1:08am.
Kadangkala kau tak tau apa khabaran yang Tuhan ilhamkan pada mu. Bertelagah, berdebat, tentang itu ini; demi satu kelangsungan hidup. Supaya kita rasa 'smooth', berjalan lancar. Tidak mahu sompek sini sana. Tak larat nak tampal mana sompek. Takut tak terkejarkan apa yang diinginkan.Persoalan kehidupan. Mahukan kesempurnaan. Cliche sebuah kehidupan.
Kalau boleh tak ada sebarang lahanat yang menghalang. Bila terjadi, terlepas kata caci, tiada lagi puji. Kebaikkan takkan jadi sebutan. Bukankah memuaskan hati semua orang tu perkara rumit?
Kata seorang kawan, kalau kau belajar bersyukur; rezeki secupak rasanya segantang. Belajar bersyukur. Lawan segala lahanat celaka dengan senyuman. Latih diri. Kerana tabiat lama sudah jauh tertinggalkan di belakang. Tapi, lidah setajam pisau tu takkan pernah tumpul meski senja memanjat usia.
Mahukan kesempurnaan dari sekalian. Tidakkah terlihat, yang batang tubuh cuma punya dua tangan? Belajar berfikir guna akal; jangan sampai kepala lutut jadi jawapan.
Tindakan. Ilham Tuhan untuk manusia cuba menyempurnakan tanggungjawab dan harapan. Letakkan harapan terlalu tinggi; lori juga punya had muatan; apatah lagi sekujur tubuh bernama insan.
Rehat.
Semoga Tuhan melorongkan kepada jalan kesenangan. Allahurrabi.
didikan kasih sayang, ia milik Tuhan.