Saturday, January 28, 2012

2012 - Kedua


  1. Banyak benda yang berlaku semenjak dua menjak ni. Ini kemaskini kedua aku di 2012. Tak sibuk mana, cuma kebelakangan ini aku banyak menumpukan kepada beberapa kertas kerja pemberian organisasi yang mempercayai apa yang aku cuba lakukan, terima kasih penganugerahan kalian; cukup sekadar aku bekerja di belakang tabir. Instead, tugas aku sebagai pekerja swasta, semua ni perlukan komitmen serta fokus yang tinggi. Personal life, friendship, cinta, family and community.
  2. Syukur alhamdulillah. Macamana sukar pun aku hadapi hari-hari kebelakangan; aku masih diberi kesempatan menarik nafas panjang setiap pagi dan setiap hari hingga saat aku menulis ni.
  3. I was thinking about my future; the prospect mostly. Last year, aku ada reject 2,3 offer untuk bekerja di oversea.  Untuk tahun Hijrah kali ini, aku tak pasti. Planning ada, cuma harapan dan keyakinan masih kabur. Ada juga kawan-kawan call untuk minta resume; dipanjangkan untuk perhatian orang atas; but i'm so sorry kawan. Aku jual ability, bukan cari cable untuk senangkan diri sendiri.
  4. Perancangan kau paling teliti, aku nak balik ke pulau kelahiran. Mungkin, cukup sudah rasanya membawa diri. kah kah kah. Tak, tak. Bawak diri tu, serius aku bergurau. Aku dah tak sanggup sudah jatuh sendiri. Aku mahu setiap langkah aku diiringi dengan pandangan orang-orang yang aku sayang.
  5. Perjalanan hidup selama setahun ni, banyak membuka mata aku tentang hidup ber-family. Yes, FAMILY. Sebab, sebelum-sebelum ni aku banyak mengenepikan hal-hal kekeluargaan dalam diri. Macamana hidup berkeluarga kalau tiada pendidikan kekeluargaan ye dak? Ini, aku cuba jadi rapat dengan ahli-ahli keluarga yang lain. Sebab tu bila aku balik baru-baru ni, aku cuba kunjungi ahli-ahli keluarga yang lain. Bring my mother together. Bila malam-malam sikit, baru aku keluar dengan kawan-kawan. 
  6. Kebelakangan ni aku banyak memikirkan soal-soal mati. Serius. Bukan berlagak mahu jadi alim ulamak atau ahli sufi. Dalam kepala aku, macamana kalau-kalau ada ahli keluarga terdekat aku pergi awal; sempat ke aku jumpa diorang untuk minta maaf kesalahan-kesalahan aku? Atau, paling tidak pun ucapan terima kasih kerana pernah membesarkan aku. Soal mati, bukan boleh buat kira. Main tunggu-tunggu. Takde. Ini time kau nak mati, time tu jugak kena ambil nyawa.
  7. Instead, pemikiran dan soal-soal yang kat tadi; aku jugak memikirkan tentang pulau kelahiran. Ya, pulau kelahiran yang banyak disisihkan dalam segenap hal pembangunan. Namanya Wilayah Persekutuan tetapi cedokannya cuma menjadi FIXED DEPOSIT politik kepartian. Cakap banyak aku dah malas, boleh tengok kat status update Facebook aku. keh keh keh
  8. Ok, malas dah taip panjang-panjang. Aku nak tidur. Semoga esok nyawa, nafas dan udara ini masih berjalan. Semoga kehidupan aku di bawah perlindungan Tuhan.
  9. Selamat Malam Seluruh Hamba.



Setiawangsa,
K.Lumpur.

Sunday, January 1, 2012

2012


ok, dah boleh start keluarkan kondom 7E."jangan la malu sayang" itu ayat perasmian.




p/s:
untuk kita tahu berapa ramai yang beromen malam ni, kita tunggu berapa hasil pembuangan bayi lagi 9bulan tahun depan.