Wednesday, December 3, 2008

GGMM ingin bertindak lagi terhadap Chua!!!!

Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) akan mengambil tindakan seterusnya terhadap Datuk Dr Chua Soi Lek selepas timbalan presiden MCA itu gagal memenuhi tuntutannya supaya memohon maaf kepada orang Melayu berhubung ucapannya mengenai Ketuanan Melayu, yang didakwa berbaur hasutan. GGMM membuat tuntutan tersebut melalui notis guaman yang dihantar kepada Dr Chua Isnin lalu. Ia menuntut Dr Chua membuat permohonan maaf melalui laman blognya dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan notis tersebut. Bagaimanapun, semalam, Dr Chua dilaporkan berkata, ucapannya ketika menerima Anugerah Kancil pada 27 November lalu, sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu untuk membangkitkan kemarahan kaum Melayu. Sebaliknya, Dr Chua dilaporkan, apa yang dimaksudkannya dalam ucapannya itu adalah dalam konsep perkongsian kuasa di dalam Barisan Nasional (BN). Dalam ucapannya itu, Dr Chua dilaporkan berkata, konsep perkongsian kuasa dalam BN mesti diubah dan slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi. Dr Chua juga dilaporkan berkata: "Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu." Laporan polis Sementara itu, jurucakap GGMM, Nik Rizman Sapian berkata, pihaknya sedang membincangkan tindakan seterusnya yang bakal diambil terhadap Dr Chua. Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada pihak media apabila memutuskan bentuk tindakan tersebut. Nik Rizman juga berkata, GGMM tidak membuat laporan polis terhadap timbalan presiden MCA itu berhubung kenyataannya tempoh hari. Pagi tadi, Dr Chua telah dipanggil memberi keterangan di balai polis Sunway pagi tadi. Surat tuntutan itu, yang diserahkan oleh peguam GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz di ibupejabat MCA di ibunegara Isnin lalu, gabungan itu mendakwa ucapan Dr Chua itu berbaur hasutan untuk membenci orang Melayu. Selain menuntut Dr Chua memohon maaf, GGMM juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM2 juta yang akan didermakan sepenuhnya kepada agensi amanah untuk bangsa Melayu/Islam. Menurutnya, jika Dr Chua mengabaikan notis tuntutan tersebut, GGMM akan memfailkan saman terhadap timbalan presiden MCA itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. GGMM juga, tambah notis tersebut, akan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Dr Chua daripada terus menghina orang Melayu. MeeT uNcLe sHaH: " Bagi menyahut sahut BPN, aku juga akan menyokong perjuangan GGMM yang mana bagi aku ianya satu simbolik kepada perjuangan Melayu yang kami pertahankan. Perjuangan GGMM juga adalah satu tindakan yang berasas bukan kerana emosi tetapi kerana maruah. Sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengembalikan semula kegemilangan dan maruah yang berharga!!!"

1 comment:

Gagak said...

Ketuanan Melayu wujud daripada sejarah Kesultanan Melayu. Hanya bangsa Melayu sahaja yang mempunyai Sultan. Bangsa lain yang tidak Bersultan jangan masuk campur. Ringkasnya hanya bangsa Melayu sahaja yang boleh bercakap tentang Ketuanan Melayu.