Salam.
Lama aku tak menulis panjang.(ayat macam dulu-dulu). Aku cuma download puisi-puisi pendek kegemaran aku sendiri. Ya, yang aku suka. Yang menggambarkan hasrat, dan apa yang aku lalui dalam usia pendek tapi berpanjangan. Banyak yang aku lalui, tiada kesempatan untuk kalian tatap dengan ayat puisi.
Ada sesetengah puisi, telah mengubah aku. Dalam kebanyakkan manusia gilakan dunia, aku menulis puisi bersendiri, dalam dunia yang aku duduk sebagai penulis picisan. "kenapa ko tak hantar sebahagian puisi ini untuk tatapan umum?", tanya seorang sahabat. "aku tidak gila nama. apa guna kalau kau tulis, tetapi sekadar picisan untuk popularkan diri. aku tak nak popular sebab orang popular ni, hidupnya melarat," jawab aku. Ringkas. Dalam masa yang sama aku cuba fahami makna melarat. Aku ambil contoh A.Samad Said. Namanya terkenal. Tapi, jiwanya masih lara. Sebab apa, puisi-puisinya cuma diambil untuk tatapan orang tertentu. Bahasa yang ditegakkannya sekadar pelengkap manifiesto parti tertentu.
Aku tidak rindukan popular. Biar aku sebagai penulis picisan dalam dunia blog yang kadang-kadang sepi kerana kesibukan.Tetapi, masih ada yang sudi bertanya, "lama tak update blog". Terima kasih perhatian kalian. Tapi, jangan mengharap aku sempurna seperti mana yang kalian anggap dalam dunia picisan aku.
Dalam kesibukan ini, Tuhan gerakkan hati untuk menulis kembali. Meski, ada satu ketika tergerak untuk menutup blog ini. Mungkin dalam masa tertentu, blog ini akan sekadar nama. Tangan ini masih gatal, otak masih ligat untuk menulis. Cuma, mengikut rasa.
Oh ya! Sudah panjang kan aku menulis? heh! Bacalah, kalau rindukan tulisan panjang aku. XD
No comments:
Post a Comment