sangat. Yang pasti, destinasi pertama dalam Misi Sulit ni; gagal!!! hahahahhaa!! 25/01/09 Destinasi pertama gagal, so banyak perancangan telah diubah. Anyway, perjalanan tanpa dirancang memang menyeronokkan walaupun sedikit kecewa. Ye ar, aku tak dapat nak lepak lama kat umah Alim. Sowie, Lim!!! Insyaallah, ade masa aku stay kat umah ko. Tanpa perancangan, malam tu aku tepaksa lepak akt umah Mak Ela, salah seorang ibu angkat aku yang wujud kat dunia Malaysia ni. Actually, beliau ni very closed with my family mase aku membesar kat BBU tahun 90-an dulu. Memang takder masalah la kan??? Lagipun, aku jarang-jarang balik ke BBU ni. Erm, sebut pasal BBU ni. Bebudak kat JJ8 da banyak takder. Belajar, merantau, hilang tanpa dikesan. I'm so sorry friends; maybe sikap aku sometimes tak peduli ngan hal ehwal semasa korang. Budin and Ajis dah pindah also sell his house after bapak dia meninggal beberapa bulan lalu. Din plak da study kat ILP Melaka; his brother Izhan da jadik captain banquet!!! Pencapaian gemilang dalam masa lebih kurang 2 tahun!!! Good Luck friend!!! I always pray for our successful!!! Selit Sikit: Rasenya, aku perlu singkatkan catatan ini kepada lebih singkat lagi. Singapura. The first thing in this slot I would like to thanks to Mama Ani(one of my father's siblings) and she husband, Babah Bakar because this travel is sponsored by them. Thank you very much!!! Destinasi bermakna bagi aku adalah bila aku melawat ke Istana Kampung Gelam. Lokasi ini memang tidak terdapat dalam mana-mana peta Singapura sebagai destanasi popular, tetapi perlu diketahui Istana Kampung Gelam ini adalah sebahagian dari sejarah keagungan bangsa Melayu. Istana Kampung Gelam ini majoritinya adalah orang Melayu. Sejarah membuktikan, mengadu-domba, fitnah, hasad dengki adalah punca keruntuhan institusi Diraja Melayu Kampung Gelam yang mana manoriti mereka berketurunan Raja Hussein. Ke mana sekarang Melayu Singapura???? Memang terlupus mereka sama sekali!!!! Apa pula pengajaran bagi kita??? Harus tinggalkan adu-domba, fitnah dan perkara yang memecah belahkan kekuatan orang Melayu!!! City Square, JB. Yang ni tak payah citer, memang banyak Peterpan, ala Shah Rukh Khan. Pergh, memang begaya ar!!! Hahahahaah ;p So, tak heran kalau pompuan Melayu tepikat ngan dorang!!! No comment, actually!!! Erm, mane plak penguatkuasa??? Heran tak heran, kenape tempatan yang mesti dibuang keje dulu sedangkan PATI ni mengaut kekayaan kite??? Aku bukan mendiskriminasi hak asasi mereka untuk mendapat pekerjaan di bumi Malaysia ku ni, cuma kadangkala mereka lebih diberi perhatian dari golongan tempatan. Atau, kita perlu berubah sikap???!!!! Mungkin, ya!!! 30/01/09 Perjalanan balik ke Kelantan. Erm, kali ni aku keseorangan. Ketenangan tercemar bila ada mamat keling tengah "high"(mabuk) buat kecoh!!! Huh, aku nak bersenang-lenang pun tak senang!!! Yang peliknya, time mamat ni membebel boleh bicara pasal politik berparti kat Malaysia juga menyentuh sedikit mengenai A.Kugen!!! hahhahahaha!!! What happen to him actually???? Fikirkan. Memang ada benar hujah-hujah mamat ni, tapi layak tak diikitiraf jika masa mabuk je petah berkata??? Sama-sama kita berkongsi!!! Tidur tak senang. Banyak mat "peterpan" lari ke Kelantan, mencari pekerjaan. Lepak kat cafe, bersembang dengan 2 orang pelancong Eropah. Banyak pengetahuan aku kongsi bersama mereka. Especially about travelling, my loving part!!! Tapi, biasalah pasti ada bibir-bibir rakyat tempatan "mencebik"!!! Dah jadi budaya berkurun lamanya, entah bila mahu berubah. Aku bukan berlagak dengan berbahasa English, sekadar berkongsi maklumat pelancongan dengan mereka. Lagipun, pelancongan adalah sebahagian silibus pengajian aku. Lantak korang!!! Yang penting, aku tunaikan tanggungjawab sebagai "duta kecil" dengan memberi penerangan mengenai pelancongan di Kelantan. Oh ya!!! Infomasi ini perlu diambil perhatian oleh pihak berwajib. "Mamat Saleh" 2 orang ni sebenarnya baru menjelajah ke Taman Negara Pahang. Feedback dari diorang, menjelajah Taman Negara bukan setakat mahu menikmati alam semulajadi bahkan mahu mengenal hidupan liar. Kata Mr. Smith, hidupan liar amat kurang di Taman Negara Pahang. So, aku sarankan mereka pergi ke Borneo(Sabah or Sarawak). Diorang bersetuju dengan cadangan tu selepas habis menjelajah Kelantan minggu ni. Pergh, kira ok gak kan??? heheheeh ;p At least, tanggungjawab sebagai warga Malaysia yang peramah aku da buktikan. Yang buat aku berbangga, bile mat saleh ni puji sikap toleransi rakyat Malaysia!!! Wah, semoga ianya dapat dibuktikan secara realiti!!! Lagi satu yang buat aku kagum ngan diorang ni, bila bagi penghormatan dengan menundukkan kepala di akhir pertemuan kami di Stesen Keretapi Wakaf Bharu. Memang da jadik budaya diorang kot... Mulut diorang plak, tak habis-habis say thank you!!!! Alangkah cantiknya jika ia dapat kita terapkan dalam kalangan muda-belia seperti aku zaman ni!!! Catatan Akhir Misi!!! Catatan diakhir misi ini, begitu bermakna buat aku. Ye ar, ade sedikit kesedaran; dimana hidup tak boleh sangat selalu memilih/melobi!!! Cerita "peterpan", Istana Kampung Gelam, 2 pelancong Eropah; semuanya masih segar dalam otak aku!!! Alangkah baiknya jika kesedaran ini aku dapat kongsi bersama warga Malaysia yang lain!!! Wassalam.

4 comments:

sahabat gunung said...

Tahniah bro...

melancong juga satu bentuk proses kita untuk belajar. Jauh perjalanan, luas pandangan, luas jugalah ilmu yang kita perolehi.

Contohnya, bagaimana Singapura sekarang dah hilang ketuanan sultannya.

Tapi kawan nak citer kat depa, dekat-dekar dengan Istana Gelam tu, ada restoren saudara kawan. Nama restoren tu.... Warong Pariaman.

Awak singgah tak ke sana. Sorilah, lupa kawan nak khabarkan pada awak, sibuk sangat sejak kebelakangan ini.

Lepas balik Kuala Terangganu hari tu, kawan kena retreat Pemuda Bahagian selama 3 hari. Balik Retreat, kawan sakit pinggang, lepas tu demam.

Hari nie pun masih demam sikit-sikit. Kalau kawan ke Kelantan nanti, kawan khabarkan pada demo yea.

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam,

Sahabat-Gunung,
Tak perasan pulak restoran tu!!!
hehehehehe ;p
Sebab trpaksa mengejar masa, mid-semester break pun terlalu singkat. Lagipun, percutian ke Singapura tu pun tanpa perancangan. Setakat melawat ke tempat-tempat yang teringat je.

Insyaallah, ada masa kita bertemu di Kelantan ini. Saya masih ada 2 tahun pengajian lagi di sini.

Balik ke Johor Bharu pun terpaksa berdepan dengan kes demam denggi yang tinggi di kawasan kediaman(BBU)!!!

Balik ke Kelantan ni, trus demam. Takut pulak kalau dijangkiti penyakit Denggi!!!(mintak dijauhakan).

Anonymous said...

Salam Ziarah MeeT uNcLe sHaH

Satu perjalanan yang aku kira cukup "bermakna" saudara, betul tak???

Aku cukup tertarik kepada catatan ni, kerana 2 perkara:
1. Anda bukan sekadar "berjalan", tapi "memerhati".
2. Anda bukan setakat "memerhati", tapi "memahami".

So, antara keduanya memang banyak bezanya!!! Berfikir pelita hati!!! Tidak perlu risau kepada "cebikan", ia tidak akan mampu menjadi "kudis" buat diri saudara.

Tetapi, "penghidap barah cebikan" ini harus menghayati penulisan saudara supaya mereka tidak menjangkiti wabak ini sehingga ke akhir zaman!!!

Teruskan menulis!!! Semoga buah fikiran anda akan mengubati "racun" kehidupan anak bangsa!!!

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

Pemerhati Blog,
Terima kasih. Semoga apa yang anda harapkan menjadi kenyataan, Insyaallah.

Memang "kudis" telah lama menjadi barah dalam kalangan anak bangsa kita!!!

Sekali lagi, terima kasih kerana sanggup brkongsi idea!!!