Monday, October 20, 2008
AL FATIHAH- SHAMSIAH FAKEH
"Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Beberapa kali beliau sesat di hutan ketika melanjutkan perjuangan bersenjata ke arah menuntut Kemerdekaan. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan. Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Sekembali ke tanah air, beliau bersama anak cucunya menjalani kehidupan hari tuanya secara sederhana. Beliau tidak pernah menyesal menentang penjajah British, tidak pernah menyesal masuk ke hutan dan menyertai Parti Komunis. Beliau bersyukur perjuangannya telah menggegarkan penjajah. Beliau percaya dan yakin generasi muda yang dapat menghayati sejarah yang benar pasti akan menemui arah tuju mereka."
itulah dia sesorang yang dikenali sebagai SHAMSIAH FAKEH. sebagai generasi muda,semestinya aku sendiri tidak begitu pasti akan erti perjuangan menentang penjajah.ape yang aku tahu,lahirnya aku ke negara tercinta ini,kemudahan telah ada,dan negara telah merdeka.
namun begitu,minat yang aku miliki alhamdullillah sedikit sebanyak membantu aku mengenali 'wanita besi' ini. biarpun,sejarah penjajah mendefinasikan beliau sebagai pengkhianat bagi aku tidak!!! kerana, mereka adalah pelopor/founder kepada kemerdekaaan yang kita miliki hari ini. sejarah telah byk mengajar kita,antaranya jasa kita hanya akan dihargai seteklah kembalinya kita kepada NYA. begitupun,sejarah itu boleh juga kita nilai melalui perspektif akal yang waras.
dalam menyoroti perjuangan wanita ini,siapa sangka yang niatnya hanaya satu,MEMERDEKAKAN NEGARA!!! meskipun, ada yang tersirat disebalik perjuangannya namun siapa aku untuk mempersoalkan sejarah yang dicatat golongan 'intelektual' ini.bagi mereka yang salah tetap salah!!! no compromi!!
shamsiah yang meninggal dunia pagi tadi dalam usia 84tahun bagi aku adalah ikon wanita terbaik yang pernah MALAYSIA miliki. kenapa??? mikir dirik!!! hanya kerana kita dipengaruhi sejarah ciptaan penjajah;maka kesalahan komunisme itu masih terpalit dalam hidupnya????!!!
kerana perjuangan nya tanpa mengenal batas,ideologi beliau sanggup meninggalkan negara ini.bayangkan,rasa hatinya setelah berjuang menentang penjajahan hanya yang ada padanya adalah,kesal!!! kesal,kerana tiada seorang pemimpin negara ini mengiktiraf perjuangan mereka.
apapun jua,aku letakkan kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai sejarah dari perspektif yang 'waras'!!!!ingat,barangsiapa yang melupai sejarah,mereka pasti akan mengulanginya kembali!!!
AL FATIHAH untuk keluarga ALLAHYARHAMAH SHAMSIAH FAKEH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
AlFatihah... Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Takziah buat ahli keluarga beliau.
Alhamdulillah..terima kasih atas sokongan saudara memanjatkan doa untuk Arwah nenek saya ini..selepas pemergian arwah saya melayari internet dan melihat begitu byk bloq2 yg megeluarkan cerita arwah..alhamdulillah..walaupun arwah telah pergi tetapi namanya bersama rakan2 beliau yg telah bekorban nyawa untuk memerdekakan tanah melayu patut dibersihkan..semoga usaha murni saudara mendapat keredhaan Nya..generasi sekarang perlu kenal mereka ini sebagai pejuang sejati yg menuntut Merdeka dan bukan sebagai pemberontak atau komunis yg kejam membunuh org melayu..ape yg saya bole kata Arwah ini seorang yg begitu cintakan negaranya sehinggakan apabila dia menceritakan kembali zaman perjuangannya dia akan berdiri tegak walaupun dia x berapa sihat ketika itu..saya begitu bangga mempunyai nenek sepertinya...saya wakil dari seluruh keluarga Fakeh Sutan mengucapkan jutaan terima kasih pada saudara atas usaha saudara..semoga roh Allahyarhamah di tempatkan di sisi org2 yg beriman..Al-Fatihah..
keturunan fakeh sutan....
tak semestinya mereka dlm PKM itu pnyi sifat keganasan. saya yakin seandaianya ada penekanan keatas matapelajaran sejarah dan diselarikan dgn penghayatan nya, maka rakyat akan menyedari yg sejarah itu bkn lagi ditulis dari konteks penjajah!!!
terima kasih kepada respon saudara..
kepimpinan beliau tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi walaupun beliau adalah wanita dan caranya tidak diterima oleh masyarakat. Tetapi beliau menunjukan kewibawaannya sebagai salah seorang yang memperjuangkan hak dan kebebasan walaupun nyawanya terancam.
al-fatihah buat almarhumah, semoga rohnya dicucuri rahmah dan dihimpunkan dalam golongan orang yang beriman
Post a Comment