Aku da sampai penghujung kembara kat Kelantan ni. Dan, aku tak tau bila lagi masa-masa macam ni aku akan lalui. Aku tak nak buat ayat-ayat sedih lagi. Malas nak bersedih. Gembira pun tak nak sakan sangat.
Ok, aku tau ramai sangat tanya kenapa mesti kat Kelantan. Kenapa tak study kat negeri lain. Banyak sebab kenapa aku perlu hijrah ke sini. Bagi aku negeri ni, unik. Tak banyak karenah macam tempat lain. Tempat study sempoi. Boleh talk face-to-face dengan lecturer. Branch kat sini je yang provide course hospitality selepas aku transferred from Sabah Branch dulu. Banyakkan jawapan aku? XD
Tu dari segi fizikal.
Hakikatnya, aku nak bentuk dan tengok diri aku dari sisi yang lain. Aku nak perubahan. Tak nak jahil macam dulu-dulu. Bukan senang nak berubah selepas selesa dengan persekitaran sendiri. So, proses macam ni bagus jugak untuk mengubah pemikiran kita yang tepu dengan kesenangan wilayah kelahiran sendiri. Aku nak orang lain faham, badan kecik tak semestinya orang lain boleh pijak senang-senang. Aku nak orang lain tahu, benda baik tak datang bergolek. Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek!
Tengok sekeliling. Takde ilmu, orang tak pandang. Nak gebang lebih-lebih, duduk kedai kopi je la, join otai-otai kampung. Tu pun, kalau orang kampung terima. Aku balik nak bawak ilmu. Hajatnya, nak bangunkan sekeliling berdasarkan kebolehan yang aku ada. Insyaallah.
Hujung bulan ni, 2 tahun cukup. Macam-macam aku da tempuh. Bukan semua happy. Ada dukacita. Tapi, aku boleh lagi senyum. Nak hidup bai! Bukan bodek manusia keliling je. Tu bukan cara aku. Nak bodek boleh, jangan gebang je lebih! Ni bukan zaman ko gebang, orang lain hormat. Takde magic, yang boleh orang angkat jadi lebih tinggi. Kecuali ada ILMU. ILMU tu penting.
Aku rasa ni entri aku yang terakhir kat Kelantan ni. Aku gembira, aku ketawa senang. Lihat manusia-manusia sekeliling aku gembira sudah satu kepuasan. Terima kasih kepada mereka yang mengorbankan perhatian yang bukan sedikit kepada aku. Pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat, rakan seperjuangan, family aku. Dan, ini aku terakhir di sisi kalian. Terima kasih.
tulis panjang tak guna. yang penting, aku gembira tamatkan kembara kat sini. ilmu yang kalian beri, sudah memberi kebanggaan kepada aku!
No comments:
Post a Comment