Monday, February 28, 2011

puisi terdahulu sebelum kamu ada Bhgian 1


dan, secara tiba-tiba aku terkesima.
mungkin, kau tidak terkesan apa-apa.
tidak, dan tidak mungkin.


kau kata “cukup sampai disini”
sialan!
benar kata seorang kawan “bila cinta sudah hilang jangan harap keadilan memihak pada kau!”
kali ni, aku percaya.


aku cuma sedikit dari kehidupan.
bila kau perlu, aku dikutip.
bila hilang kasih, kau lemparkan!
aku dah tak nak lagi, bodoh!
sepertinya aku tidak ada harga diri!


rindu-rindu ku kau campak ke tepi!
kata – kata cinta semuanya dusta!
mana rindu, mana kasih?
celaka, memang celaka.


*bila kasih yang di bina hilang sekelip mata. jangan anggap kepercayaan itu satu pelaburan. JANGAN!


KOTA BHARU,
2010.

Sunday, February 27, 2011

nota kaki kesibukan di celah-celah kehidupan masyarakat Facebook.

Wow, agak lama tidak beraksi bersama tulisan panjang. Apa? Erm, agak lama gak kan? Entah lah, kebelakangan dipenuhi dengan perkara yang utama. "utamakan yang utama" kata puan chenta. 

Aku berterima kasih bila ALLAH kurniakan aku seorang yang memahami, tidak sempurna tetapi aku melengkapi hidupnya. Banyak dugaan, aku nak list 1 persatu; memang tak cukup ruang. Tapi aku suka bilamana deal dengan masalah. Kita lahir untuk cipta riak sejarah hidup sendiri kan? Masalah tu buat aku rasa sempurna sebagai seorang Islam. "bagaimana hendak mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji dengan ujian?" macam tu la lebih kurang tafsir Al-Quran dalam buku yang aku baca baru-baru ni. 

Ok, fine. Aku pun sekarang ni sibuk beraksi di belakang tabir beberapa organisasi selain mencurahkan keringat dan peluh untuk organisasi swasta secara rasmi. Mana? Hahaha! Biarlah rahsia. "Datang KLcarik aku" tu pesan aku kat kawan-kawan yang pernah bersama-sama sedikit masa dulu. Yang penting kerja sekarang memerlukan komitmen yang bukan sedikit, berbaloi dengan ganjaran yang diberi. Itu pun, aku berkira-kira untuk carik kerja lain lagi. Yang lebih sesuai. Sesuai? Oh ya sekarang ni aku mendewasa dengan perangai cerewet. kah kah kah! Macam ladies-ladies la!

Mana gambar? Tanya sebilangan sahabat yang tak percaya status aku. Jawapan aku mudah, "Facebook bukan tempat aku nak dedahkan semua tentang kehidupan aku. Facebook bukan family aku, jauh sekali kitab panduan kehidupan aku. so, buat apa aku nak upload kat Facebook?" Agaknya masyarakat sekarang da anggap Fbook macam Quran ; kena bukak hari-hari, baca satu-satu status kawan-kawan yang beribu. Padahal, Quran berhabuk setahun tak baca-baca. kah kah kah! manusia, manusia... Anda bagaimana? Jangan la, bagi aku nasihat klise "tu lambang kemodenan" , "tu la manusia sekarang". Kita pun sibuk ber-Fbook gak kan? Sambil berak kat toilet pun, ko sibuk update status "berak kat toilet mid villey". celaka kan? kah kah kah!

Orait, tamat nota kaki kesibukan di celah-celah kehidupan masyarakat Facebook. Wassalam. 


p/s:
nak tanya manusia jahil mana, yang taip guna search keywords "first time tetek" kat blog aku? baik korang cakap! kah kah kah!

Friday, February 25, 2011

"orang putih" dan "after sex".


23 Febuari 2011.

pegi karaoke.click kat menu.
1. CINA
2. ORANG PUTIH.



p/s:
kat part "ORANG PUTIH" tu, aku dah berdekah ketawa!
kah kah kah!



24 Febuari 2011.

dialog pegi karaoke.

akak kaunter: nak bilik ke?

aku : yes, of course. mentioning the price, is it the price after tax?

akak kaunter: yes, AFTER SEX.(konfiden)

p/s:
kat depan kaunter tu jugak la aku berdekah ketawa! AFTER TAX la kak, bukan AFTER SEX!
kah kah kah! "AFTER SEX", i like, i like. hohoho!


Wednesday, February 23, 2011

kesesuaian dalam kehidupan.

nak hidup kena berani tentang arus.
engkau tak boleh mengiyakan apa yang salah.
aku tahu, diri punya prinsip yang kuat.
apa, salah ke bila aku pertahankan yang "HAQ"?


engkau tau pengalaman yang baru ni memang mencabar.
tapi COOL. kau paham maksud COOL kan?
bagi aku memang COOL!
kau tak boleh cabar KEBENARAN.
bukan sekarang. mungkin esok atau lusa, kau sedar.

kesesuaian yang ada aku ambil untuk kesedaran.
tak selama apa yang kau pegang itu BENAR.
aku tak ambil kesempatan.
apa yang aku nak korang tengok dan paham ialah ABILITY.
bukak kamus carik makna ABILITY tu!

aku paham dan aku belajar.
aku nak cari kesesuaian dalam kehidupan aku . sekarang.




p/s:
entry emo.

Saturday, February 19, 2011

biarlah, kalau kamu kata aku ni kuman.

biarlah.
aku tau, siapa aku di sisi mereka yang agungkan bangsa.
ketuanan bangsa bukan perjuangan aku.
sumpah, aku langsung tiada ciri-ciri pejuang bangsa.

kau nak kata aku pengkhianat?!
petualang?!
silakan. aku redha.
allah lagi marah kalau aku agungkan bangsa.
atau mencaci bangsa lain semata-mata perjuangan yang aku bersetia dengan membabi-buta.

aku lagi memikirkan nasib mereka yang dirasuk virus-virus rasis.
manusia bagi aku dan pemikiran aku adalah amal dan iman.
bukan bangsa.

terancam?!
tidak! aku tak rasa terancam.
cuma, sedikit rasa tidak selesa dengan apa yang kau kata "PERJUANGAN BANGSA"

biarlah, biarkan je la!
kalau kau kata aku kuman yang bakal merosakkan tekstur bangsa yang di agungkan.
aku tidak lupa.
aku sedang bersahaja meluahkan apa yang aku rasa dalam perjuangan kalian.
ada yang memaki
ada yang mencarut
itu identiti bangsa yang kalian perjuangkan.

dan, aku terima kalau yang kalian perjuangkan itu
dikira sebagai "pahala".
aku juga terima kalau kesamaan yang aku pegang saat ini dikira sebagai "dosa"

p/s:
oh, ya tidak lupa dalam pengenalan diri; aku dinamakan MELAYU.

Friday, February 18, 2011

"keling babi," katanya.

sentap?!
"keling babi," katanya.
suara siapa.
suara melayu.
biasalah, "takkan melayu hilang di dunia!" , "melayu gagah di nusantara!"
hilang? apa yang hilang?
* budibahasa. * tatasusila.

celaka,
mana yang kau ajar aku pasal 1Malaysia?
jahanam,
mana yang kau cakap semua bangsa dilayan samarata?
manusia,
apa yang kau belajar ketatasusilaan di sekolah harian?
mana kau punya teks menengah rendah tentang sivik dan kenegaraan?!

oh, mungkin kau hanya tau apa itu parti politik.
MIC      = India.
UMNO = Melayu
MCA    = Cina.

dan, lihat.
apa yang aku tulis di sini.
racism itu satu racun.
nak delete kesemuanya agak susah.
tapi senang je kalau kau nak ajar semangat assabiah!
ko cakap la, "keling babi". "kurang ajar punya cina!" "hidup melayu"

*siapa yang hidup? *siapa yang kurang ajar? * siapa yang babi?

p/s:
racun ni sudah menular ke akar umbi. cuba cari ubatnya.

KATA MEREKA:



Thursday, February 17, 2011

mimpi semalam.

aku tau dan aku pasti,
mimpi-mimpi yang kebelakangan ini
punya makna.
rare!
antara berani dan tidak
dalam mimpi semalam ku beri kan warna.
agar tidak timbul hitam putih saja.
kalau tak berani pun, aku berani kan saja!
manusia sekarang kan dah hebat macam tuhan.

dalam mimpi semalam yang baru berwarna.
aku beritahu pada kamu
"kalau pun aku hadir tidak berwarna, atau tidak mewarna tolong jangan buang mimpi ni"
tolong rakam!
kotak memori kamu masih banyak.
sedang aku cuma mampu mengisi mimpi yang tak berwarna.

mimpi semalam
seorang marhein, aku.
seorang pengemis, aku.
segala yang serendah-rendah darjat manusia adalah aku.

dalam mimpi semalam.
kamu lagi cantik, dari mimpi-mimpi yang belum berwarna.
tolong jangan bagitau aku pesan ketuhanan yang klise "anugerah tuhan" contohnya.
aku mahu lebih. lebih dalam maknanya.
dan, tolong jangan beritahu aku dalam mimpi itu
kamu menangis bila aku terjaga untuk teruskan kehidupan dunia.
kamu sendirian bila aku bekerja.
tolong, jangan!
dalam selama mimpi yang pernah aku jalani
baru semalam aku rasa nikmatnya.

perasan bagai di kayangan, bila kau peluk.
jiwa rasa tenang dan damai dalam pelukan.
tak tipu!

di penghujung mimpi semalam, aku berkata
"terima kasih sayang, sesungguhnya aku tiada apa-apa. kecuali kekentalan meredah onak cinta!"
Gambar dipetik dari Blog Realiti Konspirasi ZackZukhairi.