Monday, June 27, 2011

engkau ALLAH, aku HAMBA

Ya Allah,
disaat aku gembira. sumpah, gembira dengan cerita sekarang
KAU ingatkan aku tentang kisah semalam.
kisah kelukaan yang panjang.
tentang kecewanya aku dengan kehidupan dan putus harapan.

Ya Allah,
Bilamana aku terlalai dan leka mengingati MU
KAU masih bermurah hati memberi aku rezeki yang tidak putus.
Dan, aku masih gagal membatas segala perlakuan.

Ya Allah,
seandainya nyawa aku, KAU 'padamkan' pada hayat ni
jangan ENGKAU palingkan hati ku dari agama MU.
jangan ENGKAU lalaikan lidah ku dari zikrullah MU
jangan ENGKAU padamkan kalimah "LAILLAHAILLAH" pada wajah Islam ku.

Tolong Ya ALLAH.
"jauh mana aku berjalan di muka bumi ni,Engkau tetap ALLAH: dan aku selamanya hanya HAMBA"

27 Jun 2011.
KUALA LUMPUR.


p/s:
kita insan yang hanya punya jasad dan roh.kosong, tiada apa-apa.

Thursday, June 23, 2011

amarah dan dendam

"kalaulah AMARAH dan DENDAM tu bukan NAFSU, aku percaya dunia ini akan aman. Dan, dunia takkan musnah kerana isinya sendiri a.k.a MANUSIA."

p/s:
ada masa-masa kau perlu lupa kisah lama dan mulakan hidup baru.

Kalau aku Tuhan, akan aku hapuskan nafsu marah dan dendam.
Aku sudah tidak larat membawa amarah. Malas sudah berdendam.
Sampai bila?
Kiamat belum tentu habis.
Sebagai manusia dan hamba, takkan tiada secalit simpati dalam hati?
Kita sibuk mencari keTuhanan, sedangkan 'hablum minnannas' tertinggal.
Kita mem'babi'kan manusia.
Sedang, semua akan dihisab di tempat sama.

Siapa kau atau aku untuk menghukum manusia?
Aku harap hati aku lapang dengan memaafkan segala kesalahan.
Betul, hati aku cepat merasa empati.
Dalam hukum alam pun, mana ada dendam sampai mati.
Kecuali syaitan nirrojim duduk bersemayam dalam takhta hati.

Tolong, aku bukan mendewa orang mencaci.
Maaf, kalau korang fikir sebaliknya.

Sunday, June 19, 2011

Setubuh Climax.


dalam dua nafas yang semakin deras.
dengarnya seperti satu.mulut ketemu mulut.2 tubuh menjadi satu, kata mudahnya.
padu. likat peluh memenuhi nafsu.
dan, ya klimaksnya KEPUASAN.

mari kita telanjang berdua.
usah malu.
kita tanggalkan pakaian.
kita bogel.
dalam perjalanan menuju Tuhan pun kita akan bogel.

usah peduli kata mereka.
menuju ketuhanan semua mulut akan terkunci.
hanya organ badan berbahasa.
dunia ini kita punya.
usah risau, usah khuatir.

kita teruskan perjalanan klimaks.
biar puas, biar bermandi peluh.
kepuasannya terasa.

puas, puas, puas dan puas!!!!


p/s:
seperti jimak, hidup ni perlu ada klimaks atau orgasm agar kau dapatkan satukan semua perkara.

Monday, June 6, 2011

aku anak terbuang.

umi,
kenapa ana di buang?
umi,
kenapa ana di campak?
umi,
sakit tau kena gigit semut.
ana tak biasa lagi dengan serangga kecil itu.

abi,
mata ana belum celik
ana mahu tengok luasnya dunia.
ana mahu jadi manusia 
ana mahu jadi pejuang negara
ana mahu jadi cendiakawan agama
ana mahu berbakti kepada umi dan abi.

umi dan abi,
apa salah ana?
hina kah ana kalau teruskan kehidupan?
ana tidak minta emas permata.
beri ana peluang menghirup oksigen dunia
sama seperti umi dan abi.
ana mahu kutip pengalaman sebagai manusia.

umi, abi,
macamana ana mahu doakan yang terbaik buat kalian
kalau sedetik pun tiada kasih-sayang untuk ana?
ana belum kenal di mana kiblat.
tiada azan/qamat ditelinga ana.

lahirnya ana di tepi sampah
lahirnya ana ditepi lubang najis,
lahirnya ana terus terbang dicampah ke lembah penghinaan.

umi, abi,
kenapa saat ana lahir tiada siapa sambut ana dengan gembira?
salahkah bila ana mahu lihat dunia?
salahkah ana kalau ana lahir dari perhubungan yang terlarang?
salahkah ana?

umi, abi,
please jangan lakukan lagi.
ANA SAYANG UMI DAN ABI.




p/s:
aku menulis dengan gaya Islamik.
sekarang, bayangkan 'ana' itu adalah anak yang kau buang!

Friday, June 3, 2011

kami pengkarya insani.


untuk pengkarya insani.

kita masih di sini ya?
alam yang kian larut hidup yang kian lama
siang dan malam, kita masih berdiri dipaksi bernama bumi.

kita menulis tentang jiwa dan rohani.
masih ada yang sinis menafsir penulisan kita.
pemimpin-pemimpin muda, pertubuhan-pertubuhan nasionalis, itu mereka.
kita tidak ada nama.
picisan hidup itu sebahagian jawatan kita.
bukan kita mahu jadi pencacai, atau anjing-anjing yang menyalak kelaparan.
kita berdiri dipentas tersendiri.
di lorong jalanan, di tepi-tepi insan seni yang berjiwa insani.
kita bukan cabuk kita professional.
tetapi berjiwa sosialis.

cuba teruskan.
kita tidak sokong apa itu parti PAS, tidak jua DAP
jauh sekali KeAdilan.
pentas kita, pentas rohani juga kejiwaan.
kita meratap dan berkarya bersama.
menulis tentang lopongnya pemerintah kedua belah; pembangkang juga kerajaan.
menulis tentang runtuhnya institusi keluarga, perilaku sebagai akhlak.
rohani juga ketuhanan; meski agama kita jauh berbeza.

kita tidak dipandang kerana tidak kenal mana Datuk atau Datuk Seri.
kita tidak berlindung dibawah mereka.
lembayung kita luas, KASIH ILLAHI.

jangan takut.kita menulis kerana jiwa.
rohani kita yang perlu dibetulkan demi agama yang tidak setakat tertulis pada identiti kertas itu.
biar kita meratap di jalanan dunia.
jangan kita mendabik kerana nama-nama  VIP yang kita kenal kerana rupa.
sabar kawan, kita indie.
terus tersenyum untuk karya yang mungkin membersih hati mereka.



p/s:
"orang yang berjiwa sosialis tidak perlu berada dilandasan parti yang berjiwa kapitalis.kamu hanya memakan permainan mereka. maka kamu akan diangkat sebagai penderhaka" bisik sang VIP bergelar Datuk Seri.

aku dan kawan-kawan cuma tersenyum sinis kerana kami pengkarya berjiwa sosialis!

KUALA LUMPUR,
JUN 2011.