Thursday, January 8, 2009

Kempen Boikot Israel/Amerika Kolej Twintech

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

08/01/2009 3:50pm

KUALA LUMPUR 8 Jan. - manakala pihak Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Meet uNcLe sHaH:

Alhamdullillah, ada hikmah di sebalik pindaan AUKU yang dikatakan mengongkong pergerakan pelajar seperti sebelum ini. Bersamaan itu, saya dengan warga Twintech Kota Bharu, Kelantan akan melaksanakan satu program amal mengedarkan risalah mengenai pemboikotan barangan buatan Amerika yang kita pasti keuntungannya disalurkan sebagai dana ketenteraan Israel yang menyerang saudara Islam kita di Palestin.

Insyaallah, sebagaimana yang dirancang ianya akan berlangsung pada:

Hari: Sabtu(10 Januari 2009)

Tempat: Berkumpul Di Hadapan Kolej Twintech, Kota Bharu, Kelantan( Bersebelahan Pasaraya Billion)

Masa: 9.00 pagi

Sehubungan itu, saya menyeru kepada Warga Twintech Kota Bharu(pelajar, pensyarah, staf, pentadbir) akan bersama-sama menjayakan kempen amal ini sebagai satu usaha kita membantah tindakan biadap Israel dan Amerika laknatullah ini.

Ya ALLAH,

Tuhan Maha Pemurah

Tuhan Yang Mengasihani.

Kau permudahkanlah usaha kami

Janganlah Engkau pesongkan hati kami

dari

mengkhianati saudara Islam kami

Janganlah Engkau jadikan kami

sebagai

pemusnah kepada agama kami

Ya ALLAH

bukan kami ingin membangga diri

Kau jauhkan kami

dari sifat mazmumah yang Engkau keji

Kau peliharalah kami dari bencana

sesama kami

dan

kau redhai lah perjuangan ini

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

"Dan perangilah di jalan Allah orang - orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang melampaui batas." (Al Baqarah: 190)

14 comments:

Anonymous said...

salam teruskan,
saya akan siapkan senarai alternatif untuk pengguna muslim hujung minggu ni...

Al-Rashid Zulkefli said...

terima kasih sahabat.
tapi, boleh senarai pendekkan tak senarai alternatif tu???
macam sekarang seolah-olah kesemua tiada barang pengganti(betul ke ni???) untuk orang Islam.

Panglima Perang Cyber said...

bravo bro..teruskan dan team kita akan sokong sepenuh hati.

Che Moq™ said...

Salam Shah,

Maaf saya agak sibuk sedikit dengan perniagaan kecil2lan dan tidak lama membuka laptop. saya sokong perjuangan anda dan rakan2..anda boleh ambil apa sahaja artikel saya untuk paparan umum.

torashah said...

Salam...berita terkini...

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan satu rencana yang menghina pemimpin Islam serta memperlekehkan usaha rakyat di negara ini memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Israel.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan, Mohamad Hadi Ahmad Talhah di Balai Polis Brickfields di sini pada pukul 2 petang.

Turut disertakan dalam laporan tersebut, satu salinan rencana yang berjudul Abdullah's anti-Israel Posturing yang disiarkan dalam portal tersebut kelmarin.

Menurut Mohamad Hadi, rencana itu yang ternyata menyokong tindakan Israel telah mengguris hati serta membangkitkan kemarahan orang Islam.

''Berikutan itu, PUM meminta Malaysiakini supaya menarik semula rencana terbabit serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

''Jika tidak, kami minta kerajaan bertindak tegas dengan menggantung atau menarik permit operasi portal berita berkenaan,'' katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Kandungan rencana itu antara lain memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut disifatkan seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.

Orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut.

Selain itu, ia juga mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika ditemui pejabatnya di sini, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.

Salam perjuangan

Al-Rashid Zulkefli said...

ppc,
terima kasih sokongan itu.

che moq,
terima kasih, semoga berjaya dengan usaha perniagaan itu.

torashah,
terima kasih kerana maklumat itu.
tiada perjuangan yang tiada halangan.
seringkali, perjuangan seperti ini disalah erti.
insyaaallah, kita akan berjaya!!!

torashah said...

Salam..

Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?

Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.

Salam perjuangan

Al-Rashid Zulkefli said...

salam torashah,
teruskan usaha, saya yakin kita lebih kenal siapa dia yag mempunyai kewibawaan yang tinggi, berkepimpinan.
perlu diingat melayu=islam. islam=bersaudara!!!
teruskan perjuangan!!!

Ramlen Salleh said...

Salam Perjuangan ... Mari kita boikot Dollar US.. jatuhkan ekonomi mereka..

Al-Rashid Zulkefli said...

gagak,
terima kasih keraan memberi sokongan moral!!!

Anonymous said...

teruskan dengan perjuangan ini

fahana_ann said...

ada satu pndapat mengatakan demonstrasi menghalang hak kita sendiri untuk belajar kerana kita dah membuang waktu di situ tetapi demonstrasi juga cara yang berkesan nak dan cara yang bersungguh untuk kita tunjukkan perasaan hati kita..em,berjuang secara intelek..tapi mungkin kalau dengan cara yang baik dan tidak melanggar peraturan..moga umat islam ambil iktibar untuk apa yang berlaku..

Panglima Perang Cyber said...

shahhh...letak logo bpn kasi promote sikit..

ok bro..yg lain cun

try template baru mcm blog gua.

ok bro...senang jer proses dia..

no need money laaa..huhu

Al-Rashid Zulkefli said...

pm,
terima kasih kerana memberi sokongan moral!!!


fahana_ann,
kempen yang saya anjrkan bukan berpaksikan emosi semata-mata. Ia lahir daripada kesedaran kami mengenang nasib saudara Islam di Palestin sana.
Alhamdulillah, sambtan amat menggalakkan dalam kalangan warga Kota Bharu apabila kami ke sana pada Sabtu lalu.


ppc,
da up load logo BPN
erm, camane nk wat template baru???