Thursday, February 17, 2011

mimpi semalam.

aku tau dan aku pasti,
mimpi-mimpi yang kebelakangan ini
punya makna.
rare!
antara berani dan tidak
dalam mimpi semalam ku beri kan warna.
agar tidak timbul hitam putih saja.
kalau tak berani pun, aku berani kan saja!
manusia sekarang kan dah hebat macam tuhan.

dalam mimpi semalam yang baru berwarna.
aku beritahu pada kamu
"kalau pun aku hadir tidak berwarna, atau tidak mewarna tolong jangan buang mimpi ni"
tolong rakam!
kotak memori kamu masih banyak.
sedang aku cuma mampu mengisi mimpi yang tak berwarna.

mimpi semalam
seorang marhein, aku.
seorang pengemis, aku.
segala yang serendah-rendah darjat manusia adalah aku.

dalam mimpi semalam.
kamu lagi cantik, dari mimpi-mimpi yang belum berwarna.
tolong jangan bagitau aku pesan ketuhanan yang klise "anugerah tuhan" contohnya.
aku mahu lebih. lebih dalam maknanya.
dan, tolong jangan beritahu aku dalam mimpi itu
kamu menangis bila aku terjaga untuk teruskan kehidupan dunia.
kamu sendirian bila aku bekerja.
tolong, jangan!
dalam selama mimpi yang pernah aku jalani
baru semalam aku rasa nikmatnya.

perasan bagai di kayangan, bila kau peluk.
jiwa rasa tenang dan damai dalam pelukan.
tak tipu!

di penghujung mimpi semalam, aku berkata
"terima kasih sayang, sesungguhnya aku tiada apa-apa. kecuali kekentalan meredah onak cinta!"
Gambar dipetik dari Blog Realiti Konspirasi ZackZukhairi.

No comments: