Friday, December 26, 2008

Motivasi Tahun Baru Hijrah

Menjelang tahun baru ni, aku pasti ramai manusia akan memotivasikan diri masing-masing dengan merancang serta mempunyai sasaran tersendiri. Tidak kira samada tahun Hijrah mahupun tahun Masihi ianya mempunyai ukiran azam yang sama. Namun bagi muslim, adalah terbaik jika kita menyambut tahun baru Islam(Hijrah) yang merupakan simbolik besar dalam penyebaran Islam kepada seluruh umat manusia yang dibawa oleh junjungan besar; Muhammad SAW. Sesuai dengan firman ALLAH:
"TIDAK AKU UTUSKAN ENGKAU(MUHAMMAD) MELAINKAN MENDATANGKAN RAHMAT KESELURUH ALAM"
Memperbaharui azam adalah satu kelaziman kita sebagai manusia. Tidak kira samada azam yang lalu dapat dicapai mahupun tidak, kita tetap mensasarkan sesuatu yang lebih baik dari yang lalu. Insyaallah. Perlu kita ingat sebagaimana firman ALLAH, yang bermaksud:
"TIDAK AKU UBAH NASIB SESUATU KAUM, MELAINKAN KAUM ITU MENGUBAHNYA NASIBNYA SENDIRI"
Bermakna, tanpa keazaman, kesungguhan setiap apa yang kita inginkan itu tidak akan tercapai. Sekadar berpesan-pesan sesama makhluk, aku kongsikan bersama sedikit motivasi yang aku yakin mampu membawa diri kita kearah yang lebih baik!!! Insyaallah...
MOTIVASI UNTUK DIRI.
1. Bersikap positif terhadap perubahan Perubahan adalah satu harapan dan bukannya ancaman. Yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk berubah. Melihat diri sebagai agen perubahan. 2. Bersikap postif terhadap diri sendiri Yakin bahawa setiap kelemahan boleh diatasi. Semangatkan diri untuk mendapatkan kemahiran baru. Wujudkan keberanian dan yakin dengan Allah. Menerima ketidaksempurnaan tetapi perlu menghormati diri sendiri. Bentuk imej diri yang positif. Bersyukur bila dikeji dan beristighfar bila dipuji. 3. Bersikap positif terhadap kepemimpinan Yakin mengenai kebolehan untuk memimpin diri dan orang lain. a)Mempunyai pegangan positif mengenai : I. Kebijaksanaan diri II. Kebolehan diri III. Kemampuan/keupayaan diri b)Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk : I. Mencari alternatif dan pilihan serta boleh membuat keputusan.(lakukan solat istikharah untuk membantu) II . Bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi diri sendiri - menulis skrip hidup sendiri. III. Mengubah apa yang perlu diubah secara mental, emosi dan tindakan. IV. Berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat. 4. Bersikap positif terhadap masalah Menerima hakikat bahawa "masalah adalah asam garam kehidupan". Setiap masalah boleh dipecahkan kepada beberapa masalah kecil. Setiap masalah Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya jika berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah. Jika kita tidak mampu menyelesaikannya, orang lain mungkin boleh membantu. Setiap masalah mempunyai hikmah yang tersembunyi. Merasionalkan pemikiran bahawa masalah adalah satu cabaran atau keputusan yang perlu diurus. 5. Bersikap positif terhadap orang lain Kita berjaya sebab dibantu oleh orang lain. Kita boleh belajar sesuatu dari orang lain. Kita memerlukan orang lain untuk berkongsi idea atau pendapat. 6. Bersikap positif terhadap keadaan emosi atau mood Emosi perlu 'berehat' sekali-sekala (emotional retreat). Perubahan emosi mengingatkan kita untuk muhasabah diri. Setiap emosi ada maksud yang tersirat. Kawal emosi agar kita jadi manusia yang lebih baik. "Ada pasang, pasti ada surut". 7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif Hormati idea dan pemikiran sendiri. Sedari bahawa satu idea boleh mencetuskan satu organisasi baru. Walaupun idea kurang bermutu, jangan menyalahkan diri sendiri kerana sekurang-kurangnya anda mempunyai idea. 8. Bersikap positif terhadap keputusan yang dibuat Ingat bahawa setiap keputusan mempunyai risiko. Tidak mahu membuat keputusan adalah satu "keputusan". Orang yang cemerlang selalunya membuat keputusan yang baik. 9. Bersikap positif terhadap qada' dan qadar Tidak ada manusia yang dapat melawan ketentuan Allah. Apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Manusia mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. 10. Bersikap positif terhadap matlamat yang ditetapkan Matlamat akan positif jika dikuasai oleh pemikiran yang positif. Perlu rasa malu pada diri sendiri sekiranya matlamat yang ditetapkan tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan berkesan. Sentiasa memperbaiki diri jika matlamat tidak tercapai dan jangan berputus asa. MeeT uNcLe sHaH: Manusia seringkali terlupa apa yang pernah mereka ikrarkan. Namun, ia masih boleh diperbaiki selagi akal mampu menguasai nafsu yang menjadi raja di hati. Kejayaan pula bisa diperoleh seandainya punyai doa+usaha+istiqamah+tawakal!!!!! Selamat Menyambut Tahun Baru Hijarah, ciptakan kejayaan cemerlang di Hijrah 1430!!! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih; tepuk dada tanya selera!!!

3 comments:

Al-Rashid Zulkefli said...

waalaikumsalam saudara

salam perjuangan!!
salam hijrah 1430!!

fahana_ann said...

inilah manusia..pelupa..dan blog adalah salah satu tempat terbaik untuk kita saling mengingati dan sama berjuang..

Al-Rashid Zulkefli said...

fahana_ann,
sesungguhnya inilah jihad yang perlu kita teruskan!!
teruskan perjuangan mengejar ilmu!!
perjuangan menentang kemalasan!!
heheheheheh