Thursday, January 22, 2009

Misi Sulit: Menjejak Sejarah Kelantan

Mesin taip zaman kolonial. "teknologi merubah bentuk penggunaannya!!" (Muzium Perang)
Congkak- Permainan tradisional Melayu takkan hilang ditelan zaman cuma terhapus kerana kemajuan teknologi.
"kita yang terlupa asal-usul bangsa" (Muzium Kelantan)
Meja ini sememangnya satu simbolik kepada gaya hidup mewah semasa zaman kolonial. (Muzium Perang) Wayang Kulit warisan bangsa anak Kelantan. "masih adakah pewaris seni ini" (Muzium Kelantan)
Misi Sulit ni bermula lepas je tamat Kempen Sukerela Boikot Barangan Pro-Israel aritue. Keboringan yang melanda, petang tu 10 Januari 2009 aku meneruskan perjalanan dengan menjejak Sejarah Kelantan dengan mengunjungi muzium-muzium yang berdekatan. First time, aku ingat masuk muzium kat sini percuma rupanya kena bayar daaa!!!! huhuhuh.. Mintak diskaun(student price) dapat ar 0.50 per head!!! hahahaha!!! At least, aku pandai deal ape!!! Misi ini mengandungi 4 orang member aku(Shahzul, Arul, Mail dan Udin). Satu keseronokkan gak membuang masa dengan menyusuri/menghayati kembali sejarah perjuangan bangsa mentang penjajah biarpun ada sesetengah fakta mampu aku pertikaikan!!! Tapi, macam yang aku tulis sebelum ni, "siapa aku untuk mempersoalkan sejarah yang dicipta golongan intelektual ni". Contohnya, mengenai perjuangan komunis!!! Bukan mahu mengakui mereka sebagai pejuang yang halal tapi ada sesetengah mereka berjuang kerana sayangkan bangsa. Kalau korang baca post aku mengenai Shamsiah Fakeh/Rashid Maideen; sebenarnya mereka yang dikomuniskan. Maka, kesalahan tu terpalit hingga ke akhir hayat mereka tanpa ada seorang pun mahu membetulkan kembali. Kalau ikut fakta British, mereka ni penjenayah; tapi bagi aku perjuangan mereka cukup simbolik kepada kemerdekaaan Tanah Melayu. Bahkan, semasa Rundingan Baling Tunku Abdul Rahman sendiri akan berjuang bersama PKM jika British teragak-agak mahu memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Catatan sejarah itu, tidak ramai yang tahu(aku ada membaca dalam sebuah buku Sejarah, tajuknya aku lupa) kerana "kekomunisan" yang terpalit kepada mereka. Jadi, menjadi tanggungjawab "intelektual" masa kini untuk menilai sejarah dari minda yang bebas. Maksudnya, tidak erikat dengan fakta penjajah British. Ini perlu, untuk kita mengangkat kembali maruah anak bangsa yang tercemar nama dilabelkan sebagai pengganas. Perlu dipersoalkan sebenarnya?? Mereka mengganas kerana apa??!!! Erm, da melalut plak. Muzium yang aku lawat hari tu, antaranya Muzium Kelantan, Istana Jahar, Muzium Perang(paling menarik hati!!!). Tapi, kat Istana Jahar tu tak boleh amek gambar sebab barang yang dipamerkan adalah milik peribadi Kerabat Diraja Kelantan. So, check it out the pictures of that day!!!
Telefon antik. "betapa teknologi mengubah rupa asalnya!!!" (Muzium Perang) Menggayakan topi zaman kolonial. "tidak kami mahu negara terjajah lagi!!!" (Muzium Perang) Basikal antik antara yang dipamerkan. "mengingatkan aku kepada lagu Sudirman-Basikal Tua" (Muzium Perang) Topeng gas mencegah keracunan kimia. "bagaimana agaknya bangsa Palestin diserang menggunakan bom kimia" (Muzium Perang) Lampu kapal laut masa silam "macamana kalau pasang kat umah ea??" (Muzium Perang) Meriam yang dipamerkan. "ingatkah anak bangsa kepada perjuangan mereka yang terdahulu' (Muzium Perang) Memegang potret pejuang bangsa. "masihkah perjuangan mereka dihayati" (Muzium Perang)
Link ke menyusur sejarah awal Kelantan(disini)

7 comments:

fahana_ann said...

demi negara 50 sen je ke?hehehe
em,tak de lah buang masa kalau pergi ke tempat yg berfaedah macam tu..kembali ingat asal usul..gnerasi skarng lebih suka duk kat tepi longkang dari masuk bangunan sjarah..apa nak jadi?
aku ingat nak pi melancong gak cuti ni tapi banyak perkara perlu fikir dulu..

bungaraya said...

1. Belajar dan memahami sejarah bangsa adalah sepatautnya satu sewajiban setiap anak bangsa. Terutama jika memiliki cita-cita nak jadi pemimpin negara.

2. Dah melawat kubur Mat Salleh di Tambunan? Zaman kematian beliau, jalan raya seperti ketika ini tidak terdapat diantara Kota Kinabalu dengan Tambunan. Mat Salleh lari dari kawasan Pantai Barat hingga ke Tambunan dikejar British dan terbunuh dikawasan "hutan belantara" ketika itu di Tambunan serta dikubur disana. Kasihannnnn.

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

fahana_ann,
Sekali je tau mintak diskaun, pastu dengar je .05 per head erm, takyah diskaun ar!!!!
hahahahaha ;p

My hobby also like to travel. Setakat ni da satu Malaysia saya ronda tapi bukan secara spesifik!!! Anyay, ia tetap pengalaman yang menggembirakan!!!

p/s:berjalan dan perhatikanlah suasana sekeliling. Insyaallah, akan ketemu tentang makna sebuah "diri"!!!

bungaraya,
Alhamdullillah, saya sudah pernah mengunjugi kubur Mat Salleh di Tambunan.

Ada sedikit kesedihan apabila mengenang perjuangan mereka menentang penjajah kerana ada antara pejuang ini bergelar "pengkhianat" dan label itu melekat sehingga kini!!!!

apisfires said...

waaa
blog bagus,...
saya pun peminat sejarah dulu..
gudluck

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

apisfires,
Sejarahlah yang sebenarnya membentuk tamadun bangsa yang cemerlang di masa hadapan jika kita kaji dan hayati kegagalan masa lalu.

Tidak perlu lihat Amerika, perhatikan pembentukan Tamadun Jepun sehinggan menjadi kuasa terkuat dunia.

Apapun, terus pupuk minat untuk mengkaji sejarah.
Salam Perkenalan.

fahana_ann said...

huhuhu..seronoknyer..berjalan sambil melihat dan berfikir..mengembara melihat dunia.memang penuh tanda kekuasaanNYA

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

fahana_ann,
Rasanya adalah lebih baik berjalan, memerhati dan berfikir mungkin ada sesuatu yang kita dapat pelajari.

Seeprti sekarang, banyak p[erkara yang memungkinkan sejarah perlu ditulis semula. Ini akan saya kupas jika ada kesempatan, Insyaallah.