aku cuba menulis balik
dengan idea-idea baru penulisan
dengan bahasa-bahasa kasar pemahaman.
tapi,
entah lah spirit macam hilang.
mungkin sebab aku dah buang semua kemarahan
mungkin sebab aku dah membesar.
mungkin jugak, pulau kecil ini tenang dengan sunset, dengan sunrise.
nak toleh ke belakang
takut amarah jadi dendam.
cehh.macam haram.
panggil balik spirit.
ini malam, aku seru dengan nama Allahuakbar.
Tuesday, October 30, 2012
Tuesday, October 9, 2012
malam- kalau dia mampu luahkan
apa-apa yang terpendam
apa-apa yang tersimpan
betapa makna yang terdalam tentang kehidupan
maka, aku percayalah
disana lah kita berbicara
tentang hati, juga perasaan.
malam, kalau saat ini kita bicarakan
realis mahupun gagalis
kita mahukan kesempurnaan
baik tentang hati juga kehidupan.
duduklah sebentar
bicara kita bercerita sepanjang malam
dan, aku mahu kau rasakan
yang kau tak ditakdirkan sendirian.
hampiri hati aku sayang
biar kita berdampingan sehingga malam menghilang
untuk kita cari kesempurnaan kehidupan.
p/s:
separuh dari kehidupan telah aku temukan.semoga kau dan aku berterusan berpimpin tangan menuju Jannah Tuhan.
apa-apa yang terpendam
apa-apa yang tersimpan
betapa makna yang terdalam tentang kehidupan
maka, aku percayalah
disana lah kita berbicara
tentang hati, juga perasaan.
malam, kalau saat ini kita bicarakan
realis mahupun gagalis
kita mahukan kesempurnaan
baik tentang hati juga kehidupan.
duduklah sebentar
bicara kita bercerita sepanjang malam
dan, aku mahu kau rasakan
yang kau tak ditakdirkan sendirian.
hampiri hati aku sayang
biar kita berdampingan sehingga malam menghilang
untuk kita cari kesempurnaan kehidupan.
p/s:
separuh dari kehidupan telah aku temukan.semoga kau dan aku berterusan berpimpin tangan menuju Jannah Tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)