Sunday, December 29, 2013

Anak Kecil Dan Persekolahan.

SOLDADU KECIL.

Hari itu adik
Kau kembali ke dataran pendidikan.
Kau kembali kenal medan persekolahan.

Apabila ‘padang’ milik kau diambil alih
Kau patut marah.
Itu keseronokkan kau mengejar pendidikan.
Benar, di padang itu kau akan terjatuh dan tergolek.
Kesakitan itu sementara.

Benar,
Kau akan gagal matapelajaran
Kau akan dicaci. Kau akan diketawakan.
Jangan menangis.

Sistem itu
Kau patut ambil tahu.
Kau tak akan kecapi zaman yang kami nikmati.

Ibu ibu, bapak bapak, guru guru
Bimbing anak anak kecil ini jadi soldadu
Biar mereka kenal dan ambil tahu
Mana benar, mana dusta
Ajar mereka pendidikan dan jadi berpelajaran.


Supaya,
Satu masa dewasa mendaki mereka
Palit palit dosa hina kapitalis pendidikan mereka dapat sungkurkan.
Agar,
Mereka mengerti menjadi berpendidikan dan berpelajaran bukan pada markah kertas peperiksaan semata-mata.

Kembalikan haq pada kebenaran,
Kembalikan pendidikan pada roh yang asal.


Monday, December 16, 2013

SUASANA.


apakah kerinduan cuma menjerat perasaan?
antara sepi dan perpisahan
apakah impian sekadar harapan?
antara masa dan kekalutan hidup.

apakah hidup cuma kosong impian?
antara kekusutan dan jutaan persoalan.


apakah akan ketemu sebuah jawapan?
baik sesudah derita untuk ketemu bahagia.
untuk merasa sedikit ketenangan
lepas dosa dan noda
bergelut dalam metropolitan kota dunia.

di balik liuk-liuk suasana kehidupan
mencari sedikit bayang kebaikkan.
dengan sedikit keimanan.

mungkin disinilah
akan ketemu kematangan
buang segala kemarahan.
memupuk diri dengan iman kesabaran.
tinggal semua dendam pada masa belakang.

biar kesibukkan jadi pedang.
membelah bilah-bilah kerinduan palsu
dalam selusur kalut umat metropolitan.

jika itu kemahuan;
segala suasana harus jadi kerelaan.


KOTA KINABALU,
DISEMBER 2013.