Monday, June 21, 2010
Terakhir Disisi Mu - Yang Berlalu Tak Berulang II
Sunday, June 13, 2010
Tangisan Tebing Barat - tebingnya masih menangis
Saat aku diserang
Masih ada hulurkan bantuan.
Di Tebing ini, cerita sudah berpuluh tahun tertulis.
Sayangnya, sejarah Barat sudah menipu.
Tangisan ini, tangisan aku.
Saat saudara diluar kekenyangan. Aku masih kebuluran.
Saat saudara diluar sana, dihujani kekayaan. Aku masih dihujani peluru rejim.
Melarat.
Simpati masih bermusim.
Memorandum, piket sekadar pencecah cerita simpati.
Aku masih kuat. Berdiri atas nama takdir dan kuasa Ilahi.
Aku masih mampu melawan dengan kudrat.
Di mana ketulan batu menjadi senjata.
Di mana kelaparan menjadi kekuatan.
Di mana peluru seolah salji di musim Krismas.
Tangisan ini, tangisan pelarian dikelahiran sendiri.
Tangisan dari pengkhianatan saudara Arab.
Tangisan dari gencatan senjata yang acapkali isinya sama.
Tangisan yang menjadi kesukaan Barat (Barrack).
Atas piket, boikot dan memorandum.
Terima kasih suara kalian.
Terima kasih kekuatan kalian.
Terima kasih usaha kalian.
Namun,
Malam-malam ini sama seperti sebelumnya.
Tebing aku masih menangis.
Monday, June 7, 2010
Mencerca Kehidupan.
Mencerca Kehidupan.
Lama, terdiam.
Di atas muka bumi, mencari keTuhanan.
Terpegun atas keindahan. Tidak lama.
Kehidupan juga dipersalahkan.
Antara takdir, lagi memilih keseronokan.
Seketika, fana dalam hidup dunia.
Lagi, jalan kehidupan disalahkan.
Buku kehidupan, tidak berubah.
Apakah hidup cuma indah sekadar impian?
Ada jalan, dikatakan pasrah.
Cuba keluar, tetapi gagal.
Kepompong kejahilan, tidak mahu dikoyakkan! (sayang!)
Di atas bumi, manusia yang mencari Tuhan.
Masih gagal dalam pencarian.
Diuji dengan kebendaan, alpa!
Ada kuasa, semakin suka kepada dunia!
Lantas, menukar watak mencerca kehidupan.
Leka, terlena diulit kebahagiaan dunia.
oh, ya. aku manusia yang cuba meletakkan diri dalam kekejaman manusia!