Sunday, December 21, 2008
Masa Yang Berlalu: Antara Labuan-JB-N.Sembilan
i
Seperti selalunya, aku cuba untuk mengingati kembali momen-momen 2008 yang kian hampir dipenghujung lebih kurang seminggu lagi. Sebenarnya aku baru kembali dari my second hometown.. hehehehe..
Nostalgiknya sebuah kenangan!!!! 2008 yang penuh cerita, kenangan, impian dan harapan!!! Tersentuh dihati bila diri masih diingatan saudara di Negeri Sembilan. Betapa perpisahan tidak pernah buat mereka lupa kepada diri ini. Masih terasa segar bila kedinginan kampung halaman memeluk diri!!! Fuh, ketenangan yang tak pernah aku temui sejak bermulanya kembara diri!!! Anyway, development kill my memories there!! Sungai lesu, mengalir tidak bermaya!!! Tidak seperti sebelumnya...
2 hari berada disana, cukup buat aku terasa hidup kembali ke kenangan lalu!! Pergh, kenangan yang takkan pernah kembali. Cuma, ada sesuatu yang cukup disedari dingin angin malamnya masih seperti dulu!!! Sekejap je mata aku terlelap, relax takder bunyik ape kecuali irama burung malam!!! Pergh, memang tenang wa cakap lu!!! Masa tu, aku cuba manfaatkan setiap saat, minit bersama ketenangan malam. That time, sungguh aku kata cukup relax, sayangnya tidak ramai yang menghargai ketenangan tu. Kat depan mata aku, penghuni kat situ cuma generasi emas!! Where is the young generation??? Termasuklah aku.... Erm, rasenye next time perlu rehatkan diri di N.Sembilan. Dah ade port baru nak lepak!!! Hahahhaa...
Apabila kesemua hampir berkumpul last weekend bunga-bunga persaudaraan kembali mekar. Masa memisahkan kami, cuma kenangan yang menyegarkan setiap momen yang pernah kami lalui. Betapa kudusnya kasih Tuhan, yang tidak mahu makhluknya hidup berpecah-belah!!! Semoga kasih saudara akan berpanjangan!!! Harapnya, kami sebagai generasi muda akan menghargai setiap keindahan, ketenangan juga kemakmuran yang pernah datuk, nenek, pak cik, mak cik juga warga tua pernah nikmati!!! Ketenangan dan kedamaian!!!
Yang pastinya antara Labuan-JB-N.Sembilan; ada kenangan, cerita yang mendewasakan!!
MeeT uNcLe sHaH:
Hanya beberapa hari lagi, 2009 akan menjelang. Bermakna usia diri bertambah ke 20!! Masih ada yang belum tercapai. Apa??!!! Biar jadi rahsia diri....
Insyaallah, aku akan bercuti ke JB this January, kemudian ke Singapore untuk melihat sendiri keunikan architecture di sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment