Labuan,
tempat aku lahir dan dibesarkan
SEMELA,
tempat aku belajar dan diajar
Kelantan,
tempat aku berhijrah dan bermuhasabah
Twintech,
perjuangan harus diteruskan!!!
Thursday, December 4, 2008
Kembara Di Bumi Kelantan 1429H
Hari ini, Disember 2008 genap 6 bulan aku berada di bumi Serambi Mekah. Kembara yang aku pilih supaya aku dapat menilai dan memuhasabahkan diri setelah lama bergelumang dengan kenikmatan dunia sementara. Disini, begitu jauh perbezaan budaya kehidupan di negeri yang pernah aku jelajahi. Dan, disini juga mengajar aku akan erti kualiti hidup yang sepatutnya aku nikmati.
Terlalu singkat rasanya perjalanan hidup. Kehadiran aku di sini, membawa satu budaya diri yang baru. Masih terlalu taboo untuk aku nikmati budaya makan yang terlalu manis, sampaikan seorang sahabat berkata, " cukup 3 tahun belajar kat sini, potong kaki!!!" . Kerana kemanisan makanan orang Kelantan. Hahahaha!!! Menjadi satu stigma dalam kalangan sahabat di Labuan, pergi ke Kelantan harus menjadi alim, berjubah!!! Apa punya pandangan hidup!!!! Teruk sangat ke kehidupan di sini?????
Bagi aku tidak. Hidup perlu jadi diri sendiri, bro!!! Pribumi Kelantan bagi aku, cukup pandai berdikari, ibarat di mana ada gula; disitu ada semut. Kesederhanaan hidup yang mereka amalkan cukup buat aku kagum!!! Huh, semacam ada satu perasaan halus dalam hati melihat semua itu. Cukup bagi mereka menikmati kehidupan dengan tidak mengamalkan kemewahna melampau sehingga boleh melalaikan mereka dengan kehidupan dunia.
Twintech Kelantan pula bagi aku juga 'sederhana' namun ada sesuatu yang menarik yang telah aku kongsi bersama sahabat di sini. Pelajar disini, datang dari keluarga yang mewah, sederhana. Tapi, tidak ada perasaan mahu bersaing!!! Hidup di Kelantan, buat terlupakan sesuatu. Iaitu keistimewaan, keselesaan yang dinikmati itu tidak akan kekal. Budaya kehidupan mereka lebih suka berhibur!!! Remaja, biasalah!!!
Kelemahan mereka yang paling ketara ialah kurang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Bukan apa takut melakukan kesilapan!!! Come on, friends!!! English is interesting and important!!!
Kembara di bumi Kelantan, buat aku sedar akan sebuah erti kehidupan yang dapat aku kongsikan bersama sahabat di Labuan nanti. Terlalu lama, mengembara pun tak elok juga. Takut dikatakan lupa diri!!! Well, berhijrah lebih baik dari hidup terperuk tanpa mahu melakukan perubahan!!! Nabi pun sarankan umatnya berhijrah!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
it's good to have a wind of change, duduk di sesuatu tempat terlalu lama pun tak elok juga kan... nanti kita akan jadi terlalu selesa dgn apa yg kita ada.
p/s gambar lama tu masa u kecik2 dulu ke? chomel nyer...
of cours me!!!
comel ke???
hahahah!!!
u memang chomel pun, sampai sekarang masih chomel, semua org yang ada kaitan dgn i akan dapat aura chomel i... hahahaha!
catatan indah meet...
seronok membaca catatan kehidupan meet..
buah fikiran dan pengalaman blogger ahli BPN wajar dikongsi bersama...
ada masa kita bersidang lagi demi agama bangsa dan negara kita..
salam.
madam,
hahahaha!!1
dpt aura kew??
ppc,
insyaallah
Salam Bro
Mohon istiharkan perang jihad ke atas blog ni yang telah menghina Islam http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html ... Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs
Post a Comment